Monday, April 11, 2011

Borang BE


Sekadar mengingatkan teman-teman yang "lupa" macam aku dan encik hubby. Tunggu hingga saat akhir baru isi dan pos. Mula-mula alasan diberi tunggu borang EA yang belum diperolehi. Bila sudah diperolehi pula terdetik di dalam hati mesti jumlahnya tidak seberapa kerana telah ada potongan PCB setiap bulan.


Bila borang telah dipenuhi dan kiraan dilakukan masih ada lagi baki yang perlu dibayar kepada LHDN. Hendak bertangguh sudah tidak boleh lagi. Akhir bulan ini adalah tarikh tutup pembayaran. Suka atau tidak kena bayar sebagai memenuhi tanggung-jawab sebagai rakyat yang taat. Tidak mahu pintu rumah atau loceng rumah berbunyi kerana kunjungan pegawai LHDN.


Dalam keadaan berkira-kira kita sebagai rakyat masih ada nasib baik lagi. Nasib baik yang aku maksudkan ialah tidak perlu guna setem. Itulah saja yang diberikan pada aku sebagai pembayar cukai. Betapa kesihannya aku.... (senyum sumbing). Aku juga tidak guna sistem e-Filing. Apa yang penting kita tidak culas dari tanggung-jawab kita.

~ membayangkan setiap sebuah rumah menyumbang sekadar RM 100/- kalau 10 juta rumah saja sudah tidak terhitung banyaknya ~

84 comments:

Miecyber said...

Aduss mana lak borang BE saya nie....

Tandas segera

sahromnasrudin said...

trime kasih kak ingatkan sy......saya punya borang BE sesat kot huhuhuh..nnti kne tanye LHDN dulu.....

miloais said...

guna e-filing lah kakzakie...
cepat skit - tak payah nak post ke hapa..

iols dah submit last week
buat awal2 - nanti line internet sesaka tak hengat kalo dah lambat tu....

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

saya pun belum isik lagik....perangai tunggu last minit tu sesanh nah buang...terima kasih atas ingatan.

Daddy Ziyyad said...

Kenapa akak tak guna E-Filling aja?
Senang.

Saya tak isi lagi borang..~haha

ainnoraini said...

selamat pagi kakzakie...
en somi saye tolong buatkan...gune efiling jer...
tapi nak kene ingatkan jugak ni....dah isi ke belum...

nurkass said...

aha..
cepat kak zakie..
nak tutup dah..hehe

cikceriacorner said...

hehehhe..saya blum masih pandai akan borang2 ni..tp lambat laun sy kene buat jugak kan..heheh

My Little Diary said...

salam,

hahaha... saya tak isi lagi...
hari2 pandang jer borang tu kat atas meja ni
ntah bila lah semangat nak isi borang tu nak dtg... huhu

bujal X said...

saya gaji dibawah paras kemiskinan~~he~~

sayangsayangibu said...

enpakwe dah selesaikan , tp sya belum lagi huhuhu...

pesona said...

Assalamualaikum Hjh,

Sama le kita ....awal bulan march dah isikan maklumat didalam borang BE tetapi.......baru hari Jumaat 08.04.2011 poskan ....ada PCB pun masih kena cukai dekat 1K........

Cik Ina minat Do do Cheng said...

Assalamulaikun kak zakie,

makcik lupa pasal ni, nasib baik kak zakie ingatkan. Selalu guna e-filing je senang. tak payah nak isi banyak form .Selalunya makcik tak kena bayar, sebab gaji sikit lagi pun ada tangunggan. Tak kena pun kena isi je, sebagai melunaskan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.

♥ manje ♥ said...

assalamualaikum kak

kita guna e-filing aje kak...
tak yah ingat nak anta borang lagi

daftar e-filing la kak... =) ~

Kakzakie said...

Miecyber,

Kot kena larikan tikus mie... habislah....

Kakzakie said...

sahromnasrudin,

Jangan memain sahrom. Dah berbulan dia dok hantar, kita je buat dek.... Nanti kena ketuk pintu siapa nak buka. Hehehe....

kakcik said...

