Salah satu agenda percutian yang aku lalui bersama keluarga tempohari adalah berkunjug ke rumah abang ipar. Aku sekadar menghormati dan melihat acara majlis cukur rambut secara tradisi di jalankan di kampung hubby bersempena majlis aqiqah yang diadakan. Majlis ini dirai sempena kelahiran cucu sulung kepada Abang Uda hubby aku. Walau cucu perempuan kerana jemputan ramai, ianya sudah seperti majlis kenduri kahwin. Kambing tumbang pun sudah dua ekor. Belum lagi daging lembu (dibeli) dan ayam sebagai lauk-pauk.
Kelapa muda berukir dimasukkan kedalamnya air, tepung beras dicampurkan air dimasukkan ke dalam mangkuk kecil, gunting, air mawar, bunga rampai dan daun sipulih adalah antara yang diperlukan dalam majlis. Semuanya disusun rapi di dalam dulang.
Kelapa muda berukir dimasukkan kedalamnya air, tepung beras dicampurkan air dimasukkan ke dalam mangkuk kecil, gunting, air mawar, bunga rampai dan daun sipulih adalah antara yang diperlukan dalam majlis. Semuanya disusun rapi di dalam dulang.
Pembukaan majlis dimulai dengan majlis Yaasiin dan Tahlil. Kemudian dituruti dengan pembacaan rawi berzanji. Tiba di rawi empat (walamma tammamin.... hingga pertengahan dan sebelum ayat wamuhayyangkassyamsi.....), semua hadirin akan berdiri untuk marhaban. Pada masa marhaban inilah bayi akan di bawa kepada orang-orang tertentu untuk digunting rambutnya. Menggunakan daun sipulih yang dicecah ke air tepung beras kemudian dicecah kepada ubun-ubun, tangan dan kaki, mengambil sedikit bunga rampai dan di teraburkan sekeliling bayi dan direnjis air mawar. Kemudian sedikit rambut bayi akan di gunting. Cebisan rambut akan dimasukkan ke dalam kelapa muda yang tersedia. Pada masa ini juga aku diberi tugasan menabur wang siling, gula-gula bermacam jenis dan bermacam jenis anak-anak patung ditabur di tengah-tengah ruang membuat anak-anak berebut megutipnya. Ada juga ibu-ibu yang turut sama mengutip. Anak aku dapat patung smuff biru putih disamping gula-gula dan duit. (gambar tidak dapat dipapar sebab cameragirl pun turut sibuk mengutip duit).
Selesai bermarhaban bacaan rawi empat berzanji disambung. Aku diberi tugasan membaca doa iaitu rawi terakhir dalam berzanji. Majlis doa penutup kemudian dibaca diikuti jamuan makan. Semua yang datang akan dibekalkan dengan nasi dipanggil berkat. Lihatlah paparan gambar-gambar yang berjaya anak aku tolong ambilkan. Aku kena hormat majlis tidak bolehlah kehulu-hilir. Jaga juga maruah hubby aku, tambahan pula di kampung orang. Konon macam perempuan Melayu terakhir. (Jangan ketawakan aku - malu).
Se dulang - peralatan bergunting. Siapa yg menggunting akan diberi duit saguhati (dalam sampul hijau)
Nur Aira - Sebelum di gunting dan semasa acara menggunting rambut.
Longgokkan - Bunga telur pink & merah serta beg yang penuh dengan set nasi bukhara, kuih, bubur merah dan tuala tangan sebagai buahtangan atau disebut berkat
Hadirin - Memabaca yasiin diikuti dengan bacaan berzanji , marhaban dan doa.
Menikmati - Jamuan makan kaum lelaki sebelum balik
Bubur merah - Masuk ke dalam mangkuk-mangkuk kecil kemudian dimasukkan ke dalam beg berkat
Periuk besar - Nasi bukhara, daging kambing, daging lembu, ayam masak merah, pajeri adalah hidangan pada hari itu (sebahagian lauk tidak dipapar kerana anak aku tak ambil gambarnya)
Pulang - Petang itu kami meninggalkan kampung hubby dan meneruskan perjalanan percutian kami.
