Thursday, April 21, 2011

Bumi Indah - Bahgaian 2
















Sekali lagi aku menjejakan kaki di bumi tempat aku dilahirkan. Kali ini adalah perhimpunan ahli keluarga dari Johor dan Singapura bertempat di rumah bapak. Nyata suatu pertemuan yang amat menggembirakan semua. Hanya adik aku di Selayang saja yang tidak dapat turut sama dimajlis yang telah disusun-atur sebulan lepas. Itupun kerana tugasan yang tidak dapat dielakkan. Adik aku bertugas di Poliklinik Selayang yang mana teman sejawat yang seorang telah ditimpa kemalangan dan seorang lagi dalam tempoh cuti bersalin. Oleh itu adik aku kena on-call 24 jam dan bererti cutinya dibekukan.

Malam itu kami telah siap sedia dengan bahan yang akan dimasak pada pagi esoknya. Aku terpaksa membatu encik Hubby kerana telah dilantik menjadi tukang masak. Malam itu segala bahan disiapkan dahulu dan hanya selepas subuh tarian senduk-belanga untuk masak-memasak bermula.

Bantuan anak-anak saudara yang ramai, jam sepuluh pagi segalanya telah siap. Keluarga dari Yishun sampai dulu dan yang terakhir dengan keluarga dari Bukit Batok dan Boon Lay, Jurong. Selepas bermarhaban barulah pesta makan-makan bermula.

















Selesai makan, walau dalam keadaan cuaca panas terik mentari masing-masing menjelajah kebun belakang mencari apa jua yang boleh dibawa pulang. Pucuk pengaga, pucuk beruas, pucuk tenggek burung, belimbing, limau kasturi, cili padi, kacang panjang dan kacang bendi habis togel tinggal daun yang tidak diperlukan. Pucuk ubi yang membiak bebas dan petai paling banyak dikuip untuk diagih-agihkan.












Apa-apa pun yang paling beruntung anak-anak yang belum bekerja kerana waktu inilah mereka dapat menambah wang tabung mereka. Adik tidak ketinggalan apabila balik rumah menambah jumlah wang yang ditabung. Siling-siling yang disimpan baki duit bekal sekolah pun mula dikira balik.


indahnya bersama keluarga
tahun lepas perhimpunan di Singapura
jawa, melayu dan inggeris bahasa diguna
hangat dengan derai tawa ceritera masing-masing
berkesudahan dengan selapas solat asar kami bersurai
moga tahun depan boleh dibuat di rumah bapak lagi.



97 comments:

Kakcik Seroja said...

Tiada yang lebih indah dari berkumpul bersama2 dengan segala kefahaman yang tercipta... :)

bujal X said...

tahun depan punya gath saya nak ikut~he~~

ainhany said...

Salam kak,

wah meriah lah family akak..
kira pembantu tukang masak pun kalut jugak laa yer..gamaknya bila menu akan terhidang...hihii..
Semuga jalinan negara, bahasa dan bangsa terus mewarnai kebahagian family akak ..)

wah2....tanya adik sat..kalau wang singapore...ucu pun nak jugak laaa(melawak jer)mmm banyak dapat dik?? tabung ye..pasni masuk TaHa k

Anonymous said...

wahh bestnya kumpul ramai2...brulah kenal sesama saudara

Werdah said...

Assalamu'alaikum kakZakie

Alhamdulillah, seronok kan dapat berkumpul sesama keluarga, sanak saudara. iratkan sillaturrahim..

sekadar satu coretan said...

assalamualaikum kakzakie...
seronokkan bile berkumpul ramai2 mcm tu...baru la lagi bertambah eratkan...anak2 pun kenal saudara mara yg jauh ...

Maya Mayana said...

emm meriahnya... baguslah mengeratkan silaturrahim...barulah kenal saudara yg tua kan? ni kalau raya baru nak kumpul setahun sekali jawabnya selisih bahu pn tk perasan :)

Unknown said...

salam kak Zakie...

bestnya dpt berkumpul ahli keluarga.

jom ler berkumpul bersama sahabat2 maya nie plak ,ummi nk join gak ..

