Wednesday, June 1, 2011

Pertunangan - 28-05-2011

Betapa putaran alam ciptaan Sang Pencipta yang tidak kelihatan sebenarnya terlalulah pantas berputaran. Bayangkan saja anak sulung Kak Uda aku yang belum lama dulu bersama-sama anak aku bermain kejar-kejar kini telah sedia menjadi seorang pemimpin keluarga. Malam itu persiapan dibuat di rumah Kak Uda oleh kami mak-mak saudaranya kerana majlis pertunangannya. Majlis ini jatuh pada tarikh yang sama 16 tahun dahulu aku telah diijabkabulkan menjadi seorang suri rumah kepada papa kepada anak-anak aku.



Hantaran - Keseluruhan ada sembilan dulang. Barangan meliputi telekung, sejadah, peralatan solek, buah-buahan, kuih dan manisan, kek, sirih junjung+tepak sireh, cincin dan duit 1% (sebagai menunjukkan wang hantaran kelak), Kek tidak kelihatan di sini sebab belum diambil lagi dari tempat tempahan.



Tepak sireh - Aku pun tidak tahu apa motif mesti setiap kali majlis pertunangan mesti pihak lelaki perlu menyediakan tepak sireh ini. Setiap balang kecil itu diisi dengan bahan seperti kapur, gambir dan pinang. Siapa yang makan sireh ini katanya akan cepat dipinang orang. So.... siapa yang mahu cepat kahwin makanlah sireh ini. Heee.... karutlah usah dipercaya.


Kek - Inilah dia kek coklat blueberry daripada anak buah aku untuk pihak perempuan. Mak-mak saudara tak sempat nak membuat sebab masing-masing sibuk mana hendak ambil anak balik dari asrama dan kerja lagi. Tempah orang buat lagi mudah.


Menuju destinasi - Baru keluar rumah untuk menuju ke rumah pihak perempuan dengan membawa segala barang hantaran. Adik dengan sepupunya tak mahu ketinggalan menyibuk sama.


Panjat tangga - Rumah pihak perempuan di Kuarters Polis Jalan Bakri, Muar. Nasib tingkat 1 saja. Kalau tidak boleh aku berhenti separuh jalan. Mengah heh.... menapak dengan tumit tinggi lagi.....


Termeterai - Cincin disarung dijari sebagai tanda Linda telah ditempah untuk dimiliki oleh anak buah aku Mohd. Abd. Halim. Pakai inai juga si Linda ni. Dulu masa aku bertunang tak ada inai-inai.

Bersalam - Pertemuan dengan bakal ibu mertua. Harap boleh mendengar nasihat bakal ibu mertua dan kasih sayang seperti ibu sendiri. Kak Uda memang cool orangnya. Anak-anaknya semua menjadi. Halim ini kontraktor - menyambung karier arwah ayahnya. Manakala 3 adik semuanya engineer.

Hidangan majlis - Aku bertemu dengan kuih koci pulut+labu dirumah pihak perempuan. Sedap sungguh kuih tradisi ini hingga membuat kamera pun snap pada kuih yang satu ini. Makanan lain seperti nasi ayam, pulut kuning, kuih-kuih moden teralulah banyak hingga tidak termakan oleh kami. Aku tidak snap itu semua sebab sudah biasa nampak.


Dari pihak perempuan - "Abang Long kata potong dan bagi-bagi" itu kata Yasmien. Penat orang menggubah akhirnya reben kemana-bunga kemana. Apa yang pasti kebahagiaan dinanti untuk tahun hadapan. Insya-Allah moga tiada aral melintang yang membolehkan mereka dapat disatukan dan menjalin ikatan halal sebagai suami-isteri. Insya-Allah.




139 comments:

Acik Erna said...

assalma kakzakie..tahniah untuk anak sedara yang dah pun selamat bertunang.
sekarang ni memang akalu bertunag pun siap pelamin dan berinai bagi..
dah zaman sekarang kakzakie..memang le zaman acik dulu pun..tak de tu semua..

azian said...

kak...
tunang pun pakai inai yek???
skrang ni kl bertunang pun dah grand mcm nak nikah....hehehhe...

sy biasa2 aje...

ckLah @xiiinam said...

