... mari kita lihat apa yang diperolehi en hubby sewaktu balik dari outstation.
|
Sepcies ubi keledek - Ubi kemili ini dulu almarhumah mak ada menanam hingga jemu-jelak kami adik-beradik makan. Tapi dek kerana kesempitan hidup, mahu tak mahu kami makan juga sebagai hidangan sarapan pagi. Tetapi kali ini apa yang kami dapat ini bukanlah hasil tanam sendiri tapi hubby membelinya di Air Hitam ketika dalam perjalanan balik dari kerja luar baru-baru ini. |
|
Cara masak - Setelah dibersihkan (tanpa buang kulit), direbus (letak sedikit garam) dan dikupas beginilah jadinya. Bermacam bentuk ubinya boleh didapati. Biasanya dimakan dengan kelapa parut yang diletak sedikit garam dan gula. Kepada anak kampung seperti aku sudah pasti dapat merasai nikmatnya tetapi tidak pada anak-anak. Mungkin sebab sudah lewat memperkenalkan kepada mereka. |
|
Keratan - Jika dilihat bahagian dalamnya beginilah texturenya. Usah dilihat luaran asalnya yang kelihatan hodoh tetapi cantik bersih di dalamnya. Begitulah juga kita sebagai manusia jangan dilihat luarannya kerana hati manusia tidak siapa mampu menilai/membacanya. |
~~ Selain manggis yang selalu dikaitkan hitam di luar putih di dalam, Ubi kemili juga punya sifat yang sama. ~~
34 comments:
Kami panggil ubi keling...tanpa merujuk kpd elemen rasis...hahaha
Acik tak pernah makan ni kakzakie..zaman acik dulu ubi kayu dan keladi telur jadi hidangan
Sedapnya ubi ni. Cicah nyoq . Masak gulai campuq udang pun sedap betul. Sekarang nak jumpa ubi ni pun macam cari jarum dalam jerami.
Lagi budak2 dulu selalu juga makan tapi takde lh tanam sendiri...kdg2 jiran2 beri.Sekarang ni kalau nak makan kenalah membeli kat Air Hitam kan...tapi makan sorang lah jawap nya.
dah lama makan ubi ni...dlu masa kecik ada makan d rumah nenek...xigt pula ditanam sendiri atau diberi jiran...
Biar hodoh dipandang orang, asal mulia di sisi Ilahi... :)
sedap..lps makan rasa manis2 kat mulut hehe
kat utara ni dia org masak gulai campur dgn tulang atau ayam atau ikan keli..mcm2 boleh masak..
kak! 1st time saya tengok ubi ni kak. Tak pernah makan pun. Sure buah macam ni banyak kenangan akak adik beradik semasa kecik kan?
nyum nyum..sdp tuu.
sedapnyaaa...tetiba terasa nak makan ubi rebus dgn ikan kering dan sambal....haishh terliur hehe
Kak..PC tak pernah nampak apatah lagi makan..comel-comel pulak tu..mesti sedap ni kak..orang jawa sebut pulen ya kak..
Dulu2 ini juga sarapan pagi saya kak..
Skrg susah nak jumpa ubi kemili ini..
Kami panggil ubi telor..
Sebab lembut dimakan mcm telor..
Pastu licin bersih ubi nya..
Nak juga mencari benihnya..
Assalamualaikum..
nieyl tak pernah jumpa lagi...
Klu jumpa teringin jugak..nak rasa...
sedapnya ubi kemili mudah ditanam n rajin berubi..dimasak gulai sedap tu.
salam kak..
selamat tahun baru..
rasanya pernah makan ubi ni tapi masa kecik dulu kot... cam susah jer nak jumpa kalau kat kpg kitorg kat Swk... maybe x ramai yang ade tanam..hihi
SA x pernah makan..kalau satu hari nanti jumpa akak kat johor..boleh la kenalkan pada SA..nak jugak rasa walau SA mmg org kg maybe x pernah jumpa di tempat SA
Kakzakie, hari ni saya datang! hihi
Saya tak pernah dengar ubi kemili ni. Tengok hasil sudah direbus macam ubi kayu. Sedap tak?
haah la, lawanya dalam dia! nampak menyelerakan plak tu! mungkin tengah lapar jgak sekarang ni. haha
assalamualaikum kakzakie...biasa mkn ubi yg biasa tu jer...yg ni masih tak pernah merasa lg kak...nampak mcm sedap jer ni...
first time dengar dan nampak.. sedap ke?
Sedap x kak ubi ni? Reen belum pernah makan lagi.. Tertanya2 juga bagaimana rasanya..
http://www.reenri.com
sy tak pernah makan, tapi rasanya macam pernah nampak dijual di pasar
Orang jawa JDT panggilnya 'kentang jembut'.
Nilah diantara diet sarapam WP masa kecik2 dulu.
sedapnya..time-time hujan lagi lah syok makan ni.
ubi keling dan ubi kemili ni sama ke?? ke lain??nampak macam ye..huhu
Inilah juga makanan ky masa kecik dulu. Lama dh tak makan. Rasanya ubi ni ada di jual di air hitam saja. Tak pernah nmpk di jual kat tmpt lakm..
Cam tk pernah makan. Nama pun tk pernah dengar.
Bak peribahasa omputeh..dont judge the book by its cover.
Macam pernah tengok tapi tak pernah makan. Heheh.
ofismate ada dua tiga kali bawa ubi kemili rebus ni..gen Y mmg pelik sikit nak makan, kita yg veteran ni makan je...dah lama tk jumpa..
Yang nampak hodoh di luar, cantik di dalam ini banyak kandungan nutrisi baik untuk badan kita kan Kak.
ore kelate pangil ubi k*ling...
Peberet saya hingga skrang..
Kalau Aisyah, suka sgt kalau dapat makan ubi ni...
Saya pun panggil ubi k3ling juga.. Sedap rebus makan masa hujan..
kali pertama tengok ubi ni... mmg buruk rupanya...
First time falsya dgr ubi kemili..xsama dengan buah berangan nyeah kakak..ngeee..
Post a Comment