Wednesday, March 9, 2011

Tampalan Along

Jarum jam menunjukkan waktu untuk solat maghrib tinggal beberapa minit lagi. Oleh kerana itulah hubby sudah berada di Masjid pada waktu begini. Kalut aku dibuatnya. Hendak membuat pusingan U dari taman perumahan aku dan menuju ke tempat yang diberitahu pastinya mengambil masa paling tidak setengah jam. Maghrib kian menghampiri.

"Kalau akak ambil lepas solat boleh?"

"Tak apalah kak Nisak cuba cari petrol kiosk untuk solat maghrib dulu. Lepas solat nanti Nisak call kakak balik"

Menyelusuri lebuhraya second link dari Tuas untuk ke Johor Bahru membuat dia sesat ditambah pula persimpangan lampu isyarat untuk menuju ke rumah aku telah tiada kerana projek menaik-taraf sistem jalan sedang dijalankan. Papan-papan tanda yang selalunya menjadi pandu-arah banyak yang telah tiada. Tambah menyakitkan papan-tanda taman-taman perumahan yang dialih ke tepi jalan tulisannya tidak dapat dilihat lagi. Hilang dari pandangan kerana tampalan-tampalan sticker pinjaman segera atau lebih baik dipanggil Along.



Papan tanda - Lihatlah bagaimana mahu membaca kalau hampir keseluruhan papantanda penuh dengan tampalan . Inilah sebenarnya papan tanda yang tertera nama taman perumahan tempat aku tinggal. Nampak ke taman apa ni? Hahaha..... memang sesat baratlah sebab sudah penuh tampalan yang tunggang-langgang.


Apa yang menyakitkan hati tampalan Along yang menunjukkan nombor-nombor telefon mereka terlalu gah dan berani tanpa rasa bersalah. Aku rasa kerana tiada tindakan maka bertambahlah sticker menutupi banyak papan-papan tanda.

Malam itu sampai juga sepupu aku dari Singapore setelah sesat-barat mencari rumah aku yang sebenarnya telah dilintasi olehnya. Mengekori dari belakang kereta aku sebagai pandu arah lebih mudah bagi mereka. Walau semasa bertemu kami ketawa tetapi rasa marah menyelinap dalam hati. Ketiadaan persimpangan lampu isyarat tidak membuat kami marah kerana bertujuan untuk menaik-taraf jalan, tetapi gara-gara papan-tanda ditutupi dengan tampalan hodoh Along itu yang membuat hati panas.



-Sekadar mangambil kata-kata along: "Kami bukan Along, kami cuma nak tolong. Kalau ada masalah CTOS atau blacklist jangan bimbang segala pinjaman tetap beres." Masih ada yang percaya kata-kata ini.-


76 comments:

Anonymous said...

Along ni mula2 jer ayat manis..tapi lama2 yg manis jadi jadam..nasiblah sape2 yg tertipu tu..

miloaiskurangmanis said...

teruk betul cara depa ni...! tutup habis
ekceli PBT kena ambik tindakan
bukan tak bleh nak call pun kan???
sohih dah terpampang no talipon along2 ni semua...

ke... PBT tutup mata sama2 berkongsi niaga ngan along????

perghhhh!~ iols speku tak bleh blah!

Cik Ina Do Do Cheng said...

Masa belum buat pinjaman, memang manis mulut Along, cuba kalau dah dapat, hampeh bayar lambat, mulalah dia angin.anak beranak dia kejar.

Ati Masrif said...

as salam kak zakie,

depa ni mmg dah terlebih sudah
lani kat rumah ati depa boleh upah
budak2 muda hantar terus selit depan
pagar rumah...gerammmm

My Little Diary said...

saya jugak along... tapi bukan along kasik pinjam duit... tapi along anak yang sulong... kehkehkehhh

nurkass said...

salam kak zakie..
saya yang tengok ni pun sakit hati..dah tentu signboard tu penting..ape lah diorang ni..

Adinda Amy Sensei said...

dorang ni main tampal sesuka hati je ekk....

Mutiara Bernilai said...

salam kak zie..

betul, lagi2 bagi org yg xtahu jalan mcm mutiara ni.. selalu sangat sesat gare2 tmpalan2 iklan secrae tak berhemah ni.. skali dua kena ok lg..byk kali jd mcm brapi lak dada..astarghfirullah..

Penjejak Mimpi said...

jangan sekali2 terjerat dengan along.. kelak idop kacau bilau..

p/s saye bukan along.. saye andak... hehehehehe..

