Wednesday, July 29, 2015

Ceria di Aiďilfitri - 1

Assalamualaikum... bertemu lagi setelah sekian lama menyepi.

Setelah hampir 20 tahun jika biasanya aku meraikan aidilfitri hari pertama di kampong hubby yang punya keluarga amat kecil, tetapi tahun ini aku sekeluarga mengambil keputusan untuk beraya dulu di rumah bapak. Semuanya disebabkan Kak Reen hingga hari akhir puasa masih lagi dengan praktikalnya. Langkah terbaik itulah balik dulu rumah bapak yang lebih dekat. Untuk balik Batu Pahat terasa lewat pula. Apalagi  di rumah bapak hanya Mak Zah saja yang ada, rasa kasihan pula. Masak-masak petang akhir ramadhan tidak teringat langsung untuk dirakamkan. Mood gembira bersama bapak menutup ingatan dengan kamera dan telefon. Pagi Syawal baru masing-masing sibuk dengan kamera dan telefon.


Camera dan telefon bimbit - Rutin setiap kali selepas peluk-cium dan bersalaman pasti kamera menjadi alat utama untuk merakam kenangan. Mereka sibuk mengambil gambar tanpa sedar aku pula mengambil gambar mereka.
Kami - Moga jalinan kasih kami berpanjangan hingga ke jannah. Papa tidak sempat lagi menukar pakaian solat sudah diarahkan duduk.
Anak buah kami - Anak buah aku yang ada pada Syawal pertama bersama anak dara ku.
Sayang atok- Bersama atok tersayang. Boleh pula dengan tidak disangkakan bapak juga menempah baju warna biru juga.


Sepupu - Lagi mengejutkan semua anak buah sepupu aku berbaju biru seperti bapak dan kami sekeluarga.

Sungguh tidak dapat dinafikan Aidilfitri menjadi salah satu wadah untuk mengeratkan silaturrahim sesama umat. Saling hormat-menghormati, bersedekah, bermaaf-maafan dengan keikhlasan semua ini hikmah yang Allah berikan buat kita hambaNya. Tanda kesyukuran dengan kejayaan menjalankan ibadah di bulan ramadhan. Moga ibadah dilakukan tidak terhenti di bulan ramadhan saja bahkan diteruskan sehingga ramadhan yang akan datang. Ramadhan ditinggalkan, syawal dirai dengan kesyukuran.
 
~~ Lama sungguh blog tidak dijenguk. Ada waktu kita diberi ujian untuk membuat kita lebih dekat kepadaNya. ~~
 
 








44 comments:

zmarl (ibu) said...

selamat hari raya kak..
ni baru betul2 sehati sejiwa..sumer family sedondon..
nampak sihat lagi bapak akak..moga terus diberikan kesihatan yang baik..

PeRdU cINta said...

Selamat hari raya aidilfitri kak..maaf zahir batin..tahun ni ramai yang memilih warna biru..hihi...saudara mara PC pun..ada yang cara kebetulan..ada juga yang sememangnya berjanji untuk sedondon..

paridah said...

SALAM LEBARAN KAK ZAKIE N FAMILI MAAF ZAHIR BATIN...NAMPAK AYAH KAK ZAKIE SEGAR SIHAT...SEMOGA ALLAH MENGEKALKAN KESIHATANNYA YG BAIK INSYA ALLAH...

Rizziela said...

Selamat Hari Raya

Inani Hazwani said...

Selamat Hari raya kak :)

Eye_nee said...

Salam Lebaran Kak..Maaf zahir Batin..Saya pun berbiru biruan juga thn ni...

Hudalatip said...

Wow semua serba biru cantik nyaa..Tahun ni beraya pun seronok alhamdulillah dapat jumpa ramai saudara mara..

AMIIZAA@Mieja said...

selamat hari raya utk kak za & famili...seronoknya semua berbaju biru termasuk atok :):)

Nieyla Nadia said...

Selamat hari raya =)
Seronok beraya bersama yang tersayang

eMMe said...

Selamat Hari Raya Kak Zakie! wahhh!!! Ceria belaka kak... pakat biru juga anak buah sepupu pun.. heee~ rindu coretan Kak Zakie! sihat ya kak?

adarnadzmie said...

Selamat Hari Raya Kak... meriah raya dgn baju biru sedondon... semua anak2 kak zakie dah besar....

amirah said...

cantiknya baju raya akak sekeluarga...selamat hari raya kak...

iryantyismail said...

selamat hari raya kak..meriahnya..biru royal

Mia Kassim said...

Selamat hari raya kak ... meriah sungguh. Sedondon berbaju biru :D

lieyalatif said...

selamat hari raya kak zakie.....

cantik tema raya keluarga akak...royal blue....rasenye ramai yg pilih tema royal blue tahun nieh....tgk kat fb ramai up pic royal blue...lieya jek kuning ekekkekekeekek....

