Dinihari 23-04-1996
tarikh keramat tercatat indah
puteri pewaris menjengah alam
gemersik tangisan kecil menyapa gegendang telinga
diiringi airmata syahdu
senyum puas sepasang insan
yang telah lama pasrah
Kasih kami seputih salju
segar-bugar dan terus padu
kami lahirkan dari pohon cinta nan suci
kami bajai pepohonan kasih itu
biar subur bersama dedaun keimanan
rimbun memayungi kasih dan sayang
mekar dengan bebunga kesyukuran
mewangi dengan ketakwaan
membuah manisnya keredhaan
merapak mohon biar ia berakar-umbi
terus menjalar tanpa ragu
membenih pohon kasih pewaris mendatang
Pohon kasih suci itu
biarlah utuh selagi nadi berdenyut
dan redha Rabbul-Jalil sebagai pinjaman sementara
Ketahuilah sayang perjalanan mu masih terlalu panjang
usah gentar godaan syaitan
payungi jiwa dengan kekentalan iman
langkahkan kaki demi kejayaan
nun di kejauhan ini doa dititip
bukan sekadar 15 tahun
bahkan selagi Izrael belum menjemput
ianya menjadi kewajipan hati dan bibir
bermohon dan bermunajat segala yang terbaik
tarikh keramat tercatat indah
puteri pewaris menjengah alam
gemersik tangisan kecil menyapa gegendang telinga
diiringi airmata syahdu
senyum puas sepasang insan
yang telah lama pasrah
Kasih kami seputih salju
segar-bugar dan terus padu
kami lahirkan dari pohon cinta nan suci
kami bajai pepohonan kasih itu
biar subur bersama dedaun keimanan
rimbun memayungi kasih dan sayang
mekar dengan bebunga kesyukuran
mewangi dengan ketakwaan
membuah manisnya keredhaan
merapak mohon biar ia berakar-umbi
terus menjalar tanpa ragu
membenih pohon kasih pewaris mendatang
Pohon kasih suci itu
biarlah utuh selagi nadi berdenyut
dan redha Rabbul-Jalil sebagai pinjaman sementara
Ketahuilah sayang perjalanan mu masih terlalu panjang
usah gentar godaan syaitan
payungi jiwa dengan kekentalan iman
langkahkan kaki demi kejayaan
nun di kejauhan ini doa dititip
bukan sekadar 15 tahun
bahkan selagi Izrael belum menjemput
ianya menjadi kewajipan hati dan bibir
bermohon dan bermunajat segala yang terbaik
Titisan: Nurienne Izzati (ejaan jawi: nun wau ro ya nun 'ain zai alif ta ya) walau telah 15 tahun menikmati hidup namun terlalu banyak yang perlu dipelajari demi memenuhi tuntutan hidup yang lebih sempurna di dunia dan akhirat kelak. Merupakan waris pertama dalam kehidupan rumahtanggaku.
Terkini - Sewaktu melawat ke asramanya dan kami membawanya keluar untuk makan bersama keluarga. Berkongsi mendengar lagu gayanya sebab di asrama tidak dibenarkan membawa radio......
Makan malam - Spaghetti antara makanan kegemarannya
Bunga - Merakam gambar sewaktu kami bercuti akhir tahun lalu
Graduasi - SDKA 2010 di Bandar Putera IOI
72 comments:
selamat hari lahir Nurienne Izzati, semoga menjadi anak yang solehah............
PS: dah sebulan tarikh kelahirannya, terharu ayu baca entry utk beliau... ibu yang baik, pasti anakknya bakal menjadi anak yang disenangi
Selamat menempuh PMR adik Nurienne Izzati ..
Tak boleh bawa radio ya diasrama, guna aja handphone yg ada radio tu..
Assalamualaikum,
Allah selamatkan anak mama..
Jangan hancurkan harapan ibu dan bapa.
Selamat maju jaya serta menjadi anak yang solehah.
semoga puterimu ini akan membantumu di sana kelak
assalamualaikum kak :)
superb! :)
alhamdulillah. semoga dipanjangkan lagi umur.
all the best untuk pmr nanti :)
selamat harijadi buat adik Nurienne Izzati, semoga menjadi anak yg solehah..
jagalah kedua ibu bapa adik seperti mana mereka besusah payah menjaga adik sehingga dewasa..
