Bangunan Sultan Iskandar yang tersergam indah ini telah mula menjalankan operasinya pada 12 April lepas. Pembayaran toll secara tunai juga tiada lagi. Semuanya kena menggunakan Touch & Go.
Syarikat di mana aku menumpang mencari rezeki dan mencurah keringat merupakan salah satu pengguna harian bangunan ini.
Kedudukan Tanjung Puteri amat strategik bagi menjalin dua negara yang mempunyai budaya yang seakan-akan sama tapi mempunyai perbezaan kemajuan yang amat ketara. Ramai penduduk di Johor Bahru yang sanggup berulang-alik untuk bertugas di sana kerana tukaran matawang yang berganda. Sewaktu aku membuat N3 ini nilai tukaran wang antara RM dengan SGD ialah 2.3744. Bereti SGD 1.00 menjadi RM 2.3744. Oleh sebab itu ramai teman dan jiran aku yang bekerja di sana. Hari ini hari pertama buat yang mahu mengeksport barang ke Singapura menggunakan jalan baru.
Penunjuk arah jalan juga telah ditunjukkan dengan jelas sekali. Kebanyakan pengguna ramai tidak menggunakan Sistem Kedudukan Sejagat atau Global Positioning System (GPS). Keluar dan masuk ke negara jiran seolah-olah seperti keluar-masuk bilik air untuk melepaskan hajat. Namun rasanya amat mudah kerana banyak papantanda-papantanda di Singapura yang tidak ditutupi oleh iklan-iklan percuma seperti di Johor Bahru.
Pemandu-pemandu lori yang sering terperangkap mengharap dengan sistem yang berikan ini tidak adalah lagi pemandu yang terpaksa bermalam di Singapura hanya kerana barang yang dihantar tidak dapat sampai sebelum syarikat yang di tuju tutup pejabat. Semua ini terpaksa dihadapi mereka kerana ada kalanya mereka terperangkap dalam kesesakan jalan dari jam 7:00 pagi sehingga jam 5:00 petang. Ini bermakna sebelum pejabat dibuka sehingga pejabat ditutup. Betapa kesabaran sangat ditagih untuk menjadi sebagai pemandu lori.
~~~~Sesat jalan boleh bertanya. Sesat ilmu agama sengsara di akhirat kelak~~~
62 comments:
setuju ngan kak zakie..kalo malu nak bertanya..mmg akan sesat selamanya selagi berat mulut untk bertanya..
hurm...kiranya kalo org yng kuar masuk s'gapore mmg akan melalui jalan ni la ye.. lama nya chii x kesana..last skali pn...thn 2009
assalamualaikum kak..
sebab tue kos hidup di jb tinggi kan..depa kata dah macam duk singapore..tak tahulah betul ke tak. kawan2 sy yg kne transfer pi jb mesti geleng kepala huhuhuhhh
Assalamu'alaikum kakzakie
Lama sungguh tak ke JB n S'pore (English pula).. dulu kita shopping di sana tapi kini terbalik kan..
setakt jb tu penah smpai tpi spura tu lom lgi...belum ada keinginan nk ke sana
lama betul kami tak pergi johor,dulu pergi pun sbab gi jalan2..
skang da byk berubah yer,
nanti nak plan gi jalan kat sana lg le..:)
Assalamu'alaikum Kakzakie...
ilmu dunia juga kita kena ada, kan? :)
pembangunan yang membawa kebaikan...harap semuanya dapat digunakan semaksimum mungkin. syukur dengan rahmat ilahi...
kak zakie...
Johor paling jauh sampai muar ja...hehehe...bila le nak sampai jb...
Saya menghabiskan sekolah rendah saya di JB...
Sekolah Rendah Ngee Heng.
Tak pernah sampai ke sini pun...walaupun selalu balik rumah parents saya kat Skudai.
Assalamualaikum kak zakie, http://zakiepurvit.blogspot.com/2011/04/operasi-bermula.html#comments
makcik nak cakap , tapi malu.janji jangan gelakkan ye. makcik first ngan last pergi jb 1989. ahhh jangan ketawa.tak tahu bila lagi dapat pegi.
