Wednesday, March 2, 2011

Lembu oh Lembu

Pada hari Sabtu lepas aku berpeluang mengikut hubby ke ladang menternak lembu kepunyaan seorang doktor veterinar bertempat di Simpang Renggam. Kerana keadaan jalan yang agak ala-ala ranger maka kami pergi menggunakan 4WD. Aku pergi berdua saja. Lebih kurang satu jam setengah kami telah tiba di ladang tersebut.

"Wangi tau. Nak ikut I turun ke tak?" hubby bertanya sebelum melangkah turun.

"Hm... I tak kisah. Ikutlah." Aku tidak mahu mengalah.

Turun dari 4WD ternyata baunya sudah cukup menusuk lubang hidung aku yang memang sudah cukup besar. Rasa bagai tidak tertanggung. Mahu saja aku menutup lubang hidung tetapi bimbang mengguris hati pekerja-pekerja ladang yang ada. Jadi dengan senyum aku turut menapak di belakang hubby bertemu tuan punya ladang, Doktor Isa. Kembang-kuncup lubang hidung lama-kelamaan terasa kurang pula bau menyucuk itu mungkin sudah jadi immune. Cuaca panas terik membuat aku berlari dan berteduh di bawah pokok kelapa sawit. Ladang lembu kepunyaan doktor ini bukan saja menernak lembu kerana dari jauh kelihatan kandang kambing dan ayam. Oh.... kaya doktor ini hatiku berdetik. Kalau seekor lembu yang kecil pun harganya RM 2700/- berapa pendapatannya kalau terjual beratus ekor sebulan. Mahu tidak dia sanggup berhenti jadi doktor.

Sewaktu hubby berbincang untuk memilih lembu yang akan dijadikan sedekah buat Maulud Nabi aku mencuri peluang snap sana-sini setelah meminta izin dari doktor tersebut.
Mesin pengisar - Bukan kisar pasir tapi rumput/pokok jagung yang dijadikan campuran pada makanan lembu-lembu tersebut

Berlonggok - Pokok jagung ini akan dikisar dan dicampur dengan makanan sintetik

Putih Sekawan - Walau begitu banyak tapi semuanya jantan dan tidak bergaduh.

Hitam dan belang - Kandang ini kebanyakannya hitam dan bertompok hitam-putih. Lebih kecil saiznya.

Sembelih - Ada juga penjualan daging kerana doktor itu sendiri yang menjadi tukang menyembelih. Hubby tolong snapkan gambar ini (aku belum kuat untuk melihat adegan itu). Mendengar rintihan lembu pun sudah rasa sayu.

Besar - Lembu ini harganya RM 6500/- Tak pernah aku melihat lembu sebesar ini

Perhati - "Jangan main-main lembu hubby aku tengah perhatikan engkau tu."

Pilihan - "Itulah engaku tak percaya buat apa jeling-jeling." Inilah lembu pilihan hubby yang akan disembelih dan dijadikan hidangan bersama nasi beryani untuk sambutan maulud nabi nanti.


84 comments:

Kak Amy said...

Banyaknya lembu dia.. siap sembelih lagi,Kalau amy ada dekat situ x sanggup ow tengok lembu tue di sembelih.Tak sampai hati mahu amy menangis same.

Kakcik Seroja said...

Oh... mesti ramai yang akan menikmati keenakan daging lembu itu nanti. Syukur Alahmdulillah. :)

JunAina said...

seronok dapat pergi tempat macam tu...aina suka bab2 pertanian tapi kat KL ni bertani dalam pasu ja, bela ikan dlm aquarium...tapi boleh ke tahan dengan bau2annya...itulah alah bisa tegal biasa...

Peguam Bisaya said...

bau 2 makin kita tutp idong mmg makin sengit.hahaha..bau je mcm bese..pasti imun.

Penjejak Mimpi said...

muge murah rejeki kakzakie sepamily.. amin.. :)

p/s akak paham bahase lembu ek? wah, terer nye.. hehehehe

miloaiskurangmanis said...

mahal eh harga lembu skang ni????
sedapnya daging lembu fresh
buat rendang tok!

Anonymous said...

Assalamualaikum Kakzakie,

Orang melayu sekarang bisness macam2 dah yer.

Teringat orang kampong, kita nampak hidup dia orang macam tak bergaya, tapi lembu banyak di kandang, kalau seekor RM2700, kalau ada 10 ekor, dah kuat tu.

Unknown said...

byknya lembu...tp mmg besarlah lembu yg rm 6500 tu..baka mana agaknya

Anonymous said...

glamer lembu tu dpt masuk blog..hehe!

Kakzakie Purvit said...

Amy Syaquena,

Itulah kakak pun tak tergamak bila tahu dia nak sembelih. Terus bagi kamera kat hubby. Tapi dengar bunyi lembu selepas disembelih tersangat sayu. Ngeri....