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Selamat Hari Raya Kak. Memang meriah raya tahun ni.

norhidana said...

lawo baju raya anak beranak akak.... abah akak segak betul dia msh bersamping lg...
atuk dana raya dh lama tak pakai baju melayu asik berjubah sajo

YUS said...

Selamat Hari Raya kak! Bila tiba syawal la kita nak berkumpul kan. Jumpa semua saudara mara. Seronoknya!

Bunda_nora said...

wah! meriah sungguh nnampaknya beraya dikampong ...pasti bapak orang paling gembira anak dan cucu2nya balik beraya....

Apa pun salam lebaran dan selamat menjalani ibadah puasa 6.....insyaAllah..

Kakcik Seroja said...

Salam Syawal Dik...

LYAfrina said...

meriah..sekeluarga sedondon...
salam aidilfitri kak zakie & famili,
maaf zahir n batin

Mar Mansor said...

selamat hari raya kak zakie..selamat kembali bekerja..
sakan eh cuti raya

Lydia Miza said...

Selamat hari raya kak zakie. Ampun maaf di pohon atas keterlanjuran kata dan perbuatan.

Sama sedondon biru bersama atok dan sepupu ank2 walau x dijangka tetap buat hati teruja gembira kan kak..

Anonymous said...

tak terlambat lagi kot nak ucapkan selamat hari raya, maaf zahir batin.

(jalok ngapuro okeh-okeh, wes seng podo-podo)

ucapan bahasa jawa baru belajar masa raya itu hari.

hehe,

Nor Azimah Ali said...

Paling menarik gambar yg bawah sekali tu, sedondon je..
Salam syawal kzakie, moga segala amal ibadah kita di Ramadhan yg lalu diterima sbg amal yg ikhlas, moga kita berpeluang bertemu dgn ramadhan yg akan dtg..
Kak...puasa 6 dah settle agaknya ye, saya blm lagi, minggu pertama beraya, minggu kedua ABC, mintaklah sempat buat lagi.

Zaitun said...

Tanpa disangka warna sedondon itu menandakan sehati sejiwa. Berhari raya bersama orang yang tersayang.
Salam lebaran kakzakie maaf zahir batin.

Malinda said...

kak kite pon anak beranak pakai baju kaler biru jugak tau....kikiki...meriah nye rumah bapak akak dengan cucu kalau tak raya susah nak dapat berkumpul camni kan....bestnye raya!!!

Dkna Abza said...

selamat hari raya kak.. maafzahir batin..

Angah said...

betultu kak, aidilfitri medan mengeratkan silaturahim...terasa kasih sayang bercambah-cambah sesama ahli keluarga...

Kak Wawa said...

Selamat hari raya kak.. Woww, kebetulan semua ye..😊

anieyyusoff said...

Salam aidilfitri kak..hikmah bersilaturrahim indah rasanya :)

aizamia3 said...

Selamat hari raya buat kakzakie dan keluarga.. ;)

Puan Kutu said...

selaamt hari raya kakak zakie sekeluarga..

memang meriah sedondon berwarna biru.sama tema dengan sy sekeluarga juga..hensemnya bapak kakak.hehe

OKje said...

Kanda.....turut bersimpati dgn kanda. Dinda tau kanda seorang yg tabah. Moga abg cepat sembuh yer.

Wah....bestnya kaum kerabat berpakaian sedondon biru. Mcm berjanji pulak yer kanda

QasehnyaRania said...

serba biru
sama dgn kami juga..

meriah benor nampaknya tu
seronokkan bila semua ahli keluarga berkumpul dan bermaafan di pagi raya

OKje said...

Kanda.....turut bersimpati dgn kanda. Dinda tau kanda seorang yg tabah. Moga abg cepat sembuh yer.

Wah....bestnya kaum kerabat berpakaian sedondon biru. Mcm berjanji pulak yer kanda

cahayahidupku.blogspot.my said...

Selamat hari raya maaf zahir batin buat kakzakie sekeluarga..
Alhamdulillah.. nampak sihat bapak akak..
Sedih pulak saya sebab tahun pertama saya sekeluarga beraya tanpa abah..
Melihat bapak akak pakai baju melayu warna biru .. juga mengingatkan saya pada arwah abah yg juga suka warna biru...

Falsya said...

cantik semua sedondon kaler baju..hehe..

Syamimi Saad said...

Salam syawal kak.. :)
Meriahnya bertemakan biru..

nohas said...

Salam Aidil Fitri, kak..

biru kuning..cantik..

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...seronokkn dpt bersama di pagi raya...salam bersalaman sesama kita...:)

SalbiahM said...

kebetulan rupanya warna biru tu..ingatkan dirancang

Mummydearie said...

Nampak meriah betul Syawal Kakzakie sekeluarga tahun ni. Kebetulan pula ya ramai dalam keluarga yang memilih tema biru untuk raya tahun ini. Kami sekeluarga pulak memang dari awal dah sepakat tak mahu sedondon. Pilih warna masing-masing. Caca-marbalah warna di pagi raya ~_^

Fiza Rahman said...

CAntik sedondnon. Selamat hari raya buat kakzakie & family.