Tuesday, April 12, 2011

Serupa di Giant


Laju kaki kami melangkah kerana mengejar masa. Trolli masih kosong. Adik dengan kakaknya sibuk menuju ke bahagian stationery. Tidak lama adik kembali mendapatkan aku semula.

"Adik beli apa?"

"Tak beli. He...he....he..." Ketawa adik disambut pula oleh si kakak.

"Kenapa sengih-sengih ni. Mama tanya tak jawab mesti ada benda lain ni."

Kepala adik sudah melekap ke perutku manakala si kakak mencapai tangan kiri aku dan digenggamnya. Masing-masing tergelak membuat aku dan papanya tersenyum tapi tidak tahu apa yang hendak dikongsikan. Membiarkan mereka selesaikan apa yang mencuit hati kami meneruskan hajat untuk berbelanja.

"Mama nak tahu tadi adik dah tersalah orang. Dia peluk orang tu, dia ingat mama. Auntie tu terperanjat tapi dia tak marah. Lepas tu auntie tu usap kepala adik."

"Habis minta maaf tak?"

"Kakak Mien yang cakap. Adik malu." Adik masih tersengih malu.

Tidak lama aku terpandang seorang hamba Allah lebih kurang susuk tubuh aku. Berpakaian pula betul-betul seperti baju aku. Bukan yang aku pakai pada hari itu tetapi aku mempunyai pakaian yang betul-betul serupa dengan baju yang dipakai wanita itu. Tambah lagi membuat ianya sama ialah tudung dan beg tangan LV yang dibawanya. Baru aku tahu mengapa adik tersalah orang. Sewaktu berselisih jalan dengan wanita itu adik tersengih-sengih dan wanita itu tersenyum ramah.

"Salah mama ye." wanita itu menyapa.

"Dia dah termalu." Aku menjawab untuk adik yang masih malu-malu dan menghulur tangan bersalaman dengan wanita tersebut.

66 comments:

mama maman said...

ingatkan apa yg serupa....:)

mama yg serupa ya....:)

kella said...

heheh.. adik tersilap mama ya.... lucu,
teringat masa kecik2 dulu pun terpeluk orang lain, disangkakan mama tapi orang lain, masa tu kita sedang berlari mencari mama di satu majlis persembahan yang menyanyikan lagu 'acik acik buka pintu', manakutkan je masa tu, tu yang terus pi peluk orang lain sambil menangis! huhuu.. rupanya mama kat belakang tu je! iskk! rugi air mataku... uhuhuhu...

Daddy Ziyyad said...

pelanduk dua serupa ke kakzakie? ehehehe...

Che Mid said...

eh kakzakie tak bagi blog add ke entah2 follower tak

mama ju, said...

Aslkm

Wah ingat apa yag serupa kat Giant tu. Rupanya pelanduk!

redza said...

ahahaha macam2 ragam budak2 ni kan

miloais said...

kesian kat adik...

iols pun penah gak terkena
terpegang tangan orang lain
ingat kan my hb yg kat sebelah
malu sehhhhhhhhh!~

kak Erna said...

alahai sian adik mesti malu dia masa tu..nasib baik adik boleh kontrol tak nangis masa tu.

kakcik said...

Kesilapan yang tidak disegajakan... :)

Kakzakie said...

mama maman,

Adik tu ada sikit sifat gopoh. Dah salah mama...

Kakzakie said...

kella,

Nasib kella tam masuk kepala dalam baju dia.....

Kakzakie said...

Daddy Ziyyad,

Muka wanita tu jauh lebih cantik. Pakaiannya je yang sama...

LiFe KaMi said...

hehe kadang2 jangan kata budak2 ,kita pun bole tersalah orang, ingat pernah nak bagi duit kat org lain main hulur je bila tgk elok2 org lain rupanya,malu je..hehe

Kakzakie said...

Che Mid,

Tak adalah CM. Kakak cuma berbual sikit je. Tak cakap pun baju dia sama dgn baju kakak....

