Tuesday, January 18, 2011

Belajar Mengarang Dengan Kakcik Seroja

Lihatlah betapa gahnya header Blog Kak Cik. Kalau hendak lebih tahu silalah layari blog beliau di http://Kakciknurseroja.blogspot.com/. Ingin turut mengikut jejak kakpah Raudatul Jannah lalu aku pun turut serta; manalah tahu aku boleh dapat tupperware kakcik itu. Marilah kita meriahkan pertandingan ini. Kata kunci telah diberi, kita olahlah menjadi apa saja.


Bagaimana ligat tangannya memutar tepung di dalam besen untuk membuat tepung talam begitulah juga ligat kotak fikirannya berputaran. Peristiwa itu masih kuat dan kejap dalam ingatan. Gangguan seksual yang dilakukan oleh pembantu pejabat terhadapnya siang tadi sebentar-sebentar menerawang dalam ingatan. Sesekali matanya yang penuh digenangi butiran airmata menjengah permata hati yang lena diulek mimpi selepas usai merasai makanan pemberian insan prihatin. Baru sebentar tadi dia bertanya “Apa makna kembiri mak?”.

Gelengan kepala si emak membuat anak meninggalkannya menuju ke meja makan, membuka tudung saji yang hanya terdapat sepinggan halwa maskat pemberian kakcik seroja. Bagaimana mendapat gelaran itu dia sendiri pun tidak pasti. Tapi apa yang dia tahu tubuhnya yang kecil dan halamannya yang penuh dengan pohon seroja agaknya lalu gelaran itu diberikan kepadanya.

Malam kian merangkak sepi tapi pakaian untuk mendaki permintaan si anak sulungnya masih belum dapat ditunaikan. Mengenang perpisahan dengan suami sejak ulang tahun kelahiran yang ke lima anak petama hingga kini kehidupannya benar-benar terhimpit. Penjualan kuih itu diharap dapat memenuhi kehendak anak yang belum mengenal erti peritnya kehidupan.
Pernah juga si anak merengek mahu menonton wayang sebaliknya emak akan katakan semuanya tidak baik kerana akan membazir. Nostalgia menonton filem zombie kampung pisang bersama bekas suami tidak mungkin berulang kembali. Semuanya telah lama cuba diluputkan dari ingatan. Tetapi jika terdengar suara azan bergema sayup menjelang pagi pasti jiwanya meruntun sayu terkenang kerana di waktu beginilah lafaz cerai dijatuhkan oleh suaminya dulu.

Jauh di sudut hati sentiasa berdoa semoga ada sinar menyinari kehidupan anak-anak yang kini menjadi penghibur hati yang lara.
-
-
-
-
-
-

Kakcik boleh dapat tupperware itu agak-agaknya? Penyertaan karangan ini sekadar sebuah penghasilan titipan dari TITISAN NURANI.



40 comments:

Ati Masrif said...

ceewahh..ok lah tu

boleh dpt hadian dari kak cik

ati ni ..bab2 mengarang sambung ayat
tak reti ah..

sahromnasrudin said...

tahniah kak zakie..kami support kak..semoga kak muncul sbg pemenang kerana saya rasa karya kak adalah yang terbaik setakat ini

Kak Amy said...

amy support akak 101%...

Kakzakie Purvit said...

Salam Ati Masrif,

Alahai entah mengapa tetiba kakak nak buat pulak. Hehehe...

Kakzakie Purvit said...

salam sahrom,

amboi!! tingginya pujian. nak melambung kakak dibuatnya. kakcik tak lantik sahrom jadi pengadil tau....hahaha...

Kakzakie Purvit said...

Salam Amy Syaquena,

Terima kasih amy sayang....

ibundo said...

kakzakie, syahdunya cerita... mengalir air mata kesedihan dah ni...

kella said...

kak zakie, kita menyokong akak dari belakang! jangan takut takut.. kalau akak mengundur, kita akan tetap tolak akak kehadapan... ;p

hehhe.. take care.. :)

terokai seni said...

boleee... segala elemen semasa ada ni...

hentian said...

kak zakie,
pandai karang cerita ye...

Anonymous said...

Aslmkm.
Mengikut trend, cara cenggini boleh naikkan populariti & trafik ke blog.
Malangnya Kak G tak minat pula! Mungkin kerana Kak G anak tunggal & tak reti nak berebut2. :)
Jadi Kak G wish Good luck je le ya.

ong ong kedek kedek said...

saye rase akak tak dapat tpperware, tapi bleh dapat proton inspira he3...