Kakcik dah selesai dah... Suami punya pun kakcik tolong selesaikan... (selesai istihar je!) :)

Kakzakie said...

miloais,

Kakak register pun tak lagi milo. Tengoklah tahun depan. Yg ini dah pos hari jumaat lepas.

Kakzakie said...

Wa'alaikumsalam ahmad humairi,

Ada 2 minggu lagi cikgu. Atau guna e-filing je cikgu. Mudah kot....

Kakzakie said...

Daddy Ziyyad,

Kakak dah terbiasa isi form. Hm.... Dr pun tak isi lagi ye.:) Ingat nak guna duit tax Dr. tu buat election kat Sarawak. Melepaslah mereka.......

Kakzakie said...

Ainnoraini,

Eh... terbalik dgn kakak. Kalau isi form semua kakak yg buat. En Hubby goyang kaki bagi cheque je kat kakak. (itulah secretary di pejabat & dirumah kakak nie)...

Kakzakie said...

nurkass,

Kakak dah poslah sayang. Ada 2 minggu lagi anyway.

Kakzakie said...

cikceriacorner,

Kena declare tu ccc. Nanti tertunggak susah. Kalau dah ada PCB mesti kena take action.

Kakzakie said...

My Little Diary,

Macam kakak juga. Mulanya gitu. Tapi bila dah dapat borang EA kena rajin jugalah...

Kakzakie said...

bujal X,

Kamu selalu buat lawak la bujal....

Kakzakie said...

sayangsayangibu,

Kalau dah selesai lega la sya. tak menanggung lagi.

Kakzakie said...

Wa'alaikumsalam pesona,

Bila tengok jumlah cheque kasi ke LHDN rasa sayang kan. Boleh buat honeymoon ye....

Kakzakie said...

Cik Ina MDDC,

Betul tu Cik Ina... kalau dah potong PCB ada kala memang dapat lega tak perlu keluar duit. Tapi kekadang ada pulak lebihan tu.....

Kakzakie said...

manje,

Kata memang mudah guna e-filing, tapi kakak tak tengok pun lagi. Dapat borang simpan je... Bila dapat EA baru isi dan pos....

Register pun tak... ketinggalan zaman kakak ni kan.....

Kakzakie said...

kakcik,

Bila dah buat lega dari kepala kita utk memikirkannya lagi.

Ummufaiz said...

Salam Kakzakie,

Guna efiling dh antar awal2 lg...belum tamat tkh tutup tuk declare dh dapat cek refund dari LHDN....lalalalala...betapa efisyennya mereka

Byk kelebihannya buat di awal waktu...macam solah ler jugak...

Kakzakie said...

Wa'alaikumsalam Ummufaiz,

Wah.... dah dapat refund ye. Harap kakak pun dapat juga lepas ini.

Hantu Kak Limah said...

emm... tak penah dapat borang tu lagi..pasai gaji ciput sgt....huhuhuhuhu.....

AngahSayang2314 said...

kak kenapa tak on9 jer..lagi senang....

Seksi Bani said...

alhamdulillah SB dah return the BE form tu... tapi SB tick "Cukai Terlebih Bayar".. entah bila lhdn nak bayar balik lebihan bayaran cukai tu.. hehehe...

eelobor said...

nasib baik lah gaji masih kecil & tak kena cukai

azi said...

Salam Akak..
Rasa sayangkan kak bila tengok jumlah yang nak dibayar setiap tahun....Cik Abang saya bising jugak kena bayar banyak...tak termasuk PCB lagi...he..he...nak buat mcm mana...tanggungjawabkan...nasib le saya tak kena...gaji kecik aje..he..he..

dwaty said...

agak trauma sedikit kalau cerita pasal.. CUKAI... huhuhu

republik n9 said...

harap2 kerajaan atau sape2 yg berkenaan tak membazir atau salahguna duit2 pembayar cukai he3

Kakzakie said...

Hantu Kak Limah,

Eh... HKL tak declare ye.... Kena cek betul-betul. Kot nanti selepuk kena berat tu...

Kakzakie said...

