Thursday, April 7, 2011

GA Azian

Mata menyorot keluar tingkap. Kelihatan cuaca mendung. Pohon rendang di sepanjang pagar kelihatan bergoyangan dipuput bayu. Mesti hujan akan turun. Begitu getus hati. Tidak banyak kerja membolehkan diri mengelamun, lalu hati terdetik mahu membuat N3 dari Pn Nor Azian.

Tanggal 3hb Februari 1982
Tangisan seorang puteri membelah kesunyian
Suara adzan dan iqamah membisik gemersik ke telinga
Dari seorang bapa bernama Iskandar
Merapak syukur atas hadirnya puteri baru
Nor Azian nama pilihan

Rantaian masa membesar seorang puteri
Nor Azian dinaungan kasih nan padu
Didikan sempurna duniawi-ukhrawi
Merangkul kejayaan idaman keluarga
Mengharum kembang hingga menjadi suntingan
Muhammad bin Adam muncul dengan redha
Memimpin, membelai Nor Azian duduk disampingnya dengan pasrah

Nor Azian mengharum dalam mahligai
Mencanai ruang-ruang kehidupan
Menghirup harum-manis pasangan
Bawah pimpinan erat Muhammad bin Adam
Pesanan rasulullah ini terpahat dihatinya

... tiadalah wanita yang meminyaki rambut serta menyikatkan suaminya,
meminyaki janggut, memotong kumisnya serta memotong kukunya
melainkan Allah subhanahu wata'ala memberikan minuman
yang dikemas indah kepadanya yang didatangkan dari sungai-sungai syurga.
Allah subhanahu wat’ala mempermudahkan sakaratul maut baginya
serta kuburnya menjadi sebahagian dari taman-taman syurga.
Allah menetapkan baginya bebas dari seksa api neraka
bahkan melintasi siratal mustaqim dengan selamat.

Pelengkap mahligai diteroka sama
Muaz Harith dan Muiz Harith tahukah kamu
Bonda Nor Azian membusung perut mengusungmu
Sembilan bulan sepeluh hari mendiami di rahimnya
Membulat tekad membekal warisan keluarga
Pengetahaun ilmu dipelajari menjadi pegangan diri
Bondamu menggegam erat nasihat rasulullah yang ini

.......apabila seorang perempuan itu mengandung
maka malaikat memohonkan keampunan baginya.
Allah subhanahu wata’ala menetapkan baginya setiap hari seribu kebaikan
Melebur seribu keburukkan.
Sewaktu perempuan itu merasa sakit untuk melahirkan,
Allah menerima pahala baginya sama dengan pahala pejuang di jalan Allah.
Seandainya dia melahirkan kandungannya,
maka bersihlah dosa-dosanya
seperti ketika dilahirkan daripada kandungan ibunya.
Apabila meninggal ketika melahirkan
maka dia tidak akan membawa dosa sedikitpun.
Ketika berada di dalam kubur
akan mendapat taman yang indah
yang merupakan bahagian dari taman syurga.
Allah memberikan pahala kepadanya
sama seperti pahala seribu orang yang melaksanakan ibadah haji dan umrah,
seribu malaikat memohonkan keampunan baginya
sehinggalah hari kiamat

Hidup seorang Nor Azian binti Iskandar
Menabur ilmu ramai pejuang bangsa
Manisnya dirasai ramai insan yang dahaga
Tercatat menelusuri disetiap belahan waktu
Selagi jasa dipohon curahan dinikmati sama
Berbanggalah pendamping-pendamping Nor Azian
Mohamad bin Adam
Muaz Harith dan Muiz Harith
Sekian Pelajar
Keluarga
Dan
Kami teman blogger



kepada yang mahu turut serta sudikanlah larikan jejari seketika ~~~~> klik sini





Buat En. Muhammad bin Adam wish you in advance "Happy Birthday" (bukan mengampu tau. This is realy form my heart. Since my N3 is ready so is good for me to be the earlier participant. Hehehe.......)



84 comments:

Kakcik Seroja said...

Assalamu'alaikum Kakzakie...

Sungguh cantik nukilan ini, terpesona membaca hingga membawa resapan ke jiwa...

zue said...

mmg seronok bila mmbaca n3 kakzakie. klu blajar sastera ni mmg dpt markah tinggi. :)

lalink7 said...

wahh..hati husz sedikit terusik dengan nukilan ini..hehehe

gud luck kak!