JunAina said...

masa beginilah nak mengeratkan silaturrahim, keluarga akak kira bertuah kerana masih menjaga hubungan persaudaraan yang ada...

aina sebelah emak masih rapat tapi kalau sebelah bapak memang sepupu pun tak kenal kerana abah meninggal sewaktu aina kecil jadi tak rapat sangat sebelah sana...

Kakzakie Purvit said...

kakcik,

Keindahan yg tidak terucap bila masing-masing dah tak ikut pangkat. Tapi panggilan dibuat lebih siapa yg lebih berusia....

Kakzakie Purvit said...

Bujal X,

Kalau kakak ambil ainul jadi anak kakak bujal dah boleh ikut tahun depan. Boleh tak?....

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumslam ainhany,

Kami makan nasi beryani, nasi putih, ayam masak merah, daging beryani, dalca, pajeri nenas dan acar timun/carrot. Buah dan kuih-kuih banyak sebab ramai yang membawa. Air mata kucing (panas) air orange (sejuk).

Kakak memang kalut tapi tak boleh tunjuk gambar sebab ada aurat yg tak sepatutnya. Heee.....

Kakzakie Purvit said...

redza,

Seronok red. Kalau jumpa memang banyak cerita....

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam Werdah,

Benar bersyukur kak Werdah. Keluarga kakak ramai kerana 99% di S'pore. Hanya bapak je duduk Johor. Jadi macam tak muat je rumah. Nasib rumah kampung. Sebab itu kalau kat S'pore mereka kena buat kat hall. Sewa mahal.....

Kakzakie Purvit said...

wa'alaikumsalam ainnoraini,

Tapi sebenarnya memang dah kenal pun sebab selalu jumpa. Saje kami ada makan-makan sesekali. Nak buat raya tahun lepas banyak yg bercuti keluar tempat lain...

Kakzakie Purvit said...

Mama Mayana,

Memang benar.... tapai sebab kami dekat rasanya masih saling kenal-mengenal....

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam Ummi Humaira,

Kalau nak buat teman blog kena buat kat surau / masjid baru muat tempat Ummi. Heee.....

Kakzakie Purvit said...

JunAina,

Inisiatif kena ada pada salah seorg baru boleh jadi Aina. Buat keluarga kakak dua-dua pihak sama je.... Walau emak kakak dah lama pergi tapi kami masih mesra lagi....

azi said...

Seronoknye akak berkumpul ramai2 begitu...saya selalu jugak berkumpul dengan adik-beradik ni..makan2....tapi tak de la kumpul semua macam akak ni...akak bertuah sebab dapat berkumpul seramai begitu....mesti sedapkan masakkan akak hari tu...

azian said...

kak zakie....
nak alamat umah....
nnt kl balik majidee sy n family nak singgah umah akak...
boleh kan????

tapi tolooooooooglahhhhhhhhh

jgn sorokkan muaz n muiz.....

hehehehehehhe

azian said...

eh, lupa nak komen pasal entry...(padahal tu yg sebenonyer....heheheh)
akak ade sedara kat singapore ye???
mmg meriahkan kl dapat kumpul dgn family ni....
sy pun suka tapi yg tak sukanya tak dapat duit tuhhh...hehehhe

Pia said...

"hehe,tentu kelakar kan kak..bila dah jumpa ramai2 tu tak ingat pangkat nak panggil apa..kalau tak tau pangkat tu tentu main panggil agak2 jer..ikut umur...best nya ada saudara mara yg ramai mcm ni.."

Acik Erna said...

kak zakie..memang saat2 indah dan tak boleh dilupakan bila dapat berjuma dengan kaum keluarga yang jauh2 ..

zue said...

bukan senang nak kumpul sedara mara/adik beradik..kena ambil masa.
bila smpai masa ada aje halangan yg x dpt dielakkan.
bila pulak kakzakie nak jemput kami...nak le rasa air tgn kakzakie pulak :)

Unknown said...

seronok dapat berkumpul cam tu...hubungan tak renggang kemesraan bertaut~salam petang kakzakie

Hanis Azla said...

seronoknya berkumpul ramai2 mcm ni.. mmg patut diteruskan.. bab kutip daun2 ulam tu teringat pada mak saya.. klu pergi rumah org yg ada kebun mmg tak sah klu tak kutip daun2 ulam tu..

azian said...

kak...
boleh emel sy di....

teddy_bear3282@yahoo.com

tq....