Seronk tengok orang bertunang ni kan kakak...


Alahai...kesian makcik2 kena bawa barang hantaran naik tangga tu. Tak apa, demi anak saudara...

terokai seni said...

ish berasa nak buat skali lagik la pulak... moga yang terpatri akan termetri

bujal X said...

ingatkan akak yang bertunang~~haha~

Anonymous said...

semoga selamat disatukan dan kekal hgga akhir hayat

sekadar satu coretan said...

betul tu kakzakie...dah gubah cantik2 pas tu hancur berkecai segala hiasan bunga kat gubahan hantaran tu...
mcm tu la jugak masa anak saudara ain bertunang hari tu...

Ija Zambry said...

inai si bakal pengantin kat jari aje ye. besenyer kat tangan kan? ni trend baru ke kak? eh tanye akak lak, macam la akak ni mak andam inai yek hehehe

sahromnasrudin said...

assalamualaikum..

tahniah kakzakie..akan dapat ahli keluarga baru kan..

p/s: koci tue memang sedap...labu jarang sangat jumpa huhuhuhhh

mama maman aka yana said...

cantik hantaran... tahniah ye bakal dpt anak buah br...

Hanis Azla said...

Alhamdulillah dah selamat bertunang.. selepas ini sibuk dengan majlis perkahwinannya pula.. semoga segalanya berjalan dengan lancar..

sarah-najwan said...

itulah kak..cepat sungguh masa berlalu kan..

tahniah kpd anak sedara akak..
musti sebualan dua lagi..sibuk pulak buat persiapan kawin..

semoga segalanya berjln lancar

Ayuraza said...

aah la..tunang pun pakai inai kan..cantekkk..tapi saya atak suker inai sebab busuk..hehehe

s a r said...

assalamualaikum kak :)

kek tu macam sedap ~eheh

hmm, tepak sireh. yup, pelik sungguh. bukan nak membelakangkan adat, but saya sendiri rasa benda tu tak perlu. pernah pergi majlis tunang ni, but saya tengok takda pun dorang guna benda alah tu. just letak untuk ambik gambar je. erk? tak payah pun takpe.

kuih tu feveret saya gak kak. tapi lagi suka pulut hitam punya.. huuu..sedap! nyum!

miloaiskurangmanis said...

iols first time tengok kuih koci labu ni...
teringin pulak nak rasa!

norhidana said...

masa tuh mmg cpt berlalu ye kak... kejap je dh beso2...

seronok kan kalu bt psiapan utk majlis gini, zmn skrg kalu tunang pun dh gaya mcm nikah... lawo2... suke kadang nengok... makin meriah

kuih koci dana paling suke yg pulut itam... suke sbb kaler dia pepel2 gitu hehehe...

nurkass said...

moralnya tak yah gubah2 sangat..nanti dibuang juga..hehe
kuih koci tu kalau masuk peti lg best..erkk..kalau kass la kan..:)

chichi said...

ooo pertama kali tengok kuih koci labu..bg resepi kak...

kasihibu said...

meriah majlis, sedap nampak kek untuk perempuan tu
kueh koci..perggg sedap sya suko;p

kasihibu said...

meriah majlis, sedap nampak kek untuk perempuan tu
kueh koci..perggg sedap sya suko;p

wahida said...

bertunang zaman sekaang dah mcm kawen kan kak...siap berinai, pelamin bagai...hehe...

munna said...

tahniah buat anak saudara kak zakie.. cantik2 gubahan tu...tak pernah lagi makan kuih koci labu tu kak...

Fendi BL036 said...

wah....majlis pertunangan kat kuarters polis jalan bakri muar ek?
org rumah saya kat sg balang kecil..dekat dah tu...

tahniah buat anak sedara kakzakie...

kuih koci labu ni terbaikla....susah nak jumpa sebab org jarang buat...nak jumpa pun time bulan pose...hehehe

ct shah said...

salam kenal kak..

wah,tgk rombongan bertunang macam ni teringat memori kena risik dulu.actually saya kena risik cum bertunang terus.senang sekali harung.haahahaha..

silalah jengah teratak saya yg tak seberapa ni ek.:-)

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

tahniah...

