Thursday, July 2, 2015

Ralat - Hendak cepat berhari Raya

Ralat. Itu yang mahu aku katakan. Post semalam jika dilihat aku sangkakan hari ini 16 ramadhan tetapi esok sebenarnya baru 16 ramadhan. Semalam petang ketika di dapur dengan Mak Zah bila aku katakan "malam ni nak qunut kan" . Terus Mak Zah katakan yang puasa baru hendak masuk 15 hari. Alahai hendak cepat beraya sangat makcik ini. Mohon ampun dan maaf atas kesilapan yang tidak aku sedari.

Lihat - Pada malam yang ke 16 ramadhan hingga akhir ramadhan ......
Doa Qunut - Malam ini baru betul ia akan mula di baca sewaktu witir.  Ampun dan maaf kepada semua.
Panduan - Lihat betapa lama setiap tahun buku ini akan menemani aku setiap malam.  Sewaktu buku ini dicetak Datuk Hj. Noh Gadut baru timbalan mufti negeri Johor.
Kulit luar - Inilah bukunya. Sudah pudar.
Hari ini baru 15 Ramadhan bukan 16 sekali lagi aku mengingatkan diri sendiri. Lihatlah bila diri dipanjat usia hal begini pun boleh terlepas pandang. Dua-tiga kali aku membelek kalendar untuk membuat kepastian. Bila ABC awal-awal bulan memang hal begini boleh terjadi. Orang lain sudah banyak hari berpuasa dan ada yang sudah khatam membaca Al-Quran kita tidak lagi itulah jadinya.

~~ Manusia dan lupa tidak dapat dipisahkan. Maaf sekali lagi dari diri ini.~~


33 comments:

Unknown said...

takpe la... bukannya sengaja... tercepat satu hari kiraan...........

Nor Azimah Ali said...

Saya pun ABC awal ramadhan, selalu camni buatkan saya tk penah khatam mengaji, hu hu...tapi saya lebih kpd membaca tafsir utk lebih penghayatan.

norhidana said...

hehehhehe biasalah tu kak, bkn excited nk raya tp kadang banyak keje sampai tersilap tarikh

nhhas said...

Hehehehe ...comel lah kak zaki...

kak.. malam ni teraweh ada qunut tau,.
hihihi...
btw, boleh tak akak wasap kat kita no henfon akak (kalau akak ada simpan lagi no henfon kita).

sbb nya..henfon lama rosak - blank terus... langsung tak dapat copy no2 dalam tu...

paridah said...

bukan cepat nak raya tapi terlupa tu...ibadat solat setahun sekali mmg kena rujuk n ulangkaji takut tersilap kan..

Cho Zila said...

dah separuh bulan yerk.. rasa macam baru sangat lagikan..
sayapun tak khatam lagini... harap2ler dapat tahunni...
biasalah kita manusia biasakan...

Nieyla Nadia said...

Alhamdulillah...masih lagi belum ABC..:)
tak apa...mana yang ralat..kita boleh betulkan semua...:)

Sura Mohd said...

ala kak..biasala selagi bernama manusia..ralat cam ni tak kisah pun..sekurang kurangnya kakzakie dah ingatkan awal sehari..sura pun baru 2 hari start puasa balik..asyik tanya ngan anak2..dah berapa Ramadhan..hihi..nak kejar baca quran lagi..tekak pulak sakit..:(

Anonymous said...

walaupun lupa, akak tetap mengingatkan juga.

samalah bila dah ABCDE, mas ingat dah 17 ramadhan dah.

Dr K said...

Mmg lama betul kitab tu kak zakie, Datuk Noh Gadut pun masih timbalan mufti..ejaan jawi " ke enam"tu pun old style...hihih

Bunda_nora said...

Selagi ada ABC macam tulah...kadang orang yang dah tak der ABC ni pun tersasar jugak..

Unknown said...

saya suka kitab kitab lama dikeluarkan oleh jabatan agama johor.. kitab lama sekolah agama pun bagus.. mana nak cari sekarang ye.. nak guna untuk ajar anak-anak kat sini..

Mar Mansor said...

saya belum khatam lagi

dorsett pink said...

ooo.. kak zakie tak sabar nak beraya ye

Zaitun said...

Orang yang dah takde ABC lagi tak ingat sebab tak payah nak kira berapa hari tinggal puasa.
Perbuatan tak sengaja kan ke tak berdosa kakzakie.

PeRdU cINta said...

Hehe..kerana kesempurnaan itu milik Allah kak..tak apalah..dah perbetulkan pun..

saniahibrahim said...

xpelah kakzakie ,dah terlupa kan...
ada ABC tetap okey lh tu,mcm sya ni dh bertahun2 x menentu ,yg jadi masaalahnya bila Ramadhan macamni.

Malinda said...

takpe la kak bukan sengaja pon dan lagi satu bukan akak je sorang yg nak cepat raya....hihihi

Normala Saad said...

saya ada baca, doa qunut dalam witir boleh dibaca pada bila-bila masa tak payah tunggu 16 Ramadhan pun ...cuma diMsia kita suka start 16 Ramadhan....maaf, kalau tak betul tolong bagi pencerahan...rujuk melalui bacaan saja, tu pun dah lama...tapi saya sendiri pun start 16hb

LYAfrina said...

biasalah..kdg2 lya pon tsilap tgk kelendar..l

Unknown said...

assalamualaikum kakzakie
kalau boleh mmg nk cpt raya kan haha tklah sesibuk macam ni kannn, apa pun kita masih ada separuh bulan lagi utk berpuasa ni...

Sue Bee said...

Lupa lupa tu biasa,kak Zakie..

nur anis said...

lupa tu perkara biasa kak.. :)

Siti Natrah said...

dah nak balik pun puasa ni kan akak..sekejap sangat rasa sekarang ni

iryantyismail said...

puasa kali nie macam cepat berlalu... :'-C

insan marhaen said...

Saya lansung tak ingat berapa hari dah puasa. selalu kena tanya ibu_suri.

Tau-tau dah 16 hari puasa. cepatnya...

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Tak apa kakak tak sengaja. Di surau imam dan mula baca dah.

eelobor said...

hehehe...semangat nak beribadah tu bukan sebab nak beraya cepat

cahayahidupku.blogspot.my said...

Samalah dengan saya kakzakie..
uzur di awal bulan..
tu yg kekadang terlupa dah berapa ramadhan..
saya pula terlupa pulak dah patut kena baca qunut malam tu..
saya ingat esok..
pastu en suami kata.. dah mula lah malam tadi..
masa tu sembang2 makan sahur..
aduhai..
solat tarawih sama anak2 perempuan dirumah ajer..
en suami ke surau..
tu yg termiss ..
Allahu ... ampun kan lah hamba Mu ini

QasehnyaRania said...

sama la dgn saya ni haaa. bila dh mula ABC mulalah lemau segala hal.

kesilapan yg x disengajakan..

Cik Ai said...

betul tu kak,smlm dgr lagu raya kemain syokkk,trs rs x sabra nk raya...tetiba trs rs betapa cepatnya masa berlalu,x lama lg berlalu lah Ramadan..insaff!

OKje said...

Kanda nak cepat berqunut tu kot hihi.....
Tak perlah kanda....mcm kanda ckp tu, namanya pun manusia

Mummydearie said...

Nama pun manusia, kak. Memang tak pernah sempurna. Terlupa, tak perasan tu perkara biasa ^_^