Hari: Semalam
Ketika anak pertama yang mengaji duduk di hadapan aku, si comel itu sudah keluar bilik. Aku menjangkakan dia mahu ke bilik sebelah.Tidak seperti biasa dia akan cuba membelek dulu Iqra' dia sementara menanti gilirannya. Aku pula yang sudah tua ini tidak menduga ada sesuatu yang mahu dibuat olehnya tapi tidak kesampaian. Masuk anak kedua mengaji dia masih juga tidak masuk. Tidak lama dia masuk bilik dan mendapatkan kakak sepupunya yang sudah selesai membaca. Ada satu bau sudah dapat ditangkap ke hidung.
"Siapa kentut? kena ambil wuduk balik." Boleh itu yang mama Zakie mereka ini bercakap dan sambung lagi menghadap anak yang duduk di depan untuk membaca. Tapi tiba-tiba Kak Meen masuk bilik "Mama, Icha terberak." Masya-Allah kenapa pula dengan si comel satu ini. Terpaksalah berhenti seketika. Kalau dulu si abangnya pernah terkencing ini si adiknya pula lagi dahsyat. Tapi anak kecil siapalah boleh menduga. Terpaksalah Kak Reen jadi tukang mandikan sementara Kak Meen mengambil tuala manakala aku selongkar kotak baju-baju kecil yang sudah lama tersimpan. Hujung tahun ini umur Icha akan masuk 4 tahun tapi mungkin sudah tidak tertahan terlepas juga. Cuma bernasib baik dia terbuang di depan toilet tidak di dalam bilik seperti abangnya dulu.
Anak belum baligh menduga kesabaran mereka yang baligh inilah salah satunya. Kena ejek pun tidak berkesan dihatinya. Senyum saja siap boleh bertanya lagi bila aku sarungkan baju. "Baju siapa ni mama?" Tidak malu pun dia berbogel di depan mama Zakie dia ini. Boleh lagi berkata sabun mandi mama wangi. Alahai anak...
~~ Ragam anak tidak membawa apa-apa dosa tapi ragam orang dewasa boleh mengundang dosa.~~
43 comments:
Nasib baik kak reen xder masalah mencuci bagai..
Nasib baik kak reen xder masalah mencuci bagai..
Allahu..ragam yang lucu untuk mama zakie kenang dan icha bawa hingga dewasa...kasih sayang akak pada mereka inshaAllah kalau pun tidak easa manisnya di dunia,,akak akan rasa di sana kelak..mesti sejuk hati mama bila icha cakap sabun mandi mama wangi..betul kak,,inilah ujian untuk yang dah baligh dan mumaiyyez,mengurus mereka..
Ragam anak 😂 yang bongsu terutamanya. Sangat mengada ngada
.
Abangnya yang banyak mengalah.
.
Semoga anak sis zakiepurvit membesar menjadi insan soleh soleha. Insyaallah 💖💟💞
ragam anak2 kecil..kadang2 diluar jangakuan pikiran kita...kalau tak sabar..mau menangis bdk tu kena tarik telinga hehe
nk di marah dia bdk lg kak, mcm la si aiyan, kadang di pesan berpuluh kali nk berak pi toilet.... kadang2 je nk berak laju pi toilet, kadang2 sedar2 dh ada bau... huhuhu
alala. takpelah dia dah tak tahan sgt tu kot kan..
ragam anak anak kecil kadang mencuit hati tapi dalam masa yang sama menggugat kesabaran..haha
Anak kecil yang suci bersih hatinya. Tak faham dia resah hati orang yang menghadapi karenah mereka... :)
hehehehe.. nasib baik sy tak mcm ni masa kecik2 dulu
~~ Ragam anak tidak membawa apa-apa dosa tapi ragam orang dewasa boleh mengundang dosa.~~ ini sy setuju sangat
assalam kak,lama x singgah sini...
comel je si icha...lps tu cam x rasa bersalahnya tanya itu ini....budak2 mane ada akal lg....
