Perkarangan BP Mall - Tiba di sana kenalah bawa Abang Cik (anak saudara hubby - berdiri belakang Yasmien) sebab kami tidak tahu di mana kedudukan panggung tersebut. Mak Zah mereka tidak pernah ketinggalan turut ikut sama.
Urut badan - Sementara menanti masa tayangan hubby duduk mengurut badan di kerusi urut. Anak dara yang dua ini mana boleh lihat papa dia relax. Konon mahu mengurut papa dia sebagaimna kalau mama dia buat facial muka. Habis juga 5 ringgit kerana hendak sedapkan badan dan berurut lama sikit itulah jadinya. Kalau tidak silap aku bayaran dikenakan seringgit untuk tempoh 3 minit. Nasib baik anak-anak punya urutan tidak dikenakan bayaran.
Miasara - Budak mongel inilah yang sangat-sangat disukai keluarga kami. Tapi masa ini belum ditayangkan lagi. Kami menonton KL Gangster. Entahlah penilaian masing-masing sebab aku kurang berminat dan tidak pandai membuat penilaian.
Tiket - Jumlah keseluruhan RM 64/-untuk kami semua. Adik bergaya dengan tiket-tiket tersebut. Maklumlah tidak pernah nampak pun tiket wayang.
Gembira - Sebelum masuk panggung masing-masing sudah teruja mahu masuk kerana kami tiba cepat. Mereka berdua ini dikenakan harga kanak-kanak sebab bawah 12 tahun.
Tayangan serentak - Waktu ini cerita 3,2,1 Cinta pun ada ditayangkan. Tapi aku bimbang cerita ada babak yang tidak sepatutnya, maklumlah cerita cinta lalu biarlah aku pilih yang lasak kerana aku tahu anak aku tidak pandai bergusti. Oleh sebab itulah kami pilih KL Gangster, arahan anak Yusuf Haslam.
Silent mode- Gara-gara silent mode telefon berbunyi tidak disedari ditambah suasana dalam panggung yang bingit. Uhhh.... tak sanggup aku.
Play Station - Keluar panggung masuk pula tempat permainan kanak-kanak. Wah.... adik apa lagi sebaik pakai gelang pelekat masuk bermain hingga berpeluh-peluh walau di dalam bilik berhawa-dingin
Permainan - Macam-macam alat permainan ada. Kapal jet, kapal terbang, replika binatang semuanya ada untuk mereka bermain. Kelihatan di belakang terdapat juga tempat untuk bermain lompat-lompat, slides dan sebagainya semuanya menjadi tarikan.
Rumah kecil - Adik kata ini rumah repunzel yang berambut panjang. Membayangkan dia macam repunzel seperti yang dikisahkan dalam buku cerita dia.Oleh kerana belum bersolat zuhor lagi, jam 1:45 kami tinggalkan BP Mall dan belum pun jam 2:00 petang kami telah tiba di rumah kampung. Pendedahan pertama kali ke panggung buat anak-anak amat melegakan kerana janji telah tertunai. Itupun terasa kurang kerana yang sulung tidak dapat ikut lantaran ia berada di asrama. Untuk pergi lagi bagaikan tidak sanggup. Lain kali kalau hendak pergi biarlah mereka pergi bersama-sama sepupu-sepupu mereka. Aku sebenarnya kurang berminat kerana kalau boleh hari cuti aku mahu baring-baring saja.

Destinasi - Sampai sini aku terus bertanya seseorang yang aku rasa sudah biasa berada di hospital ini. Aku tidak tahu di wad mana anak aku berada. Menuju kaunter receptionist barulah aku dapat menemui wad di mana Nurienne ditempatkan.
Sedih - Sayu aku melihat anak aku duduk di atas katil. Jarum masih lagi melekat di tangan. Menangis melihat mamanya datang. Tidak mahu duduk di wad ini kerana tidak selesa katanya. Aku pun hairan mengapa anak aku dimasukkan ke dalam wad bersalin. Bila hubby aku masuk bertanya dengan pihak pentadbiran tidak sampai 15 minit Nurienne dipindahkan ke dalam bilik yang lebih selesa. Kekurangan katil katanya. Kami maklum memang ramai pesakit yang terlantar. Mujur waktu itu Hubby masih berpakaian kerjanya sekurang-kurangnya penyelenggaraan lebih mudah.
Selesa - Barulah Nurienne lebih tenang. Bilik sendiri, ada airconditioner dan tv. "Ada makcik kata Nurienne mengandung mama, Nurienne malulah.". Na'uzubillah... itulah yang aku katakan. Bila diterangkan oleh doktor dengan mama-papa bersama nampak ada kelegaan diwajahnya. Perkara biasa sewaktu "menstrual" bila terlalu aktif ianya juga menjadi banyak. Itulah yang menyebabkan dia kelihatan pucat dan hendak pitam. Doktor memberikan Nurienne cuti sakit dan perlu berehat sedikit.
