Wednesday, July 15, 2015

Menjelang Syawal 1436H

Dam-dam-dum bunyi mercun tidak langsung kedengaran di kawasan perumahan aku sehingga kini. Berbanding jika dulu sewaktu zaman aku kanak-kanak, bunyi meriam dan mercun itulah yang membangkitkan rasa kemeriahan beraya. Deretan lampu minyak tanah di sepanjang jalan menuju ke surau bersambungan dari satu rumah ke satu rumah tidak juga kelihatan sekarang. Kad raya usah diimpikan. Namun aku berbahagia di penghujung ramadhan 1436H ini ada titipan dari insan mulia yang membahasakan dirinya nekcik buat keluarga kami hingga nikmat kemeriahan untuk beraya kian terasa. Lihatlah...
Biskut tat - Tat istimewa ini kiriman dari nekcik buat kami sekeluarga (maaflah dibulan ramadhan penghujung ini rasanya melihat tat jangalah sampai rasa kecur pulak). Insya-Allah dua hari lagi boleh dinikmati di siang hari.
Acar buah - Juga titipan nekcik. Terpaksa dipaparkan yang masih berbungkus bimbang membuat pembaca tambah kecur kerana sejujur-jujurnya rasa tip-top sangat! Ada kurrma di dalam acar nekcik ini kalau mahu tahu.
Penanda buku dan setokin - Setokin ini sudah tentulah anak dara kecik yg grab. Penanda buku aku simpan sebab sayang mahu menggunakannya. 
Buat nekcik dan Tokpokcu terima kasih tidak terhingga dari kami sekeluarga. Moga rahmat Allah melimpah-ruah buat nekcik sekeluaga.

Ramadhan kian ke penghujungnya seperti juga usiaku yang menuju ke dunia yang satu lagi. Syawal pasti akan menjelma dan sarat sudah aku panjatkan doa moga Allah memberikan aku peluang untuk menikmatinya dan berjumpa lagi. Lalu dengan rendah diri dan penuh ikhlas, melalui TITISAN NURANI ini aku memohon keampunan atas apa jua salah-silap dari berblog di alam maya ini.

Buat semua teman-teman blogger ikhlas juga aku katakan tidak ada yang membuat aku tidak senang hati selama bersua di alam maya. Terima kasih atas segalanya. Moga Syawal 1436H ini memberi keberkatan dan kebahagiaan buat kita semua dan khususnya buat semua umat Islam sejagat.

~~ SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR & BATIN.~~

49 comments:

AtieYusof said...

Salam Kak..Alhamdulillah rezeki di hujung2 Ramadhan.. baiknya Nekchik..
kat sini dah start sunyi, ramai dah cuti..kmi petang ni InsyaAllah balik kg..
Selamat Hari Raya..Maaf zahir batin buat buat kak & keluarga..:)

Aisy Nasiha said...

Alhamdulillah murah rezeki kzakie di bulan ramadan ni.. insyaAllah, moga persahabatan ini akan berterusan.

Selamat hari raya saya ucapkan buat Kzakie seisi keluarga.. moga dimudahkan perjalanan dan semoga sambutan raya Kzakie meriah...

musang said...

selamat menyambut hari raya buat kakak & keluarga...maaf zahir & batin

nohas said...

Selamat Hari Raya, kak..maaf zahir & batin..

Alhamdulillah, dapat hadiah menjelang Syawal..

amirah said...

selamat hari raya kak zakie...maaf zahir batin..maaf atas keterlanjuran kata..

Bunda_nora said...

Selamat hari raya.....banyak buat kuih rays?...

Blog KN pun tang ruang top komen tu macam ada masaalah jer.pulak....tetiba .dh seminggu tak bukak...balik kpg haritu...
Top komen termasuk pulak komen admin sama.....tak sukalah...selama ni takder pun....dah puas bela gitu gini tak menjadi jugak...

Bunda_nora said...
This comment has been removed by the author.
aizamia3 said...

Moga Syawal kali ni lebih bermakna dan moga dipermudahkan urusan kita nanti..
Selamat Hari Raya buat kakzakie dan keluarga.. ;)

PeRdU cINta said...

Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin ye kak..

cahayahidupku.blogspot.my said...

Ditempat saya masih kedengaran bunyi mercun tu kakzakie..
Alhamdulillah murah rezeki akak dan jua rezeki Nekchik tu..
Skrg saya dlm perjalanan pulang ke kg en suami..
Ber blogwalking guna handphone..
skrg baru sempat nak BW..

Saya juga memohon kemaafan pd akak jika ada komen saya menyinggung perasaan..
Selamat hari raya aidilfitri buat kakzakie sekeluarga.

Unknown said...

balas kunjungan

Hudalatip said...

Salam aidilfitri dan mohon maaf zahir batin dari saya untuk akak sekeluarga..Jemputlah dtg ke rumah saya kak di Parit Raja kalau datg ke BP..Huda - 016-7931644 / 010-5040483..No phone akak hilanglah..

Fazleyatul Aini said...

selamat hari raya buat kak zakie sekeluarga

ZULHILMI TEMPOYAK said...

bau2 tak sabar tu. eheheh

Aziela said...

Saya terasa raya tahun ni semia orang berjimat cermat. Itu yang sepatutnya. Kak...saya pun njalok ngapuro juga yo kak. Selamat Hari Raya...

NEKCIK said...

Wuiiit kak...siaan. ..1adalah yang leleh air lior bila baca ayat kakzakie tu....baik punya promosi nih
Anggap lah sebagai tandamata dari nekcik kerana kakak rajin jengok nekcik!!!