AngahSayang2314,

Dah terbiasalah Angah. Lagipun sekali je setahun. Itupun bertangguh. Tahun depan pulak lah guna on9....

Kakzakie said...

Seksi Bani,

Mesti PCB potong terlebih nie. Tapi since last 2 year ok kan dapat refund cepat sikit.

Kakzakie said...

eelobor,

Jangan sorok eelobor. Mereka boleh detect punya.....

Kakzakie said...

azi,

Tak lama kenalah giliran azi. Tunggulah next year....

Kakzakie said...

dwaty,

Truma tak lah tapi boleh termimpi dwaty. Kakak mimpi cheque yg kami hantar kena tendang balik. Hahaha....

Kakzakie said...

republik N9,

Kita sekadar jalankan tanggung-jawab kita. Kalau yg nun di atas salah guna, tunggu di akhirat kelak.....

~ yus ~ said...

Salam kenal KakZakie...

Terima kasih kerana meninggalkan jejak di blog yus..

Teringat pula malam tadi suami kemaskini e-Filing sebelum di hantar.

chii said...

ok..chii x perlu risau n pening2 pala nk fikir ttg borang BE sebab belum masanya lg :p

so sape2 yg lum jelaskn...lekas2 ar ye..nnt ada yg sibuk ketuk2 pintu plak :p

JunAina said...

minggu depan nak pegi LHDN guna e-filing tapi buat terus kat sana, ada pegawai yang boleh membantu. Biasanya ada lebihan coz company memang potong PCB agak tinggi berbanding Pak Tuan yang berkerja kerajaan memang tiap-tiap tahun menambah aje!

Ati Masrif said...

kakzakie laling..

sekarangkan semuanya
di hujung jari saje :)

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jom Terjah entry terbaru ??
enjin wira enjin apa lepas jpj
Bulan ni adalah bulan akhir untuk menghantar Borang BE atau borang taksiran cukai pendapatan bagi individu bagi tahun 2010.Jadi jangan lupa tarikh akhir untuk korang hantar kepada LHDN adalah pada 30 April 2011.Jangan tunggu last minit macam bayar saman trafik yg dibuat sebelum ini.

Kalau dari pengalaman sebelum ni..bila time-time last tu la baru org ramai berpusu-pusu beratur nak hantar borang taksiran cukai.Kalau camtu punya last minute mana tak jem dibuatnye server tuh.LHDN dah bagi masa 2 bulan untuk kira isi borang dan hantar kat diorang.Takan tak cukup lagi masa.

aby said...

salam k zakie,
bagus la tu, jadi rakyat yg bertanggung jawab..
duit tu sampai kt kite juga dalam berbentuk yg lain kan ...

Kunang-Kunang said...

Assalamualaikum Kakzakie,

Kak ani dah pencen isi borang ni.

kak Erna said...

kakzakie..sama lah kita..masih tak guna efilling.
isi borang dan terus hantar sendiri keopisnya.

suri solehah said...

salam kakzakie..saya selalu tak penah nak tahu benda2 ni..biasanya serah pada hubby huhu

Citarasa Rinduan said...

selamat malam kakakku zakie...
alhamdullilah selesai jua, tanggungjawabmu..

kak.....ayu nak mengadu...demam nie..hehehhe, manja lah pulak dgn kakak..hehehhe

ckLah said...

ckLah pernah tempelak seorang cikgu lelaki dalam pasukan cklah (pengawas peperiksaan) kerana semasa memeriksa borang tuntutannya, dia tak mencatat no cukai pendapatan. Dia kata, dia tak pernah tahu pasal fail cukai pendapatannya...pada hal dah bekerja 5 tahun dan punya dua anak. terpaksa suruh dia buka fail hari tu juga, supaya borang rakan sepasukan boleh diproses. Sedih betul cikgu macam tu...

Kakzakie said...

Yus,

Kakak suka blog yus sebab ada empat manja di setiap penjuru gambar untuk profile tu yg selalu dok jenguk. Terima kasih sudi bersama TN...

Guna e-filing mesti mudah kan....

