Semalam dalam kesibukkan menjalankan rutin di pejabat telefon bimbit di atas meja menyanyi Ya-Makkah.... Ya-Makkah. Itu nada dering telefon bimbit aku. Melihat nombor tertera di skrin teramatlah asing. Tapi aku pasti nombor tertera datang dari bandar Johor Bahru. Salam bersambut bersama rasa ingin tahu siapa gerangan suara di hujung talian sana. Kurang jelas kerana perkenalan diri diberi berbaur dengan esakan yang berat.
Masnida: Kak ini Mas. Nak minta tolong kakak. (Esakan dan tangisan kian jelas).
Aku: Kenapa Mas, bertenanglah cerita satu-satu kalau kakak boleh tolong.
Masnida: Adik Mas dah tak ada harapan lagi. Cancer dia doktor kata sudah stage 4. Seminggu sudah tidak buat treatment lagi. Doktor suruh bawa balik.
Aku: Astaghfirullahal'azim.... sabar Mas kakak faham macam mana perasaan Mas.
Sebaik habis berkomunikasi pantas aku telefon sahabat satu taman yang telah bersara untuk pukul canang malam Jumaat untuk berkumpul bagi mengadakan majlis Yaasin dan doa selamat. Harapan kami sebagai teman semoga dipermudahkan perjalanan samada hidup atau mati buat Nuruldiana Binti Mohd Din (adik Pn. Masnida). Masih terlalu muda baginya menanggung ujian ini. Malam tadi aku mengetuai majlis tersebut sarat dengan sebuah harapan moga doa kami dimakbulkan Allah.
Masnida: Kak ini Mas. Nak minta tolong kakak. (Esakan dan tangisan kian jelas).
Aku: Kenapa Mas, bertenanglah cerita satu-satu kalau kakak boleh tolong.
Masnida: Adik Mas dah tak ada harapan lagi. Cancer dia doktor kata sudah stage 4. Seminggu sudah tidak buat treatment lagi. Doktor suruh bawa balik.
Aku: Astaghfirullahal'azim.... sabar Mas kakak faham macam mana perasaan Mas.
Sebaik habis berkomunikasi pantas aku telefon sahabat satu taman yang telah bersara untuk pukul canang malam Jumaat untuk berkumpul bagi mengadakan majlis Yaasin dan doa selamat. Harapan kami sebagai teman semoga dipermudahkan perjalanan samada hidup atau mati buat Nuruldiana Binti Mohd Din (adik Pn. Masnida). Masih terlalu muda baginya menanggung ujian ini. Malam tadi aku mengetuai majlis tersebut sarat dengan sebuah harapan moga doa kami dimakbulkan Allah.
Selesai - Setelah selesai doa selamat kami bersama makan juadah yang sederhana saja persediannya. Gambar sewaktu membaca Yaasin tiada sebab semuanya membaca.
Habis - Oleh kerana semalam aku bekerja persediaan sederhana saja dapat aku berikan. Ketupat adabi segera, roti jala, kari ayam (sebagai pencecah roti jala dan utk makan dengan ketupat), sandwich sardin, sambal tumis, lepat pisang dan sedikit buah melon. Itu saja.
Bersalaman untuk pulang - Kerana majlis bermula selepas solat maghrib, majlis selesai lebih kurang jam 9:30 malam tadi. Alahmdulillah....
Nota: Masnida adalah salah seorang hamba Allah yang kini menjadi pelapis ketika keuzuran aku untuk mengetuai majlis Yaasin dan Tahlil di taman perumahan kami. Atas rasa tanggung-jawabnya yang tinggi terhadap masyarakat dia rajin bertamu ke rumah aku untuk mempelajari tajwid dan cara-cara mambaca Yaasin dan tahlil dan dia kini boleh diketengahkan. Alhamdulillah berkat rajin, sabar dan muhasabah yang tinggi kini dia boleh membacanya dengan baik.
