Sesekali kita melihat dengan mata dan hati kita
ada ibu-bapa miskin punya anak ramai bilangannya
anak pandai namun tidak berupaya meneruskan pengajian pula
ada pula ibu-bapa berilmu dan berharta
anak sendiri tidak dikurnia, hatta anak angkat pun tidak punya
ada ibu-bapa yang berilmu dan tinggi akhlaknya
dikurnia anak yang bodoh dan dangkal perilakunya
ada pula ibu-bapa cacat dan miskin harta
anak dikurinakan cerdik dan berjaya belaka
ada juga ibu-bapa cacat dan miskin segalanya
anak pun cacat dan terus mewarisi kemiskinan yang ada
ada ibu-bapa yang kaya dan berjaya
anak juga mewarisi kebijaksanaan dan berjaya juga
ada ibu-bapa yang cantik rupa dan penuh bergaya
sayangnya anak hodoh tiada rupa dan tidak sempurna
ada pula ibubapa hodoh paras dan rupa
namun anak dikurnia cantik rupa dan budibahasa
di mana juga kita berada
di mana jua anak kita duduknya
hikmah dari Allah tidak kita ketahui mengapa
namun apa yang nyata
samada punya anak mahupun tiada
tanggung-jawab sebagai manusia tetap ada
biarpun berlambak mahupun tidak berharta
sesungguhnya disebalik hak kita ada hak orang lain juga
membuat perkongsian selagi ada hayat kita
1. “Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.” (Al-Anfal : 28).
2. Doa Nabi Ibrahim “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!” [As-Shafaat :100]. Dengan berkat kesungguhan Nabi Ibrahim AS dan keyakinannya, maka Allah SWT mengurniakan kepadanya anak yang penyabar iaitu Nabi Ismail AS dengan firmanNya yang maksudnya;“Lalu Kami berikan kepadanya berita yang menggembirakan, bahawa dia akan beroleh seorang anak yang penyabar” [As-Shafaat : 101]
115 comments:
Setiap yang lebih, ada kurangnya - begitu juga sebaliknya. Semoga keimanan kita tidak sama sekali akan goyah hanya dengan sedikit ujian yang Allah turunkan...
emmm..
betul tu kak zakie..
tak kiralah berharta ke tak, ada rupa ke tak, pandai ke tidak...kita semua hambanya dan semua itu adalah dugaan darinya..
setuju... hidup ini bukan hakmilik kita sahaja... harus sama2 membantu... saudara seislam :)
Itu semua ujian Nya kan kak...
Apa yg pasti, setiap kali kita merasa kekurangan diri (dan keluarga), kita cepat2 bandingkan diri kita dgn org lain yg lebih teruk nasibnya...dengan cara tu, baru kita dapat rasai betapa banyak nya nikmat yg Allah dah kurniakan kepada kita
Assalamualaikum kak zakie.
Syukurlah kita masih lagi bernafas dan beri kesempatan tu hidup.
Allah punya kuasa
betolll..setuju...
sebab tu pregnant banyakka n baca Yusuf n Maryam..^^
salam kak,
alhamdulillah ...ati selalu bersyukur
dapat anak2 yang baik :)
tei\rima kasih atas perkongsian ni kak zakie... Allah dah buat elok dah untuk setiap umatnya kan... alhamdulillah syukur dengan setiap kurniaan
p/s: dulu sy belajar kat UTM skudai, itu yg praktikal kat jb... sy rindu nak g sana..makan makanan johor.. sedap!
kakcik,
Itulah kakcik ujian diberi untuk melihat sejauh mana kita mampu menerimanya kan.
nurkass,
Kalau kuat memikul tak ada apalah yg dirasa tapi bila lemah hingga tergoncang iman di dada.
mama maman,
Hidup yg seketika ini rasanya baik ita berikan sedikit hak kita sesama insan kan.
Daddy Ziyyad,
Sayangnya kita selalu membanding dgn yg lebih dari kita itu yg selalu diri terasa kurang. Kalau ikut kata doc membanding yg kurang pasti kesyukuran itu tinggi nikmatnya amat benar sekali.
Wa'alaikumsalam CIk Ina DDC,
Alhamdulillah CIk Ina masih boleh bernafas dan menikmati segala nikmat yg diberi olehNya.
alhamdulillah...suka sgt dgn n3 kak zakie ni....
setiap manusia yg dilahirkan pasti ada kekurangan n kelebihan.....
Hamizah,
Sungguh benar sekali...
Ayuraza,
Bahkan sebelum benih bertapak di dalam rahim seharusnya diiringi doa moga keselamatan dan kesejahteraan berpanjangan.
