Satu persatu dihurai dengan tujuan membimbing penjaga menjadikan anak jagaannya mencapai transisi yang diharapkan. Kegemilangan rohani dan jasmani setimpal kehendak dan impian setiap ibu-bapa atau penjaga. Beberapa entiti yang perlu dititik-beratkan oleh penjaga antaranya yang sempat tercatat buat renungan bersama: -
1. Belajar secara berkumpulan. Anak perempuan tidak digalakkan belajar berkumpulan berbanding anak lelaki. Ego lelaki lebih tinggi dari perempuan. Oleh itu bila melihat teman lebih berjaya anak lelaki akan lebih berusaha. Berbanding anak perempuan bila bertemu akan lebih kepada perbualan dari perbincangan terhadap pelajaran.
2. Kekuatan mata dan telinga. Jika anak perempuan terletak pada telinga berbanding anak lelaki pula pada matanya. Katanya lagi oleh sebab itu anak lelaki biasanya lebih suka bermain di luar seperti layang-layang, basikal, gasing, bola dan sebagainya. Manakala anak perempuan kekuatannya pada telinga. Oleh sebab itu sewaktu belajar ada lebih baik kalau dibaca kuat-kuat. Contoh diberi; kalau memerintah anak perempuan cuci baju. Kalau sekali dipanggil tidak dengar mungkin dua atau tiga kali ia akan lakukan. Tetapi anak lelaki kalau disuruh kena berkali-kali disamping penjaga perlukan alasan kukuh supaya kerja dapat dilakukan dengan sempurna.
6. Sunnah nabi yang boleh diikuti. Contohnya Nabi s.a.w ada menggantungkan rotan di dinding. Ini bukanlah untuk merotan anak tetapi sekadar memberi ajar agar anak takut dan turut. Begitu juga dengan menggantung ayat-ayat baik seperti Surah Sajadah, Asma-Ul-Husna dan sebagainya agar setiap kali sewaktu hendak ke sekolah dia boleh terpandang dan membacanya. Lintasan otak membaca akan manjadikan otak dapat berfungsi dengan lebih baik. Begitu juga makan sebelum maghrib. Banyak amalan sunnah ini tidak diamalkan oleh kita tetapi kalau kita lihat amalan seperti ini banyak dilakukan oleh bangsa Cina. Rotan, makan sebelum maghrib memang amalan mereka.
Sebelum majlis berakhir anak-anak diperdengarkan lagu yang amat syahdu hingga mengundang tangisan bergema. Masing-masing mencari ibu-bapa dan penjaga. Yasmien tidak ketinggalan mencium dan memeluk rasa macam aku hendak pergi buat selamanya. Sayu juga ibu-bapa diperlakukan begitu. Ibu-bapa juga tidak kurang turut luruh juga airmata bila raungan bergema dalam dewan. Memang hebat penceramah itu. En. Norhisham (lupa nama ayahnya) tetapi beliau adalah penceramah dari Vision Consultant yang berpejabat di Ulu Tiram, Johor.
Janji - Para pendidik komited dengan tanggung-jawab dipikul dibahu mereka
Hadirin - Ibu-bapa tidak kurang berjanji berjuang bersama
Tandatangan - Perjanjian wakil guru, wakil ibu-bapa dan wakil murid untuk kegemilangan
68 comments:
Semoga semuanya akan mencapai matlamat sepertimana yang diidamkan.... :)
as-salam..
Bile bace point no 4 tu, tingatkan mak. Mak sampai sy keje (mase duk ngan mak) pon masih sediakan sarapan. Kalo tak sempat makan, mak sendiri akan rase bersalah... Hati ibu..
tima kasih kongsi tips. buat masa ni takde anak pompuan, jadik amik part yang lelaki je dulu
moga anak-anak kita akan berjaya kelak
terima kasih berkongsi ilmu yang diperolehi ni..:)
alhamdulillah..tima kasih atas ilmu2 yg berguna ni..ya mmg betul juga seperti yang dikatakan tu..dan kebanyakkan memandang remeh..
Assalamualaikum,
Saya ada beberapa tips untuk dikongsikan bersama, temuinya di "Selamat Maju Jaya Dalam UPSR 2010"
salam kak zakie,
terima kasih di atas info yg sgt berguna ini..
baru tahu psl ayat2 tu
lepas ni nak pergi cari
semoga anak akak jd insan yg berguna. amin
Salam kakcik,
Semua ibu-bapa impikan kejayaan buat anak-anak mereka.
salam,
belajo secara berkumpulan... mmg di akui, kalau saya byk borak kosong dari berbincang.. hehe
Salam Penjejak Mimpi,
Makan pagi walau sedikit tapi mampu mengubah sepanjang perjalanan hari yg dilalui.
Salam cemomoi,
Bujang2 cemomoi pun masih kecik lagi. Perlu perhatian sama. Moga kita berjaya menjadi penjaga anak-anak...