93 comments:
harap kak mas dan keluarga tabah~~
assalamualaikum,
Allah ada untuk kita sandarkan harapan. Didoakan moga dipermudahkan segala jalan buat Nuruldiana.
Baca yaasiiin dengan harapan terbaik buatnya.
moga adik Mas dipermudahkan perjalanan hidupnya
beruntung ada jiran yang mempunyai semangat kejiranan dan sifat tolong menolong yang tinggi... syabas kakzakie
gua aminkan doa akak
semoga mas dan adiknya tabah..
syabas buat akak dan teman setmn atas majlis itu..
bila mendengar berita sedemikian terasa sayu hati.
semoga adik mas tabah menghadapinya..semuanya itu adalah ujian dari Allah.
semoga Mas tabah menghadapi ujian Allah swt. Semoga ada ganjaran yang setimpal dgn tiap ujian yg dikurniakan ini
semoga adik kak mas dan kak mas sekeluarga tabah menempuh dugaan nih.banyak-banyakkan berdoa pada Tuhan.
dlm hidup ni, mcm2 dugaan kan yg kita hadapi....kdg2 sy rasa mcm tak berdaya nak harungi semua tp tak tau di mana dtgnya kekuatan....
utk kak mas...
semoga tabah dan redha dgn ketentuan Ilahi...kita hanya berserah padaNya,setelah kita berusaha...
semoga kak mas sekeluarga tabah menempuh ujian darinya..alhamdulillah dikurniakan teman2 yg sangat memahami..tahniah buat kak zakie dan teman2 yg lain..
sedihnya kak... besar dugaan tu, sama2 kita doa, hanis pun doa dr jauh, semoga kak mas sekeluarga tabah...insyaAllah..
Salam Kak Zakie.
Makanan sebanyak itu di kategorikan sederhana?? Berdecak kagum Ate.
Apa pun di doakan moga Masnida sabar dan redha dalam menghadapi apa juga takdir Allah. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yg terbaik buat adik Nuruldiana.
kesiannya..harap kak mas n family tabah hadapi ujian ini..
banyak2 support dia ok kak..
tersentuh hati baca..harap tabah menerima dugaan ini..
semoga adik Mas tabah dan kuat..
dugaan Allah SWT tak sapa yang tahu kak!
semoga beliau tabah menghadapi ujian dariNya...
semoga allha mempermudahkan segala urusannye...
setiap org pasti ade dugaan...itu dinamekan cabaran hidup...
kakzakie mmg baik hati dan prihatinkan...dgn adenye doa selamat ini sekurang2nye dapat lah meringankan masaalah yg dihadapi olehnye...
assalamualaikum kak
ya Allah. macam terasa pulak apa yang kak mas tu rasa. pernah rasa bila orang yang disayang takda harapan untuk teruskan hidup. SubhanaAllah
semoga dia kuat dan tabah,. maybe itu yang terbaik buat adik dia. Allah tu Maha Merancang kan :)
sALAM..
Sungguh tiap dugaan itu merapatkan lagi tali siratulrahim, biar pun hanya doa yang termampu namun lebih hebat ganjaran dari wang ringgit. Tiap dugaan itu terselit hikmah yang Hanya DIA yang tahu
salam kak,
kembalilah kita kepada ALLH sebaik2 tempat munajat...
salam simpati atas kesakitan yang dialami oleh adik Pn Mas, Mudahan ALLAH mmberikan kebaikan untuk mengurangkan penderitaannya..sabarlah..redzalah..dan kita yng masih sihat ni turut mndoakan..InsyaALLAH mudah-mudahan dipermudahkan.
ooo baru ain tau..akak ni bukan calang2 org jugak ye..ustazah laa nie..amin
semoga nurulhuda adik kepada kak mas, tabah dan diberi laluan yang sebaiknnya dariNYa..
kak...........
tang, majlis diatas tu.. syukur semuanya berjalan dengan lancar.