Kakzakie Purvit said...

Acik Erna,

Itulah bila masuk rumah dia macam nak ada majlis kahwin. Bilik pun berhias macam pengantin juga.

Kakzakie Purvit said...

azian,

Masa kakak dulu lagilah cuma duduk dalam bilik. Mana ada duduk pelamin masa tunang....

Kakzakie Purvit said...

ckLah,

Seronok cikgu...

Mata tangga pulak cikgu kecik-kecik cikgu. Tapi tingkat satu saja.

Kakzakie Purvit said...

cemomoi,

Amboi... nak lawan Salleh Yaakob dah...terima kasih doakan.

Kakzakie Purvit said...

bujal x,

Nakal bujal nie... kakak dah tualah sayang...

Kakzakie Purvit said...

Redza,

Itulah harapan. Aminnn...

Kakzakie Purvit said...

ainnoraini,

Budak-budak yg dikejar kek dan coklat. Ferero tak menjamah kami satu balang mereka kerjakan sesama mereka....

Kakzakie Purvit said...

Ija Zambry,

Entahlah Ija. Kakak bab-bab ini tak belajar dan tak tahu.Hehehe....

Kakzakie Purvit said...

sahromnasrudin,

Tahun depan rasanya jadilah dia anak saudara ipar kakak.

p/s: koci dia buat sedaplah shah...

Kakzakie Purvit said...

mama maman,

Bakal jadi anak saudara kakak. Terima kasih...

Kakzakie Purvit said...

Hanis Azla,

Begitulah Hanis bila dah bertunang kena siap sedia pula utk majlis kahwin pula.

Kakzakie Purvit said...

sarah-najwan,

Kalau ikut kak uda kakak nak cepat sebab si angannya pun dah ada calon juga dan kalau boleh nak cepat juga, tapi pihak perempuan sebab ada kakak dia minta lambatkan pulak...

Tak tahulah kot nanti abang tunang dulu tapi adik yg nikah dulu.

Kakzakie Purvit said...

Ayuraza,

Hm... kalau inai yg dlm tube tu tak busuklah Ayu. Tapi entahlah kakak tak cium pun. Heeee......

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumslaam sar,

Sekali lalu kek kena sapu bebudak sar.

Tepak sireh tu memang kakak rasa tak dibuat apa pun. Just display tapi tak tahulah kalau ada yg makan sireh zaman moden nie. Kena cari org india kot. Hahaha.....

Kakzakie Purvit said...

miloais,

Betul milo memang sedap sungguh. Nak makan banyak malu. Tapi masa nak balik siap anak kakak dua-dua tangan dia pegang koci ini. Hehehe...

Kakzakie Purvit said...

norhidana,

Majlis macam pengantin Dana. Dari solekan, pelamain dan bilik semuanya ada tapi majlis berlangsung beberpa jam saja...

Kakzakie Purvit said...

nurkass,

Bila tak gubah tak cantik pulak kass.

Koci tu tak sempat masuk peti ais dah sampai perut sayang....

Kakzakie Purvit said...

chichi,

Alahai kakak pun makan di rumah pihak perempuan. Tapi kakak rasa tepung tu dia uli dgn labulah chichi. Cubalah chichi buat dah tu masuk N3....:)

Unknown said...

as salam kak...

zaman skrg ni kak...majlis b'tunang dah sama mcm majlis kawin...zaman lia dulu ringkas jer...mengikut p'edaran zaman kan....

ehh..anniversary kak zakie selang beberapa hari jer dgn anniversary lia kan....:D

nak juga wish selamat menyambut ulang tahun perkahwinan utk kak zakie n suami...semoga r/tangga yg dibina akan kekal bahagia hingga ke akhir hayat..amin.

Kakzakie Purvit said...

sayangsayangibu,

Kek itu anak-anak yg makan habis. Kakak tak begitu minat.

Koci memang kakak suka. Rasanya lagi susah buat koci ni sebab nak bungkus satu-satu dan kena ada inti lagi. Makan senanglah sya hahaha.....

Dr K said...

