Friday, March 25, 2011

Tinggi-tinggi belaka

Pokok mangga yang di depan rumah sudah tinggi
Kena tebang kerana bimbang terjadi yang tidak diingini

Bangunan dibina tidak cukup tinggi
100 tingkat dalam perancangan akan dibina

Harga minyak melambung tinggi
Subsidi dibagi katanya bagi meringankan beban rakyat

Harga barangan yang melambung tinggi
Keadaan ekonomi dunia tergugat dijadikan alasan

Hendak jadi pramugari mesti tinggi
Supaya mudah masukkan barang atas tempat duduk penumpang

Anak tidak cukup tinggi
Berjumpa doktor, nasihat dan multivitamain diberikan

Markah peperiksaan hendak yang tinggi
Khuatir jika gagal cita-cita tidak kesampaian

Bila mencari kerja minta gaji tinggi
Bimbang tidak kecukupan wang yang diperlukan

Main layang-layang pun hendak terbang tinggi-tinggi
Tidak mahu layang-layang terjunam jatuh ke bawah

Berpantun pun tinggi-tinggi si matahari
walaupun tahu kalau matahari rendah cair kita semua


itu............

ini.............

begitu.......

begini........






Bila di wajah terpancar "hidung tinggi"
Semua tidak mahu, semua tidak suka

Apakah punca? Siapakah angkara?






Titisan: seri indah memujuk hati dari terus terluka angkara bentara benua kecil yang buncit perut; berbisik naluri menanti masa tanpa lelah bila panorama benua kecil akan berubah.

88 comments:

Unknown said...

assalamualaikum kak Zakie...

kalau wajah berhidung tinggi , hmmmm cantik. tp kalau peribahasa 'hidung tinggi' hmmmm semua cabut lari tak mau kawan ... he he he

semoga luka di hati cepat sembuh .... banyak2 berzikir mudah2an bahagia selalu...

bujal X said...

saya suka perempuan tinggi~~wee~~haha~~

sahromnasrudin said...

assalamualaikum kakzakie..

kiter bercakap inggeris berdekah-dekah tetapi duta jepun tue elok je cakap bahasa melayu tanpa satu dekah pun huhuhuhuhuhuhh

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

Kalau melihat bintang di langit tinggi,
jangan lupa rumpit di bumi.

Kita sujud serendah-rendahnya di bumi, memuji betapa tingginya Allah....Subhana Rabbiallah A'la wabihamdih.

Anonymous said...

hantaran kawen pon tinggi2 jugak ahaks

My Little Diary said...

salam

semuanya nak yang tinggi2 ye...
sian pada yang tak tinggi... hehe

Pia said...

"saya ni buat masa skrg tgh dok tunggu keputusan ujian anak2 hari tu..belom keluar,nak yg tinggi2 jer kak..hehehhe.."

miloaiskurangmanis said...

darah tinggi

[iols lah tu...]

Anonymous said...

uii... dalam maksud entri ni kakzakie...

bangunan tinggi2 adalah salah satu tanda awal kiamat.. :D

nurkass said...

emm..
dalam maksud kata2 kak zakie hari ni..
hanya dia yg maha mengetahui..

semoga kak zakie sihat sejahtera dan ceria selalu..

Cik Ina Do Do Cheng said...

Kak zakie, dalam makna entry pagi ni.

makcik lebih selesa hidup yang di tengah-tengah.Yang hidung tinggi memang makcik tak suka, mungkin mereka rasa diri mereka berada dan berpangkat boleh beli segala-galanya.

YATZAKIE said...

kak....best nasihat akak ni...kak,sya ni xberapa tinggi....hehe...tp anak sya hidung nye tinggi @ mancung...xtau ikot sape...kenan hindustan kot...huhu

Anonymous said...

assalamualaikum kakzakie

sabar banyak2 kak yea...

manje idung tak tinggi
tak juga rendah...

sedang2 aje =)

Anonymous said...

tak dpt hidung tinggi pun takpe..asal dia mesti tggi dari saya..ececeh!

lalink7 said...

semua tinggi ye kak ariniee..

alhamdulillah walaupun tak tinggi masih lupa asal usul diri..

=))

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam Ummi Humaira,

Cabut lari takut ye Ummi. Tapi tak semua hidung mancung cantik ye...