Sedia - Menanti Doktor datang untuk dibuka jarum yang masih melekat di belakang palm. Tidak pernah kena mestilah rasa sakit. Memang dari dulu anak aku yang seorang ini paling gerun melihat darah sama seperti mamanya juga. Aku dulu setiap kali "injection" anak mesti hubby yang pegang kerana aku amat ngeri dan ngilu apabila melihat anak aku hendak kena cucuk jarum.
Pulang - Alahmdulillah sudah boleh keluar wad. Boleh balik asrama semula. Minggu ini minggu gerak gempur peperiksaan yang akan dihadapi olehnya. Mudah-mudahan kejayaan dapat diraih.....
Anak-anak - Selepas solat maghrib mereka sudah memulakan bakar-membakar. Papa sudah sediakan 3 tempat untuk membakar. Daging lembu dan kambing, ayam, sotong, udang, sosej semua telah siap diperap seharian.
Kipas - Lihatlah Nurienne punya kipas guna polystrene. Ramai sangat yang hendak pegang kipas. Sebagai kakak kenalah mengalah. Kipas yang ada cuma tiga.
Udang - Mak Zah mereka tolong cucuk udang dan sotong . Bimbang tangan mereka terkena api kalau membakar seekor-seekor jadi cucuk pada lidi satey mudah sikit mereka hendak membakar. Takut juga balik rumah tangan melecur gara-gara berBBQ di rumah aku.
Layan - Mak Zah melayan bibik jiran yang datang dengan anak-anak jagaan mereka. Ibu mereka menghadiri seminar belum balik. Expert juga bibik ini tolong buatkan burger anak-anak. Ada yang minta tolong walau bukan bibik mereka. Baik bibik ini....
Fauzan - Lihat anak kecil ini kalau datang rumah aku pasti tak mahu balik. Tinggal berjiran sebelah betul rumah aku. Pantang nampak muka papa mesti minta dukung. Selalu kami colek dia bawa balik rumah. Ayahnya bekerja di Indonesia sebab itu dia manja dengan kami. Panggil aku mama Mien dan hubby papa Mien. Lihat di belakang papa baru balik masjid terus betulkan arang yang kurang. 





Toufu - Masak apa lupa namanya. Tapi yang jelas rasanya lazat di tekak keluarga kami
Udang butter - Walau sebenarnya kami suka serunding butternya tapi udang pun habis juga.
Shark-fin sup - Kak Nurienne sedang agihkan masuk mangkuk-mangkuk kecil
Adik punya - Adik minum air saja yang lebih, makan semua tidak habis. Sup ini pun dia sentuh sesudu-dua.
Baby squid - Masak black pepper tapi kurang sedap dan tidak habis kami bungkus bawa balik
Siakap stim nyonya - Ini favourite kami sekeluarga. Habis licin sampai kuahnya tidak bersisa.
Kenyang - Sementara tunggu papa bayar bill. Lihat atas meja ada plastik merah itu bungkusan makanan yang tidak habis kami bawa balik.
Adik - Kenyang perut suka hati, Upin-Ipin teman sejati
Gelap - Bersebelahan pintu keluar ini ada disediakan shisha. Teringat macam di Mekah. Ramai Pak Arab hisap shisa. Di sini pun ada juga orang hisap shisha, api orang Melayau-Cina-India. Hendak ambil gambar mereka rasa kurang selesa pula. Amboi dia punya bau boleh pengsan!!
Keratan Akhbar - Melalui keratan akhbar ini jugalah yang diperolehi anak dari sekolah lalu membawa dia ke kem tersebut. Salinan asal yang diperolehi sudah tidak jelas, ditambah pula kamera aku inilah dia perolehannya.
Buku - Inilah buku yang dibekalkan kepada peserta kem
SK Taman Bukit Kempas - Sehari sebelum mendaftar kami sudah menggoogle di mana lokasi sekolah ini. Jauh juga dari jalan utama.
Penjaga - Ramai penjaga beratur menunggu giliran mendaftar. Hari pertama kelas bermula jam 10:00 pagi disebabkan ramai yang datang dari jauh tidak dapat berjumpa lokasi sekolah. Ada yang datang dari luar negeri Johor dan menginap di hotel. Pasangan gambar di atas inilah yang membantu aku menumpangkan anak untuk ke sekolah tersebut kerana beliau bekerja di Celcom, Kempas dan ianya laluan beliau untuk ke tempat kerja. Anak beliau juga satu kelas dengan anak aku.
Gurau - Kami dapat mendaftar seawal jam 8:45 pagi lagi. Sementara menanti kelas, keadaan hujan lebat membuat adik dan kakak duduk di kantin sekolah ini sambil menikmati mee hoon yang mama goreng dan donut yang dibeli di Angsana malam sebelumnya.