Wa'alaikumsalam Ati masrif,
Betul Ati... kena bersyukur atas nikmat itu.
Hanis MY,
Banyak sungguh nikmat yg diberikan olehNya kan Hanis.
p/s: Bila balik nanti bolehlah turun Johor. Inform kakak ye mana tahu masa tu dah bertiga atau ber4 (kalau twin).
betul tu kak...
segala sesuatu yang kita ada adalah kurniaan dariNya.
Bersyukur dengan apa yang kita ada, dan cuba perbaiki diri sendiri, moga kita dapat menjadi insan yang lebih baik dan bukan sebaliknya...
Mamamya,
Kerana itulah Lia kita bersyukurlah kan walau tidak terbaik tapi segalanya indah utk diharungi...
Tengok mata Firas pun hati dah gembira....
~Yus~,
Kadang-kadang malu dgn dri sendiri bila terlalu banyak mohon/meminta dariNya berbanding apa yg kita mampu lakukan sedangkan pemberianNya tidak terhitung banyaknya...
Semua yang disekeliling kita adalah bukti kebesaraan Allah, ia Maha Berkuasa dan Maha Pencipta.
setiap manusia Allah bagi kekurangan dan kelebihan. kadang2 kita je yang tak perasan..
assalamualaikum kakzakie :)
tiada yang sempurna. tapi hanya Dia. :)
dikurnia sedemikian rupa agar saling lengkap melengkapi, mudah memudahi.
tapi...apa yang jadi sekarang?
yang kaya makin kaya..
yang miskin makin miskin..
yang sombong terus haloba..
yang lemah makin ditindas..
alaahai..
astaghfirullah..
kepentingan dunia. Ujian Dia.
itu lah cara Allah nak menguji hambanya. sekaligus memberi peringatan bahawa kita adalah makhluk yang akhirnya pasti kena bergantung dan berserah segala-galanya kepada Allah jua...
Setuju dengan akak , alhamdulillah amy sentiasa bersyukur.setiap manusia yang dilahirkan pasti ada kekurangan dan kelebihan...
apa-apa pun munna bersyukur dengan kurniaan tuhan pada munna
yang pasti, setiap kurnian-Nya adalah yg terbaekk buat kita...oleh itu bersyukurlah atas setiap kurniaanNya
Assalamualaikum kakzakie :)
efa setuju dan suka sangat dengan hasil penulisan akk..
efa bersyukur menjadi seorang anak, dan berazam nak balas jasa dan pengorbanan ibu dan ayah yg tidak ternilai... semoga suatu hari nanti efa juga dapat menjadi seorang ibu yg baik dan di kurniakan anak2 yg soleh.. bersyukur di atas segala Anugerah Allah..
Jom Terjah Sini :)
ade ketikenye kite terlupe untuk bersyukur dengan ape yang Allah da kurniakan kat kite..
jadi sebagai hamba-Nya kita wajib bersyukur atas segala kurniaan yg diberi.. :D
saya suka N3 akak ni..
alhamdulillah..ilmu di hari juma'at..sesungguhnya bersyukur la apa yg kita ada dan nikmati..Allah SWT Maha Mengetahui setiap kejadian..
salam,
anak-anak amanah, juga ujian utk kita
ana-anak adalah ujian untuk kita
Kunang-kunang,
Terlalu banyak kurniaan dan kebesarannya untuk dinilaikan. Terima kasih Kak Ani...
Noor Fatin,
Benar Fatin, itulah kita kena buka hati dan mata kita luas-luas...
Wa'alaikumsalam sar,
Paling takut bila ujian Allah berikan dengan kemewahan, kecantikan dan serba-serbinya baik belaka sehingga lalai. Ujian itu sebenarnya lagilah besar kan sar.
gadisBunga,
Sayangnya banyak yg peringatan utk kembali bila diri telah tersungkur. Moga tidak kita GB ye...
Amy Syaquena,
Kelebihan dan kekurangan adalah kehandak dariNya yg kita tidak ketahui mengapa. Sebagai hamba kita kenalah redha dan bersyukur.
munna,
Alhamdulillah munna. Segalanya dtg dariNya jua kan...
ajumohit,
Itulah yg sebaik-baiknya aju. Redha dan ingat kita terlalu kerdil...
Wa'alaikumsalam efa nur,
Gembira juga kakak bila dlm hati efa ada tersimpan sebagimana yg terluah itu. Insya-Allah efa boleh jadi anak/ibu yg baik....
Bila nak jadi ibu? Belajar dulu ye...hehehe....
Penjejak Mimpi,
Itulah PM sifat kita yg mudah lupa. Bila berkehendak tak malu-malu berdoa hingga menitis airmata....
makdara TERdiva,
Bersyukur ye MDT kerana anugerahNya tidak terhitung oleh kita.
