Wednesday, January 4, 2017

Jagung, pisang tanduk dan keladi

Apabila balik dari kampung bagaikan tidak sempurna jika bonet kereta tidak disumbat dengan hasil kampung. Tidak banyak sedikit pasti akan ada saja yang diangkut. Selain daun pucuk ubi, ulam tenggek burung, belimbing, nangka muda, umbut kelapa dan limau kasturi, gambar di bawah ini juga yang sempat ditangkap gambarnya untuk paparan mata.



Namun disebalik semua yang diperolehi ini semua adalah atas usaha abang dan kakak yang menjaga dengan sabar. Mereka selalu kena bertarung dengan pemusnah yang tidak berakal dan ada juga yang berakal tetapi menggunakan akalnya dengan jalan singkat.

~~ Selain jagung, pisang campur dengan keladi, letak sagu biji pun sedap untuk dijadikan pengat.~~


32 comments:

Sheila Adziz said...

buah-buahan tempatan semua sedap kak zakie... tiga2 buat pengat sedapnya...

NanyFadhly said...

Sedapnya pengat kak!!!Suka juga. Seronok bila tengok hasil tanaman sendirik menjadi kan.

nOe suhaimi said...

banyak juga hasil kampung yg kakzakie bawa balik tu....pemusnah yg berakal tu kena basuhkan akal tu...kasi bersih akal tu...

Norhayati Mohd Isa said...

Saya baru merancang nak buat pengat keladi..
Beli dgn kawan di kampung..
Bantu juga kekawan yg menjual hasil kg jer ni😊

Nieyl said...

Fav nieyl daun pucuk ubi..sampaikan...
tanam tepi rumah..hihihi..

Kakcik Nur said...

Berbudi pada tanah, disulam kesabaran, hasilnya pasti menggembirakan... :)

Normi Nieza said...

jimat belanja..hehe

umi alya said...

Bila masuk semua dlm 1 adunan, kak ke kita panggil bubur caca..(ingt2 lupa... )

umi alya said...

Kan ke ***

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

wah.. kalau ada hasil kampung macam ni, memang banyaklah menu yg keluar, hehehe. Sedih dengan pemusnah tak berakal tu

PeRdU cINta said...

betul kak..bila balik kampung tak sah kalau tak penuh bonet kereta dengan hasil kampung..kadang kelapa muda pun PC angkut kak..baba memang tahu..jadi kalau PC balik mesti dah sedia setandan..itu belum musin buah-buahan lagi..subhanAllah..

keladi tu goreng makan dengan sambal kicap..sedapnya..

IQ = Iez Qis said...

waahh, seronok bila banyak hasil macam ni kan?

dulu arwah ummi saya selalu bawak balik ikan segar dari rumah tok, sebab tokki dulu selalu ke laut tangkap ikan. mula la bau hanyir dalam bonet, penuh dengan ikan segar..

follow blog akak lepas ni, baru ada semangat baru nak berblogging dengan aktif kembali =)

Falsya said...

Bestnye kakak..untung bercucuk tanam sendiri..hasil tanaman boleh makan sendri..hehe

Kamsiah Yusoff said...

seadpnya jika dicampur semua tu..dibuat pengat..alahai bagai terasa2 kat tekak ni..

BTS said...

Hmm.ulaman tu yg best tu

CikLily Putih said...

itulah kalau balik kampung seronok ek. cam kita, mak kite siap nak bekalkan bawak balik rumah tapi kite tak nak sebab bukan ada orang yang makan pun kat umah. so masak-masak je kat umah mak then makan senanggg

Juls Julie80 said...

seronok tengok hasil2 berbudi pada tanah...selain jimat..kita jugak blh lari dari sayur2 import... sayur2 kpg dan ulaman jugak buat selera bertambah2...

sama cam mak kat kpg..bila tanam ape2 jer...bertarung dengan manusia perosak tu lagi teruk dari haiwan perosak... lambat kutip buah kelapa tua or lambat petik kelapa muda..mmg berputih mata la jawabnya... semua nak cari jalan mudah dari titik peluh orang lain nak dptkan sesuatu..

anyss said...

Assalamualaikum,
sedap tu....segar dari ladang

HeNRieTTa JoSe said...

sedapnye...klu segar, lagi sedapkan....

paridah said...

Hasil tanaman kampung segar n berkhasiat tak payah susah payah nak membeli, boleh juga dikongsi dgn jiran2 terdekat...

@na said...

Hasil kebun cukup berkhasiat kak...semua nya segar tambahan pulak di jaga dgn penuh kasih sayang kan?

saniah ibrahim said...

Ada umbut kelapa ya kakzakie...sedap tu buat masak lemak ..

Warisan Petani said...

Samalah macam WP.
Eh tak sama.
Bila adik beradik atau anak2 saudara balik kampung, WP tukang bekalkan hasil kampung untuk mereka.
terutama kalau musim buah2an.

Ann Ishak said...

adoiii akak ni, tak suka tau...dah terbayang2 semua benda tu bercampur dalam satu periuk berkuihkan santan :D

idzwa kamaruddin said...

Hasil kampung yang sihat-sihat gemuk! wow~

nohas said...

pengat keladi..dh lama tk makan..

Puteri said...

Sodapnya asam pedas keladiiiii

Ainniah Zulkefli said...

besaqnya pisang tanduk tu. alhamdulillah boleh merasa tanaman family sendiri kan. barang makanan sekarang dah la mahal2.

Mas Zull said...

assalamualalaikum kakzakie...sedapnya tengok pisang tanduk,keladi n jagung tu...kalau balik kg mmg inilah bahan2 yg wajib dibawa pulangkan...seronoknya ada kg dan kebuh...ambil jer apa yg ada...:)

Raihanah Ahmad said...

sedap2 semuanya lebih2 lagi musim hujan ni

SalbiahM said...

'pemusnah berakal' tu apa agaknya ye..hehe.ah, sedap semua ni kalau direbus

Cikna said...

Untungnye bila b'bakti pd tanahkan... Cantiknye jagung tu,rebus sdp tu..;-)