Kakzakie said...

Wa'alaikumsalam Mama Ju,

Pelanduknya tak serupa tapi kulit pelanduknya yg serupa....Hehehe....

Kakzakie said...

redza,

Bila dah termalu satu benda pun dia tak jadi beli. Selamat sikit duit papa dia....:)

Kakzakie said...

miloais,

Nasib baik org tu tak tarik terus tangan milo kan....:)

Kakzakie said...

kak Erna,

Dia tak nangis, tapi muka dia dan disembabkan ke perut mamanya. Malu sesangat la tu...

Kakzakie said...

kakcik,

Wanita itu pun faham, dia senyum je....

Kakzakie said...

LiFe KaMi,

Kalau kakak yg LF hulur terus kata terima kasih.... selamat dapat duit free......:)

nurkass said...

ya allah kak zakie..
sweetnye family kak zakie..
best bc n3 ni..
dapat rasa betapa dalamnye kasih sayang yg dipupuk bersama anak2..

Mohamadazhan hjDesa said...

nasib anak yang tersalah, kalau ayahnya lain jadinya =)

Penjejak Mimpi said...

rase klaka bile bace entri ni. penah kene gak dulu.. malunye alahai...

Miecyber said...

Pelanduk dua serupa hehehehe

Peribahasa Jepun ( Part 2 )

Hanis Azla said...

klu kita tersalah org pun kita segan kan kak..
ini kan pula anak2 kita..

bujal X said...

tersalah peluk emak takpe~~tersalah peluk bini?
ha~~~~~~

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

Kalau papanya tersalah....ermmmm, pasti dah dihinggapi bekas tangan...huuu.

Kakzakie said...

nurkass,

Kami sebenarnya shopping biasa je. Tapi dua beradik biasalah mesti nak ke stationery. Bila dah silap peluk org tu yg dia termalu...

Kakzakie said...

Mohamadazhan hjDesa,

Papanya tak boleh silap dah kena pegang mama dia... Hehehe....

Kakzakie said...

Penjejak Mimpi,

PM terpeluk siapa la tu agaknya ye....

Kakzakie said...

Miecyber,

Pelanduknya tak sama tanduk sebenarnya....

Kakzakie said...

Hanis Azla,

Betul tu Hanis.... tapi budak boleh gak sorok muka kat perut kita...:)

Kakzakie said...

bujal x,

Itu bukan terpeluk tak sengaja, itu sengaja bujal. Kamu nie betul la....

Kakzakie said...

Wa'alaikumslaam ahmad humairi,

Tak mungkin cikgu, sebab tangannya dah kakak ikat ke tangan kakak. tak bagi lepas punya. Hahaha..... kelakarlah cikgu....

ainnoraini said...

anak saye kecik tu selalu terkene...tersilap org
bile malu...tersipu2..

yg lain kakak2nye pakat gelak kat dia...

pesona said...

Assalamualaikum Hjh,

Bila baca cerita ini teringat kepada anak lelaki yang bungsu mengalami keadaan yang sama dimana dia telah memegang tangan seorang wanita yang disangkakan Ibunya......apabila terperasaan salah orang .......malu sendiri dan sembunyi dibelakang Ibunya dan terus mengajak keluar drpd shopping complex....

Amy Syaquena said...

Salam kak ,

ingatkan apa tadi rupanya pelanduk dua serupa..

hani@debumelukut said...

hahahaha...saya pernah tarik tangan anak orang lain masa kat supermarket, budak tu pulak baik jer, ikut, tak bantah berderet dgn anak saya di belakang..

JunAina said...

peluk2 manja nak minta sesuatu ngan mama tiba2 tersalh peluk pulak...telatah anak2 ni mencuit hati...

eelobor said...

hehehehe, umur berapa si adik tu yer? nape tak di rakam jer muka dia masa malu2 tuh. boleh di buat kenangan peribadi album keluarga dan ceritakan pada dia bila dah meningkat dewasa. mesti kelakarkan, huhuhuhuhu

Cik Ina minat Do do Cheng said...