93 comments:
seronokan kalau kat kampung , selalu diadakan majlis cukur jambul dan marhaban sekali.lauk banyaknya, cam buat kenduri kahwin plak.
meriahnya kenduri ni...dulu damya n afiqah lia buatkn mjls cukur jambul+akikah...tp firas x buat pun mjls cukur jambul tu..babanya kata buat yg wajib jer (akikah) bila ada rezeki nnti....
bestnye lauk2 buat kecur air liur..grrrr
Cik Ina MDDC,
Kalau CIk Ina nak tahu kiuh sampingan dia lagilah hairan. Ada yg bagi karipap, kuih talam berlauk, ada bubur kacang, baulu cermai, eh... kakak memang hairan sebab banyak sangat makanan. Bagusnya dibekalkan pada yg datang.
salam kakzakie :)
meriah majlis. alhamdulillah. :)
kakzakie, majlis kat situ penuh adat eh?
maaflah kakzakie, saya tak pernah pergi majlis aqiqah semeriah tu. selalunya, biasa2 je. yang bab tabur bunga rampai kat baby, renjis ujung kaki, takda pula buat kat tempat saya ni. lagi satu kan kakzakie, yang tabur gula2 tu, bunyi macam meriah. hehe. tapi ni first time dengar buat macam tu masa majlis aqiqah.
p/s- gebu baby tu. hehe
Mamamya,
Memang meriah sesangat. Nasib baik pulak tu tak hujan. Jadi org datang tak bimbang hujan. Budak-budak lagi suka....
makdara TERdiva,
Kakak suka nasi bukhara dia sebab dalam nasinya dah ada daging berketul-ketul. Dia masak pun guna sistem stim.... Hm... memang sedap MDT.
rindunya suasana mcm ni..
Mutiara kalu nak rase mcm ni, kne balik Kg la,,
:)
sar,
Aqiqah dia sembelih kambing yg seekor (anak perempuan)tu dah diniatkan tapi seekor lagi buat tambahan makan sebab jemputan ramai. Yg gunting tu masa majlis dia buat syarat je. Tapi biasanya selepas majlis dia akan botakkan seluruh kepala. Rambut akan ditimbang dan dianggar berat itu kalau membeli emas berapa harganya. Wang itu akan disedekahkah kepada yg berhak.
Kakak pun tumpang seronok bila melihat waktu marhaban budak-budak kutip gula-gula, duit dan macam-macam bear. Lain tempat lain cara.
Mutiara Bernilai,
Samalah dgn kakak. Ini pun kerana kebetulan cuti sekolah dan kami bercuti dapatlah turut sama.
salam kak zakie..
saya pun baru je selesai kenduri aqiqah dan cukur jambul anak buah kat kg mgu lepas..
sama lah susn atur nye..yasin & tahlil.berzanji,marhaban,rebut2 gula2, duit dll..hehe..mmg meriah..
-nasi bukhara tu nampak sangat sedap kak....lapar rasanya tengok..
-kampung tu kat BP ye? kaum jawa ke kak? sebab mereka memang amalkan beri 'berkat' tu..bagi tetamu bawa balik hidangan yg di bungkus...saya suka bila ke majlis kahwin/kenduri mcm ni...
wahhh sangat meriah dan menarik majlisnya..nak2 pulak orang di sekeliling rumah datang menolong...lagi best..
hehehe =))
ada baik dan tak baiknya majlis camni. IM pun selalu join marhacan dan zanji macam ni, dulu..
Emmm.. lama tak makan bubur merah..
ada juga nasi nama bukhara..1st tym dgr nih
kak zakie...
mintak maap ye...yg kelapa ukir2 tu bukan ke tak leh buat?heheheh...setau sy laa...masa anak sy pun buat meriah jugak...org jawa ni mmg tak leh lari dr berkat...sy yg duk jengka ni pun amalkan juga bg berkat kl abis kenduri...
kak,meriahnye majlis...sya xwat lg aqiqah anak sya kak...^_^
wow..akak bestnye..
amalan ni mesti kene teruskan..kalo x..luput dek di telan zaman..
hehehe..jawa ye kak..heheh
nurkass,
Meriah kerana ramai anak-anak dan keluarga berkumpul pulak kan....