1st time saya dengar pasal kuih koci pulut+labu..tengok warnanya kuning..ingatkan guna isi durian...:)

Kakzakie Purvit said...

wahida,

Itualh kakak kata macam org kawin tapi majlis berlangsung sekejap je. Makan yg lama....

Kakzakie Purvit said...

munna,

Terima kasih ucapan munna.

Kakak rasa munna mesti boleh buat kalau dah merasa. Mungkin labu lenyek dicampur dengan tepung pulut kot....

IMANSHAH said...

selamat menerima anak saudara baru

Kakzakie Purvit said...

nukilaniffiza,

Fen... mungkin fen tahulah tempatnya. Quaters ini baru lagi dibatu 6 dekat dengan kubur Jln Bakri. Ok juglah qaatersnya. Bersih...

Kakzakie Purvit said...

ct shah,

Kalau jauh biasanya macam ct. Risik terus tunang dan nikah. Adik kakak yg duduk selayang dulu pun begitu. Kami dari Johor rombongan ke Kedah. So perbincangan dibuat sekali pinang terus nikah.... Jadi saudara-mara sekali jalan je....

Kakzakie Purvit said...

LadyzuL,

Terima kasih....

saniah said...

wahh..dah nak dpt menantu anak saudara (betul ke ni??) hehe..bila nak terima menantu k.za? :)

Kakzakie Purvit said...

Daddyziyyad,

Itulah doc. Bila makan kami bertanya dgn makcik tu dia kata pulut+labu. Sedap tau doc...

Penjejak Mimpi said...

Hmmm... bila la turn sy lak nie?...

Kakzakie Purvit said...

Mamamya,

Itualh Lia kakak dulu duduk bilik tak keluar. Sarung cincin mana ada pelamin sakan. Inai jauh sekali....

Terima kasih Lia. Tahun depan kita sambut sesama ye. Hehehe....

Kakzakie Purvit said...

IMAH SHAH,

Terim kasih cikgu...

Kakzakie Purvit said...

saniah,

Anak saudara menantu. Heh.... betul tak sanian nie? Anyway terima kasih.

Kakzakie Purvit said...

Penjejak Mimpi,

Akan tiba masanya PM kena bagitahu kakak....:)

ainhany said...

salam kak,

amboi2 mcm tu.tahniah dah nak dapat bakal menantu lagi....semuga selamat ke jinjang pelamin..cantik laa bakal pengantin tu..

selamat bertunang dan selamat mmelihara adab2 pertunangan. gamaknya bila nak langsung nye kak??

ainhany said...

salam kak,

amboi2 mcm tu.tahniah dah nak dapat bakal menantu lagi....semuga selamat ke jinjang pelamin..cantik laa bakal pengantin tu..

selamat bertunang dan selamat mmelihara adab2 pertunangan. gamaknya bila nak langsung nye kak??

ainhany said...

salam kak,

amboi2 mcm tu.tahniah dah nak dapat bakal menantu lagi....semuga selamat ke jinjang pelamin..cantik laa bakal pengantin tu..

selamat bertunang dan selamat mmelihara adab2 pertunangan. gamaknya bila nak langsung nye kak??

husnalalink said...

tahniah2 ye akak..dpt lg tahun depan anak sdara baru..hmm..ehh..tunang pun pkai inai di tgn..hmmm..

nabilah_2908 said...

dah selamat bertunang...bila langsung nya..? :)

jom ke APA KATA HATI pulak ;
BUTTERSCOTCH ANYONE??

Maya Mayana said...

Alhamdulillah..semoga panjang jodohnya..dan dipermudahkannya...

bersama kak Es said...

moga cepat disatukan :)

Kak Amy said...

wah bertunang sekarang nie semua grand2.. tunang pun dah nampak macam menikah , tue la dunia dah semakin ke depan..kan kak

Mataku said...

Urmm... ingat time aku bertunang dulu... indahnya...

Pia said...

"a'ah kak,saya pun perasan org skrg ni bertunang pun berinai kan...yer la zmn dah berubah..~sedapnya kuih koci labu.."

Afida Anuar said...

eh meriahnya, macam kawin.. baju tunang tu pun macam baju kawin kan kak zakie?

he he, kalau akak bagitau makan sirih cepat dipinang orang, dan dan fida cari sirih ni kak..hehe gurau je la;)

Hamizah said...

tahniah,kak zakie..