Anonymous said...

hebat luahan hati kakak!..
boleh jadi cikgu sastera :)

nurkass said...

ya allah..
pandai nye kak zakie menulis..
sayu je baca nukilan tu..

gud luck kak..

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

Moga berjaya.....teringat "bila terdengar suara azan, bergema sayup menjelang pagi..."

Dr K said...

Huhuhu...baca intro aja dah hebat...
Confirm kalah kalau saya join GA nih..hehehe

sahromnasrudin said...

assalamualaikum kakzakie...

sesekali berpuisi impaknya bukan kepalang..
semoga usaha ini kan diteruskan...
selamat berpuisi ya...

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam kakcik,

Jom kakcik join. Kakcik olah je. Kita meriahkan sambutan birthday husband Azian.

Kakzakie Purvit said...

zue,

Tingginya nak lambung kakak. Kakak berat tau...:)

Acik Erna said...

kakzakie..memang pandai menulis..dah tentu azian terharu membacanya.

Kakzakie Purvit said...

lalink7,

Usik mengusik sedikit husz, Moga kita beroleh kebaikan sama....

Kakzakie Purvit said...

makdara TERdiva,

Sekadar menitip beberapa patah kata untuk Azian...

Kakzakie Purvit said...

nurkass,

Kass ikutlah join sama. Kita meriahkan areana GA Azian ni...

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam ahmad humaiari,

Biar kakak ulang ye cikgu...
bila terdengar suara azan
bergema sayup menjelang pagi
dalam irama ku kirim pesan
sebagai tanda aku dah pergi....

Kakzakie Purvit said...

Daddy Ziyyad,

Eh... Dr. kata macam tu pulak. Kan saja-saja utk meriahkan sesama blogger...

Kakzakie Purvit said...

Kak Erna,

Untuk panduan kita sebagai isteri dan ibu juga...

Kakzakie Purvit said...

sahromnasrudin....

Mehlah sesama kita berGA sahrom. Tak perlu tag org tu yg kakak suka.

Kak Amy said...

As'salammualaikum kak ,

Menarik entri akak nie..Sungguh puitis sekali..

miloaiskurangmanis said...

cun lah!


iols doakan - kakzakie berjaya ye!

suri solehah said...

salam kak zakie..akak mmg seorang yg sgt puitis dalam berkata2..mesti romantik ngan hb kan...good luck kak

azian said...

kak zakie...
terharunya saya dgn entry akak nih...hukhukhuk...sy nak bg akak hadiah yg istemewa sbb yg pertama join...mungkin org lain tak berani nak join sbb dah tau akak pemenangnya...heheheh...
akak....nnt sy nak copy n paste pastu laminate tampal kat opis...terima kasih kak...kl la semua kawan2 blog sy mcm akak, jenuh sy nak bg hadiah kat semua...hehehehe

s a r said...

Assalamualaikum kak :)

madah pujangga dari hati,
nukilan khas dari kakzakie,
terasa diri nak jugak macam ni,
memang TERBAIK lah kakzakie!

hehe..

Mutiara Bernilai said...

salam akak syg..

wahh..hebat la akak mutiara yg sorang ni..

suke2! :)

Hairun Azmi said...

Tersentuh....
Maybank2u.com tingkatkan tahap keselamatan

Sham said...

gud luck kak...sastera saya out...bahasa pun tunggang langgang...huhu...

sekadar satu coretan said...

ala...syahdunye...tersentuh bile bace n3 ni...
mesti kak zakie ni romantikkannn orangnye...

sukenye...

bile la kite dpt berjumpe dialam nyata ye...

Cik Ina Do Do Cheng said...

Assalamulaikum kak zakie,

good luck, kalau makcik bab mengarang ni hancur.akak zakie pandai sangat bersastera, sampai terbuai bila baca, boleh tersentuh.

Kakzakie Purvit said...

Amy Syaquena,

Terima kasih. Jom Amy join....

Kakzakie Purvit said...

miloais,

Eh... mehlah join. Tak perlu tag org pun Milo mesti boleh....

Kakzakie Purvit said...

suri solehah,

Org yg mengarang sebenarnya pun sama macam suri gak. Ibu, isteri dan pekerja. Kita serupa....

Kakzakie Purvit said...

