Menganyam pantun berbait-bait
Membuah kebahagiaan bertebaran
Bukan kait sebarang kait
Jalinan benang menjadi hamparan
- Inilah hobby aku. Orang tua-tua kata ketika pantang selepas bersalin jangan menjahit atau mengait, dikhuatiri mata rabun sebelum waktunya. Tapi aku dari umur 12 tahun mata memang sudah rabun. Lihatlah beberapa hasil jalinan benang yang telah terhasil.
Alas belakang sofa.
Yang ini Baru siap hendak kena sesuaikan alas meja. Belum iron lagi... tapi sebab nak ambil gambar, jadi sidai sajalah di sofa dan snap..... Kalau aku iron mesti cantik. (Masuk bakul angkat sendiri. Ha..ha....ha.....)
Alas meja bulat.
Ini belum siap lagi. Aku tebarkan di atas katil sebab nak ambil gambar. Masih dalam proses untuk disiapkan.
Kalau bulan ramadhan mesti cepat siap sebab masa cuti tidak perlu asyik berada. Lepas tadarus boleh terus konsentrasi mengulit benang mengait.
2. Senaraikan tempat yang anda ingin pergi…
Saban hari cuaca muram
Wahai angin wahai awan
Sampai bilakah begini gerangan
Bunga kembang bak hamparan
Dingin diselaputi salji bertebaran
Tempat begini menjadi impian
- Hujan emas di negeri orang; hujan batu negeri sendiri. Tapi sewaktu aku berada di tanah suci Mekah jiwa dan ragaku rasa mahu kekal berada di sana. Kalau boleh mahu ku usung anak-anak bersekolah di sana.
3. positif yang anda miliki .
Bila menyanyi mesti menari
Lenggok badan mengikut sendi
Lagak bagai si Puteri bali
Ras, Bayati, Sikah dan Masri
Boleh ku ajar siapa yang sudi
Menagih sebuah kesabaran yang tinggi
- Sebenarnya aku bukanlah pandai tetapi bila musim Musabaqah Al-Quran atau pertandingan Berzanji anak-anak mulalah mengunjungi aku. Maulidur-Rasul sudah tidak lama lagi, nampaknya kenalah anak-anak mendengar suara katak bentung ku ini.
4. Sikap negatif anda...
Mari bersama bersendaloka
Jangan lupa bersyair juga
Bila hatiku sudah terluka
Susah betul hendak dilupa
- Mulut akan berkata ok sudah memaafkan tetapi jauh di sudut hati masih ingat. Sesungguhnya perbuatan memaafkan seseorang adalah perbuatan yang terpuji. Aku kena belajar dan berusaha membuang sikap negatif aku ini.
5. Tag 20 blogger
Setelah penat berbelanja sakan
Hingga lupa hendak makan
Amboi ramainya hendak ditag
Sesiapa saja yang sudi dialu-alukan
Silalah teman jangan malu dan segan
- Rasanya teman blog aku rata-rata adalah teman yang telah mendapat tag seumpama ini. Kepada yang sudi dan rela hati jutaan terima kasih dihulur dari aku di TITISAN NURANI. Semua ini sekadar satu ikatan persahabatan.
32 comments:
heh, dah jawabbbb yea...
ada pantun tu ingatkan hobi suka menari,
puas juga baca dua tiga kali
lepas diselidiki
oooo pandai ngajiiiii
Dulu2, kakcik rajin juga mengait ni. Sekarang dah tak larat lagi (kurang rajin sebenarnya!). Kakcik pernah kait cadar untuk katil bujang dan beberapa set alas kusyen.
Aslmkm.
Sambil layang tag la ni! Inilah satu2nya yang Kak G tak minat. Tapi ramai berminat!
Selagi minat masih ada, teruskan saja.
Kak G dulu belajar juga semuanya: tatting, crocheting, knitting & seumpamanya. Bukan kerana minat sangat, sekadar nak buktikan apapun kalau kita lakukan dengan hati mesti menjadi! :)
Salam cemomoi,
Masa kecik dulu kakak ada menari atas almari solek pegang botol minyak rambut sambil menyanyi He...he...he....
Salam kakcik,
Kakak mengait ni sebab dulu arwah emak kakak selalu buat jadi dah macam ikutan. bila duduk je pegang jarum buat apa sajalah.....
W/salam Kak G,
Dulu masa kakak anak dara ambil upah jahit baju kurung yg joint guna kait. Kemudian hujung lengan dan bawah buat bunga tepi macam chair-back tu. Mereka pilih bunga apa yg dikehendaki.
Sekarang dah tak ambil upah lagi.... Buat utk diri sendiri aje...
Salam Kakzakie
Saya pun dulu-dulu pandai juga mengait.
Maaflah, 'mengait' kelapa! Guna galah panjang yang pada hujungnya diikatkan mata kait. Kalau tak pandai, kelapa setandan tak semua turun. Ada yg tertinggal atas pokok. Atau ada kelapa yang turunnya mengarah ke kepala kita. Atau ada kalanya, mata kait tercabut, jatuh deras ke bawah dan melukakan tubuh (dan hati!) kita.