Kakzakie Purvit said...

bujal X,

Macam tu kakak tahulah mesti mama ainul tinggi...:)

Kakzakie Purvit said...

wa'alaikumsalam sahrom,

Si Jepun tu dah tak dapat tersenyum kerana nak betul-betul pronounce bunyi patah-patah kata Melayu. Yg Melayu berdekah-dekah tu sebab sentiasa selesa diurut-urut kegelian itu yg berdekah-dekah....

Kakzakie Purvit said...

wa'alaikumsalam ahmad humairi,

Sentiasa sedar kaki terjejak di bumi
Birpun mendongak melihat langit nan tinggi
Sedar selalu siapalah diri ini
Gagah sekalipun tetap akan mati

Kakzakie Purvit said...

Redza,

Seiakan duit dari sekarang. Nanti meminang bakal mentua letak harga dah tak ada masalah....Heee....

Kakzakie Purvit said...

My Little Diary,

Ada juga yg tak mahu tinggi Rima. Rate interest credit card, ansuran kereta dan yg loan apa je dgn bank nak yg rendah....

Kakzakie Purvit said...

Piasara,

Anak kakak dah dapat semua kertas jawapan. Tunggu keputusan juga nie...

Kakzakie Purvit said...

miloais,

Penyakit yang punya pangkat dialah ini.
Milo jaga kesihatan.....

Kakzakie Purvit said...

Seksi Bani,

Tanda-tanda kiamat semakin banyak SB. Tak payah kias-kias dah jelas pun....

Kakzakie Purvit said...

nurkass,

Buatlah andaian sendiri Nur....

Terima kasih doa itu moga nur pun sama.

Kakzakie Purvit said...

Cik Ina MDDC,

Pagi tadi nak pergi kerja bual dgn hubby pasal pokok mangga yg dah ditebang Sabtu lepas. Sampai ofis je terfikir benda-benda ini

Kakzakie Purvit said...

YATZAKIE,

Tak ada niat nak nasihat, sesaja je kita fikirkan bersama....

Kakzakie Purvit said...

manje,

Anak kakak selalu kata hidung kakak penyet.

Dari tak berhidung baik yg ada hidung. Tapi tak mahu "hidung tinggi" ye manje.

Kakzakie Purvit said...

makdara TERdiva,

Wah... syarat itu dah terlaksana kan. Quota dah penuh anyway.....

Kakzakie Purvit said...

lalink7,

Husna kira berapa banyak yg dah tinggi-tinggi. Tak terhitung rasanya. Tapi masih lagi mencari.

Biarlah kita sentiasa sedar akan diri kita dari mana. Kerna skhirnya kita berada di alam yg sama.

Dila's Art said...

Salam Kzakie

Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Belum tumbuh gigi
Pandai baca kitab

Ini petua nak anak tinggi
kata seorang kawan berbangsa cina
kalau anak bangun tidur, suruh dia menggeliat lama-lama
taktaula petua ni betul atau tidak

No Lan said...

paling penting budi bahasa kita hendaklah tinggi kan..

bagi lagu satu!..
tinggi tinggi kelapa bali...yeah..

JunAina said...

kakzakie...
sebaik2nya biarlah berilmu tinggi...
menjadi bekal mengahadapi kehidupan...

uncle gedek said...

Cita-cita tinggi...

Tapi takot gunung di daki...

Sebab takot mati....

eelobor said...

hahaha...tinggi2 belaka. entri menarik. baca berulang kali pun sedap lagi. terbaik la akak...

Adinda Amy Sensei said...

bila dah tinggi....jangan suka berhasad dengki....tak elok kan kakak..

ibundo said...

kita tak suka bertumit tinggi. terpeleot kaki. pakai yang rendah. jalan pun mudah.hiii...

suri solehah said...

salam kak..sayalah rakyat yang semakin tertekan jika semuanya nak jadi tinggi belaka..

nadz said...

Assallamualaikum Kakzakie:

semua nak yang tinggi.....
'takkan tempua bersarang rendah.'.burung pun nak sarangnya tinggi-tinggi..
jadi bangunan 100 tingkat masih rendah lagi tu...

yang bersekolah tinggi jangan hidung tinggi..
yang tak mengaji tinggi jangan rendah diri...