Salam Daddy Ziyyad,
Sekadar yg mampu tercatat.....
Salam Norhafiza,
Mengharap yg terbaik buat anak-anak. Moga kita tidak meremehkan demi masa depan mereka.
W/saam ahmad hunairi,
Kakak percaya cikgu arif dalam hal-hal berkiatan pelajar. Terima kasih juga N3 cikgu tu...
W/sal Ati masrif,
Sama-samalah kita manfaatkannya.
Semua mahu anak berjaya dan cemerlang dunia dan akhirat....
Salam redza,
Terima kasih redza. Amin....
Salam My Little Diary,
Motivator tu kata anak lelaki tak pe. Jadi sebab anak kakak perempuan tak bolehlah. Tapi kekadang mereka ada juga dtg belajar kat rumah dgn kawan-kawan. Tapi kakak tak bagi belajar dalam bilik. Belajar je kat hall. Jadi kita boleh pantau...
assalamualaikum..
bagusnya sekolah anak kakzakie..cara ini dpt eratkan hubungan ibubapa antara guru kan
bagusnye entri nie akak zakie..cukup padat dengan maklumat yang semua ibu bapa perlu tahu..
=))
"Jika anak perempuan terletak pada telinga berbanding anak lelaki pula pada matanya."
tu yg suka cuci2 mata tu ha3
السلام عليكم ورØمة الله
Terima kasih berkongsi matlumat, moga ianya mendatangkan kebaikan kepada semua..
W/salam sahromnasrudin,
Tentative schedule dah siap bagi ibu-bapa untuk tempoh tahun 2011 ini. Kita kena peka apa yg telah diatur pihak sekolah.
Salam lalink7,
Sebenarnya banyak yg diberi pihak motivator itu. Tapi kakak berikan disini yg sempat tercatat saja.
Salam REPUBLIK N9,
Jangan main mata selalu dik oi... nanti kena sakit mata baru tahu.
W/Salam Abd Razak,
Kakak hanya mencatat apa yg diberi oleh motivator tu. Kerana semangat yg diberikan membuat kakak turut terpesona kata-katanya. Pandai cikgu sekolah pilih dia... Moga boleh diaplikasikan....
MasyaAllah hebatnya info ini. Thanks for sharing! :)
as'salammualaikum kak...
terima kasih di atas perkongsian ini...
salam kak,
terima kasih berkongsi maklumat nie. sangat berguna utk saya di masa depan walaupun anak saya masih kecil sekarang.
Salam Finaz,
Terima kasih juga sudi membaca.
W/salam Amy Syaquena,
Terima kasih juga dari kakak. Jaga diri baik-baik...
W/salam eelobor,
Cabaran masa depan lagilah besar eelobor. Kena selalu pergi ikut motivasi biar kita tahu di mana tahap kepimpinan kita terhadap anak-anak.
Tunggu anak eelobor besar sikit....
Balik dari kem tu, tentu anak akak tambah sayang pada akak kan..
salam ziarah kakzakie...moga bahagia di sana..
Salam Che Mid,
Anak kakak memang semuanya cengeng. Walau apa juga kegiatan semua lapor pada mama dia. Jadi bila motivator sentuh tentang kasih ibu-bapa wah... apa lagi semakin luruh jiwanya....
Salam Adinda Amy Sensei,
Terima kasih ziarah. Moga Adinda Amy pun bahagia juga.
Assallamualaikum kak zakie,
Amat bagus tips tersebut. Dulu-dula semasa anak mama masih bersekolah, mama juga pernah mendengar motivasi sebegini dan kami dibekali dengan ayat-ayat quran untuk dihafal menjadi amalan..agar senang menuntut ilmu dunia dan akhirat alhamdulillah.
alhamdullilah..
beroleh satu lagi ilmu
ini jln terbaik utk ayu kutip ilmu utk pendidikan umai
thanks...
salam k zakie,
dalam anak akan menduduki UPSR thn ni,
tips2 mcm yg dipaparkan tu amat aby alu2kan ..
tq.. nk komen pun aby kurang pandai ...
he..he...
salam kak zakie..perkongsian yang berguna,,terutama dalam sunnah mendidik tu,,kadang terlupa bila tak diberi peringatan...
bagus tips ni kak,
nanti boleh la kami guna pada anak lelaki kami..:)
thanks yer..:)
W/salam nadz,
Kakak percaya mama nadz tak sukar kerna selain sebagi ibu juga seorg guru. Dapat memahami jiwa dan perangai anak-anak murid.
Salam Citarasa Rinduan,
Kalau dengar tu macam mudah nak dipraktikkan tapi sukar juga kalau tak ia-ia. Anak ni Ayu masa baru-baru tu semangat memang berkobar-kobar tapi lama-lama dia lupa. Itu yg selalu nak kena motivate.
W/salam aby,
Apa daya kita sebagi ibu-bapa selain mendekatkan diri pada mereka dan tunjuk-ajar mana yg boleh dan selainnya hanya doa kepada Allah....Usaha lain tetap pada diri anak sendiri.
