Ahad adalah hari aku di rumah sendirian tanpa en hubby dan anak-anak. Hendak keluar rumah mengemas pasu bunga pun tidak sanggup sebab walau masih pagi tetapi panas tidak tertahan. Setelah letih bertadarus terlihat tempat adik belajar alangkah semaknya. Ambil peluang mengemas apa yang patut. Walaupun anak dara tapi dalam mengemas khazanah milik sendiri mama juga yang kena buat.
Bertepek-tepek - Banyak betul kertas warna-warni dan origami ini yang aku temui. Apalah keinginan dia kerana boleh dikatakan semuanya lebih kurang saja. |
Ini juga - Magic box adan surah-surah hafazan ini entah ada berapa keping. |
Budak belum baligh beginilah. Sebenarnya bukan setakat itu saja. Kalau keratan Didik dari akhbar mingguan juga banyak aku temui. Semuanya sudah dibuat ulangkaji tapi tidak bersusun langsung. Balik sekolah tengahari melihat almari bukunya bersusun rapi suka tapi tidak tahulah berapa lama boleh bertahan. Mama sudah berpesan jangan kecah lagi sebab mama letih setengah hari sekadar mengemas tempat buku-buku adik saja.
~~ Ramadhan kian beransur meninggalkan kita. Apakah yang terbaik telah aku lakukan sepanjang ramadhan yang ditinggalkan. Aku terus menghitung hari.~~
32 comments:
Selamat berpuasa kak..")
Wahh, banyaknya koleksi.. Wawa pun suka kumpul buku kecik2 tu.. Sbb comel.. Hihi
Budak2 mmg banyak khazanahnya kak. Kena tanya dgn dorg sendiri mana yg hendak diguna, tak boleh buang sebarang bila mengemas .. hehe
budak perempuan memang suka koleksi kertas origami comel comel tu kakzakie.. anak dara saya pun ada potensi.. meja kat bilik dia pun bersepah.. disuruh mengemas, dia kemas mainan yg terabur atas lantai je. atas meja berkecah jugak.. takpe lah. asalkan dia dah boleh kemas sikit2.. kalau tak keletihan jugak dibuatnya..
hari cuti lepas pun..nieyl kemas² ckit ruang kat rumah tu..
penat jugak laaa..seharian mengemas...walaupun duduk berdua...
sepah die mcm 10 duduk..hahaha
Bagus adik..rajin mengumpul buku dan keratan ilmu..mesti gembira bila mama tolong kemaskan ye..risaukan kak bila tengok barang tak tersusun..rimas mata..
mengemas menyusun ni menghilangkan stres juga...dh rapi kelihatannya baru lega...rajin adik mengkoleksi buku2 kecil sampai buku 35 pun ada...dan kita mula menghitung hari ramadan yg beransur pergi.
Saya pun tersenyum bila tengok buku tiga lima tu. Teringat memori zaman dulu-dulu. Siap tulis 'order' kalau jadi 'pekerja restoran' ketika bermain zaman kanak-kanak dulu *_*
Sama lah kak sikecik saya tu..tah apa2 koleksi disimpannya..bila saya nak kemas tak bg...mak akan buang banyak benda yg dia masih nak guna..rungutnya...kalau tak kemas sesak mata saya kak...Yer kan kak..cepatnya Ramadhan berlalu pergi meninggalkan kita...
mcm2 koleksi adik..comel2 belaka..surah2 hafazan..bagusnya..
sya buku 555 tu ,jika anak2 tak gunakan sya minta, untuk simpan dalam beg tangan ,jika ada nak diperlukan senang nak catit.
pada mereka biasanya memang jadi khazanah lah jawapnya....
saya dah lama tak tolong anak2 kemas tempat buku diorng....kikiki...cam mana la sepah agaknye tu...tak sangup nak tengok takut stress...kikiki
2x5 dengan Iman...
T__T
Untung adik tapi kan, adik suka kumpul kertas warna warni dan origami sama macam anak saya kak si Zarif, entah dah berapa kali saya bersihkan meja dia tapi tak lama la,lepas tu serupa je semula..
zaman mengemas bilik anak2 ky dh berlalu.sesekali rindu juga mencuri baca coretan anak gadis ky tentang luahan hati dia. dari situ baru kita tahu hasrat hati rahsia dia..hihi
Hihih. dulu kecik2 nani pun barang2 ibu yang kemas. ni dah besar semua buat sendiri lah :)
:-)) banyaknya khazanah si adik....rumah kalau dikemas 1 hari memang tak sempat...banyak harta karun nya...
assalamualaikum,
sila simpan khazanah ini...
Kalau dah kemas buku2 anak, memang banyak khazanah yg jumpa ☺
Sama juga dengan anak perempuan saya dua orang tu kakzakie..
Banyak betul khazanah yg disimpanya..
Pada hari sabtu tu saya kerja..
Tinggal mereka bersama abahnya..
Rupanya abah mereka suruh kemas bilik masing2..
Susun segala khazanah mereka..
Bila saya balik.. Jeeha siap cakap dengan saya..
Mama cuba tengok bilik Jeeha..
Saya tengok memang kemas, tersusun rapi :)
saya kalau mengemas rak buku anak-anak, memang bertapa la..belek itu ini dulu, lepas tu bila nak buang sesuatu rasa sayang pulak...akhirnya susun balik kat rak hehehe
macam masa saya kecik2 dulu lah kak, ada banyak khazanah sampai pening mak saya...haha...
boleh share hobbi dengan anak saya ni kak:)
anak perempuan memang macam ginilah gaya koleksinya kan.klu ank laki paling kuat pun buku mewarna je kak zakie.hehe
Kak Zakie... Apa kabar? Selamat Berpuasa.. Kalau origami tu mmg tak lama kat rumah ni..
Sedih sgt rasa hati bila kenangkan ramadhan yg kian beransur pergi, terasa sekejab benar dia bertamu...
Salam Kakzakie..itulah alam remaja....yang bnyak kenangan....
Ramadhan dah di penghujung. .teruskan berdoa semuga kita dapst menghayati malam mslam terakhir. .amiin
Kak..nnti mntak tolong bagi alamat kat email nekcik ye..urgent n important tau..tq
sudah masuk fasa penghujung....
saya masa sekolah dulu pun suka kumpul buku nota comel macam anak dara akak tu..tulisnya tidak.
sama je ngan bilik anak2 saya
bersepah
kita kemas, mcm2 khazanah bleh jumpa
termasuklah nota tulis mama garang hahahhahaha
kita kemas
tahan beberapa hari je
pastu sepah semula
macam anak sedara I lah, tapi lelaki.. macam2 buku ada.. klu ugut nak buang, cepat je kemas.. kena ugut dlu baru buat.. klu x asyik "kejap lagi lah".. pening ibu dia pun..
tak sabar rasanya nak tgk rania pandai dan rajin serta suka membaca buku macam adik
pening juga kan hihi
Sy juga suka mengumpul buku2 comel.. :)
Post a Comment