Kakzakie Purvit said...

Kakcik,

Insya-Allah harap dapatlah dimanfaatkan hujung minggu ini....

Kakzakie Purvit said...

JunAina,

Oh... Aina tahu panas sungguh tempat tu. Nasib keliling ladang ada pokok kelapa sawit. Baunya terlalulah menyucuk hidung.

Kakzakie Purvit said...

peGuaM_BiSaYa,

Gitulah bau sebenarnya masih ada tapi tak terasa sangat bila dah lama-lama berada di ladang itu.

Kakzakie Purvit said...

Penjejak Mimpi,

PM tahu tak kakak rasa dia faham dgn kata-kata pekerjanya. Bila disuruh keluar ikut lorong tersedia utk ke arah sembelihan dia akur tau.

Dgn kakak dia jeling semacam buat kakak takut :)

Kakzakie Purvit said...

miloais,

Hari Sabtu ini terkorbanlah dia untuk santapan. Masak terpulanglah pada AJK dan tukang masak. Kalau kakak tak kisah, makan je....

Kakzakie Purvit said...

Kunang-kunang,

Betul tu. Kakak kagum dengan keluasan ladang dia. Siap ada rumah simpanan makanan berguni-guni. Ada ladang jagung tapi bukan untuk dijual jagungnya tapi pokoknya dikisar jadi makanan lembu/kambing. Kakak rasa income dia ratus-ribu.

Kalau tidak tak kan sanggup berhenti dari jadi doktor.

Kakzakie Purvit said...

Ila,

Lembu itu memang teramat besar dua kali ganda lembu biasa. Kita berdiri luar kandang pun takut. Kesian yg lain tak ada tali ikat tapi dia kena ikat juga walau dalam kandang.

Kakzakie Purvit said...

makdara TERdiva,

Alahai lembu ada value tau MDT.

p/s: ada cakap-cakap dgn hubby kena kumpul duit dari sekarang bila pencen boleh bela lembu. Hahaha.....

suri solehah said...

salam kak zakie..bau yng semerbak tu sebenarnya bau duit kan huhu

Anonymous said...

mesti sedap daging lembu yg baru sembelih... :D

s a r said...

salam kakzakie :)

ooh! part yg tak sggup dengar rintihan lembu tu boleh buat kita tak sanggup nak makan.. ngee.. elakkan elakkan.. hee

Anonymous said...

permintaa daging mmg sentiasa ada...klu ternak besar-besran camtu buleh buat duit punyalah

sahromnasrudin said...

assalamualaikum kakzakie..kurusnya lembu2 tue..tak cukup makan erk?? heheheeee

terokai seni said...

loh napa tak kabo.. lembu kitorang lagik murah nego jee

Unknown said...

As Salam kak....

bila baca n3 ni t'ingat kat ayah kat kg....ayah lia bela kambing boer...dulu penah juga dia bela lembu nih tp x lama...masa raya korban tahun 2008 ayah jual semua sekali...x daya dia nak jaga lembu n kambing.....

bab rintihan lembu tu...lia pun x sampai hati klu dgr....rasa mcm sayu bunyinya kan kak....

hentian said...

teringat cerita lembu dengan budak yang tak solat...

Cik Ina Do Do Cheng said...

Makcik makan daging lembu okeylah, tapi bab nak tengok masa sembelih.seriau je.takut tengok darah, cam nak pitam.

kella said...

kak.. masa kat maha lah kita berpeluang tengok macam macam jenih lembu! memang teruja melihat lembu yang besar bagak! huhuhuhu....
tapi taklah berbau sanga.. yela sikit kan... kalau kat kandang macam akak gi tu... huhuuhuhu... heheheh hahaha la jawabnya.. :)

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله

Eloklah ramai orang kita terlibat dalam perniagaan ini, tak perlulah kita nak import dari luar negara

Sham said...

suka makan sup ekor lembu...

Cik SHiNJU said...

Kak,saya x besa ngn lembu..
Tapi mase kecik2 dulu ade pekerja ayah hadiahkan
saya kerbau balar (putih)..nama jer kerbau saya
tapi dia yg jaga...huhuh

ahmad humairi said...

assalamualaikum,

kau lembu,
dia rusa,
hehe....

Admin P@P said...

Assalamualaikum.
Bahagian paling sedap sekali ialah ekornya. Kalau tidak masakan sup ekor menjadi rebutan...

Belum begitu kuat semangat nak sembelih lembu...

TQ

Kaseh said...

assalammulaikum kak zakie..member kaseh pun berhenti kerja usahakan ladang lembu kak...

eelobor said...

perghhh, besarnya lembu berharga RM6500 tuh. tapi punya la mahal kan.....

Werdah said...