Assalamualaikum kak zakie, semoga Nurienne Izzati menjadi anak yang solehah..dan sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah dunia akhirat... Ameen...
selamat menyambut hari kelahiran buat 'ain. semuga kekal menjadi anak solehah. perjalanan masih panjang.
Citarasa Rinduan,
Terima kasih ayu...
p/s: Hari inilah yg sebenar tarikh lahirnya. Bulan Islam Selasa 4 Zulhijjah 1416.
Daddy Ziyyad,
Radio, HP semua tak boleh bawa itu yg bila jumpa kongsi dgn radio HP adik dia....
Wa'alaikumsalam ahmad humairi,
Amin....
Terima kasih cikgu...
IMANSHAH,
Memang besar harapan kami cikgu....
Terima kasih.
Wa'alaikumsalam s a r,
Tahnks so much....
Doakan Nurienne berjaya ya sar...
LiFe KaMi,
Terima kasih atas nasihat diberi. Dia hanya dapat melihat catatan ini semua bila balik cuti kelak....
Wa'alaikumsalam Afida Anuar,
Ameen...
Itulah yg diharap oleh kami sebagai ibu-bapa.
kakpah,
Terima kasih. Benar perjalanan masih terlalu panjang, sedang ibu-bapa kian dimamah usia...
assalamualaikum kakzakie ....
ummi doakan semoga نورين عزاتي membesar sbgai anak solehah yg sentiasa menjadi penyejuk jiwa buat ayah dan bonda mu..
ما رضا الله إلا فى رضاء الوالدين
Wa'alaikumsalam Ummi Humaira,
Itulah harapan kakak dan abang. Kakak tengok Hanan itu rasa macam nak juruskan dia ke arah sama....
p/s: kakak tak ada versi arab nak eja macam ummi...
salam
kakak sayang,
wah, sungguh sweet.
:)
anak akak mesti akan jadi manusia yg berjaya...insyaallah
assalamualaikum kak zakie...
same dgn tarikh lahir dgn anak saye no3...yasmen syafiqah....23.04.2000....
saya pun turut mendoakan agar Nurienne Izzati menjadi anak yang solehah dan diberkati oleh allah didunia dan akhirat dan jadi insan yg sentiasa mentaati perintah allah dan kedua ibubapa...bijak dan bistari... begitu juga doa saye utk anak saya yasmen syafiqah...aminnn..
salam zakie...
selamat hari lahir buat puteri sulung..semoga berjaya dunia & akhirat
anak ke-4 kak nab lahir tanggal 22041985...tarikh sehari awal, but thn jauh berbezakan!
O tanjoubi omedetou gozaimasu...
Projek Pintar MAS
Kak zakie..semoga hidupnya dirahmati dan akan menjadi anak kebanggan ibubapa dan keluarga.
Semoga anak kak zakie akan menjadi anak solehah dan berjaya di sepanjang usianya.Insyaallah.....
Salam Kakzakie,
Selama menyambut hari lahir kepada Nurienne Izzati. Semoga hepi dan diberkati Allah selalu.
Wa'alaikumsalam Mutiara Bernilai,
MB sayang.... as sweet as you too.
faiz,
Ameennnn... moga menjadi kenyataan.
Terima kasih faiz...
Wa'alaikumsalam Hajah Zainab,
Oh... semalamlah birthday dia. Happy birthday buat anak Kak Hajh yg ke 4 juga.
Terima kasih....
Miecyber...
Cam mana nak kata ni? Kakak tahu makna tapi nak balas balik tak belajar lagi:)
Terima kasih...
Kak Erna,
Itulah doa kami kak Erna. Mahu segala yg terbaik buat anak-anak.
Wa'alaikumsalam ainnoraini,
Eh... anak kakak yg no. 2 pun Yasmien jua (Yasmien Izyani). Macam ada keserasian je kita nie... Moga Nurienne Izzati dan Yasmen Syafiqah beroleh kebaikan sebagaimana yg kita impikan ye ain....
Cikgu Tie,
Insya-Allah moga doa-doa kita dimakbulkan Allah...
Wa'alaikumsalam kunang-kunang,
Dia memang hepi selalu kak ani. Semua keperluan kita dah bagi cuma belajar dan buat amalan yg terbaik selagi mampu....