W/salam Suri Solehah,
Benar Suri. Selalunya kita kena mengingatkan mereka. Kalau dah nama pun ibu mulut sentiasa ada saja butir bicara utk mengingatkan....
Salam LiFe KaMi,
Setelah berusaha hanya doa yg dapat kita titipkan pada anak-anak kita.
like this post!
tapi ada ibubapa yang hanya mahu kata2 didengar
tp tidak mahu mendengar suara hati anak2
bagaimana mahu menjadi 'kawan'?
salam kak...
terima kasih coz sd berkongsi tip2 tu...
sgt berguna... ~
salam kenal kak....
terima kasih untuk tips ni..boleh diaplikasikan kelak..
Salam KakZakie.. bagus info ni... minta izin untuk linkkan ke sini ye.. nak buat rujukan di masa hadapan.. Terima kasih..
salam
akak..terima kasih info ni..memang sgt2 bagus sekali..:)
Salam Puteri,
Kena dengar juga kata anak kalau benda itu baik. Tak patut berat sebelah kan...
W/slam manje,
Sama-sama manje. Kita buat yg terbaik
Salam kancilbiru,
Itulah sebenarnya tujuan perhimpunan itu.
Salam nur,
Linklah nur, tak kisah.....
W/salam cikceriacorner,
Terima kasih sudi singgah.
Demi kebaikan anak kita biasanya sanggup buat ini semua
Assalamualaikum,
Info yang bagus untuk dikongsikan kepada para ibubapa......agar anak-anak berjaya menjadi anak yang CEMERLANG....
Entri ni pun entri yang cemerlang. Tahniah kakak...
thank kakzakie...ilmu yg baik dihebah2kan.
kakpah dulu suka belajar sorang-sorang. Lebih tumpuan. Ramai2 kang.. berbual yang lebih. Tapi kalau tak tahu bertanya..
Lain orang lain cara kan?
kita ni makin meningkat usia, pun masih kena belajar lagik terpenting utk membantu generasi selepas kita :)
salam malam rabu =)
abg syira buat nombor 6 tu..huhu
salam kenal juga..
info yg menarik & berguna bagi saya yg anak baru dlm persekolahan..sekarang baru yg perempuan, yg lelaki lambat lagi kut..tak sampai setahunn lagi..nak kena pantau pembelajaran & cara selalu kut.
--patutlah dulu2 murid cina ,mesti bawa air kosong dlm kelas...kita dok perati jer..sekarang amalkan pada anak dah .
Salam sahabat semua,
#pesona: harapan moga menjadi kenyataan
#ckLah@xiiinam: kakak percaya sebagai seorg guru cikgu lebih mengerti melihat tingkah-laku murid
#zue: begitulah hendaknya
#kakpah: itulah motivator tu kata kalau boleh kita ni perempuan kena belajar sendiri dari berkumpulan. Boleh kalau perlu dan ada pantauan
#Mak Su: sepatutunya begitulah ya mak su.
#sissyira: Oooo.... adik cikgu humairi kiranya. kalau tak tahu tanya dia je... Cikgu pun pernah buat N3 panduan menduduki UPSR tahun lepas.
#ab@h_Izz: Salam kenal disambut dgn hati penuh gembiara. Tak lama pun kena selalu pergi sekolah juga bila yg sulung kian meningkat usia. Sekarang masa berlalu terlalu cepat.
salam..bagusnyer tips akak tu sesuaila ng sy yg ada ank laki dan ppuan ni..bleh dipraktikkan
Salam Kakzakie,
Bila sebut mengenai bawa 'air masak ke sekolah', saya teringat satu ceramah yang mengatakan bahawa air juga makhluk Allah, jadi dia boleh mendengar. Jadi jika ada sesuatu hajat, ambik segelas air dengan berdoa (dengan bersuara), jadi air itu boleh mendengarnyam baru kita minum air tersebut.
menurut penceramah itu lagi sebab itulah anak2 kaum china bijak kerana ibubapa mereka membekalkan air masak untuk anak mereka ke sekolah, jadi bila cikgu mengajar, air tu mendengarnya dan menjadikan budak2 yang minum tu terang hati dan ingat apa yang guru ajar.
Kita orang melayu suka bekalkan anak dengan air-air manis seperti teh dan orange. Wallahuwa'lam.
Info yang sangat berguna..thanks..
Israel takut jika regim Hosni Mubarak jatuh
W/salam....
# Sarah Syazwani: banyak panduan sekarang diberikan cuma kena pilih yg mana senuai dgn anak kita
# Kunang-kunang: Perubatan Islam juga sebenarnya hanya membenarkan yg menggunakan air. Kandungan oksigen dalam air (H2O - scientificnya) sudah nyata membantu otak yg menerima segalanya. Mana yg baik kita ikut.
# Miecyber: You are welcome miecyber. I've read the N3 and given my comment there.
Post a Comment