Segala kenangan yang ditinggalkan oleh ibu mertua aku masih kuat dalam kotak memori. Halaman rumah bagaikan taman dengan susunan pasu-pasu bunga dan deretan pokok-pokok yang ditanam disepanjang jalan masuk menuju tangga rumah. Manakala belakang rumah pula bagaikan homestay kecil yang tersusun. Penghuninya pasti riuh bila pagi-pagi dia datang membawa makanan yang disuakan. Pemergiannya menjadikan semua menjadi suram. Riuh-rendah penghuni homestay itu tiada lagi. Untuk meneruskan legasi arwah ibu mertua aku itulah hubby mengambil inisiatif membangunkan projek itu kembali.
Homestay ayam belanda - Bumbung sudah siap
Rumah baru - Membina reban ayam belanda kerana saiznya yang besar jadi rumah pun kena besar. Kalau ayam boleh tinggal 10 hingga 15 ekor tapi dia tinggal berempat saja.
Ayam Belanda - Aku pun tak tahu kenapa keluarga aku panggil ayam belanda. Kalau ikut istilah bahasa Inggeris "Turkey". Yang ini sebab masih kecil kena simpan di sini dulu.
Angsa - Mula-mula ada 2 ekor hitam dan 4 ekor kelabu+hitam tapi seekor yang hitam umurnya tak panjang. Kata emak dulu kalau kaki lebar itu jantan dan yang kaki kecil itu betina.
Itik - Kemana pergi mesti berkumpulan. Setiap sudut satu kumpulan. Rumah itik sudah cantik tidak perlu renovation. Selesa meronda sana-sini dalam reban.
Sementara - Itik baru disimpan dalam reban kecil sebelum bersedia dipindahkan ke rumah baru.
Kini hampir setiap minggu hubby akan balik kampung sendirian untuk menjenguk homestay yang sudah siap sepenuhnya. Bagi memberi keselesaan penghuninya dan juga abang ipar yang menjaga makanan dan ubat-ubatan yang perlu disediakan, sedikit pengorbanan masa kenalah lakukan.
-
-
-
--
-
Kini hampir setiap minggu hubby akan balik kampung sendirian untuk menjenguk homestay yang sudah siap sepenuhnya. Bagi memberi keselesaan penghuninya dan juga abang ipar yang menjaga makanan dan ubat-ubatan yang perlu disediakan, sedikit pengorbanan masa kenalah lakukan.
Ada satu petua diberikan oleh penternak bangsa Cina supaya penghuni tidak digigit nyamuk. Kalau kita beli telur, pengalasnya jangan dibuang. Ia boleh digunakan sebagai penghalau nyamuk. Gantung pengalas telur ini dengan dawai di depan reban dan bila senja bakar sedikit bahagian hujungnya. Ia akan mengeluarkan asap secara perlahan-lahan dan ini juga dapat mengelakkan ternakan kita dari batuk. Jangan ketawa bila aku katakan ayam, itik, angsa dan ayam belanda pun batuk. Sekadar hiburan......
-
-
-
-
menerawang waktu itu
menerawang waktu itu
derai tawa seorang ibu
belai kasih seorang nenek
mencoret nostalgia
tinggalan cerita-cerita dulu
seperti semalam baru berlalu
segar berputaran
hingga membalut beban kerinduan
mencoret nostalgia
tinggalan cerita-cerita dulu
seperti semalam baru berlalu
segar berputaran
hingga membalut beban kerinduan
36 comments:
salam. agak peliklah pulak kalau kita panggil dengan nama ayam turki kan?
semuga projek tu berjaya.
Kenangan lalu tetap mengusik jiwa.
salam kak zakie,
best betul suasana kampung macam tu
kita suka..
homestay tu di mana?
manatau dtg ke sana..boleh kami
cuba tgl di homestay pula
good info psl halau nyamuk tu!
salam
wah... lama tak tengok angsa... huhu
teringat masa kecik2 kena kejar dgn angsa... lari lintang pukang... hahaha
salam za,
ahaa...ada gunanya bekas telur tu yer :))
salam
seronoknya..damainya..hidup dikelilingi bnyi ungas,ayam itik...pokok2 menghijau...hilang stress..