Unknown said...

meriahnya kak...mmg seronok kan dapat kumpul ramai2 mcm ni....dah mcm hari raya pulak..:D

Dr K said...

wahhh..gathering keluarga...

akak kira tak berapa org cucu, cicit yang ada?? :P

eh..adik akak kerja di klinik kesihatan selayang ke, atau dalam hospital selayang?

sahromnasrudin said...

assalamualaikum...

meriahnya pertemuan sebegini..pasti ia menjadikan sesuatu hubungan itu kan semakin erat lagi..bagus family kak

Cik Ina Do Do Cheng said...

Assalamulaikum kak zakie,

bestnya family ramai, sesekali jumpa cam, mesti banyak cerita nak dikongsi bersamakan. makan-makan mesti best.rasa sedih plak bila ingat family makcik dah tak de.

Che Mid said...

Ala tak puaslah baca entri ni, ringkas sangat.. tentu banyak cerita menarik sepanjang berkumpulkan.. apa pun kirim salam pada ketua pasukan (kalau bukan kakzakie) yang bertungkus lumus memastikan program ni jadi.. bukan senang oo..

Penjejak Mimpi said...

wah... bestnye dapat berkumpul reramai.. makan pon bertambah selera.. dengan menu yang pelbagai.. :)

nurkass said...

salam..
mmg tiap2 tahun ada ke kak zakie..
wahh..meriahnya..berkumpul sanak saudara..
gambar menu takde ke..hehe

wahida said...

wow bestnya gathering keluarga mcm ni...

salam kak, thanks drop by my blog..awat tak follow sekali? takpe, biar saya yg follow dulu...saya tunggu tau!!

nice blog!!

dwatyKNY said...

rindunya nak kumpul semua family macam tu... hope raya nanti saya n family dapat kumpul ramai2... thanx komen kat blog saya... i like it...

Kakzakie Purvit said...

Azi,

Persediaan bahan mentah memang kakak kena buat sebab kakak yg terdekat. Lain-lain jauh.

Tapi siang-menyiang tu sesama malam itu....

Kakzakie Purvit said...

Azian,

Bapak kakak is the only one in Jhor the rest kat S'pore kesian kan dia....

Kalau turun JB bagitahu kakak ok....

Kakzakie Purvit said...

Mamamya,

Memang seronok lah... penat terasa berbaloi....

Kakzakie Purvit said...

Daddy Ziyyad,

Gathering once a year. Tahun ini kat Johor.

...adik kakak kat Poliklinik Selayang. Ala... kalau binti Purvit confirm adik-beradik kakak. Namam bapak kakak kan unik...

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam sahrom,

Meriahnya tak terkata sampai berpeluh-peluh sebab panas dah tu rumah bapak manalah ada aircond.....

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam Cik Ina MDDC,

oh... kesian Cik Ina bila dah tak de family ye...

Kakzakie Purvit said...

Che Mid,

Banyak cerita tapi kakak papar sebahagianlah....

Kakzakie Purvit said...

Penjejak Mimpi,

Cantik gambar baru PM.... suka kakak.
Menu biasa je...

Kakzakie Purvit said...

Nurkass,

Biasanya di S'pore..... Tapi bapak kata suruh buat kat Johor pulak. Adik-adik dia ikut...

ibundo said...

seronok dapat berkumpul ramai-ramai macam tu. Mesti tak kering gusi dengan cerita lucu.

Hairun Azmi said...

Meriah nyer....

Robot halus

Mak Su said...

saya pulak... mungkin akan kehilangan sorang lagi anggota kuarga dalam sedikit masa lagi :(

nadz said...