Maaf ya Kakzakie, respon tentang 'mengait' sebenarnya keluar tajuk. Ceria selalu!
Nak tempah kak....
:D
salam k zakie,
dalam rabun2 kaitan nye cantik mcm tu ..
klu tk rabun psti lagi3x cantik kot ..
he..he..
masih blm faham psl tag ..
hu.hu..
IM masa remaja dulu juga selalu mengait. sempat le siap selembar kaitan...
saya ni mmg tak lekat menjahit, saya pernah jahit selimut, sulam2, jahit baju, semua separuh jalan.... mmg tak dak minat, hihihi
alah, tgh malas nak buat tag, nak blogwalk pun susah sgt sekarang ni ;p
syabas kak zakie berjaya jua menjawab tag kan..bagus kakzakie nie
W/salam Temuk,
Sebab itulah agaknya kelapa makin mahal sekarang cikgu. Salah kait kelapa jatuh atas kepala. Ada cerita masuk paper mati kena timpa kelapa sewaktu mengait kelapa.
Salam ckLah@xiinam,
Sekarang kakak dah tak buat tempahan lagi. Sendiri punya pun berbulan baru siap. Ha...ha...
W/salam aby,
Sebab rabun itulah senget-menget kaitannya.....
Kok orak paham2 bocah iki yo. Kowe njikuk soalan ne lepas kuwe dijawab wahelah.... Ndelok nombor siji soalan ne opo seng aby sukai. Angger sukak mbelo kucing tulis wahe. Paham rak? Ok kakak arek ndelok aby jawab tag iki.
Salam Insan Marhaen,
IM kalau sehari selembar benang
lama-lama menjadi kain....
amacam ok gek tu
jangan selembar benang itulah diulit
lama-lama benang pun putus. Ha...ha...
Salam Mak Su,
Org tua-tua kata jangan kerja separuh jalan tak baik. Nanti banyak kerja akan tergendala, takut cita-cita tak tercapai. Betul ke?.....
Jawablah maksu, kakak tengok satu hari mesti ada 2-3 N3 maksu. Rajin la tu....
Salam Sahrom,
Cemomoi nak uji kakak sebenarnya rajin ke tak? Aha.... dah jawab dah. Rajin la jugak (masuk bakul bocor)ha...ha....
wah.. pandai ya kak zakie ni...
dah tahu serba banyak kak zakie.. hehehe.. :)
salam. kakpah dulu pun suka mengait tapi kesukaan kakpah ni berubah2. takde yang tetap. sekarang ni tak tau suka apa. suka masak tapi malas.. haha.
err,, baca tag ni pun cukuplah. dah cukup terhibur..
Masa kecik-kecik dulu bonda ada ajarkan amy cara mengait nie tapi bile dah lame tak buat lupa terus..kalau dulu selalu sangat buat topi baby , sarung tangan dan kaki pastu buat alas meja..
salam kak
kalau smart tag , nak hehehe
penat pakai t n g , kena keluar tangan hehe
Salam kella,
Jangan memuji terlalu tinggi. Kalau tergelincir patah kaki.
Salam kakpah,
Kakak tahu kakpah suka masak dan jaga cucu.
Tunggu nak tahu nama cucu terbaru kakpah nie...
Salam Amy,
Kalau dah pernah buat mesti tahulah tu. Ambil jarum, beli benang jalinkan aje. Buat bila free, lama-lama besarlah.
W/salam rezeki,
Smart tag kat kempas toll pun jem kalau hari sabtu balik kerja. Kakak masih guna t n g lagi dan jemnya lebih teruk dari smart tag. Tapi lebih baik dari bayar kes jem berjela-jela....
Assalamu'alaikum kakzakie
pandai sungguh berpantun rupanya kakzakie,
tak pula kurangnya mengaji,
minat mengait memang dipuji,
tag yang sama juga diberi tapi belum lagi berupaya menjawabnya.
Kakzakie,
Kak juga minat mengait ni, tapi tak pernah siap bila mulakan hanya separuh jalan sahaja.
W/salam Werdah,
Kakak memang suka mengait tapi itu pun kalau ada masa lapang. Kalau masa rehat di pejabat hari Isnin/Khamis kalau puasa pun boleh mengait. Koleksi kakak dah banyak dari alas katil sampai yg kecil seperti alas vase bunga.
Kak Werdah jawablah tag. Just suka-suka je...
Kalau kak Werdah takut tak siap buat yg kecik2 dulu. Nanti bila ada masa cantum-cantumkan jadi besarlah.
Hobi yang sungguh menguntungkan.
sangat kreatif menjawab tag.hehehe
comel la yg kait2 tu...
kalau buat tu msti x ingat benda lain kan.hehehe
kan best kalau pandai jgk kait mengait..
salam azieazah,
Benang kena beli juga tau. Biasa kakak guna minlon brand. Dah seronok sebenarnya....
Salam si para para,
kreatif ke macam tu atau perli ni?...
walau lupa ada tukang ingat. sekejap anak nak makan, sekejap anak nak mintak tunjuk belajar. itulah satu bulan pun tak siap-siap. Huhuhu...
Post a Comment