Temuk said...

As-Salam KAKZAKIE
Tahniah utk seluruh keluarga besar kakzakie! Tepak sirih tembaga tu nampak hebat, tebal & berat. Kek Halim utk Linda sangat ayu rupanya. Dan bersemangat sungguh pasukan pembawa dulang mendaki tangga. Siapa suruh bertumit tinggi... Kakzakie bila nak lawan Kak Uda? Ceria selalu.

Mohamadazhan.com said...

salam kak...

menarik tu kak...kueh tu macam sodap ja.hehe

bila la nak sampai seru saya ni...hehe


Info Sihat: Kebaikan Epal Hijau

Cik Ina Do Do Cheng said...

Assalamualaikum kak zakie,


Masa cepat beredar, tahun demi tahun. Meriahnya majlis tunang tu. best pulak dapat makan koci labu, sedap, cik ina suka. part yang paling best lepas tunang, mesti kek, buah dan cokelat, dibagi pada sanak saudara yang terdekat.Selamat bertunang linda, semoga berbahagia.

Hairun Azmi said...

Congrats...

Hidu gam

ibundo said...

kakzakie,
temengah2 makcik2 tu naik tangga hehe..

Tahniah pada anak buah dan keluarganya. Zaman sekarang ni bertunang pun meriah. Tak macam kita dulu menyuruk dalam bilik je.

Kakzakie Purvit said...

ainhany,

Kalau boleh keluarga kakak nak cepat sebab adiknya dah punya pilihan juga. Tapi pihak sana minta setahun, kena sabarlah nampaknya ain...

Kakzakie Purvit said...

lalink7,

Itulah Husz, kakak pun hairan, siap berinai tapi majlis berinai tak ada.

Kakzakie Purvit said...

nabila_2908,

Kami kena ikut pihak perempuan saja...

Kakzakie Purvit said...

Maya Mayana,

Terima kasih yana. Doakan yg terbaik ye...

Kakzakie Purvit said...

kak Es,

Inysa-Allah moga Allah makbulkan...

Kakzakie Purvit said...

Amy Syaquena,

Terpulanglah Amy pada pihak masing-masing punya kehendak. Ada pelamin tapi sanding sendiri, ada bilik berhias pun tidur sendiri. Hahaha....

Kakzakie Purvit said...

MindaMalay,

Hmmmm... mesti ada kenangan terindah yg sukar dilupa

Kakzakie Purvit said...

Piasara,

Aha la pia.... berinai sakan tapi majlis berinai tak ada sebenarnya. Dia just pakai suka-suka saja.

Koci itu teramatlah sedap pia....

Kakzakie Purvit said...

Afida Anuar,

Kakak rasa dia sewa mak andamlah Fida. Sebab masa masuk bilik ada mak andam yg buat.

Kalau 'mat saleh' bunga yg dipegang pengantin dicampak siapa dapat mean the next will be the person who manage to grap the flower. Tapi org kita percaya yg ini. Entahlah karut tu....

Kakzakie Purvit said...

Hamizah,

Terima kasih Miza..

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam TEMUK,

Tepak sireh itu kami sewa tau cikgu. Memang tembaga dan berat. Kalau dah nama pun perempuan cikgu mestilah nak lawa. Tumit tinggi kan ke cantik... Mengah bawa barang naik tangga. Hahaha......

Kakzakie Purvit said...

Mohamadazhan,

Kuih memang sedap. Azhan punya turn bila? Eh... Azhan kena meminang bukan dipinang tau. Heee......

Kakzakie Purvit said...

Cik Ina DDC,

Sedap Cik Ina ada kuih koci di reumah mereka. Sebab sebelum pergi kami dah makan-makan juga jadi sampai sana dah tak lapar sangat. Makan ala kadar je. Tapi kuih koci itu kami makan banyak...

Balik barang hantaran pula yg bebudak makan lagi...

Kakzakie Purvit said...

Miecyber,

Thanks a lot.

Kakzakie Purvit said...

kakpah,

Nasib baik cuma tingkat satu kakpah.

Kakak dulu pun sarung cincin dalam bilik, pelamin mana ada masa tunang.

