Thursday, July 30, 2015

Ceria di Aidilfitri - 2

Secara kebetulan 1 Syawal tahun ini jatuh pada hari ulangtahun  Kak Long, anak adik aku dan suami anak buah aku, maka kami raikan bersama. Ayam goreng dibeli oleh si isteri. Anak menantu pula membeli domino pizza buat mummy mertuanya aka Kak Long aku. Adik aku pula membeli kek untuk anak heronya. Sungguh meriah tetapi kena pantas sebab tatamu bapak tidak putus berkunjung itu yang banyak moment tidak dapat dirakamkan dengan sempurna.

Kek - Kalau biasanya kek agak kurang digemari tetapi kerana ramai yang ada pada waktu itu, selesai majlis kek pun selesai berurusan untuk dikhadamkan di dalam perut.


Domino pizza - Tiga keping saiz besar akhirnya tidak mampu dihabiskan. Sekeping ini masih berbaki sebab sebelum solat Aidilfitri sudah bersarapan dengan ketupat.
Bapak - Seronok bapak dikelilingi anak-cucu-cicit. Makan walau sedikit tetapi semua yang kita beri akan dijamah juga. Hanya ayam goring bapak kurang suka. Tetapi pizza satu slice hamper habis juga bapak makan.
 

Gembira 1 - Hero dua ini dan anak dara kecik sebelah adik itu adalah cucu Kak Long aku jadi aku pun nenek kepada mereka. Gembira tahun ini sebab abuyah mereka tahun ini dapat cuti balik ke Malaysia tidak seperti tahun lepas ayah di Riyadh mereka di KL.


Gembira 2 - Anak-anak yang ceria. Lihatlah anak-anak dan anak buah aku yang sudah jadi ayah & ibu pun ada. Kasih sayang kami amat erat. Walau pun aku bekerja tapi anak buah aku tetap memberi aku duit raya. "Kaya mama" kata adik sebab kalau memberi pada sepupu yang masih belajar jumlah setakat RM20/- tapi pada mama mereka bagi nilai ratusan ringgit.

 
Indahnya di Aidilfitri yang jauh akan menjadi dekat yang jarak akan menjadi erat.  Syawal pertama itulah kami sekeluarga semampu boleh beraya keluarga sebelah Allahyarhamah mak. Hujan petang tidak membataskan perjalanan kami kerana sudah di dalam perancangan Syawal ke dua kami akan bertolak ke kampung hubby pula. Kasihan keluarga hubby bukan macam keluarga aku yang ramai. Jika anak-anak aku tiada memang sunyilah rumah pusaka itu. Anak yang ada sekadar Aisyah (anak angkat kakak ipar aku).

~~ Masa bergembira semua tersenyum tanpa sedar sebenarnya ada saudara seagama kita yang berduka dikala kita dalam kegembiraan. ~~

35 comments:

Nieyla Nadia said...

Singgah pagi..
Selamat hari raya kak...
Seronok berkumpul =)

Zaitun said...

Tentu bapak kakzakie gembira dikelilingi cucu dan cicit yang menyanyanginya.

Kak zai pun macam kakzakie masih dapat duit raya alhamdulillah.

iryantyismail said...

Selamt ulang tahun kpd mereka bertiga :-))

Gembira dan ceria melihat gambar2 raya akak..

QasehnyaRania said...

seronok atuk dikelilingi ahli keluraga.
seronokkan bila tgk bapak jamah makanan yg diberi
alhamdulillah..

betul tu kakak

Mia Kassim said...

Selamat hari lahir untuk semua ...
meriah sambutan harijadi di pagi raya, siap ada pizza lagi :)

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

meriahnya raya.. ini baru raya!

PeRdU cINta said...

2 in 1 ni kak..celebrate birthday sekali meraikan syawal..wah..gembira berganda..alhamdulillah..

zmarl (ibu) said...

keindahan syawal..rasa cepat jer masa berlalu..nak tunggu syawal akan datang entah bertemu lagi entahkan tidak..
betul kak, dalam gembira kita jangan lupa mereka yang berduka..

Kakcik Seroja said...