Azian,

Sekadar titipan. Kalau kakak tak mulakan tak meriahlah GA itu. Semalam pulak tak busy.... Jadilah ia sebagai sumbangan untuk memeriahkan GA yg diberi....:)

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam s a r,

Karanglah apa saja masih ada waktu
s a r pun boleh hantarkan saja
tinggi sangat pujian itu
takut terduduk sakit jadinya

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam Mutiara Bernilai,


Kalau MB suka kakak rasa bahagialah sayang....
MB bila nak join?

Kakzakie Purvit said...

Miecyber....

Kakak tak berniat nak menyentuh.....
Terima kasih.

Kakzakie Purvit said...

Sham,

Selalu yg menjadi guru-guru pasti berkata begitu. Tetapi bila keluar sastera mereka kami akan hanyut tika melayarinya.....

Kakzakie Purvit said...

ainnoraini,

Insya-Allah M'sia ni bukan besar sangat ain. Kalau ada izin Allah pasti kita bersua.

Jangan terperanjat pulak bila dah bertemu. Hehehe......

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam Cik Ina MDDC,

Tapi kalau kakak baca N3 CIk Ina sebenarnya boleh. Cuma tak mahu je. Kakak malu bila org kata cam gini.....

uncle gedek said...

bila lah pakcik boleh menulis macam ni....

(cemburu)

Ati Masrif said...

rajin betui kak zakie
buat nukilan ..

nanti ati pun nk buat GA lah
pasai nk kak zakie
buat nukilan yg indah
pasai kita pula :)

yanamib said...

hebat la puitis sungguh ayt² tu..=)

toyolkiut said...

wah akak..
detail sgala.. cakna sungguh..
terbaik..
klau TK, sbln mngarang pun baru 2 perenggan jadinya..

munna said...

kak baca n3 akak ni.. rasanya dah boleh agak akak menang GA dari madam azian tu... tapi join juga untuk suka-suka dah beramah mesra

Kakzakie Purvit said...

gedek,

Menulis kena panjang berjela. Pakcik guna gambar untuk berkata-kata lagilah kreatif. Why not you join the GA....

Kakzakie Purvit said...

Ati Masrif,

Kakak tunggu GA ati. Tapi jangan buat yg kena tag org tau....

Kakzakie Purvit said...

YanaMIB,

Terima kasih...

Kakzakie Purvit said...

toyolkiut,

Dari pembacaan kakak ke N3 TK sebenarnya hebat. Usah bersembunyi. Buatlah GA sama....

Kakzakie Purvit said...

munna,

Masih panjang lagi masa diberi munna. Ayuhlah sesama berGA.....

My Little Diary said...

salam,
seronoknya membaca hasil tulisan kakzakie... :)

AngahSayang2314 said...

wah bermadah berelah yer akak yer..

apa pun angah 4llow yeee

wahida said...

salam...akak ni cikgu sastera ke...kalau saya yg disuruh tulis mcm ni, mmg tak tau...

ibundo said...

sedap lah baca n3 kakzakie ni. Thumbs up.

IMANSHAH said...

menarik..mendalam dan menusuk..teruskan penulisan yang enak di baca

PESONA said...

Assalamualaikum Hjh,

Itu lah pengorbanan seorang Wanita yang di panggil IBU........Di dalam N3 ini......

Unknown said...

SELAMAT PAGI kakakku

wah!!!
aizan dah start GA yer??
aduhai...
indah sungguh nukilan kak zakie..
terbaiklah........

Kakzakie Purvit said...

My Little Diary,

Bila Rma seronok membaca kakak rasa gembira...
Terima kasih

Kakzakie Purvit said...

AngahSayang2314,

Dah perpujangga tak kesampaian buatlah helah ini Angah.

Terima kasih sudi follow TN.

Kakzakie Purvit said...

Wahida,

Kakak hentam ajelah labu. Inilah dapatnya Wahida. Hehehe....

Kakzakie Purvit said...

kakpah,

Tahnks a lot kakpah.

Kakzakie Purvit said...

IMANSHAH,

Malu dah kakak kalau cikgu-cikgi yg membacanya....

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam pesona,

Menjadi seorg isteri, ibu dan seterusnya tanggung-jawab terhadap masyarakat ada pada wanita yg berkerjaya....

Kakzakie Purvit said...

Citarasa Rinduan,

Terasa gembira bila Ayu bersuara. Rindu-rinduan menghilang sudah. Jom lontarkan nukilan Ayu buat Azian. Moga Ayu bertamabah selesa.....