Assallamualaikum kakzakie,

seronoknya..teruja mama melihat suasana berhimpunnya adik beradik. Dah lama mama tak dapat berhimpun macam tu...susah juga nak berhimpun bila adik beradik ramai dan tinggal merata dalam dan luar negeri..
mama suka semua jenis ulaman yg kakzakie sebutkan tu..lebih-lebih lagi bebuas dan tenggek burung, terasa-rasa menyicahnya dengan sambal
w/salam.

Anonymous said...

tiada apa yg lebih menyeronokkan daripada lepak2 bersama keluarga.. :D

ong ong kedek kedek said...

best nyer kak :)

Kakzakie Purvit said...

Piasara,

Itulah Pia anak kakak lagilah semua yg besar sikit dari dia dipanggil kakak/abang. Padalahal dia yg kakak....

Kakzakie Purvit said...

Kak erna,

Selalu juga jumpa tapi tak kumpul. Kali ini boleh katakan ramai yg dapat kumpul....

Kakzakie Purvit said...

zue,

Betul tu zue... macam adik kakak tetiba je ada halangan yg tak dapat dielak. tak dapat balik....

Kakzakie Purvit said...

Mommylavender,

Bila dah jumpa rasa sayu bila nak berpisah....

Kakzakie Purvit said...

Hanis Azla,

Daun ulam dah jadi satu favourite kami. Lagi pula tak kena baja....

Kakzakie Purvit said...

wahida,

Terima kasih juga dari kakak. Tunggu lepas ini ye....

Kakzakie Purvit said...

dwaty,

Kalau raya lagilah susah nak kumpul sebab dah ada mertua masing-masing. Sepupu-sepupu lagi masing-masaing pun ada mertua....

Kakzakie Purvit said...

Kakpah,

Memang betul tu kakpah bila cerita masa pakcik kakak belajar mengaji selalu kena sentak dgn arwah atuk sampai menangis. Cucu-cucu semua ketawa....

Kakzakie Purvit said...

Miecyber,

Meriah dan penat tak terkata....

Kakzakie Purvit said...

Mak Su,

Oh... kerana nak memperbaiki taraf hidup kekadang memang terpaksa berpisah....

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam mama Nadz,

Ulam-ulam banyak yg tumbuh sendiri sebenarnya. Tapi sebab selalu kena petik jadi dia sentiasa keluar pucuk baru. Itu yg menjadi mangsa kami semua.....

Kakzakie Purvit said...

Seksi Bani,

Anak-anak tak de yg lepak dalam rumah semua berkeliaran kat luar. Maklum tak ada pagar. Bebas gila....

Kakzakie Purvit said...

republik N9,

Nak jadi member keluarga kakak kena pinang anak saudara kakak ramai yg perempuan. Rasanya kalau Hasrul kena interview bapak confirm lulus.... Hehehe.... kakak gurau je....

Afida Anuar said...

Assalamualaikum kak zakie...

seronok sungguh , dapat berkumpul bersama. ..bermarhaban...makan ramai2...fuh.... gambar makanan takde eh kak? he he

Sham said...

amboi meriahnya...sebab tulah sy target nak anak banyak2 ni...dah tua2 besok ramai anak cucu...(kalau panjang umur ler...)

Unknown said...

bestnyer dapat berkumpul ramai2 kan

aby said...

salam k zakie.
klu dah adik beradik berkumpul yg senior2 tu pasti ngomong jowo.
bojo ku angger rame rame ngono kuwe emok melu,
alasanne engko orak faham angger adik beradik ngomong jowo ...

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Meriahnya kak zakie. Seronok bila dapat berkumpul macam tu.





* Tak sabar nak tunggu hujung bulan ni.

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jom Terjah entry terbaru ??
Honda ex5 dan Honda wave

tahniah buat keluarga akak.... dapat berkumpul semua dalam satu bumbung..... yang kenal dimesrakan yang jauh di rapatkan yang tak kenal berkenal kenalan...

dulu tahun 2009 Pakcik saya pernah buat perhimpunan keluarga sebegini dari singapura area geylang serai hinggalah selangor... yang pastinyerrr mmg meriah gilerrr sekor lembu tombang....

dieya said...

salam kakzakie!
lawatan balas :-)
thanks for dropping by my blog earlier!
wah seronoknya sekali2 gather seisi keluarga, mesti meriah mcm hari raya.

