Satu persatu dihurai dengan tujuan membimbing penjaga menjadikan anak jagaannya mencapai transisi yang diharapkan. Kegemilangan rohani dan jasmani setimpal kehendak dan impian setiap ibu-bapa atau penjaga. Beberapa entiti yang perlu dititik-beratkan oleh penjaga antaranya yang sempat tercatat buat renungan bersama: -
1. Belajar secara berkumpulan. Anak perempuan tidak digalakkan belajar berkumpulan berbanding anak lelaki. Ego lelaki lebih tinggi dari perempuan. Oleh itu bila melihat teman lebih berjaya anak lelaki akan lebih berusaha. Berbanding anak perempuan bila bertemu akan lebih kepada perbualan dari perbincangan terhadap pelajaran.
2. Kekuatan mata dan telinga. Jika anak perempuan terletak pada telinga berbanding anak lelaki pula pada matanya. Katanya lagi oleh sebab itu anak lelaki biasanya lebih suka bermain di luar seperti layang-layang, basikal, gasing, bola dan sebagainya. Manakala anak perempuan kekuatannya pada telinga. Oleh sebab itu sewaktu belajar ada lebih baik kalau dibaca kuat-kuat. Contoh diberi; kalau memerintah anak perempuan cuci baju. Kalau sekali dipanggil tidak dengar mungkin dua atau tiga kali ia akan lakukan. Tetapi anak lelaki kalau disuruh kena berkali-kali disamping penjaga perlukan alasan kukuh supaya kerja dapat dilakukan dengan sempurna.
6. Sunnah nabi yang boleh diikuti. Contohnya Nabi s.a.w ada menggantungkan rotan di dinding. Ini bukanlah untuk merotan anak tetapi sekadar memberi ajar agar anak takut dan turut. Begitu juga dengan menggantung ayat-ayat baik seperti Surah Sajadah, Asma-Ul-Husna dan sebagainya agar setiap kali sewaktu hendak ke sekolah dia boleh terpandang dan membacanya. Lintasan otak membaca akan manjadikan otak dapat berfungsi dengan lebih baik. Begitu juga makan sebelum maghrib. Banyak amalan sunnah ini tidak diamalkan oleh kita tetapi kalau kita lihat amalan seperti ini banyak dilakukan oleh bangsa Cina. Rotan, makan sebelum maghrib memang amalan mereka.
Sebelum majlis berakhir anak-anak diperdengarkan lagu yang amat syahdu hingga mengundang tangisan bergema. Masing-masing mencari ibu-bapa dan penjaga. Yasmien tidak ketinggalan mencium dan memeluk rasa macam aku hendak pergi buat selamanya. Sayu juga ibu-bapa diperlakukan begitu. Ibu-bapa juga tidak kurang turut luruh juga airmata bila raungan bergema dalam dewan. Memang hebat penceramah itu. En. Norhisham (lupa nama ayahnya) tetapi beliau adalah penceramah dari Vision Consultant yang berpejabat di Ulu Tiram, Johor.
Ikrar - Anak-anak berikrar untuk belajar bersungguh-sungguh 
Janji - Para pendidik komited dengan tanggung-jawab dipikul dibahu mereka
Hadirin - Ibu-bapa tidak kurang berjanji berjuang bersama 
Tandatangan - Perjanjian wakil guru, wakil ibu-bapa dan wakil murid untuk kegemilangan
Membiak - Pokok lempoyang ini membiak tanpa penjagaan. Hubby tanam di luar pagar sewaktu mula membeli rumah yang kini kami sewakan kepada orang lain untuk memdudukinya.
 
Akar - Lempoyang muda terikut sama. Aku tidak menggunakan yang muda.
 
Bersih - Lempoyang yang telah dibuang akar dan kulit akan kelihatan seperti halia.
 
 
 
 



















 Bagaimana ligat tangannya memutar tepung di dalam besen untuk membuat tepung talam begitulah juga ligat kotak fikirannya berputaran. Peristiwa itu masih kuat dan kejap dalam ingatan. Gangguan seksual yang dilakukan oleh pembantu pejabat terhadapnya siang tadi sebentar-sebentar menerawang dalam ingatan. Sesekali matanya yang penuh digenangi butiran airmata menjengah permata hati yang lena diulek mimpi selepas usai merasai makanan pemberian insan prihatin. Baru sebentar tadi dia bertanya “Apa makna kembiri mak?”.











Ok.... masa sudah habis. Lampu dah dipadamkan. Baju sudah lenchun dengan peluh. Baliklah....
Bila keluar dari dewan akan terlihat kolam tempat memancing. Hubby aku tidak gemar memancing. Nasib baik kalau tidak aku kena ikut duduk sama. Aku lihat mereka melangut menunggu jorannya dimakan ikan dari mula aku masuk dewan sampai aku keluar masih duduk menunggu. Sabarnya mereka.....