Monday, April 25, 2011

Mahabbah IKIM FM

Dua hari anak-anak merengek untuk ke sana. Iklan pemberitahuan pula sentiasa berkumandang di corong radio IKIM fm. Perjanjian asal dengan anak-anak kami mahu pergi pada hari Sabtu tetapi memandangkan itu hari lahir kakak mereka, kami batalkan kerana pasti kakak sulung mereka akan menelefon dari asramanya. Walau sekadar bertaut ucapan melalui talian telefon tetapi ianya sudah memadai buat kami.


Oleh itu pada hari Ahad, semalam untuk tidak menghampakan hajat adik untuk bertemu Upin & Ipin kami meredah pagi hari itu ke Bandar Dato' Onn. Adik tersenyum lebar apabila dapat bersalaman dengan Upin & Ipin walau dalam gambar sekadar terpapar tangannya saja. Anak-anak terlalu ramai berasak. Motorsikal berkuasa besar juga menjadi tumpuan anak dara aku yang dua ini. Siap mahu berposing lagi dengan motor besar. Maklum di rumahnya hanya ada Jaguh yang tidak besar mana dan Honda comel. Ibu saudaranya yang dipanggil Mak Zah tidak penat memayungi mereka ke sana ke mari. Aku dapatlah melihat dari dekat wajah Siti dan Pian DJ radio IKIM yang selalu aku dengar melalui corong radio.





















Keadaan pengunjung pun tidaklah terlalu sesak kerana luasnya kawasan yang digunakan. Sekadar memenuhi apa yang diminta anak-anak kemudian kami pulang. Adik membeli sebuah novel, sehelai baju renang muslimah dan sehelai t-shirt IKIM. Kakaknya membeli sebuah novel, dua pasang t-shirt busana muslimah dan sepasang t-shirt IKIM.

Aku dan hubby sekadar mampu membeli kepuasan bila melihat anak-anak sudah pulang dengan senyuman tanda gembira.








~~~ Apalah yang lebih menggembirakan ibu-bapa selain melihat kegembiraan anak-anak mereka ~~~






67 comments:

azian said...

kak zakie...
mmg kita akan gembira bila melihat anak2 gembira...kak, ni fon sy...019-7024174...nnt kl nak singgah umah akak sabtu ni sy bgtau ye...

nurkass said...

ooo..
upin & ipin..
jgn kata budak2 kak zakie, kass pun mmg minat ngan upin ipin nih..hilang tension..hehe

mcm tulah perasaan ibu kita kan kak..sebolehnya nak tunaikan keinginan anak2..huhu..bila nak kahwin nih..:)

kakcik said...

Kerana anak jugalah, kakcik dan suami sanggup meredah kelompok manusia di PWTC semalam. :)

Kemudian, ke Banting pula meredah hujan (dalam kereta la..) untuk menghantar Angah balik ke kolejnya...

Kakzakie said...

azian,

As per our telconversation just, hope we've got chance to meet....

Kakzakie said...

nurkass,

Kerana Upin Ipin juga abang kena jaga topi dan belon dia. Dia dok mengasak nak naik pentas, kami tengok dari jauh....

Kakzakie said...

kakcik...

Kalau tak buat rasa terkilan pulak di hati kita kan kakcik. Sebab benda-benda tu bukan sentiasa ada.

Moga kakcik dah sihat....

Mamamya said...

alahai...kenapa lia x tahu ada upin n ipin kat bandar dato' onn yer...klu x blh bawa anak2 ke sana...mesti dia org suka..... seronok kan kak bila tgk anak2 gembira....satu kepuasan rasanya bila tgk anak sentiasa tersenyum riang...:D

Cik Ina minat Do do Cheng said...

Assalamualaikum kak zakie,

Biasalah tu kak zakie, demi anak. kalau tak ditunaikan terkilan pulak rasa hati.apa yang penting, janji mereka gembira.

Penjejak Mimpi said...

kak zakie, kalo sudi kasik le add umah akak. so senang sy nak pos stem untuk akak. Sy serius ni. Bukan memain.. :)

emel kat bicara.aku@gmail.com

Erna said...

kak zakie..memang benar..kepuasa ibubapa ialah bila melihat anak2 gembira.

makdara TERdiva said...

saya pun tak sabar nak balik kg dis week, rindu nak bergomol dgn anak2 tercinta :)

Ayie said...

sgt nice.. ibu bapa perlu luangkan lebih masa berkualiti bersama anak-anak.. ^^

Rosmawati Yusof said...

Mmg best dapat keluar jalan2 satu family, rasa puas dan selesa...

Daddy Ziyyad said...

Ustaz Zamri ada tak kak kat situ?

Cik SHiNJU said...

As salam Kak...

Saya pun minat Upin & Ipin..huhuh
Seronok anak2 akak yer..

Kakzakie said...

Mamamya,

Lia tak pergi ye?... Actually dah ada sejak Jumaat tau Lia. Ya-Allah budak-budak yg mengerumuni pentas tak terkata Lia.Suka benar mereka...

Kakzakie said...

Wa'alaikumslam Cik Ina,

Memang benar sekali. Kalau mereka gembira hati kita pun lega....

Kakzakie said...

Penjejak Mimpi,

Kakak acah jelah PM...
Anyway read e-mail form kakak ye...:)

Kakzakie said...

Erna,

Kalau tidak mereka akan sebut selalu. Lagi kita tak selesa...

Kakzakie said...

makdara TERdiva,

Kakak nak tengok MDT gomol anak. Heee....

Kakzakie said...

Ayie,

Samapi masa nanati Ayie tahu. Bilalah agaknya ye?...

Kakzakie said...

Rosmawati Yusof,

Mereka gembira janji dapat apa yg dikehendaki. Kita je nak control sikit.....

Kakzakie said...

Daddy Ziyyad,

Masa kakak di sana tak de pulak. Hanya jualan yang banyak....

Kakzakie said...

Cik Shinju,

Macam abang je, dia pun layan anak-anak petang sebelum ke masjid tengok upin ipin....

QUEENPINK said...

Salam.

jom join ga saya..

http://queenroszaliza.blogspot.com/2011/04/queenpink-lucky-follower.html

YATZAKIE said...

betul la kak..bila anak kita hepy,kita pon akan hepy jugak kak..

Afida Anuar said...

Assalamualaikum kak zakie...

seronoknya kak, bertambah seronok bila tengok anak-anak happy.... itu lah kak, hari2 dengar iklan tu kat IKIM...harap jauh je, kalau tak...saya dah pi dah...he he

Citarasa Rinduan said...

kakakku.. kalau tidak semalam ayu di sana.. ada ceramah. tapi ayu tak attend... citarasa rinduan di utamakan.. kalau idak, kita sure bertegur bahu..hehehe

sayangsayangibu said...