Allah tahu apa yg terbaik utk hambaNya...jika hidup lebih baik utk dirinya..insyaAllah dia akan sembuh
semoga teman kakzakie tabah.
acik sama mendoakan yang terbaik..
bujal x,
Itulah juga yg kami harapkan bujal
Wa'alaikumslam ahmad humairi,
Bila tiada cara lain itulah kepasrahan yg termampu buat kami sebagai temannya. Titipan doa...
ibuintan,
Sedih juga ibuintan bila dalam usia yg terlalu muda telah diuji sebegini hebat.
Kami sekelompak umat Islam di taman tidak ramai, tambahan yg rumah low-cost ramai kalangan tidak bekerja dan balik kg. Jadi yg hadir adalah dalam 30 org saja...
brutalsolo,
Terima kasih dik...
sarah-najwan,
Itulah cikgu yg termampu oleh kami sebagai teman dan jiran...
zue,
Kalau kita yg mendengar dan membaca pun sayu apa lagi keluarga mereka kan...
~asfaliza~,
Kakak pun harap dia redha dengan ujian Allah ini...
eiela,
Itulah yg dilakukan. Bila keadaan begini hanya Allah tempat mengadu...
azian,
Betul Yan, dalam kita merasa kita kena uji tapi ada org lain lagi besar ujiannya.
Balik muhasabah diri mesti ada yg ALlah mahu tunjuk pada kita atas setiap yg berlaku.
nurkass,
Kalau dilihat memang jelas yg keluarga mereka redha dan itulah juga yg termampu kami sebagai teman lakukan...
Hanis MY,
Terima kasih Hanis atas doa itu....
Ann Huda (Ate),
Kakak tak dapat nak sediakan apa sebeb nak kejar hari jumaat. So balik kerja terus sinsing lengan. Mujur anak-anak tak sekolah boleh tolong potong ketupat dan kopekkan buah. Kemaskan apa yg patut.
Terima kasih doa itu...
Ayuraza,
Benar sungguh kesian, lagi bila lihat wajah-wajah sugul....
Kami sebagi teman memang sentiasa bergilir dtg menziarahinya dgn membaca suroh Yaasin....
chichi,
Terima kasih....
wahida,
Kami harap yg sama juga ida..
My Little Diary,
Itulah Rima bila kena uji rasanya takut dan tak tertanggung...
semoga kak Mas sekeluarga tabah...
ainnoraini,
Harapan terlalu tinggi ain buat mereka. Hingga ibunya kata kalau nak pergi, emak redha yana. Kami semua luruh hati....
Wa'alaikumsalam sar,
Kalau lihat emak-ayah dia lagilah hati kita sayu. Bagai tahu itulah seolah-olah anaknya akan dijemput Allah bila-bila masa...
zanna rohim,
Beanr zana kami dapatlah bertemu kerana ada majlis ini kalau tidak selalu sekadar menyapa dari dalam kereta....
Allah maha mengetahui apa yg kita ktak tahu.
wa'alaikumsalam ainhany,
Itulah doa kami moga dipermudahkan buat Nuruldiana samada utk terus sembuh atau sebaliknya....
Citarasa Rinduan,
Terima kasih doa itu Ayu. Kami mohon ada sedikit doa yg diterima pun kami redha...
Alhamdulillah majlis memang tersusun dan lancar.
redza,
Telah lama pasrah redz. Tunggulah kesudahannya dan kami terus berdoa.
Acik erna,
Harapan kami juga Acik.
Terima kasih doa sama.
~Yus~
Insya-Allah ikut mata kakak mereka memamng tabah dan redha...
Semoga kak mas tabah...
Semoga ALLAH merahmati Nuruldiana wlu apa pun kesudahannya nt...
Kak,cekap betul akak yer...dlm masa singkat boleh aturkan majlis bacaan yasin / tahlil siap ngn jamuan lagi..
insyaallah di permudahkan Nya...
moga nuruldiana tenang
dan masnida tabah ye dengan dugaan ini...