Assalamualaikum kak zakie, Nurienne Izzati
selamat hari lahir buat Nurienne Izzati..
semoga berjaya dunia & akhirat serta menjadi anak yang solehah, penyejuk hati ayah bonda
selamat ulang tahun Nurienne Izzati....maaf yer dah terlewat sehari pulak...
semoga menjadi anak kebanggaan keluarga...berjaya di dunia n akhirat...diberkati n dirahmati Allah selalu......amin.
Semoga adik Nurienne Izzati menjadi anak yg solehah dan menjadi kebanggaan keluarga, bangsa dan negara..amin...
selamat hari lahir, dah besar2 ni jangan nakal2 dah ha3
kak zakie...
mmg tak leh bawak hp dgn radio ye???
sedap nama anak akak...
semoga menjadi anak yg solehah...amin...
tahniah akak..tahniah adik...selamat ari jadi..:)
harap, dewasanya kelak akan bersama mengangkat martabat agama; mewarisi kita yang telah dimamah usia..
tahun ni PMR yer? sama lah dgn anak akak ni.belajar rajin rajin k..Make your mum proud.
Wa'alaikumsalam ibuintan,
Terima kasih atas doa itu....
Mamamya,
Tak lewat ah... ok je.
Terima kasih dari kami....
nurass,
Harapan yg tinggi itulah hendaknya...
Terima kasih kass....
republik n9,
Kalau nakal kena bebel ngan mama....:)
azian,
Dah jadi syarat masuk asrama banyak lagi yg tak boleh selain radio and hp. T-shirt hitam [pun tak boleh juga....
Terima kasih...
cikceriacorner,
Terima kasih ccc dah besar kan anak kakak....
Insan Marhaen,
Lumrah bila diri dimamah usia rasa gerun melihat peredaran masa dan membesarkan anak. Kalau boleh mahu yg terbaik...
hani@debumelukut,
Anak nak periksa mama yg menggigil kan. Harap anak kita berjaya ye Hani sesama kita berdoa...
happy 'bird' day
selamat hari lahir Nurienne .. semoga menjadi penyejuk jiwa ayah bonda selamanya.
salam kak
moga suksess dalam kehidupan buat anak dan juga keluarga kak dunia dan akhirat
insyallah
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
Yamaha 135lc dan penjagaan
Honda ex5 dan Honda wave
Moga dia akan berjaya danterus berjaya tapi kena tingkat kali gandakan usaha yerrr...
mudahan menjadi anak yang menjadi kebanggaan ibu bapa dan keluarga
Gedek,
Thanks gedek!! Bird?....Heeee
al-lavendari,
Terima kasih tuan. Bukan sekadar penyejuk ibu-bapa bahkan utk kami sekeluarga....
Wa'alaikumsalam Rezeki,
Ameen.... Terima kasih Pak Itam.
Afzainizam,
Betul tu kena lipat ganda usaha utk berjaya. Semakin dekat peperikasaan yg bakal dihadapi olehnya.
Terima kasih dari kakak & keluarga....
kita berkongsi tarikh yang sama. cuma perasaan sahaja yang berbeza.....
dah besar dah anak akak
Selamat ulang tahun buat Nurienne Izzati semoga menjadi anak yang membanggakan ibubapa dan taat kepada suruhan.
sedap nama anak akak..
Selamat Hari Lahir ke 15 untuk Nurienne Izzati...
best, ada bakat. selamat berjaya diucapkan buat puteri akak dan selamat hari lahir :)
selamat hari lahir untuk anak akak..smoga dia tabah mengharungi cabaran duniawi kelak.. =))
eelobor,
Kakak tahu pada tarikh itu juga ayahanda tercinta ee pergi buat selama-lamanya.... Moga Allah cucuri rahmat keatas rohnya....
Ila,
Nampak dah besar tapi bimbingan masih perlu Ila...
Zaitun,
Terima kasih kak Zai. Harapan semua ibu-bapa sama je kan...
yus,
Terima kasih Yus...
Minggu depan dia balik bolehlah suruh dia baca N3 ini...
Mak su,
Terima kasih... biarlah ia berjaya setinggi mungkin yg boleh dicapai...
lalink7,
Itulah yg selalu berlegar dalam kotak fikiran kakak bila anak besar kelak moga dia tahu membeza yg baik dan yg buruk Husz...
Assalamualaikum kak zakie,
Selamat tempuh PMR puteri sulung Nurienne Izzati .mesti manja ni.Biasanya kak zakie menjaga anak perempuan kena beri lebih perhatian, Insyaalah anak perempuan kak zakie budak baik.
Post a Comment