Kakzakie Purvit said...

Dang Tari,

Anak sekarang nyatanya ramai yg cepat tinggi. Baru sebelas tahun tinggi dah hampir sama dgn mamanya.

Kakzakie Purvit said...

Norhafiza,

Budi bahasa pun hendak tinggi
tapi semakin ramai yg tak hendak berbudi

Sebab itu kelapa gading rendahlah Nor....:)

Kakzakie Purvit said...

JunAina,

Ada yg berilmu tinggi
tapi berakhlak rendah. Sedih kan.....

Kakzakie Purvit said...

gedek,

Kena banyak ada ilmu mendaki
kalau mahu mendaki tinggi
walau lari takut mati
ia tetap datang tak dapat nak lari

Kakzakie Purvit said...

eelobor,

Sesekali melihat yang tinggi-tinggi
walaupun diri duduk ditempat rendah

Kakzakie Purvit said...

Adinda Amy Sensei,

Kena beringat kalau berada di tempat tinggi
Supaya bila jatuh taklah terasa sangat

Kakzakie Purvit said...

kakpah,

Setakat terpeleot tak pe lagi kakpah, tapi menanggungnya sakit dan malunya bertahan lama

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam suri solehah,

Kalau org business pun mengeluh apalah lagi kita suri...

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam nadz,

Tempua takut sarangnya kena jolok manusia.

Susah nak duduk sama tinggi dan sama rendah dalam sesuatu ketika. Manusia punya rambut duduk atas kepala tapi warna pun dah tak sama hitamnya.....

terokai seni said...

heee dah jatuh baru tau langit tinggi ke rendah

IMANSHAH said...

saya juga tak tinggi2..huhu

Kak Amy said...

Betul la kak semua nya tinggi2..semalam bonda telifon bagitahu sepupu bertunang minggu lepas.. sebab belajar tinggi hantaran pun letak tinggi.. lesian belah suami.

Uncle said...

alamak...tingginya bahasa dia.....

budak tak skolah tinggi!

Kakzakie Purvit said...

cemomoi,

masa berada di atas lupa tempat tu tinggi.... dah jatuh baru sedar rupanya sakit kalau jatuh dari tempat tinggi....

Kakzakie Purvit said...

IMANSHAH...

Tinggi ilmu cikgu ditimba anak yg dididik....

Kakzakie Purvit said...

Amy Syaquena...

Duit hantaran kena tinggi sebab barang yg hendak dibeli pun tinggi-tinggi semuanya...

Kakzakie Purvit said...

Uncle...

Uncle belajar tinggi, dapat gaji pun tinggi. Jalan sana-sini guna duit semua kos pun tinggi....

aby said...

salam k zakie,
ada juga situasi yg tiggi tu di gambarkan sebagai yg tidak menarik,

satu kata2 org jawa,

"duwur koyok solet"

yg bermakna,
"tinggi mcm batang penyodok dodol"

yg membawa maksud,
dah la tinggi kurus pulak ...

Kakzakie Purvit said...

wa'alaikumsalam aby,

Memang betul tak semua yg tinggi itu baik.
Kalau credit card interest tinggi siapa suka?

Ono wong sukak seng gering koyok solet. Heeee...

Hairun Azmi said...

Semuanya tinggi tinggi belaka yer...

RAM & ROM

mommylavender said...

manusia jadi mamai dengan pandangan n darjat. tinggi n rendah manusia kita sama si sisiNYA...tggi n rendah harga yg bikin manusia berbeza, yg miskin terkapai selera...yg berharta mewah makan ape aje.~ salam kenal dari mommy( dari enrty june tadi~hee)

Cik SHiNJU said...

As salam...

Tinggi tu adakala perlu adakalanye x perlu..huhuh.. :P

Tersedak baca pantun tggi2 matahari tu..hikhik..
Kalau dekat mau rentung bulu idong.. :P

ibuintan said...

itulah kita, manusia yg tamak.. semua nak yg tinggi2 seolah2 yang tinggi2 itu baik semuanya

Dr K said...

Ada lagi tinggi yang orang tak mahu kak...