Daddy Ziyyad,
Nasi tu memang sedap. Kakak pun tak tengok cara masak tapi yg kakak tahu dia guna cara stim. Kat sana semua org balik majlis bawa berkat.
Insan marhaen,
IM susah kan bila berada dlm keadaan macam ini. Kena lihat jelah....
Che Mid,
Kakak rasa dibuat bubur tu sebagai pemanis tapi macam adat jugalah. Nak tanya bimbang ada yg terguris...
redza,
Hm.... memang adalah redza. Kalau nak perencah yg segera pun ada jual tau.
azian,
Kalau ikutkan bukan kelapa ukir je tak boleh. Bunga rampai, tepung beras dan sebagainya itu untuk apa. Kalau aqiqah sembelih je binatang yg dibolehkan dan cukur rambut keseluruhan. Tapi kakak lihat dah bercampur-aduk adat dan tuntutan.
Takut nak cakap itulah masalahnya...
meriah... rindu suasana yang sebegini... lama tak rasa... hari tu pakcik pun ada sebut, dah lama tak ada kenduri aqiqah.. takpe katanya nak tunggu anak kita nanti la kot baru dapat merasa.. hmmm entah bila la nak ada anak sendiri..
YATZAKIE,
Aqiqah paling afdhal pada hari ketujuh anak dilahirkan. Waktu itu barulah diberikan nama yg baik-baik dan seterusnya dicukur rambutnya.
Sekarang nie dah tak tahulah kakak nak kata....anak belum lahir nama dah tersusun berjela nak pilih (kakak pun sama juga).
cikceriacorner,
Ada amalan yg sebenarnya sekadar adat dan bimbang menjadi bid'ah. Takut juga kakak nak sentuh hal-hal begini. Tapi yg nyata aqiqah memang dituntut sekiranya kita berkemampuan. Wallahu'alam
kella,
Sabarlah... sampai masa pasti ada. Tunggulah....
lalink7,
Dia org bukan tolong je husna. Siap bawa kuih lagi. Ada tu bagi tepung, gula dsb. Heran kan. Itulah tradisi di kampung dia. Nampak mesra walau bukan saudara....
klu brzanji cuma pndai aljan je...bacaan seterusnya keras x ada lenggoknya.
mak zue akan buat majlis bercukur dari cucunya hinggalah skrg ni cicitnya pula...so kita org adik bradik x berapa fikir sgt pasal ni...cuma mak je trlalu amik kisah...
salam...kak,
bestnya lauk2 tu......terasa nak makan laa pulak..* lapar.
hehe
kak zakie...
seronok bila dapat berada dalam majlis macam tu, kat kampung aina dah tak ada semua tu. kalau dulu kenduri kawen mesti ada marhaban sekarang dah tak ada. pewarisnya tak ada, anak2 muda sekarang menyanyi kat pentas mau la tapi kalau belajar marhaban, berzanji aptah lagi mengaji langsung tak hendak...
hehehe, dah terlepas ketawa la akak. so, boleh mintak maaf sekarang ek? hihihihi
Teringat zaman kecik2 duduk di kampung dulu kak.. Teringat yg tang berebut duit syiling tu hehehe.. :)
nasi bukhara tu nasik arab ker?
comelnya si Nur Aira..
moga berkat majlis tu
kg sungai kajang kat batu pahat...ingat kat kajang
tgk lauk2 tuh aduhai kak... lapor terus.. hehe
meriah tol belah2 johor tu ye..kat kelantan ringkas seringkasnya je
meriah majlis tu kak zakie
zue,
Bila generasi lama masih ada sambutan seperti itu macam dah menjadi kemestian.