Kakzakie said...

Chii,

Akan tiba masanya jua. Tapi lebih baik declare untuk tahu keadaan sebenar....

Kakzakie said...

JunAina,

Kalau dah register Aina boleh buat terus. Kakak ni sebab borang dah depan mata malas nak register e-filing.

Kakzakie said...

Ati masrif laling,

Hujung jari-jemari masih keliru untuk menari lalu kakak jadikan pen untuk menari tenggo....:)

Kakzakie said...

Afzainizam,

Kakak sebenarnya biasa memang pos pada minggu pertama bulan April. Sebab gaji bulan March dah masyuk.....:)

Kakzakie said...

Wa'alaikumsalam aby,

Ha... aby dah settle ke belum? Mesti dah settle lah tu....

Kakzakie said...

Wa'alaikumsalam Kunang-Kunang,

Untunglah Kak Ani, duit pencen tak kena tax kan....

Kakzakie said...

kak Erna,

Ya lah kak Erna, sebab LHDN kat JB ni dekat sangat dengan rumah kakak.

Kakzakie said...

Suri solehah,

Mudahlah suri kan..... Cik abang dah settelkan...

Kakzakie said...

Citarasa Rinduan,

Alahai adik kakak satu ni demam pulak dah. Kerja banyak sanagt ke? Ayu nie letih dan penat sebenarnya. Cuaca tempat kita pulak tak menentu sekarang.

Pergi klinik Ayu sayang....Moga cepat sembuh. Kesiannya dia.....

Kakzakie said...

ckLah,

Sekarang dah mudah cikgu sebab nama dan no. cukai dan diprinted terus di borang. Tapi langkah pertama mesti register dululah kan...

Kalau tak declare lama-lama dapat tahu juga...

Rosmawati Yusof said...

Salam kakzakie. Salam perkenalan, Semuga kakzakie sekeluarga sentiasa dirahmati dan bahagia sentiasa

Piasara said...

"saya lak en hubby yg dok isi,saya dok nyibuk jer..tanya tu tanya ni..hahaha...tak pernah isi borang ni pun.."

al-lavendari said...

saya belum hantar lagi .. terima kasih kerana mengingatkan. ingat nak buat minggu ini.

saya sudah beberapa tahun guna e-filing .. cepat ! tapi macam manapun nanti kena kirim juga resit bayaran zakat fitrah.

lalink7 said...

saya xtau ape2 pasal niee..gaji sikit sangat..kang LHDN gelak je kat saya kak..hehee

Amy Syaquena said...

as'salammualaikum kak..

ermmm cepat kak dah nak tutup dah..

Cik SHiNJU said...

As salam...

Selamat saya x kerja lagi hihik..
kena bayar cukai tanah jek bulan 5 nt..

Yan said...

ALHAMDULLILAH Bereh....

Kakzakie said...

Rosmaati,

Salam kakak sambut dgn hati berbunga gembira.

Kakzakie said...

Piasara,

Oh cik abang yg jadi secretaray Pia ye...

Kakzakie said...

al-lavendari,

Masih ada masa lagi tuan hj. Hamzah. Kakak saja sebab lepas lepas dapat gaji March kenalah settle.

Kakzakie said...

lalink7,

Tunggu Husz, akan tiba masanya kena juga...

Kakzakie said...

Amy Syaquena,

Kakak dah pos lah sayang...

Kakzakie said...

Cik Shinju,

Belum lagi cik shinju. Tunggulah akan tiba jua suatu masa.....:)

Kakzakie said...

Yan,

Mesti kena ribu-riban kalau Yan punya business tu kan. Yan mesti guna borang OG bukan BE....

toyolkiut said...

ye, thun ni TK siapkan awal2, xmo jd cm tahun lps, last minutes.. gopoh le..

Ayie said...

lagi 5 hari sebelum deadline.. hahaha.. sila la segera menyegerakan submit borang.. kalau tak, sendiri mau ingat lee.. hahaha..

nak taw apa kesan kalau tak hantar borang BE..?? nih haa.. sila la baca..

Meh hantar borang BE