As'salammualaikum kak..
Lame dah x menikmati suasana kampung , ada ayam , itik ,angsa selalu yang dengar bunyi kucing dan jalan raya je..rindu suasana kampung mendamaikan je..
Salam kakpah,
Agaknya ayam tu mula2 lahir kat Turki agaknya.
Doakan ternakan itu membiak ye kakpah.
Rindu dgn yg telah pergi....
W/salam Ati,
Awak ni betul la Ati. Ini homestay buat ternakan hubby kakak di rumah peninggalan arwah ibu. Ada kat belakang rumah lama itulah. Ati nak tinggal kat situ ke? Nanti ayam-itik semua terperanjat lihat teman barunya secantik puteri gunung ledang. Ha...ha... kelakar ati nie tau...
W/salam My Little Diary,
Angsa kalau tak kenal di akan kejar. Bila lehernya memanjang kena sedia ajelah. Lari!!....
W/salam Hajah Zainab,
Itulah dulu tak tahu kita buang. Sekarang semua kena kumpul. Bila balik kampung bawa banda ni.
W/salam Kamsiah,
Itulah sejak ada ternakan ini selalu ingat nak balik kampung. Anak-anak lagilah suka boleh main basikal tak perlu kena sekat macam kat rumah sendiri....
Waalaikumsala Amy Syaquena,
Suasana kampung memang damai. Malam tak perlu ada aircond, sejuknya macam kat oversea. Selimut kena tebal-tebal. Tapi siang panasnya mak oooii!! peluh menitik macam duduk dlm sauna.
ouh.. seronoknya! bagusnya..
suka tengok suasana kampung begini..
rajin menternak.. :)
Aslmkm.
Hmmm menghidupkan semula nostalgia la ni.
Memang ada orang suka berternak & berkebun ... biasanya bila semulajadi suka, lebih ngam! :)
Salam kella,
Belakang rumah kg hubby memang teramatlah luas tanahnya. Pokok manggis, rambutan, durian, kelapa, mengkudu, limau, petai, jering eh... kalau nak senarai memang banyak. Kalau bunga kantan dan daun kesum memang dah macam semak. Tapi kalau malam takut tau. Ada macam-macam bunyi. He..he...
W/salam DDrfauziah,
Sebenarnya hubby terpengaruh cerita rakan cina dia. Reban dah ada, tanah pun ada dia suruh cuba kecil-kecilan dulu. Sekarang dah jadi hobby pulak dah....
Anak kakak suka telur kg. sebab kuning telurnya besar dan warnanya oren.
Salam Zakie,
Salam ukhwah, Terima kasih sudi singgah blog akak.
Damainya suasana yang digambarkan. Mesti seronok hujung2 minggu dapat berkumpul dikampongkan.
best duduk kat kampung....
kalau duduk kat bandar mana boleh buat semua tu...
teringat kampung halaman....
W/salam Kunang-Kunang,
Kasih diterima.
Memang seronok kalau berada di kampung. Mengimbau nostalgia bersama mereka yang telah meninggalkan kita disamping meneruskan legasinya.
Salam si para para,
Walau duduk di bandar kalau ada kampung dan tanah masih ada peluang utk melaksanakannya.
assalamualaikum..seronoknya...boleh jadi contoh penternak yang berjaya kan..semoga hasilnya akan membuahkan sesuatu yang positif untuk akak sekeluarga ya
salam kakzakie
syok nya ada ternakan sendiri... teringin gak nak menternak nie tapi takut tak terbela.... terutama bila kita rasa nak bercuti panjang .... asik teringat kat ternakan je takut tak makan... jalan yg baik tak yah bela walaupun seekor kucing itulah pendapat suami saya.... sian kat anak2 yg sukakan kucing tapi nak buat macam mana adagak kebenaranya,,,,,
salam
terima kasih kerana sudi follow saya.
bagaimana bunyinya ayam, itik, angsa dan ayam belanda batuk ? orang belanda biasalah dengar ! hehe
Waalaikumsalam sahrom,
Sebenarnya yg jaga banyak abang ipar hubby. Hanya keperluan ternakan saja hubby kena keluar spt. makanan dia, ubat-ubat dan memperbaiki reban. Sebab itu bila balik sebulan sekali nampak yg kecil dah besar. Seronok...