Sekamar Rindu,
Kakak suka nasi dia SR. Nasi dia warnanya coklat bukan kuning. Tapi rasanya memang sedap. Lauk-pauk tu biasa kat mana-mana....
JunAina,
Kalau kat Johor nie Aina memang masih lagi menjadi kebiasaan. Lagi maulud nabi berzanji dan marhaban sudah menjadi kemestian. Kat sekolah siap ada pertandingan antara sekolah lagi.
eelobor,
Hm... pandainya kamu eelobor ye....:)
wa khairul onggon,
Kakak pun hairan kenapa mesti tabur duit dan gula-gula. Masa kakak kahwin dulu pun ada buat gini juga tapi tak tahu maksud. Just for fun kot....
Mak su,
Sebenarnya kalau kat Batu Pahat nasi beryani dah macam perkara biasa. Mungkin kerana nak kelainan itu kakak dapati sekarang kat Batu Pahat dah mula famous dgn nasik buhkhara pulak....
ibuintan,
Sekarang Nur Aira dah balik Putrajaya. Ibu-bapanya tinggal dan kerja di sana.
Ila,
Sungai Kajang terletak di Bandar Peserai, Batu Pahat. Inilah kampung hubby kakak....:)
Kaseh,
Memula lihat periuk kakak betul-betul terperanjat. Macam ank kenduri kahwin je lagaknya. Al-kisah banayk yg dibungkus dari yg dimakan. Jadi berkat itulah kena banyak...
IMANSHAH,
Kakak rasa kemeriahan itu kerana ujudnya perkara bukan tuntutan. Kalau di Kelantan kerana menunaikan yg afdhal saja.....
kakpah,
Ramai yang datang itu yg jadi meriah. Di tambah anak-anak cuti sekolah mereka memang seronok....
assalamualaikum kak
org jawa ke??? ada bubur merah tue..lg 1, tradisi org jawa ialah bubur som-som kan...
meriah kenduri tue..tgk door giftnya amatlah banyak..baby plak sangatla cumil....
bila tgk nih teringat masa aiman bercukur
member saya org johor katanya kat sana org tak bagi dah buat cukur jambul.
Comelnya baby tue kak..lauk pauk pun sungguh menyelerakan..kecur air liur di buatnya huhu..
assalamualaikum,
Meriah betul kenduri tu!
Saya biasa menghadiri majlis serupa. Bila tiba giliran saya membaca rawi, saya tolak kitab tu pada rakan sebelah....kalau saya baca bole tertidur hadirin di buatnya...hehe
bulatnye mata baby tu.. :)
Wa'alaikumsalam sahrom,
Betullah sahrom, org jawa memang gitu cara bagi berkat mesti cukup utk makan sekeluarga.
noor,
Kalau kat bandar-bandar dah amalkan cara ini. Banyak dah pencerahan diberi. tapi kalau kampung masih ada lagi.
noor,
Sorry... kat bandar dah jarang amalkan....
Amy Syaquena,
Janagan tengok lama-lama susah nanati Amirul nak cari. Baby tak pe tengoklah lama-lama. Cute sangat kakak memang gomol pipi dia baru puas...
Wa'alaikumsalam ahmad humairi,
Tak patut cikgu tolak. Kat kg kalau dah kena sogok terus baca. Kakak pun terpaksalah....
rossa alina,
Walau bulat matanya tapi bila kena gunting matanya kuyu macam geli gitu. Hehehe....