~~~ Apalah yang lebih menggembirakan ibu-bapa selain melihat kegembiraan anak-anak mereka ~~~


- buat sya teringgat pada ayah dan ibu -

chii said...

heheh..anak2 kecik kalo dgr pasl upin ipin..mmg melompat kegirangan..tp kadang2 tu,bukan setakat anak kecik...mak anak kecik pun turut sama juga :D

eelobor said...

sangat2 setuju ayat akak yang terakhir tuh....

Mutiara Bernilai said...

hu~

tiba2 akak dah buat saya jd homesick.

rindu kat parent n family saya

Kakzakie said...

QUEENPINK,

Lepas ini kakak terjah blog queen ye...

Kakzakie said...

YATZAKIE,

Bila dah jadi ibu baru kita tahu kan Yat...

Kakzakie said...

Wa'alaikumsalam Afida,

Samalah kakak dengan pesta buku di PWTC. Kalau dekat memang kakak dah pergi dua-tiga kali...

Kakzakie said...

Citarasa Rinduan,

Komitment kita banyak kalau tidak kena masa memang tak dapat nak tunaikan ayu....

Kakzakie said...

sayangsayangibu,

Sya kalau rindu jenguklah mereka. Jauh ke?... Kena buat jadual pulang sya....

Kakzakie said...

chii,

Betul chii... Masa upin&ipin naik pentas masya-allah budak-budak dah la menyerbu mak-bapak pulak sibuk sama. Kakak ngan abang tengok dari jauh je. Itu yg tak dapat nak snap photo bila adik berpeluang salam dgn upin...

Kakzakie said...

eelobor,

Ee baru ada Muaz, tunggu bila Muaz ada adik lagilah semuanya mesti nak adil...

Kakzakie said...