Assalamulaikum kak zakie,

Bila baca cerita ni, teringat plak masa makcik pegang tangan budak lain ingat Firdaus. Yang geramnya Firdaus nampak, dia saja kena kan makcik. Bila makcik tersedar lepas tangan budak tu, dia plak bantai terkekek ketawakan kita.

Kakzakie said...

ainnoraini,

Kalau dah tersilap memang malu tapi bila kena ketawa tu buat dia boleh nangis kan....

Kakzakie said...

Wa'alaikumsalam pesona,

Kakak rasa ramai anak-anak yg tersilap ibu/bapa bila dalam shopping complex ye. Itu sebab sampai ada budak yg hilang...:)

Kakzakie said...

Amy Syaquena,

Itulah jadinya... pelanduk lain yg nak dijerat terjerat pelanduk lain. Hehehe....

Kakzakie said...

hani@debumelukut,

Mesti budak tu heran, apa dah jadi makcik ni dok pimpin tangan aku.....:)

Kakzakie said...

JunAina,

Kakak tak nampak adegan itu sebab masa itu dia dengan kakak dia....

Kakzakie said...

eelobor,

Umur adik hampir 8 tahun (august 2011). Nak rakam pun tak terfikir. Kalau rakam boleh nangis dia sebab masa tu ketawa dia bukan ketawa gembira, ketawa malu....

Ila said...

jumpa kembar mamanya tu

Kakzakie said...

Wa'alaikumslam CIk Ina MDDC,

Kakak dapat bayangkan Firdaus ketawakan Cik Ina. Mesti seronok tengok ibunya tersalah pimpin budak lain....

Kakzakie said...

Ila,

Kembar cara pakaian je. Wanita tu jauh lebih cantik....:)

ibuintan said...

sian adik, mesti dia malu sangat tu..

kesilapan yang tak dirancang

Kakzakie said...

ibuintan,

Memang tersangat malu. Tapi dah tersilap nakbuat macam mana....

toyolkiut said...

usahkan budak..
klau TK pun boleh silap klau dh pakaian serupa..
hehe..

Sekamar Rindu said...

salam....budak yg peluk tak pe..

jangan suami tersalah peluk..org lain..

pernah berlaku pada kawan saya..potongan bandn sama..haru kena minta maaf..

Ayie said...

saya pun pernah silap peluk orang jugak.. masa tuh kat mall.. kecik lagi time tuh.. ingatkan mak..hahaha

Kakzakie said...

toyolkiut,

Dah nak terjadi kan TK....

Kakzakie said...

Wa'alaikumsalam Sekamar Rindu,

Tersalah/silap rasanya org pun faham kan SR.... Cuma malulah sikit ye...:)

Kakzakie said...

Ayie,

Mesti Ayie pun anak kakak juga waktu tersilap. Malu sorok muka kat perut emak....:)

My Little Diary said...

hehehe
lucu sungguh...

lalink7 said...

beg tangan LV..hehehe..

sy pun pernah tersalah orang..sangat malu..hehehe

chii said...

heehehe..anak sedara chii pun pernah tersalah org..kononnya nak peluk nenek sendiri..tp terpeluk nenek org lain plak..bila nenek yg lain tu dok kalih..terus dia lari..cari nenek yg sebenar :p

Cik SHiNJU said...

hehehe...saya pun pernah tersalah org..
malu jgn cakap la... :P

Kakzakie said...

lalink7,

Kakak bayangkan macam adiklah husz masa tu. Pekap muka biar org tak namapak....:)

Kakzakie said...

chii,

Ramai rupanya yg tersalah peluk kan....

Kakzakie said...

CIk Shinju,

Dah tersalah mesti malunya.....

Norhafiza said...

hehehe..no pun pernah alami situasi yg sama..sib baik dapat yg sporting kan kak hehe..takpe, anak2 dorang kadang2 main redah je hehehe...