Mutiara Bernilai said...

salam akak sayang..

wah, btul2, kdg2 rase mcm masa sgt2 cepat berlalu..
sedar2 ramai yg dah kahwin ..btunang n dah ade anak..

^__^

nway tahniah ye buat anak kak uda tu :)

My Little Diary said...

semoga kekal bahagia dunia akhirat.. amin
:)

NzA said...

TAHNIAH...semoga smpai ke penghujungnya...amin....

Cik SHiNJU said...

Tahniah buat Halim & Linda...
Kak...terliur tgk kuih koci labu tu..huhuh..

tepak sireh tu akak punya ker? susah nak jumpa dah..

Cikgu Nurin said...

Sedap kuih koci labu tu kak Zakie....meleleh ayaq liuq...

Dila's Art said...

Salam kakzakie

Tumpang cuci mata.

Moga dipanjangkan jodoh bakal pengantin.

emarieys said...

jari merah dengan ukiran inai...meriahnya pertunangan ini...

Lydia Miza said...

kak zakie..cantik kek tu...suka tgk.tiba2 mata terhenti menatap kuih koci labu tu..aduhhhhhhhhh terliurnya.sbgt2 terliur..huhuhu

dwatyKNY said...

MERIAHNYA...KAK... cantik jari si cik gadis... congrats

Kakzakie Purvit said...

Mutiara Bernilai,

Anak saudara kakak lelaki jadi start kerja saja mak-ayah dah sound saving duit kalau nak kahwin. Girl friend ada tak kan nak tayang saja.

Kalau lelaki senang pergi meminang, perempuan kena tunggulah MB. Sabarlah....

Kakzakie Purvit said...

My Little Diary,

Terima kasih Rima. Itulah harapan kami juga.

Kakzakie Purvit said...

NzA,

Terima kasih atas doa itu....

Kakzakie Purvit said...

Cik Shinju,

Kakak pun teringain nak makan lagi koci tu Yun.

Kak Uda kakak sewa dari kawan dialah Yun. Itu tembaga betul tau Yun, berat lagi....

Kakzakie Purvit said...

Cikgu Nurin,

Jangan kata cikgu, kakak pun terliur lagi. Pandailah mereka buat...

Kakzakie Purvit said...

Dang Tari,

Terima kasih dari kakak. Mudah-mudahan terlaksana utk disatukan.

Kakzakie Purvit said...

MamaEma,

Anak kakak pun kata begitu. A'ah memang meriah walau letih.

Kakzakie Purvit said...

Lydia Miza,

Alahai LM kan tengah rajin membaking. Buatlah LM. Tak lama sampai M'sia boleh buat kuih koci. Dekat Qatar ada daun pisang tak? Hehehe.....

Izwa Kamaruddin said...

tahniah kak zie semoga ceria dgn pertambahan ahli keluarga akan dtg :)

Unknown said...

kak zakie, tahniah utk halim ya, (anak saudara yang berapa?). pejam celik. sekejap sahaja masa berlalu.. anak saudara ayu dan tingkatan 2....
perempuan.. entah2 kawin awal.. heheheh


bab koci tu.. opss... jgn tatap lama2 ayu posa.. heheheh

windu kak zakie

Unknown said...

bila baca entry nih teringat lak zaman saya bertunang dulu...hehe

ahmad humairi said...

assalamualaikum,


selamat bertunang...lepas ni timang cucu plak.

anak saya kahwin 30.10,11 nanti, insyaAllah. Jemput datang!

Kakzakie Purvit said...

Mrs. Eady,

Harap begitulah tambah ahli tambah ceria...Terima kasih

Kakzakie Purvit said...

Citarasa Rinduan,

Ayu kalau nak kira dah terlalu ramai anak saudara kakak yg telah berumah-tangga. Dah jadi nenek pun...:)

Kakzakie Purvit said...

Papa Mifz,

Amboi... terkenang pulak dah...

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam ahmad humairi,

Begitulah yg selalu.

Kakak dah jadi nenek tau cikgu. Ramai anak saudara kakak yg telah punya anak baik sebelah kakak mahupun hubby.... Dah bias kena panggil nekma zakie. Hahaha....

ucubakery said...

assalamualaikum k.zakie...

rasenye kita ni mcm sebaya jer...tet..