Bam bamnya baby tu...kat sana siapa yg cukur dpt duit saguhati ye...klu kat tempat munna setiap org yg cukur rambut baby tu akan bagi duit berkat kat baby... lain tempat lain adatnya
anak2 ati pun semua buat di kampung
mmg meriah ..
tp bila tgk baby..rasa mcm nk
ada baby baru pulak...hihi
MasyAllah comel nya baby tu ;)
selamat bercuti
salam kak,
hebat sekali mjlis untuk bby nur yer..muga besar sebagai anak solehah yer sayang.
oooh kiranya kak zakie ni, team marhaban jugak lah yer..Amin...muga2 segala doa dan hajat kita diperkenankan ..:)
assalam kakzakie.
meriah betul kenduri cukur jambulnya kan.memang betul2 macam kenduri kawin..
comelnya baby dia..suka akak tengok gambar dia..
assalamualaikum..
kakak...meriahnya majlis itu...
patutlah kak buat persiapan yang betul2....
kak...ayukan, suka sangat gotong royong...susana yang harmoni gitu
salam kak zakie..rindu kat akak..wah meriah majlis kak..terliur tengok gulai dalam periuk tu.
munna,
Kakak memang suka budak. Tembam pipi itulah yg kakak dok kiss tak sudah-sudah. Anak kakak apa lagi ikut je. Best kan ada baby....
Ati Masrif,
Sebenarnya kalau Allah bagi siapa tak mahu. Kat M'sia ramai yg takut selepas usia 35. tapi kalau mat salleh tu 50 tahun pun masih beranak.
Tambah satu Ati...:)
Peri PIA,
Memang comel. Sebab baru dua bulan tak kenal siapa pun dukung tak kisah...
Wa'alaikumsalam ainhany,
Kakak hadir kerana is sambutan di ruamah abang ipar dan terlanjur dalm berjalanan cuti.
Kakak ikut mambaca yaasin & tahlil yg diadakan org kampung tersebut. Marhaban just ikut jugalah.
Wa'alaikumslam kak Erna,
Meriah memang meriah, tapi yg penat org yg rewang. Membungkus berkat je dah berastus jumlahnya.
Sekarang baby dah balik ke Putrajaya....
Wa'alaikumslaam Citarasa Rinduan,
Kalau duduk bermasyarakat mesti gotong-royong tak dapat lari. Seronok walau letihlah juga. Kakak pun hanya bantu masukkan makanan dalam beg berkat.
Suri solehah,
Kakak jenguk rumah suri asyik hidang jemput-jemput je. Ini mesti kes cuti. Betul pun....:)
cutenye baby tu...
salam....hehehe
kak...betul laa..nanti saya akan tunjukkan email tu...mungkin bukan barak obama yg tulis..tapi org di pejabat dialah...
Adinda Amy Sensei,
Kalau masuk Adinda Amy punya blog pun kakak bayangkan tuan punya blog macam baby pink yg cute itu.
Sekamar Rindu...
Oh ye ke? Kakak ingatkan SR just joking je...
perghhh meriah...kari kambing ke tu...?mai la sikit...;p
Assalamualaikum.
Majlis bercukur yang dilakukan di kampung lebih meriah dan jelas sekali jalinan mahabbah.
Semoga dirahmati Allah, selamat dunia dan akhirat.
TQ
akak org johor rupenye...hehehe...kite kat sg balang kak...sungai kajang tu dkt dgn simpang 5 kan?
patutla memula baca tu style dia mcm kat kmpg sya...hehhee
meriahnye kak zakie.. semoga sambutan camni dikekalkan..
JOM KE: ALL IN ONE
salam..
comel budak tu... lapo la pulak
seronoknya suasana tu. No dah lama tah rasa macam ni..time anak sedara kawen pun tak dapat balik...sabo sangat2..
Sham...
Mailah sini, tapi yg tu dah habis. Kakak masak baru utk sham....:)
Admin P@P,
Benar, jelas terpancar jalinan persaudaraan sesama umat....
Terima kasih.
mRs sYa,
Ini kampung hubby kakak sYa. Betul dekat dengan simpang 5. Selalu kakak beli ikan kat Spg 5.
nur,
Memang meriah...tapi penat tau....:)
b.r.u.t.a.l.s.o.l.o,
Comel kan.... kakak pun suka gomol pipi dia.
Norhafiza,
Seronok memang seronok. Tapi banyak yg dah buat acara seperti ini lagi. Apa lagi kalau di bandar macam leceh dah....
Post a Comment