Assalamualaikum,
...syahdunya lagu Tanjung Puteri ni....saya tengah nyanyi nih...patriotik sungguh.
JB...tempat tinggal orang kaya-kaya.
aha..bagus..bagus..
selalunya brg yg kass order selalu tak leh sampai tepat waktu sbb jalan sesak then company dah tutup..tepat dgn kata2 kak zakie tu..
kak ina..
nor xpenah sampai sini. Kalau blk kg pun ke pontian ajer..
salam kak zakie...
hmm..pasal Tanjung Puteri ni ek? wah senang dah akses skang kan...
harap tak jem lagi la...
jom ke blog saya...ada mintak pendapat sikit...heheh
ayat yg bawah sekali tu paling terkesan di hati.. :)
chii,
Boleh pening kalau sesat chii.
Biasalah kalau tak de urusan siapa pun tak nak datang. Lagipun Jb tak ada pe yg special...
Wa'alaikumsalam sahrom,
Betul kata kawan sahrom tu. Gaji tinggi tapi simpanan susah sebab barang mahal. Kalau kat shopping comlex rata-rata kereta dari S'pore je....
Wa'alaikumsalam Werdah,
Memang betul sekarang mereka yg dtg kat tempat kita. Dia bawa SGD 200/- dah boleh shopping penuh satu trolli. Kalau kita RM 200/- dapatlah suku je....
redza,
Tak kisah lah red... kakak yg keluarga semuanya di sana pun jarang masuk. Mahal sangat....
LiFe KaMi,
Mehlah LF, bawa Darwisy jalan-jalan. Tapi sekarang Danga Bay /Lido sedang dlm proses pembangunan agak sesak sikit...
Wa'alaikumsalam kakcik,
Betul kakcik...dunia & akhirat kena seimbang seperti kata pepatah " Bekerja seolah-olah untuk hidup selamanya dan beribadah seolah-olah akan mati esoknya"...
JunAina,
Sebab JB ni tak ada ap tu yg org malas nak datan. Kalau ada pun lalu je terus ke S'pore.
gedek,
Oh.... sekolah rendah Ngee Heng ye...
Daddy Ziyyad,
Oh... mommy ziyyad org Skudai ye. Ala.... mommyziyyad pun malas nak ke JB kan jem je yg banyak. Nak shopping baiklah kat tempat sendiri kan...
Wa'alaikumsalam CIk Ina MDDC,
Kalau Cik Ina nak dtg JB bagitahu kakak. Kakak tunggu kat airpot Senai. Janji bawa Firdaus. Nanti boleh kakak bawa jenjalan kat sini....
Wa'alaikumslaam ahmad humairi,
Kalau cikgu nak tahu nada dering telefon ke kastam bila kena tunggu memang lagu Tanjung Puteri. Boleh hafallah siapa yg selalu mendail...
... yg kaya yg berniaga cikgu....
Aslkm
Dah makan tghari ke?
Mudah2an tak de le jem.TuLAH masing2 kejar duit..
nurkass,
Kesian dgn pemandu lori ye kas. Mereka kekadang kena tidur sana sebab tempat dituju dah tutup pejabat. Levy dah bayar, Kastam form dah declare... tidurlah dalam lori....
noor,
Balik Pontian tu sesekali jenguklah JB....:)
nukilanaffiza,
Harap gitulah fiza. Baru sehari-dua tak tahulah lagi. Kena tunggu feedback org ramai dululah...
Cik Shinju,
Buat skema yg dah biasa kan. Sekadar satu pengisian...
Wa'alaikumsalam mama ju,
Kakak tengah rehat la ni. Makan bawa bekal. Malas nak keluar.
Masa mama pergi hari itu ok kan. Sebab tempat laluan kereta ok. Tapi kan mama, kalau laluan lori memang memanjang sesak. Lori pasir lagilah. Dulu sekejap lega masa kecoh pasal curi pasir. Lepas tu eleh... tak de apalah mama. Provokasi je....
dah lame tak ke singapore dulu2 pernah ler...bile kakak dah pindah balik sini..terus tak jejak dah...
johor pun tak pegi... tak de saudara mara kat sane...
emm lama dh tk pusying2 jay bee..pdahal dulu tempat bermain ni..ohh rindunya city square,komtar...pangsapuri bukit saujana...jln kaki gi kuliah kat menara landmark tu...