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam Afida,

Yg pegang camera masa tu anak kakak, dia tak ambil gambar makanan satu pun. Banyak diambil gambar masa kami memasak, gambar tu pulak tak boleh siar (kena sensored. Heeee...)

Kakzakie Purvit said...

Sham,

Bila tu nak mula mendapatkan satu pun tak berbayang lagi. Kakak tunggu nie. Cari dulu kilang yg terbaik supaya boleh dapat manufacture product yg baik.....:)

Kakzakie Purvit said...

Ila,

Seronok tidak terkata Ila....

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam aby,

Ramei seng teko. Ngomong jowo seng tuo-tuo wahe. Seng koyo kito ngomong inggeris kok. Seng cilik nang S'pore meneh kabehnya sukak ngomong inggeris, wes bioso nang kono....

Kakzakie Purvit said...

a.z.r.i.n.a.03.07,

Oh... reen pun ada family assembly juga ke akhir bulan ini....

Kakzakie Purvit said...

Afzainizam,

Kakak tak de lembu pun tumbang sebab tak de lembu. Heeee....

Tapi penuh-sesak juga rumah bapak hari itu....

Kakzakie Purvit said...

dieya,

Terima kasih juga dari kakak.

....kegembiraan yg tidak terucap oleh bibir tapi dihati sentiasa terkenang....

eelobor said...

memang betul tuh akak, tiada yang indah lagi selain dapat bersama ahli keluarga.

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

Moga kemeriahan berpanjangan. Saya menanti episod seterusnya...bumi indah III.

uncle gedek said...

pucuk tenggek burung?

Tak pernah dengar...?

mama maman aka yana said...

seronok sesekali berkumpul... rindu pd keluarga...:)

azian said...

kak zakie...
dah dapat emel...
ooo...senai ye....
ok...otw ke jb leh singgah...
insya ALLAH...

Fendi BL036 said...

kenangan paling indah adalah ketika bersama saudara mara yang lama tak jumpa...

Unknown said...

salam kak....

wow! meriahnya! seronok kan bila sesekali berkumpul bersama semua sanak saudara...

faiz said...

mesti meriah btol dapt berkumpul ramai2..

Kakzakie Purvit said...

eelobor,

Dah bersama-sama baru tahu kan...

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam ahamd humairi,

Ada ke episod III cikgu?....

Kakzakie Purvit said...

gedek,

Org bandar jarang tahu ulam ini. Dia pcam pokok kayu je, tapi daunnya ada bau yg menyegarkan kalau suka...

Kakzakie Purvit said...

mama maman,

Rindu keluarga kena jumpa selalu...

Kakzakie Purvit said...

nukilanaffiza,

Kebanyakkannya dah selalu jumpa sebenarnya, tapi anak-anak tu yg jarang bertemu kerana pengajian/sekolah yg tak sama cuti...

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam Yus,

Ini pun kena announce sebulan awal. Rancang betul-betul baru ok. Tetap ada yg tertinggal gak...

Kakzakie Purvit said...

faiz,

Sungguh teramat meriah. Nasib guna pinggan/gelas pakai buang. Kalau tak siapa nak cuci.... dah letih semuanya....

Cik SHiNJU said...

Seronoknye kak...
Family kami tiapkali raya ke-2 setiap thn
buat perhimpunan kat umah nenek saudara..
Dulu2 jamu atas umah jer,skng ni dh x muat..
family dah bertambah..kena pasang khemah
kat laman..

IMANSHAH said...

sangat meriah

Unknown said...

selamat malam kak zalie

suka lihat keluarga kak berkumpul...
moga tahun2 mendatang aktiviti ini boleh dilakukan lagi..

kakakku.. terima kasih sebab selalu beri semangat untuk ayu... sangat terharu.

lalink7 said...

family yang cukup besar..bertuah nye akak..family sy xsebesar mana..kalau berkesempatan nak juga buat gathering family macamnie..bestt kan?