Hanis MY said...

tahniah! mcm best je kuih koci tu, hanis tak pernah jumpa lg, kuih koci versi tu...

p/s: terima kasih sudi berkunjung..

Dilla Ady said...

wahhh...tergoda tgk kek tu..

buat yg bertunang, tahniah ye!

zue said...

slmt ulangtahun prkahwinan yg ke 16 thn.
mmg cepatkan masa brputar..kejam celik..tup2 anak kakzakie lak brtunang.

Hajah Nafisah bt. Haji Md. Noor said...

salam. nak kueh koci labu tu.....
ok. kul 4 pagi sok dah nak bertolak ke KLIA.

IMANSHAH said...

Salam maghrib..teringin!!

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

BSB tak pernah jumpa lagi koci labu...mesti sedap kan?BSB pun sok balik kg gak ada saudara kawin.

Admin P@P said...

assalamualaikum.
Tahniah dari saya.
Semoga ikatan pernikahannya nanti akan kekal bahagia ke akhir hayat.
Tunaikan tanggungjawabnya nanti berlunaskan al-quran dan al-hadis.

TQ

Anonymous said...

Aslmkm.
Tahniah!
Bertunang sudah begitu banyak hantarannya. Nanti masa majlis pernikahan -> persandingan mahunya berderet-deret!
Setiap kali bila melihat majlis sebegini, kita nostalgia juga kan? :)

Ann Huda (Ate) said...

Syantik hantaran warna poteh. Agaknya tahun ni warna tema hantaran mmg putih ya? Adik Ate ms nikah last week pun buat hantaran warna putih.
Tentang tepak atau sireh junjung tu adat aja. Tapi dulu ms arwah abah Ate ada, dia suka permudahkan segala. So semua ank pompuan dia, tak de dia minta tepak atau sireh junjung tu psl dia kata membazir jerr, mana menggubahnya mahal lagi..pas tu tak bole buat apa2. Bkn ada yg nk mkn sireh tu mcm org dolu dolu. Arwah abah mmg seorang yg very practical.

Kakzakie Purvit said...

Ucu Faridah,

Sebaya keana ulangtahun perkahwinan ke ucu? ...

hentian said...

Angah pun sama. rasa macam baru semalam je lahir.. tau-tau minggu depan dah nak bikin 'masjid' sendiri...

Kakzakie Purvit said...

Hanis MY,

Mas maakan kakak bertanya itulah kami tahu koci labu+pulut. Memang sedap...

Kakzakie Purvit said...

Dilla Ady,

Kek tempah Dilla...

Terima kasih dari akak atas ucapan itu.

Kakzakie Purvit said...

zue,

Terima kasih zue. 16 tahun penuh warna-warni. Tunggu anak kakak baru 15 tahun la....

Kakzakie Purvit said...

Hajah Nafisah,

Kakak pun makan org yg buat.

Selamat bertolak makan angin. Jgn lupa kakak ye. Hehehe....

Kakzakie Purvit said...

IMANSHAH,

Terinagin kuih ke teringin nak meminang? :)

Kakzakie Purvit said...

Be Simple Beb,

Kakak pun baru makan kali pertama di sana. Balik kg. bestnya...

Kakzakie Purvit said...

Admin P@P,

Terima kasih cikgu. Insya-Allah pesan cigu kami ingat.

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam DDrfauziah,

Terima kasih Kak G. Sekarang trend bertunang dah macam nak kahwin Kak G.

Hahaha... Kak G teringat juga ye:)

Kakzakie Purvit said...

Ann Huda (Ate),

Kami berada di pihak lelaki bimbang melanggar adat walau pihak sana tidak meminta. Memandangkan ianya mudah disediakan kami buat juga.

Light green dan hitam sebenarnya...

Kakzakie Purvit said...

Insan Marhaen,

Mesti sibuk sekarang IM ye. Tinggal seminggu saja lagi Angah nak menikah. Insya-Allah dipermudahkan...

Hanny Esandra said...

wahhh...
simple but nice sgt hantaran2 tu sume.. best2..