Kalau orang bisu nak tanya cam mana yer...
Fakta Menarik Tahun 2011
ainnoraini,
Apa istimewanya JB ye. Itulah sebab ain kalau tak kerana ada kakak yg duduk Johor pun agaknya tak jejak Johor ye....Sekarang dah ada kakak baru kakzakie.... bolehlah jejak lagi hehehe....
Maya Mayana,
Landmark Mall pun dah sayup-sayup sekarang ni. Banyak dah beransur ke Danga Mall atau ke City Square.....
City Square memang padat tapi dgn S'porean. Mereka boleh jalan kaki balik ke Imigresen....
Miecyber,
Guna bahasa isyarat kot.....:)
selamat berpindha tempat ya kak :)
Mak Su,
Jalan ke S'pore yg pindah lah Mak su.....
assalamualaikum kak....
lia x penah lagi menjejakkan kaki ke singapura...tukaran wang yg berganda tu membataskan kesempatan nak ke sana...
saya org JB.. tapi dah lama tak balik sana sebab family semua ramai yg dah berpindah ke KL ni..
Assalamualaikum Kakzakie,
Akak sampai sekali di Tanjung Puteri. Itu pun beberapa tahun dulu.
masa under constract dulu ada amik gambo dari menara serawak... dah siap rupanya yea
salam kak zakie... saya tak pernah sampai sini lagi...
salam kakak syg..
hu, sara hidup mahal gak.
mutiara dulu ms study utm pon terasa semputnya harga brg..
tp org singapore mmg ske borong brg2 kat jb..murah la katekan..
Salam akak..
Akak , saya tak pernah sampai sana lagi...selalu pegi sampai Batu Pahat dan Muar saja...emmm...Muar...sedap betul Sate dan Mee Rebusnya..
xpernahla pergi singapore ni..
Salam, dapat juga info tentang JB..hampir 12 tahun tak ke JB
Assalamualaikum
Bahagia orang Johor menikmati sehala kemudahan dan kemajuan.
Saya sempat ke Johor 2 kali atas urusan rasmi. Dah lama dah...
Semoga KakZakie sukses dan bahagia selalu.
TQ
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
pilihan motorsikal kupcai terbaik
eeeemmmm dah banyak kali pengumuman ini di bacakan .... saya dengar dari pesanan radio Best104 .... cuma memang keadaan sekarang amat sesak sekali tak berubah dari dulu sampai sekarang tetap sama...time kerja masuk singapore dan balik dari singapore ke Johor bahru....
Mamamya,
Kalau tak kerana saudara-mara memang sayang nak ke S'pore. Exchange rate tu yg tak tahan.
Hanis Azla,
Kena jenguk sesekali Hanis. Sayang tanah tempat tinggalan tu....
Wa'alaikumsalam kunang-kungang,
Kalau kak ani turun JB call kakak ye....
Cemomoi,
Lama dah siap tapi sedikit. Office pentadbiran dah dua tahun pindah tapi jalan laluan untuk export/import baru sehari-dua ini.
dwaty,
Jomlah ke mari sesekali tengok JB.
Wa'alaikumsalam Mutiara Bernilai,
Mengimbau kenangan masa belajar kat JB mesti tahu betapa kita kata mahal org S'pore kata murah....
Azi,
Kalau dari Muar memang jauh lagi tapi kalau dari Batu Pahat dah tak jauh lagi dah...
faiz,
Sesekali boleh juga kalau nak turun...
IMANSHAH,
Kalau dalam setahun pun dah banayk berubah apa lagi kalau 12 tahun cikgu....
Admin P@P,
Bukan je orang JB yg dapat nikmatnya tapi siapa juga yg lalu utk ke S'pore juga.
Moga cikgu Lai pun sihat sejahtera.
Afzainizam,
Borchure baru disebarkan minggu ini. Kepada pengguna yg lalu akan dibari. Kalau radio Johor memang dari awal bulan dah diwar-warkan....
Post a Comment