Sekejap sahaja sudah masuk pertengahan Syawal. Semoga masih berkesempatan untuk bertemu Ramadhan dan Syawal di tahun hadapan... :)

Anonymous said...

Bila beraya dengan keluarga besar, baju kena sama. Sbb tak payah nak ulang banyak kali yang kite ni team mana.

Hehe.

cahayahidupku.blogspot.my said...

Itulah anugerah Allah kpd hamba Nya.. apabila meraikan kemenangan Ramadan dgn anugerah kegembiraan Eidul Fitri minal wa faizin..

Ann Ishak said...

sangat seronok beraya di kampung bersama ibu dan ayah yang masih ada kan kak

amirah said...

memang meriah lah sebelah akak ni..

Inani Hazwani said...

nani pun satu syawal celebrate birthday ramai2 dekat kampung. hehe

Falsya said...

mcm family husband falsya xramai..adik beradik takat 3 org..so bile raya xraya suasana raya tuh..tp bile gie umah mak falsya, tuh diaaa, meriah bising semua ade..sebab adik beradik falsya ramai..hehehe

selamat hari raya kakak..;D

paridah said...

sanbut birthday anak sdra sambil beraya seronok tu...bapa kak zakie mesti tersangat genbira bersama anak cucu cicitnya...

YUS said...

Alhamdulillah... Seronoknya tgok!

YUS said...

Alhamdulillah... Seronoknya tgok!

norhidana said...

wah2... mkn pizza di pagi raya ye kak...
dh kumpul2 ramai2 itu yg berselera tuh kot abah akak

Eye_nee said...

Tiada yg lebih bahagia bg ayah kakzakie kan bila anak menantu cucu berkumpul merayakan harilahirnya...Semoga ayah kak terus sihat walafiat tuk thn2 yg mendatang...

Sue Bee said...

Dah lama SB tak singgah kat blog kak Zakie. Selamat hari raya yer,kak

aizamia3 said...

Gembira dan pasti teruja bila orang yang kita tunggu2 dapat bersama berhari raya dengan kita.. ;)

AMIIZAA@Mieja said...

seronoknyaaaaa:) hari raya menyatukan semua sanak saudara...didoakan semoga bapak sentiasa dalam keadaan sihat dan dilindungi olehnya, amin:)

Syamimi Saad said...

Assalammualaikum kak..

Meriahnya raya.. Siap sambut besday.. :)

abuikhwan said...

Assalamualaikum kak,
Seronok berkumpul bersama keluarga, maklumlah bukan senang nak berkumpul bersama melainkan pada hari-hari tertentu. Tentunya yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita mesrakan, hmm. Harap belum terlambat untuk mengucapkan selamat hari raya dan hari lahir pada empunya diri itu...semoga di dalam redha Allah SWT...

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Wah mesti mereka seronok sangat. Sebab hari raya hampir sama dengan hari lahir mereka tahun ni. Memang meriah macam ni.

ajax85 said...

Sedapnya makan..hehe

Bunda_nora said...

wah nampak pun memang meriah sungguh.... bertambah selera bapak yer....Alhamdulillah...seronoklah tu dikelilingi anak...cucu dan cicit...

nohas said...

seronoknya sambut birthday di hari raya..meriah suasana..

ohpanduan said...

Seronok berhari raya sekali sambut hari lahir.

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...singgah pagi di sini....meriah berhari raya bersama keluarga...

SalbiahM said...

meriahnya..pagi-pagi raya makan kek.selamat hari raya kak..maaf zahir batin

Malinda said...

meriah berganda la raya akak camni....bestnye sambut besday reramai camni :)

Mummydearie said...

Oh, keluarga suami akak rupanya di Batu Pahat tu ya! Betul tu, kak. Kalau keluarga ramai, memang meriah sambutan hari raya. Tak sudah-sudah makan, berbual dan macam-macam perkara boleh dibuat bersama. Setahun sekali katanya berkumpul. Kalau tak ramai tu, memanglah terasa sunyi sikit.

Fiza Rahman said...

Selamat menyambut ulangtahun kelahiran buat mereka semua. Meriahnya ☺