W/salam atie,
Memang banyak kerja utk permulaan. Kena bersihkan tanah, buat reban, jaga masa anak-anak, jaga kesihatan dia dsb. Bila besar yg syok.... telor tak payah beli, buat telur masin sendiri dan yg best.... ternakan sendiri.
W/salam al-lavendari,
Sebenarnya kakak dah lama baca tapi tak perasan tak follow lagi sebab kalau buka saja internet susunan blogger yg selalu di baca dah tersusun. Tapi bila lihat dlm list baru perasan.....
Kalau nak tahu ayam,itik, angsa batuk tak dapat digambarkan kat blog. Tapi bunyinya lebih kurang kheek...khekk.... gitulah...Ha...ha... kelakarlah tuan ni...
salam k zakie,
wah! rajin hubby k zakie,
boleh tempah 1 kiosk kt MAHA lps ni..
leh promosi ternakan hubby tu.
insyallah wak pun dalam proces nak buat Cattery ..
pembiak kucing yg berdaftar dgn gabungan persatuan antara bangsa ..
permohonan dah buat . fees pun bayar gune US D..
harap2 permohonan nye lulus ...
assalamualaikum kakzakie,
bakar alas telur tu memang baik untuk menghalau nyamuk, tapi baunya kuat sikit , kurang elok untuk penghidap asma
ayam peliharaan suami hanya tinggal 5 ekor, hampir 20 ekor mati terkena penyakit sampar ayam, skarang ayam jiran sebelah rumah pula yang terkena penyakit ini
teringat jiran sebelah, bila meninggal tah mana hilang semua kucing dia
moga sihat sokmo, ada tag la...
assalamualaikum kakzakie
oh rupanya haiwan ternakan ni
ada batuk2 juga ya kak?
terima aksih kak
dapat ilmu baru saya hari ni
ttg cara nak halau nyamuk
nak2 musim hujan/ banjir begini,
nyamuk cepat sgt membiak
W/salam aby,
Amboi perli kakak nampak... Bukan untuk jual tau. Ini untuk keluarga sendiri makan. Tapi kalau menjadi ipar hubby akan jadikan projek agaknya. Man tahu menjadi. Ha....ha....
Kucing aby kakak tengok memang cantik. Lagipun dah tahu cara penjagaan, tahu pasaran mesti ok. Kakak doakan moga berjaya.
Waalaikumsalam ibuintan,
Betul tu baunya kuat tapi tak apa kerana reban-reban ayam tu jauh dari rumah. Tapi hairan ternakan tu tak pulak asma ye. He...he...
Penyakit sampar memang berjangkit. Kalau kena seekor lambat asing jawabnya semua kena. Kesihan pulak kakak dengar dan sayangnya....
Salam cemomoi...
Pandailah kucing tu cari tempat....
Amboi!! sejak bila dah mula bagi kengkawan assignment? Dulu jadi lecturer tak mahu. Nanti kakak tengok ok. Sonang je tu....
Waalaikumsalam ummu,
sedikit petua org dari org cina
tapi bakar bekas telur hanya sesuai utk ternakan tau
jangan guna kat rumah nanti terbatuk-batuk tak henti kita jawabnya
Hai Kasthurirajam,
Thank you being dorp-in a word in my blog. To see this scenario you are welcome to visit my country.
wah menarik ternak2.. heheh
Jasa Ibu Bapa Dilupakan, Jasa Orang Lain Disanjung
Post a Comment