Kakzakie Purvit said...

makdara TERdiva,

masih ada yg termakan kemanisan itu...

Kakzakie Purvit said...

miloais,

Hari itu sekejap ada operasi lega sikit. Sampai anak-anak sekolah diarah buat pembersihan lepas tu menjadi lagi. PBT hm.... entahlah...:(

Kakzakie Purvit said...

Cik Ina MDDC,

Hairannya ada juga masih tak serik-serik dan mengharap yg buruk tu tak terjadi pada dia.

Kakzakie Purvit said...

Ati masrif,

Ooh... samalah tapi kalau setakat business card tu kita boleh kutip buang tong. Tapi ini sticker tutup signboard. Sakit hati kan....

Kakzakie Purvit said...

My Little Diary,

Along ini peneraju adik-adik. Membantu bukan peraju masuk lubang jerat....

Kakzakie Purvit said...

nurkass,

Apa yang menghairnkan lagi bila masa dia tampal kita tak nampak kan....

Kakzakie Purvit said...

Adinda Amy Sensei,

Suka dia tu buat org lain susah....
Malu dgn org luar negara yg dtg. Keluar dari airport je dah nampak macam-macam signboard yg ditampal no. tel along.

Kakzakie Purvit said...

Mutiara Bernilai,

Gara-gara mereka nak iklankan no. tel. ramai yg sesat mencari arah. Kadang-kadang tu tinggi pun boleh dia sampai. Panjat tangga ke agaknya?

Kakzakie Purvit said...

Penjejak Mimpi,

Nasib baik PM andak kalau along kakak nak minta tolong. Pinjam duit ada berani ke? Hehehe....

Unknown said...

kakakku..
ewah.....suka2 update blog hari2...
heheheh

okey2 strage to tajuk..
nak tau" adalah hamba Allah yang hutang dgn along..
masa kawin minta ayu tolong...bukan sikit oooo..belas2 ribu..

apa ingat aku nie along no 2 ker?????

sorry baik lori..
kalau ayu along gak...ayu caj 5 kali ganda..hahahaha...jahatnya aku..sama mcm along kat Malaysia..

Dr K said...

Saya pelik bin ajaib sebenarnya dgn pihak berkuasa di negara ni.

Seolah olah Along ni raja.
Tak mampu buat apa2 langsung..
Iklan bertepek tepek..memang memalukan..

Bila rakyat tuduh Along ni ada suap orang dalam, mereka(pihak berkuasa) marah..

Tapi...

Entah la..dah nak maghrib ni anyway...

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

Kalau hutang Kad Kredit camana?
Tapi bukan Along xpe kan...janji boleh kontrol. Kalau tak, parah jugak dibuaatnya.

Sham said...

penyalah gunaan harta awam...kasi saman je...

hentian said...

IM ni kekadang nak masuk simpang rumah sendiri pun tersasar. hendaknya, waktu malam...

Acik Erna said...

kakzalie..tampalan tu berada dimana mana saje..
pantang ada tempat yang boleh ditampal..ada la dia..

mama ju said...

Aslkm Tkasih masih sudi dtg...

Mama ok ok saja sebenarnya. Moga kita setiasa dlm lindungan Allah.
Ada KE sPORE? Mama ingin nak ke marina bay dan universal st..entah bila..

aby said...

salam k zakie,
sekali baca ingatkan tampalan kerja tangan anak sulong k zakie,
tp bila dah baca rupa crita cik siti ( minjam kata2 kt crita P ramlee )

kesimpulan nya ..
mana abang polis yg kata nak benteras along ..
no talian dah ada , ngap ajala ..
tk gitu ..

Mak Su said...

saya igtkan tadi tampalan gigi... ish, memang menyusahkanlah ahlong tu

Yat Maria said...

Ah Long ni menaikkan & mencekik darah orang jer kak..

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam Citarasa Rinduan,

Ayu jadi Along kakak org pertama pinjam. Nak beli helikopter susah ikut jalanraya kita sekarang ni. Hari-hari jem. Naik heli terus ke CR.:)

Kakzakie Purvit said...

Daddy Ziyyad,

Itulah yg menjadi musykil, sebab sticker itu no. tel lebih jelas dari motif nak bagi pinjam. Tapi tak ada tindakan. Kakak pun speachles...

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam ahmad humairi,

Kad kredit lain cikgu. Bank tak adalah tampal sana-sini suruh kita apply. Tapi along i kerja dia janji ada je tempat nak tepek dia tepek hatta hingga ke signboard kecik tunjuk ada bonjol jalan.