Cik Shinju,
Itulah Yun keluarga mereka redha pa juga sekarang.
Sebaik dapat call dan confirm dgn kawan taman, kakak suruh anak kakak rebus dulu ketupat, kentang rebus dulu, ayam keluarkan dulu dari fridge. Balik tinggal tumis apa yg patut. Itulah yg dapat.
miloais,
Mudah-mudahanlah milo.
Assalamualaikum kak zakie,
Semoga nurul diana cepat sembuh. Doakan yang terbaik wat dia. Kita sebagai hambanya mampu berusaha, berdoa dan bertawakal. Yang lain kita serahkan padanya .
semoga diana cepat sembuh... amin..
Hanya kepadaNye kite berserah dan memohon pertolongan..
salam kak,
saya sangat bersimpati...sakit tidak mengenal usia sekarang
moga beliau cepat sembuh kembali....jika pergi, biar pergi dalam husnul khtimah amin...
Perbahasan Puasa Bulan Rejab | Amalan Doa Bulan Rejab
moga Masnida sekeluarga tabah lalui hari2 yg mendatang... :(
assalam kak..da lma saya xjenguk page akak..maaf la yer...saya turut doakan dia akan sihat semula kak..saya pon ade alami 1 penyakit..tp saya reda & terima penyakit tu..saya anggap penyakit saya ni 1 anugerah kak..doakan saya sihatjuga ye!!!hehe
MOGA ALLAH PERMUDAHKAN SEGALANYA...AMINNNNNNNN
NOTE:FARISYAH BARU LEPAS OPERAT TELINGA N ANTARA HIDUNG DENGAN TELINGA....HARI SELASA BARU NIE...ALHAMDULILAH SEMUANYA BERJALAN LANCAR
dwaty,
Kami sekadar mohon dipermudahkan buat diana samada perjalanan yg Allah pilih...
Penjejak Mimpi,
Benar PM itulah ikhtiar akhir kita setelah doktor pun tidak dapat berbuat apa lagi.
Mohamadazhan,
Itulah harapan kami dan juga keluarganya.
nabilah_2908,
Lama sudah mereka tabah dan harap redha apa juga yg Allah berikan..
YATZAKIE,
Disamping berdoa, Yat usahalah mengubatinya. Sedih kakak dengar. Dari jauh kakak doakan yg terbaik....
Cik Jue aka Ibu Farisyah,
Terima kasih Jue doakan.
Kesiannya farisyah. Moga beransur sembuh ye.
salam kak zakie....
moga yang sakit tu disembuhkan Allah, amin
moga tabah...
penyakit dtg x kira tua atau muda..semoga kita diberi ketabahan menghadapi ujian, biarlah yg mampu kita tanggung..Allhuakbar
Semuga Nuruldiana kuat semangat dan segera pulih...
E.coli kebal
smg adik mas tabah, bagusnya Ada smgt kejiranan yg kuat
Ya Allah.. sedihnya.. semoga kak Mas tabah..
adik sy pun pernah kna kanser.. tp Alhamdulillah masih di peringkat awal.. dan dia dh pun slamat menjalani pembedahan..
semuanya suratan ....
salam k zakie,
firman allah swt,
surah al isra'
[67]
Dan apabila kamu terkena bahaya di laut, (pada saat itu) hilang lenyaplah (dari ingatan kamu) makhluk-makhluk yang kamu seru selain dari Allah; maka apabila Allah selamatkan kamu ke darat, kamu berpaling tadah (tidak mengingatiNya); dan memanglah manusia itu sentiasa kufur (akan nikmat-nikmat Allah).
di waktu dalam keadaan dah tiada siapa yg kita boleh bergantung harap, allah swt la sahaja yg
kita pinta pertolongan supaya dapat kita keluar dari keadaan yg tidak dapat di rungkai.
semoga berkat bacaan yassin k zakie, adik nuruldiana kembali sihat dan jgn lupakan allah swt sekiranya kita diberi kesihatan spt sedia kala ...
semoga
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
jumlah claim insuran kereta kemalangan
DOA SELAMAT
Ya Allah, kami memohon kepadaMu kebaikan sama ada yang kami telah tahu atau yang belum kami ketahui, kurniakan kami nikmat dan rahmat yang berpanjangan, tubuh badan yang sihat, akal fikiran yang sejahtera..