Norhafiza,
Bila kita bersyukur sebenarnya DIA akan tambah lagi nikmatNya pada kita. Kenalah kita bersyukur selalu ye No...
Wa'alaikumsalam Tiraihati,
Anak juga amanah yg perlu dijaga kerana kelak kita akan dipertanggunjawabkan sekiranya salah asuhan...
pB,
Moa ujian Allah berikan biarlah yg mampu kita tanggung ye pB...
besttnyerrrrrrrrrr entrii nierrrr...
kurnian tuhan semua kak...
sudah semestinya kita bersyukur dengan apa yg ada...
entry yang sgt menyentuh hati.. setiap kejadian Allah itu ada hikmah disebaliknya.. Syukur Alhamdulillah dengan segala kurniaanya..
lalink7,
Ermm... kita renungkan ye Husz..
miloais,
Itulah maha mengetahui Allah yg kita tidak ketahui disebalik apa jua yg terpapar depan mata kita.
Hanis Azla,
Semoga kita sentiasa merapak rasa syukur kepadaNya kerana terlalu banyak nikmat yg telah diberikan pada kita kan...
haruslah kite sering mnsyukuri setiap nikmat yg diberi dan redha pada setiap musibat yg melanda...renung2kan dan selamat beramal....
hebat n3 berisi dan puitis
setiap dari kita ada kelebihan dan kekurangan...
Ayat inilah yg menjd panduan dlm menangani ank2..buat sy bersyukur dn elak riak dgn kejayaan mereka dan tetap menerima setiap kegagalan mereka dgn redha..sebolehnya sy cuba tdk menunjukan kekecewaan ketika mrk gagal sbb sy pasti mereka lbh lg kecewa jika gagal..
tiada anak juga satu ujian dlm kehidupan kak...bersyukurlah mereka yg dianugerah anak...Allah tidak akan menguji hambanya melainkan mereka yang sabar saja diberi ujian....semoga kita semua sabar dan tabah menghadapi ujian dlm kehidupan,btw tq sharing kak..:)
moga saya menjadi seorang anak yang baik pada ibu dan ayah walaupun saya ni nakal...huhu
semoga saya pun di kurniakan anak2 yang soleh
Kak Zai sentiasa bersyukur dengan apa yang di anugerahkah oleh Allah SWT.
Apa saja yang ada pada kita hanyalah pinjaman.
sekali tu terkesan n terkesima bila terserempak sepasang suami isteri yang buta dipimpin si anak dara ya ng elok bertudung labuh manakla anak lelakinya yang masih remaja berserban pulak tu... iskh! terfikir camana la dia dapat mendidik anaknya sebegitu...
sokong kakZ.mak slalu pesan pd anak2nya. Nanti bila kamu dh ada anak jagn beza2kn..syg @ mrah pd anak biar sma rata. Adil coz kita x tau sape yg akn jg kita bila tua nant.. Sya Komen dr langkawi. Hihi.
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
اسلام عليكم
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
sejarah honda civic ej @ ek
Jika anak dibesarkan dengan celaan
Ia belajar memaki
Jika anak dibesarkan dengan permusuhan
Ia belajar menentang
Jika anak dibesarkan dengan cemoohan
Ia belajar rendah diri
Jika anak dibesarkan dengan toleransi
Ia belajar jadi penyabar
Jika anak dibesarkan dengan dorongan
Ia belajar percaya diri
Jika anak dibesarkan dengan pujian
Ia belajar menghargai
Jika anak dibesarkan dengan kasih sayang dan persahabatan
Ia akan terbiasa berpendirian
Pasti ada hikmahnya segala yang Allah jadikan. Allah mahu kita berfikir..kan kak?
Tuhan tahu segalanya .Dia tahu apa yg terbaik buat kita.
salam kakzakie...sebut pasal anak..
teringat diri yang serasa macam sering mengabaikan ibu lantaran jarak yg memisahkan...
Kalau lah kita boleh menentukan acuan generasi kita....
Aku Teringin Nak Join Rewang...
Ieqa Rahim,
Sentiasa melihat dgn hati dan mata yg telah diberikan kurniaan ini kepada kia ye Ieqa.
SUD@IS,
Kenalah kita sentiasa muhasabah diri kita ini
Saniah,
Kadang-kala hati dirasuk perasaan iri melihat anak org jauh lebih maju berbanding anak kita anpa kita ketahui mesti ada pengajaran yg Allah nak tunjuk sebenarnya kan...
Nieza,
Ada anak atau tidak tetap ujian pada kita sebenarnya. Mendidik bukan hanya dgn wang ringgit yg kita mampu tapi meliputi segala-galanya....