Unknown said...

seriusly..jeles tul chii baca nukilan ni..sampai skrg chii masih x berkebolehan menghasilkan nukilan..setakat nk merapu meraban ngan bahasa yang carca marba..mmg sgt xpert..ehehe..

erm..bila la chii nk dpt nukilan2 mcm ni lagi :p

lebih2 lg dr org yg puitis mcm kak zakie ;)

Cik SHiNJU said...

Indahnya bahasa...
Gud luck akakkkk :D

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jom Terjah entry terbaru ??
kereta gear auto dan gear manual

eeeemmm sungguh indah bait bait kata tersusun senada menusuk segenap isi hati... lahir dari hati diluahkan tanpa kata-kata... di zahirkan dalam bentuk tulisan.... rasa kagum dengan semangat keibuan... karya yang keluar dari keikhlasan hati

Mermaid Ungu said...

nak ngandung jugakkkkkk la cam ni...huhu

Kakzakie Purvit said...

chii,

Usah merendah diri. Kakak dah baca beberapa nukilan chii dan pastinya boleh. Jom join GA ni...

Kakzakie Purvit said...

Cik Shinju,

Tak nak mencuba join lah. Kakak suka sebab tak perlu tag-mengetag.....:)

Kakzakie Purvit said...

Afzainizam,

Menjadi ibu mudah tapi menjadi seorang ibu yg sempurna kena banyak ilmu....

Kakzakie Purvit said...

ayunda maajis,

Kalau kakak boleh pun kakak nak juga....:)

Tinta Emas said...

cemburu....

saya sampai sekarang tak pakar dalam membungakan bahasa...

azi said...

Salam Akak...
Pandai sungguh akak menulis...macam Cikgu Sastera pulak...ini akak mesti rajin membaca kan....selalu orang kalau pandai mengarang macam ni, jiwang2 sikit...saya suka kak, tapi tak pandai....

aby said...

salam k zakie ,
tulisan yg menarik sekali..

cume otak aby ni lembab sikit ..
tengah memikirkan apa yg tersirat ..

mumet endas mekir ke

Temuk said...

As-Salam KAKZAKIE

Kucuba titi barisan ayat
Cemasnya hati, terasanya gayat
Wau... memang perlu talian hayat!

Mumet, tapi keroso banget.

Werdah said...

Assalamu'alaikum kakZakie

Ziarah kakzakie pagi Ahad ini, membaca tulisan yang benar-benar indah susunan perkataan dan ayat, rasa-rasanya boleh menang...

Kamsiah yusoff said...

semoga berjaya...
penulisan yg begitu indah

Kakzakie Purvit said...

Cikgu CTE,

Perwatakan guru lumrahnya merendah diri. Bila dah buat pasti kami ternganga. Jom cikgu serlahkan bakat....

Kakzakie Purvit said...

azi,

Tak kemana jiwangnye kakak ni azi. Memabaca memang kakak suka dan ada kalanya terpaksa sebab bila nak suruh anak belajar kita pun kena belajar juga....

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam aby,

Kakak tulis stright to the point.

Kok mumet si. Wes mangan panadol hurong. Melas pulak kakak angger mboco koyok iki wes mumet. Hehehe.....

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam TEMUK,

Jangankan titi dicari
talian hayat apa lagi
alahai cikgu ni memerli
kakak sekadar berkongsi...

Ojo milu koyok abi cikgu. Sitik wahe wes mumet....

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam Werdah,

Kakak sebenarnya sekadar menyahut ajakan Azian utk sama-sama menyertai GA pertama dia (sempena ulangtahun kelahiran hubby dia). Tambahan pula tak perlu tag itu yg kakak suka.....

Kakzakie Purvit said...

Kamsiah,

Terima kasih. tak nak join ke?....

Admin P@P said...

Assalamualaikum Kakzakie.
Semoga sentiasa dalam peliharaan Allah.

Nikilan yang begitu indah dan menusuk kalbu. Indahnya rezeki sebagai wanita, jika memelihara segala perintah Ilahi...

TQ

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam Admin P@P,

Setiap insan inginkan kebahagiaan dunia dan akhirat. Allah mencipta kaum hawa berada di sisi kaum adam dgn begitu cantik sekiranya patuh segala garis panduan yang telah Allah berikan...