Assalamu'alaikum kakzakie

Usaha menternak dan berniaga memang banyak manfaatnya namun tak ramai yang mahu buat seperti doktor ni kan... apa-apapun doktor ni dah memenuhi kefardhuan kifayah.. alhamdulillah

Kakzakie Purvit said...

suri solehah,

Duit kita tak nampak tapi kita dapat agak kalau dalam masa tak sampai 2 jam kakak di situ dah ada 2 ekor dibeli cuba suri bayangkan.

Kakzakie Purvit said...

seksi bani,

daging dah masaklah baru sedap, kalau fresh mentah siapa nak makan hehehe....

Kakzakie Purvit said...

s.a.r,

bunyi lembu mendesah dan mendengus tu ngeri tau.

Kakzakie Purvit said...

redza,

kakak agak income Dr. tu ratusan ribu sebulan. bayangkan kalau musim raya qurban. Wow!! pandai betul Dr itu kan....

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam sahrom,

Eh.... kalau ikut mata kakak gemuk. Seekor lembu boleh dapat beratus kilo daging. Belum masuk tulang lagi dan ekor utk buat sup. Hehehe....

Kakzakie Purvit said...

cemomoi,

Kalau kat pantai timur Dr. itu kata murah RM 200/- tak tahu betul ke tidak.

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumslaam Mamamya,

Lia mesti tahu kan bagaimana untungnya menternak. Mungkin penjagaan susah ye. Oh... kakak pun tak tahu. Sayangnya kalau tak mudah nak buat aqiqah/qurban kan...

Kakzakie Purvit said...

Inshan Marhaen,

Buat pedoman kita sebagai manusia sebenarnya cerita itu.

Kakzakie Purvit said...

Cik Ina Minat DDC,

Memang takut Cik Ina. Kakak pun sama.
Baba makan daging siapa tak mhu kan.:)

Kakzakie Purvit said...

kella,

Kakak tak pergi MAHA tempohari. Tapi tengok lembu yg besar tiu takut kella. Kakak bayangkan kalau terlepas macamana ye?...

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam Abd Razak,

Itulah ustaz, bila ada org sendiri memudahkan kita. Ganjaran dunia dan akhirat dia dapat.

Kakzakie Purvit said...

sham,

Makan roti cecah Sup ekor...:)

Kakzakie Purvit said...

Cik Shinju,

Habis mana pergi kerbau tu sekarang? Dah sembelih atau nak buat kenduri besar akan datang?

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumslaam ahmad humairi,

Kelakarlah cikgu nie.....

Kakzakie Purvit said...

Ahmad P@P.

Kalau musim Raya Qurban mesti banyak ekor. Masa itulah musim makan sup ekor. :)

Kakzakie Purvit said...

Kaseh,

Nak tahu tak kaseh, masa dlm perjalanan balik kakak dan hubby pun cakap tentang business lembu. Beranganlah.... hikhikhik....

Kakzakie Purvit said...

eelobor,

Siapalah yg mampu membeli sebesar dan semahal itu ye...:)

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam Werdah,

Ialah Kak Werdah, walaupun tujuan ia business tapi fardhu kifayah ada di situ. Semua umat Islam sekitar bersyukur atas usaha dia seorang yg lain lepas dari tanggungan.

YATZAKIE said...

wah..beso2 ye kak lembu2 tu sume..mesti nahal kan?? =)

azieazah said...

Syukur. Moga murah rezeki Akak sekeluarga..

Kak Amy said...

dengar bunyi dia pun x sanggup..sedih ow..

p/s: jemput join contest sinar raudah

Kakzakie Purvit said...

YATZAKIE,

Nak business lembu ke? Kakak sokong kalau Yatzakie nak buat business ini.

Kakzakie Purvit said...

azieazah,

Alhamdulillah terima kasih azie moga begitu juga azie & keluarga.

Kakzakie Purvit said...

Amy Syaquena,

Samalah kita. Kakak rasa kalau dah nama pun perempuan memang tak kuat.

p/s: kakak tahu dah. Tunggu ye...:)

Uncle said...

fuyooo dah boleh bayar motor cash................

aby said...

salam k zakie,
ingat kan pilih lembu sbb buat kenduri nak terima menantu, rupa nya utk sedekah yer ..

cilik2 ku wong tuek ku pun belo lembu ..
okeh jugak, selalu melo wong tuek nyabit rumput (ngarit) ngawe pangan lembu ...

gambare ngawe aku nostalgia ....

Kakzakie Purvit said...

Uncle,

Bukan motor je uncle kereta pun boleh juga kalau sebulan punya hasil jualan (gambaran kakak) sebab tak samapi 2 jam dah ada dua org datang membeli.

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam aby,

Isy...isy... anak dara kakak yg besar pun tak sampai 15 tahun lagi.