Mutiara Bernilai,

Parents MB tinggal mana? Baliklah sayang bila ada masa. MB kan masih single, anytime boleh jenguk kalau setakat ambil masa driving 2-3 jam ok tu....

Ati Masrif said...

bersesak pun tak apa..

janji mereka ni puas n happy

lalink7 said...

akak pegi ye mahabbah niee..alahaii..kan best kalau saya dapat pergi jugak alangkah gembiranyaa..

tapi mmber takde nak g..

Ila said...

yang penting,anak2 bahagia kan
Tak nak word verification di kotak komen

Zaitun said...

Demi kebahagian anak2 ibubapa sanggup lakukan apa saja.Puas bila melihat anak2 tersenyum.

chii said...

hehe..walaupun da macam2 animasi baru muncul..upin & ipin tetap menjadi pilihan no 1..dgn trademark " betul betul betul..eheh

Kakzakie said...

Ati Masrif,

Boothnya di padang luas jadi tidaklah sesak sangat Ati. Cuma panasnya wow!! menyengat teramat. Payung dan topi pun tembus. Tapi mereka happy je....

Kakzakie said...

Ila,

Bahagia mereka bila dapat apa yg dia hendak...

Kakzakie said...

Zaitun,

Memang betul kak Zai. Senyum memanjang dan cerita pun tak habis sampai berhari-hari...

Kakzakie said...

chii,

He.... betul,betul,betul....(Ikut style upin ipin)....

munna said...

bila anak2 gembira kita pun rasa puas dan bahagia rasanya

ibuintan said...

betul tu kakzakie... walaupun penat melayan kerenah mereka namun bila melihat mereka gembira kita amat puashati ...kan

kegembiraan mereka adalah segala-galanya

dwaty said...

teringat masa kecik2 dulu... walaupun tak dapat beli ... janji dapat tengok... setiap ibu dan bapa... mereka sentiasa inginkan yang terbaik buat anak... tetiba rindu kat family yang jauh dimata... huhuhu

wahida said...

saya baru lepas shopping barang2 upin ipin kat bazar opis saya tadi...hehe..

anak2 mmg suka upin ipin kan kak...

faiz said...

makayah sanggup lakukan ape2 utk anak2 kan kak..

Jake Daughter said...

Kakzakie... Salam... Terima kasih sbb sudi singgah blog saya n leave comment...Appreciate it... Thanks again...

cemomoi said...

dah g senang ati
eeesok g lagi...

LiFe KaMi said...

baru kami dapat merasakan perasaan kepuasan ibu bapa bila dapat mengembirakan anak2 mereka,
pasni nak beli baju lg utk baby sorang tu, skang kita pilih,
nanti bila dia dah besar pandai berkata2 dia pula akan pilih sendiri apa yg dia mahukan..
semoga anak2 akak menjadi anak2 yang soleh dan solehah..:)

Kakzakie said...

munna...

dah jadi ibu barulah kita tahu kita macam mana ibu kita dulu....

Kakzakie said...

ibuintan,

Bila tidak tertunai rasa ada sesuatu yg membuat hati kita rasa tak senang kan ibuintan...

Kakzakie said...

dwaty,

La... dah rindu family dah pulak. Baliklah dwaty jenguk mereka selagi mereka masih ada...

Kakzakie said...

faiz,

Itulah makayah faiz, kalau utk faiz mereka sanggup bagi duit utk faiz usahakan demi kebaikan anaknya tanpa interest....

Kakzakie said...

Jake Daughter,

You are welcome... kakak suka melihat ketabahan JD...

Kakzakie said...

cemomoi,

Dah pergi taklah ditanya lagi
Nak pergi lagi pun dah tak ada lagi...

Kakzakie said...

LiFe KaMi,

Sekarang LF beli utk Darwisy, kelak dia dah pandai pilih kena ikut kalau tak dia tak pakai lagi membazir....Anak happy kita pun happy sama.

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

Bila melihat anak-anak gumbira,
tak sedar kita menitiskan air mata...

...air mata gumbira...

gedek! said...

Ya, betol...

Anak-anak je lah the ultimate entertainment untuk kita....

Werdah said...

Assalamu'alaikum kakzakie

Zaman kak sekarang melayan cucu pula.. semalam dapatlah ke PBAKL 2011 singgah 3 booth je belilah buku untuk sendiri dan cucu.. alhamdulillah syukur, itulah kepuasan kita kan... semoga bahagia selalu amiin