Kakzakie Purvit said...

Sham...

Siap yg sepatutnya bertindak dan saman mereka?....

Kakzakie Purvit said...

Insan Marhaen,

Betul IM... lagi-lagilah bila sambil drive kepala kita melayang memikirkan macam-macam tak ingat arah rumah dah banyak berubah, tup-tup telajak. Hehehe... geram kan....

Kakzakie Purvit said...

Kak Erna,

Betul tu Kak Erna. Signboard jalan-jalan taman pun ditampalnya. Contoh Jalan Damai 7, no. 7 dah tertampal manalah org tak pusing-pusing cari rumah....

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam mama ju,

Keluarga bapak memang semuanya kat S'pore. tapi kakak jarang ke sana. Tak ada apa yg menyeronokkan. Mereka yg selalu ke tempat kita, banyak tempat boleh pergi.

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam aby,

Apa yg tertampal memang no. tel mereka. Besar lagi. Tapi entah kenapa macam tak menjadi kesalahan dah. Kok ya pun carilah pokok ke kalau nak tampal kerana terdesak.

Cik SHiNJU said...

As salam...

Saya tgk gambar tu pun panas hati dibuatnya..
Tiada tindakan dr PBT ker? Komplen jer kak..
Makin menjadi2 loan-shark neh...

Kakzakie Purvit said...

Mak Su,

Itulah Along yg semakin kaya di negara kita sekarang ni. Bank pun kalah....

Kakzakie Purvit said...

Yat Maria,

Bukan menaik dan mencekik darah je Yat maria, malah lebih dari itu sebab kalu satu yg salah satu family kena tangggung...

Kakzakie Purvit said...

Cik Shinju,

Kalau Cik Shinju turun airport Senai je keluar dah nampak macam-macam sticker loan shark ini. Pilih je mana yg suka. Sakit mata lain, malu lain, tapi itulah hakikatnya.... Pokok pinang hiasan sepanjang jalan pun menjadi mangsa. Kalau pokok itu boleh jerit mesti dia jerit marah...

Werdah said...

Assalamu'alaikum kakzakie

hmm, kadang-kadang merimaskan juga kan bila fikir masalah yang tak pernah selesai ni..

PESONA said...

Assalamualaikum Hjh,

Sekiranya pihak-pihak yang berwajib betul-betul hendak membenteras masaalah tampalan ALONG tersebut boleh dengan berpandukan no H/P yang tercatit....siapa tuan empunya H/P tersebut walaupun hanya Prepaid H/P......SKMM perlu memastikan no H/P tersebut ditamatkan perkhidmatan apabila terdapat tampalan ALONG dimana-mana arah tunjuk jalan.....

kasihibu said...

panggilan along tu
macam mesra je kan

sebutan sebenar ah long, tp kita dah terbiasa memesrakan bunyi sebagai along (,")

CintaZulaikha said...

skrg nih, lagi by poster along dr yg lain...huuhh

sya said...

sangat annoying kan...

kak eja..huk huk huk,along itula panggilan saya kat umah...

sahromnasrudin said...

assalamualaikum kakzakie...

sila jangan tak caye coz along moden ( kad kredit) pun sy tak penah gune...

ada org tany napa tak pakai kad kredit..

saya jawab " sy duk kampung, pekesai takde mesin nak sweep tue huhuhhu"

Kak Amy said...

Mereka ni ( along ) ikut suka je nak tampal kat mane2. Jangan kata mata je panas melihatnya hati membara2 api terbakar. Tapi yang peliknya orang kita masih ada yang berani berurusan dengan mereka nie. Mereka ni masa nak kasi pinjam ayat memang manis tapi bila x dapat bayar nyawa kita pula di buat macam mainan...

IMANSHAH said...

kami buakn along, kami hanya nak tolong..huhu teringat iklan tu

lalink7 said...

As salam kak..

iskk..memang itu la perangaii along yang tak perikemanusiaan niee..teruk betol..

noor said...

tak cukup dengan tampalan diselitnya pulak kad2 diaorg..terabur jer sana sini..

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam Kak Werdah,

Sekejap masa ada kes yg kena rantai dan dikurung macam senyap seketika. tapi kini dah menjaid-jadi lagi...

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam pesona,

Nyata memang tiada tindakan itulah membuat mereka semakin berani...

Kakzakie Purvit said...

sayangsayangibu,

Along macam panggil anak sulung ye.... tapi ini bukan sembarangan ah long kasar sikit. Bagi org takut....