Saeki endi lembu ne? Makna ne aby kepenak angger arek korban/aqiqah orak payah tuku yo. Wah... angger kakak terus wahe belo angger kandang nge wes ono.

Unknown said...

kak ada 4x4 kan..jom..kita pi taman negara....turun naik hutan...(awat aku lari tajuk nie..hahahha)

Khairul Onggon said...

Besar lembu tu Kak.. wah.. akak boleh cakap Jawa ye.. hihi..

Anonymous said...

Aslmkm.
Hmmm ... Dua hari lagi akan masuk Rabiul Akhir.
So ini untuk acara belated Maulid Nabi?

Kakzakie Purvit said...

Citarasa Rinduan,

Ayu suka ranger ye. Sakit badan kan. Tapi sesekali mesti seronok. :)

Kakzakie Purvit said...

wa khairul onggon,

Bukan aje besar tapi banyak sangat. Siap ada birth cert. lagi. Bila kita pilih Dr. itu akan buka fail cari birth cert. Dari situ tahulah bila dia lahir dan berat sewaktu dibeli.

p/s: nak belajar bahasa jawa wellcome. :)

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikum salam DDrfauziah,

Kalau di Johor ni Kak G maulud nabi tak berhenti sehingga hampir menjelang syaaban masih ada lagi yg meraikannya.

Ati Masrif said...

as salam kak zakie,

berapa pula harga lembu yg hubby akak pilih tu..

ati pernah makan lembu yg baru sembelih
depa buat masak asam pedas melaka...terangkat ooo...

^____^

Pia said...

"assalam kak..ingat ank buah saya kt kg,dia ni rajin..ms skolah dulu selalu tolong atuknya jaga lembu..lama2 bila dh besar dia pun ada bela lembu sendiri...mula2 sekor,lama2 mkn bertambah...buat part time jer,bila time raya haji,musim kenduri org cari dia.."

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam Ati Masrif,

Yg hubby kakak pilih tu RM 2700/- harganya.

Datanglah tempat kakak ahad ini ada Maulud Nabi. Tapi tak tahu AJK yg masak nak masak apa.

Kakzakie Purvit said...

Piasara,

Kakak percaya anak buah itu mesti pandai. Jadikan sandaran. Rasanya partime dia lebih banyak incomenya kalau sungguh-sungguh. Lagipun dah ada pengalaman. Tahniah buat dia...

zue said...

maulud nabi kat masjid senai ke...bila tu?

seronoknya dpt mkn nasi berani dgn daging lembu.
(masjid kat tmn putri hari ahad ni ada kursus haji...utk daerah senai/kulai)

Temuk said...

Assalamu'alaikum KAKZAKIE

Mugo-mugo waras. Alhamdulillah dan syukur, dapat menyumbang seekor lembu untuk komuniti. Dicari dan dipilih sendiri pula tu. Tentulah yang terbaik.

Kat ladang lembu tu Kakzakie, yang bau tak wangi tu pun bila dikumpul dan dijual, dah boleh jadi RM. Kapan mbuka ladang lembune Kakzakie?

LiFe KaMi said...

lembu ni kalau kena dgn cara penjagaannya boleh jadi bisnes yg membawa keuntungan yg banyak..
ni masak rendang mmg sodap..hehe

Kakzakie Purvit said...

Zue,

Masjid Senai pada 12-03-11, tapi taman kakak pada hari Ahad ini samalah dgn tempat Zue.

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam Temuk,

Alhamdulillah kakak waras cikgu. Mugo-mugo cikgu pun ngono jugak. Ladang ini udhu ladang kakak cikgu. Kito tuku koro Dr. yg mbelo. Angger RM cukup, wes pencen kepingin jugak mbelo koyok Dr. kuwi. Hehehe....

Kakzakie Purvit said...

LiFe KaMi,

Semua business kalau manjadi memang untung LK. Kakak nampak kalaulah terjual sepuluh ekor aje wah.... banyaknya income.

Masak apa tak kisah, kakak makan je. :)

encikReza said...

teringat lembu nenek yg kami bela
nama dia SALOMA! hahahahaha
kaler itam putih (tompok²)

tp sebab nenek nk g haji
& xder yg nk mengembala
maka SALOMA pun perlu dijual...

sy nangis giler² time tu tau kak
maklum la budak² kan...

sigh~

nba-Nur said...

Salam Kak Zakie ni orang Simpang Renggam ke? Itu kampung Nur tu.. Masa Nur sekolah rendah, ayah Nur pernah bela beberapa ekor lembu. Tapi sekarang dah takde..

toyolkiut said...

simpang renggam kak?
feedlot kn..
rasanya ayah TK slalu berurusan d sini dulu..
wah, moga murah rezeki akak skeluarga..

lalink7 said...

woww...bagusnyee qorbankan sekor..bgus laa..saya ingat untuk akikah tadi..hehehe..