Ragam anak2 kecil macam2 kerenahnya perlu ditangani penuh kesabaran tapi membawa kbhgiaan di hati kita kala merenung wajah polos mrk
naseb baek juga ada kak meen dan kak reen yang boleh tolong mandikan...
pandai plak die kuar bilik nak iyak.. hihi..
anak2 kecil apa lah yang mereka tahu ya kak. apa yg dibuat semuanya rasa tak bersalah ajer. Memang menguji kesabaran mendidik mereka ni. Dah jadi emak, baru tahu perasaan emak bapak mendidik kita dulu macam mana.
Salam Kakzakie,
Selamat Tahun Baru ^_^
Anak-anak kecil ni kalau buat ragam apa pun, takdalah nak marah sangat. Adakalanya terasa comel memanjang. Tapi kalau dah terbuang air besar dalam seluar, mahu parah juga akak dan anak-anak nak menguruskannya. Mujurlah Mama Zakie mereka ni memang baik orangnya, sebab itulah anak-anak mengaji suka sangat. Buat apa pun takdanya nak marah!
Salah satu perkara yg berharga di beri pada anak kita ialah masa. So, just give your time when necassary.
Sabar aje laa kan kak..
Nasib baik ada pembantu..
Tapi masa baca tu, kelakar pun ada bila dia tanya soalan in innocent way... hihihi
kecil lagi dia..4 tahun..memang menguji kesabaran
hehe...sian icha...terlepas pulak dia ye...
mujur akak ada simpan lagi baju adik yang dulu2...
berlatih awal nampaknya Kak Reen...
dapatlah icha pakai baju adik erkh...comel jer telatah anak kecil 4 tahun ni.
Hahah. Macam macam keletah anak anak kecil ni kan kak.
Pandai kak reen layan adik..
Ragam kanak2 comel...ragam orang dewasa mmg tak kuasa nak layan kan hehe
Hihi nasib bdn..klu adibah cmfrm dia tak nak...
Terbaiklah anak dara akak
hihi..sabar aje la ya....
:)
Alahai.. Bagusnya icha.. Dah tak pakai pampers.. Anak lady masih pakai pampers, tahun ini 4 thn. Tp belum 4 lagi..
Saya suka nama blog ni.
Titisan nurani.
Saya suka nama blog ni.
Titisan nurani.
Teringat dulu waktu kecik2 semasa mengaji,
baju disambar api pelita sampai berlubang.
Nasib baik tak terbakar satu badan.
Macam-macam dengan kernah anak kecil.
Alhamdulillah ada baju lama yang boleh dipakai lagi.
Tak tahan agaknya tunggu turn masuk tandas.
sampai ke tandas, dah terkeluar.
Aaaaaaa~~~ mengimbas kenangan betul lah kak entry ni. Teringat budak-budak ni masa dalam proses potty train. Memang mencabar kesabaran kan. Tapi betul kata akak...ragam anak kecil ni tak membawa dosa. Kita ni yg macam2 ragam kena insaf.
Najeeha masa umur 4 tahun dulu masih ber pempes kak zakie..
Dia mungkin malu kot nak cakap buang air besar tu..
Bagus juga ada kak meen dirumah boleh bantu..
Hihihi ragam anak buat lucu kak..
Ragam org tua buat kita sakit hati kekadang tu :D
hahha comel je, muka tak bersalah je dah terberak..
ank sy 4 thun paki pampes lagi, tgh train nak free diapers..
Anak-anak kan..kadang buat kita marah kadang buat kita tersenyum. Dah TER memang tak boleh nak buat ape..hehehe..
Itulah kan, kadang ragam anak kecil ni membuat kita stress... bila diingat2kan balik mau terienyum sendirian..
Nasib baik gak kak reen sudi nolong ye, sabo jugak orgnya kak reen tu. Kalo tak jenuh mama kene berenti nk settlekan sikecil yg tak merasa bersalah tu kan, hihi
hahha comel ragam budak2 kan. hidup dorang happy tak dak masalah pun. :)
comel je ragam anak2 kecil...bila dah besar, rindu pulak keletah mereka masa kecik..
Kalau dinda, bab bab berak ni yg letih ni.....hihi...AGaknya macam manalah cikgu tadika tu kan kanda yg mengasuh budak budak dari paghi sampai petang
Congratulation for the great post. Those who come to read your Information will find lots of helpful and informative tips. Occupational Rehabilitation isa
Post a Comment