-darah tinggi
-gula dalam darah tinggi

:P

muny lily said...

tinggi..tinggi..darah tnggi...brdrh gusi :)

Anonymous said...

salam...kak,

bila dah kwin nanti..leh timang anak " tinggi-tinggi..mesti best..:))))

Kakzakie Purvit said...

Miecyber...

Tinggi hingga lupa yg rendah itu yg tak boleh tahan.....

Kakzakie Purvit said...

mommylavendar...

Yg pendapatan tinggi tak terasa harga tinggi kalau macam kakak nie benar-benar terasa tapi hidup kena teruskan juga. Terima kasih mommy singgah ke TN...

Kakzakie Purvit said...

Cik Shinju,

Kena tengok letak dimana tinggi itu kan.

Kalau matahari rendah bukan rentung bulu hidung CS tapi tak nampak sisa...

Kakzakie Purvit said...

ibuintan,

Bila kehendak naluri tidak tercapai ada yg sanggup melakukan diluar batasan demi kerana hendak yg tinggi-tinggi itu...

Kakzakie Purvit said...

Daddy Ziyyad,

Yang ini semua takut tapi nafsu makan tetap tinggi....

Kakzakie Purvit said...

cik lola,

Darah tinggi
berdarah gusi
harga ubat tinggi
tak terbeli mati
kesian.....

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam Sekamar Rindu,

Bila agaknya tu? Harga hantaran semakin tinggi jangan tunggu lama-lama.

mommylavender said...

salam hari mggu yg santai kakzakie~ amek la setangkai dua bunga rose kat taman mommy tu~hee..

Mak Su said...

sy tak leh jadik pramugari, sbb x tinggi ;P

Peguam Bisaya said...

nak semua tinggi tapi usaha takat baling batu jatuh bawah kaki. huhuhu.. nk abe tinggi2 :)kekekeke

Kakzakie Purvit said...

Mommylavender,

Tak terkata gembiranya mommy kakak baru buka blog pagi ni dah dapat rose. Thanks so much.....

Kakzakie Purvit said...

Mak su,

Jadi yg ada sekarang ini dah patut terlebih bersyukur maksu...

Kakzakie Purvit said...

peGuaM_BiSaYa,

Nak cari batu pun tak jumpa apa lagi nak membaling....

Abe bai tinggi-tinggi sebab ada turban. Hehehe...

munna said...

DULU MMG BERANGAN NAK DPT SUAMI YG LAGI TINGGI DARI MUNNA... SEKALI DPT YG AGAK RENDAH ... TAPI REDHA DAN TERIMA SEADANYA ...YG PTG HATI DIA TETAP TINGGI DALAM JIWA MUNNA

Dila's Art said...

Betul tu Munna
Dang dapat suami tinggi, pelajaran tinggi, hidung tinggi eh bukan sombong tapi hidung mancung, Alhamdulillah!

mama maman aka yana said...

Kakzakie: sy tak tinggi dan tak jugak rendah.... sedang2 saja.... paras2 sederhana je... tak mampu nak tinggi2 dan taknak rendah2...

p/s: apa yg sy merapu nih.... hhhhaaaa...:)

Kak Amy said...

As'salammualaikum kak..

Rasanya dah beberapa hari tidak singgah ke mari.Akak sihat ke?

Unknown said...

selamat malam kak zakie

ayu singgah bertanya khabarmu...

kak..............
semuanya nak tinggi..tapi, badan ayu nie tak gak panjang....kentot jer

Penjejak Mimpi said...

dalam banyak-banyak tinggi.. tinggi diri sifat terkeji.. kene slalu hindari.. kelak merana diri.. :)

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

Apa khabar? Harap sihat meneruskan entri terkini.

ummu said...

assalamualaikum kak zakie
apa khabar kak?akak sihat?
kalau semua nak yang dunianya 'tingi-tinggi'
alangkah indahnya kalau akhirat pun nak 'tinggi-tinggi' kan kak

Sham said...

saya minat lompat tinggi...err relevan tak...?;P

Kakzakie Purvit said...

Assalamu'alaikum sahabat semua,

Banyak tertinggal
kerana bepergian beberapa ketika
mohon maaf bicara tidak diulas
hari ini kakak telah kembali
letih namun banyak yg ditimba
sedetik ini saja membuka laman
esok kakak sambung semula
moga semuanya ceria....

Wassalamu'alaikum