NEKCIK said...

Selamat hari raya buat kakzakie sekeluarga

suka suka said...

Salam lebaran dari K Mar sekeluarga.. di KL ni dah lama tak tenteram dgn bunyi mercun.. semua perayaan kaum pun begitu juga.. rezeki nak beraya ya.. memang merindui suasana berpelita di kampung..

Unknown said...

Selamat hari raya kak mohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa tersilap kata....moga akak dan keluarga gembira di lebaran ini.....kuih tat tu nampak mengancam....kikiki

Angah said...

salam aidilfitri kak...

Linakhtar said...

Salam Aidilfitri kak... maaf zahir batin ... juga pada semua blogger

aby said...

salam eidulfitri kz ..
lopot ku seng okeh2 dingapuro yor ..
moga bergembira di hari lebaran ni ..

nhhas said...

Akak....
Taqobbalallohu minna waminkum”
Semoga Allah menerima segala amal dan ibadah kita di bulan Ramadhan

"minal 'aidin wal faidzin"
Semoga kita termasuk ke dalam golongan yang kembali (kepada fitrah) dan golongan yang menang

nhhas said...

Akak....
Taqobbalallohu minna waminkum”
Semoga Allah menerima segala amal dan ibadah kita di bulan Ramadhan

"minal 'aidin wal faidzin"
Semoga kita termasuk ke dalam golongan yang kembali (kepada fitrah) dan golongan yang menang

paridah said...

salam idilfitri maaf zahir batin kak zakie...wah banyak kiriman nekcik untung kakzakie...

abuikhwan said...

assalamualaikum kak,
Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin. semoga aidilfitri tahun ini memberikan kegembiraan dan kebaikan disamping keluarga tersayang..

ajax85 said...

Selamat hari raya kak..heheheh

Normala Saad said...

Selamat Hari Raya Zakie, Maaf Zahir dan Batin

Nor Azimah Ali said...

Assalam kzakie sayang..rindu akak. Akak sihat? Yelah mane tau musim2 raya ni open house sana-sini kot tersilap makan ke, terlebih makan ke, hi hi..kita kat sini kan selalu terlebih makan, kesian kat syria, palestin sana, raya pun tak betmakna kpd mereka kan..
Saya mrlalut yea...di sini saya nk amik kesempatan juga mohon ampun dan maaf sekiranya ada salah silap saya pd kzakie spjg kita bersahabat ni.

OKje said...

Selamat Hari Raya Kanda.....
Rezeki Ramadhan ye Kanda.....Dah selamat satu bekas kuih tu kanda hihi

Cho Zila said...

selamat hari raya... semoga kita akan bertambah amal ibadahnyer ....

Cik Ecah said...

alhamdulillah...murah rezeki akak...
selaamt hari raya aidilfitri..maaf zahir dan batin.

Tie HT said...

Alhamdulillah moga murah rezeki nekcik sekeluarga..
Selamat hari raya kakak
Maaf zahir batin yea :)

Inani Hazwani said...

Sedap nya biskut tat. Selamat Hari Raya kak :)

Mar Mansor said...

salam aidilfitri buat kak zakie sekeluarga..
kat tempat saya bunyi mercun tak henti-henti

miss yatie said...

eemmm...bestnya kuih tat, MY suka, raya ini pun ada buat juga sikit..

selamat hari raya aidilfitri kak, lama tak singgah ke sini, maaf zahir batin dr MY

ainhany said...

assalam kakak zakie ku syang..

mhn ampun maaf zahir batin...
terima kasih ats segalanya...

maaf lama tak singgah...huhuu

eija_sweetmama said...

salam aidilfitri buat kak zakie sekeluarga..
maaf zahir dan batin..

Cik Ai said...

salam aidlifitri kak
maaf zahir & batin =)

eMMe said...

moga dimurahkan rezeki Kak Zakie..nekcik..tokpokcu...

Kak Zakie, saya dah start berblog semula ni.. setelah bercuti panjang sempena hari raya..moga dberikan kemudahan dalam menjalani hari2 yg mendatang...

Uncle said...

Selamat hari raya, maaf zahir dan batin dari kami sekeluarga!

norhidana said...

spesel nih dpt kiriman dr org kl nih....

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

ellynadyra said...

alhamdulillah rezeki kan
saya pun dpt tart special edition tu bersama ffm
moga murah rezeki nekcik

Unknown said...

Selamat Hari Raya kanda :)

Bestnya dapat titipan sebegitu menjelang hari raya ni. Memang terliur dah tengok. Kalau berjiran, harus ku serang rumahmu tanpa segan sila...hahaha

Ibu Lala said...

Sedapnya kak dapat tart camtu. Terliur la

QasehnyaRania said...

dah lama x mkam tart nenas tu
selamat hari raya maaf zahir batin dari saya kakakk

Syamimi Saad said...

Kak.. Memori sangat tart nenas mcm tu.. Rindunya dgn tart nenas tu..

Mummydearie said...

Lambat ni kak saya sampai sini tapi belum terlambat lagi nak ucap salam Aidil Fitri buat Kakzakie sekeluargakan. Ada seminggu lebih lagi ni, ya tak?

Rezeki namanya tu, kak. Walaupun dari orang yang sama, banyak pulak hadiah yang dititipkan. Nak dapat kad raya sekarang memang susah. Kalau dapat satu, memang tak terhingga gembiranya.

Tanpa percikan bunga api dan bunyi mercun, tanpa deretan lampu pelita, tanpa riuh rendah keluarga, apalah ertinya raya sekarang nikan, kak...