Kakzakie Purvit said...

CintaZulaikha,

Betul tu. Siapa ambil tindakan atas mereka? tak ada kan....

Kakzakie Purvit said...

mRs sYa,

Cara panggilan lembut "O" dia berbeza. Lopong mulut besar sikit kalau loan shark ni... Hehehe.....

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam sahrom,

Kad kredit lain.... kegunaan juga buat kita. Sekarang bawa cash banyak takut.

Kakzakie Purvit said...

Amy Syaquena,

Ada jiran kakak pinjam along sampai gadai rumah. Lepas tu pembeli baru yg kena soal-selidik kaki-tangan along tu. Tak ke kes teruk namanya.

Kakzakie Purvit said...

IMANSHAH,

Itulah kan betapa bijaknya dia menutur kata cikgu. Lembut gigi dari lidah...

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam lalink7,

Kat taman kakak boleh katakan setiap tiang penanda jalan ada banner along. Lama-lama dah imun jadinya.

Kakzakie Purvit said...

noor,

Betul tu. Anak kakak siap buat main dgn kawan rumah sebelah susun kad yg berterabur depan pagar.

kella said...

manis mereka ni tak berpanjangan.. sabar je la! mangsanya kita... hmmm

hai kak zakie.. rindunya kat akak! baru sempat kita menyinggah ke sini! :) sihat kah?
harap sihat sokmo ya! Miss u ... :)

al-lavendari said...

agak-agak kalau kita tampal poster tu kat muka along, dia marah tak ?

Kakzakie Purvit said...

kella,

Pengalaman tak ada tapi baca s/khabar banayk dah cerita....

Alahamdulillah kakak sihat moga kella pun gitu gak ye.:)

Kakzakie Purvit said...

al-lavendari,

Agak-agak tuan berani tak nak tampal kat muka mereka.:) Tengok cara mereka dera peminjam dah kecut. Pistol tu dibuat macam kita siram pokok bunga aje, suka-suka dan boleh pancut sana-sini je...

Anonymous said...

Aslmkm.
Sama masaalah pokok ... jelas berpenyakit, busuk & reput, berapa kerat orang saja memilih untuk menebangnya!
Selagi sistem tak diperbetulkan dengan penuh tanggung-jawap dan berkesan, jutaan kata tiada bermakna.

Unknown said...

hahaha..
ayu bagi pinjam rm1k cukuplah kan???
hahahaha...

Pia said...

"patut depa ni yang kita pakat2 dok kerat jari2 depa tu..alang..along...apa la nak jadi.."

si para para said...

cuba selami hati di pihak sana..

kalau dia tak terdesak dia takkan pinjam dengan along.
mungkin sebab keterpaksaan itu membuatkan mereka hilang akal untuk sementara.
"dan bila perut sudah kenyang tersisi, baru tahu nak cari tandas."

LiFe KaMi said...

tiang lektrik depan rumah kami ni besepah diorg tampal,
dah cabut esok lusa ada balik mcm tau2 je kita cabut..huhu

Afzainizam said...

Masalah sosial dan gejala negatif masih berlarutan sehingga kini termasuk isu meminjam wang daripada lintah darat atau along. ...Padahal rasanya semua tau bahana yang bakal menimpa diorang. .... Jauhkan diri dari 'Along” atau lintah darat atau sewaktu dgannye…,
=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam DDrfauziah,

Penebang pokok yg diberi tanggung-jawab pulak culas dan gergaji pula tumpul itulah jadinya. Pokok bukan mereput tetpi terus dibaja hingga jelas kian menyubur tanpa penebang tampil kedepan.:(

Kakzakie Purvit said...

Citarasa Rinduan,

RM1K manalah cukup kakak nak buka restoran sebelah CR. Ayu sebelah jual nasi, kakak sebelah jual air. Amacam....

Kakzakie Purvit said...

Piasara,

Siapa berani nak potong jari mereka. Angah, Utih, Andak, Usu semuanya tak berani nak tampil.

Kakzakie Purvit said...

Si para para,

Sebab ada masalah kewangan mereka meminjam tetapi sayang dek kerana desakan dan pendik akal menjadi mereka terjebak.

Kakzakie Purvit said...

LiFe KaMi,

Betul tu LK. Kesiannya ada operasi budk sekolah membersihkan semua ini tetapi esoknya dah bertampal sana-sini.

Kakzakie Purvit said...

Afzainizam,

Susah sangat kenpa ye. Siapa sebenarnya yg membantu Along tu hingga berleluasa tanpa sekatan?....