Kakzakie Purvit said...

Salam kakpah,

Jangan syahdu-syahdu...ini kan palsu belaka. Huhuhu....

Kakzakie Purvit said...

Salam kella,

Thanks a lot....

Kakzakie Purvit said...

Salam cemomoi,

Terima kasih. Kakak saje je la. Jom joint...

Kakzakie Purvit said...

Salam Insan Marhaen,

IM marilah buat sama. IM buat syair pulak....

Kakzakie Purvit said...

W/salam DDrfauziah,

Oh... Kak G rupanya the only child. Mesti emak-bapak Kak G beruntung walau satu tapi menjadi yg terbaik.

Kakzakie Purvit said...

Salam REPUBLIK N9,

Kamu ini Hasrul memang nakal tau. Kakak tunggu Hasrul taja Inpira. Habiskan belajar tu dulu, balik M'sia nanti boleh taja......

Panglima7 said...

Salam Kakzie,
Apa khabar? Semoga sihat selalu hendaknya. Kunjungan hormat dari hamba Panglima7.

My Little Diary said...

salam,

good luck kak! semoga tercapai jua hajat nak memiliki tupperware tu... :)

Ati Masrif said...

salam kak zakie,

apa khabar?

kella said...

kak zakie.. kita suka kata kata akak..
terima kasih kerana sungguh menyenangkan.. :)

Kak Amy said...

As'salammualaikum kak..

amy datang tenangkan diri di sini..

Werdah said...

Assalamu'alaikum kakzakie

MasyaAllah.. ada bakat mengarang.. tersusun dan menarik kisah.. rasa-rasanya boleh menang ni.. insyaAllah.

Kakzakie Purvit said...

Salam Panglima7,

Alhamdulillah baik adanya
Terima kasih kunjungan tuan hamba
menjadi sahabat hamba kiranya
moga ukhuwah membawa redhanya....

Kakzakie Purvit said...

W/salam My Little Diary,

Kalau tak dapat pun tak pe. Kita beli kat pasar. Hehehe...

Kakzakie Purvit said...

W/sal Ati Masrif,

Alhamdulillah baik.... moga Ati juga.

Kakzakie Purvit said...

Salam kella,

Betul ke ni? Nanti kakak tulis lagi kat MATHARI.

Kakzakie Purvit said...

W/salam Amy Syaquena,

Suka kalau ia mendatangkan ketenangan. Silalah....

Kakzakie Purvit said...

W/salam Werdah,

Alahai sebagai suka-suka sajalah Kak Werdah. Dulu kakak selalu tulis cerpen masuk majallah untuk dapat duit saku masa belajar (keluarga kakak org susah). Bila dah kerja ni dah berduit (walau tak banyak) dah malas.

Unknown said...

salam ziarah kak zakie.

firt time melawat sini terus tertawan..
pandai kak reka cerpen..
nie ayu nak pi blog kak chik jugalah..mana tau...boleh asah bakat..hehehe

good luck kak zakie

Kakzakie Purvit said...

Salam Citarasa Rinduan,

Terima kasih ziarah.
Bukan pandau Ayu.
Saja nak meriahkan penyertaan
Bukan kerana tupperware tu.....

Ayu cubalah juga...

ahmad humairi said...

assalamualaikum,

selamat maju jaya kakzakie,
anda hebat!

Kakzakie Purvit said...

Salam ahmad humairi,

Eh.... cikgu perli kakak ni.
Sekadar meriahkan blog kakcik...

nba-Nur said...

Puitis karangannya ni.. Ada harapan menang.. Good luck ye..

roslaini saad said...

Syahdulaa cerita ni....rasa nak berlinang air mata..kreatif sungguh..dan kak cik yang buat pertandingan ni pun kreatif...syabas....

Kakzakie Purvit said...

Salam nba-Nur,

Sebagai meriahkan blog kakcik saja.

Kakzakie Purvit said...

Salam roslaini saad,

Cikgu jangan syahdu. Ini palsu dan reakaan semata-mata. Terima kasih baca N3 kakak.

fatin said...

wah ramai penyokong ni.. leh menang nih..

hihi..

salam perkenalan kak zakie ;)

ibu qaleesya said...

wahhh seronok baca akak mengarang.. hehehe gudluck!!! saya follow