Ya Allah permudahkan lahh segal urusan adik nuruldiana mudahan kembali sihat... Amin
semoga kak mas tabah hadapi semua ini.....
ujian hidup ini allah beri kepada hambaNya mengikut tahap mereka.
muga yang menerima ujian itu terus sabar dan reda..
semoga beliau tabah dan dipermudahkan segala urusan. doakan yang terbaik. amin.. :)
Wa'alaikumsalam JARI TERBARAI,
Terima kasih atas doa itu. Mudah-mudahan...
Adinda Amy Sensei,
Terima kasih adinda amy
SUD@IS,
Melihat ketabahan keluarga mereka rasanya Allah tahu tahap kemampuan mereka utk diuji. Tapi kami kesian benar....
Miecyber,
Kalau melihat diana macam dah pasrah dia. Kita yg melihat yg rasa betapa sakitnya...
ajumohit,
Terima aksih dari kakak. Alhamdulillah kelompok yg kecil tapi masih sepakat lagi...
Solihin Sabirin,
Bersyukurlah dik kerana adik solihin dapat diselamatkan. Tapi dulu diana pun semacam dah boleh pulih tapi ianya dtg kembali. Kena kimotrapi selalu tapi nampaknya semakin teruk. Sedih kan dik...
Bigdaddyz,
Ya... kami faham tapi tetap mahu berusaha selagi diberi peluang
Wa'alaikumslam aby,
Sebab itulah bila doktor pun dah tak boleh buat apa keluarga mereka dan kami sebagai teman sekadar mampu menadah tangan kepada Allah mohon yg terbaik dan redha apa jua yg diberi olehNya....
Afzainizam,
Amin... ya robbal'alamin..
Terima kasih Az....
Nur Liyana,
Terima kasih dik...
Insan Marhaen,
Benar IM... ujian Allah beri kepada yg mampu menggalasnya. IM lagi mengerti hal-hal sebegini kan...
~F-CiCak,
Terima kasih sudi berkunjung dan kami juga mohon Allah beri yg terbaik buat mereka.
as salam kak...
semoga kak masnida n adiknya tabah menfhadapi dugaan dariNya... org kata berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul....
Assalamualikum kakzakie..
salam kenal..terimaksih berkunjung di rumah sy....
seorg teman ofis bakal menjalani pembedahan breast cancer minggu depan..mudah2an adik nuruldiana diberi kekuatan dn masih ada peluang dan harapan untuk pulih..insyallah doa dr kita semua buat beliau.
semoga beliau sekeluarga sentiasa tabah! amin..
Wa'alaikumsalam sahabat:
@ Mamamya: Kakak baru balik dari menziarahi keluarga beliau. Terima kasih doa dari Lia. Namun nyata Allah lebih menyanyaginya. Dia telah pergi menghadap Illahi tengahari tadi.
@ Nyanyisunyi: Terima kasih juga atas doa itu dan sudi berkunjung.
@ NOOR FATIN: Keluarga mereka memang tabah menerimanya.
Untuk pengetahauan semua teman adik Nuruldiana telah selamat disemadikan baru sebentar tadi. Kakak punbaru balik dari rumah beliau.
Moga rohnya dicucuri rahmat.
Khususan Ilaruhi Al-Marhumah Nuruldiana Binti Mohd Din Alfatihah.....
Post a Comment