Mohamadazhan,
Berdoa sambil berusaha dik itu lebih baik dan mestinya ibu-bapa akan lebih bahagia...
eelobor,
Insya-Allah Ee, Muaz masih terlalu kecil utk dibimbing, mudah mengikut.
Zaitun,
Alhamdulillah ye Kak Zai anak Kak Zai pun kakak lihat memang tidak menimbulkan masalah. Moga berterusan hendaknya.
yang penting anak2 tidak melanggar suruhanNYA dan berjaya dalam hidup baik du dunia mahupun akhirat.
Salam kakzakie,
anak itu juga cuma pinjaman, bukan hak milik kekal kita tapi terkadang kita terlalu tamak.. apa yang Allah dah beri kita rasa masih tidak mencukupi lalu keluarlah kata-kata, " kenapalah anak aku macam ni.. tak macam anak orang tu..."
cemomoi,
Benar kakak nampak ibu-bapanya cacat fizikal berjual pisang goreng tepi jalan, tapi tak sangka anaknya punyalah hebat, semuanya menjadi pelajar cemerlang. Penampilan amat sejuk mata memandang. Itulah bila pegangan agama menajdi tunjang dlm hidup mereka....
dwaty,
Kita sebagai ibu mesti juga mahu menjadi ibu terbaik buat anak-anak kita dwaty.
Wah... masih di sana ye. Sampai esok kan. Selamat berseminar :)
Afzainizam,
Lahir memberi seribu makna
tangis dan tawa membawa bahagia
mendidik membesar berlandaskan agama
insya-allah kejayaan dikecap enak segalanya
kerana itulah tunjang segalanya
itulah sasaran semua ibu dan bapa
Afida Anuar,
Benar sekali Fida. Akal diberi sempurna kena gunakan sebaik-baiknya
hani@debumelukut,
Hati berkata Allah tahu segalanya tapi kekadang usikan rasa menggamit hati kecil juga cikgu....
Wa'alaikumsalam suri solehah,
Asal jangan kita abaikan terus mereka suri. Ingatan dan sesekali berkunjung pasti dia maklum tuntutan hidup juga perlu kan...
Azieazah,
Kakak sambung AA....
alangkah baik dan mestinya segalanya berjalan mengikut peraturan
kakpah,
Benar kakpah kalau bijak tanpa pengangan agama akan musnah jua di akhirnya. Dunia & akhirat mesti diseimbangkan..
Wa'alaikumsalam Che Mid,
Kerana sesungguhnya dlm hati kita pun syaitan tetap menggoda. Rasa kurang itu sukar dikikis. Namun yg penting kembalikan semula diri kita ke arah sedar walau sering ia datang.
Bersyukur dan hargailah dengan apa yang ada. Setiap manusia yang dilahirkan pasti ada kekurangan dan kelebihan. TERIMALAH SEADANYA...
Allah itu maha adil..setiap kekurangan...pasti ada kelebihan..begitu la sebaliknya..
kita sebagai hambanya...perlu la sntiasa bersyukur dgn kurniaang bagi Nya..
Allah knows best.. :) :)
assalamualaikum,
begitulah indahnya ciptaan tuhan....kita salaing memerlukan antara satu sama lain.
akak syg,,
sega|anya tiada yg sempurna,
begitu|ah caranya A||Ah mendidik kita untuk sa|ing bergantungan sesama kita, dan berbaik-baik sesama kita,,
best la entry nih....semuanye ketentuan Allah kan....
Aslmkm.
Dunia adalah tempat persinggahan di mana manusia akan diuji tahap keimanan mereka untuk menentukan imbalan kekal di SANA nanti.
Demikian janji Allah SWT.
Semuanya dinyatakan di dalam Al Quran - semua apa yang ada & berlaku di Dunia adalah bukti tentang Kekuasaan & KebesaranNYA jua.
Cikgu Tie,
Seelok-eloknya begitulah cikgu. Kena banding dgn yg kurang baru sedar betapa bersyukurnya kita...
nabila_2908,
Bersyukur dgn apa yg diberi dan redha ujian yg diturunkan ye nabila.
Right... Allah knows that hidden behind what was happened.
Wa'alaikumsalam ahmad humairi,
Kita diberi akal yg seharusnya berfikir ya cikgu atas setiap apa yg telah diberikan pada kita
Mutiara Bernilai sayang...
Itulah usah mengeluh bila ada yg minta izin utk menjadikan kita tempat bergantung walau ada kala terasa seakan-akan beban ye MB...
Papa Mifz,
Ketetuan Allah yg perlu kita terima dgn hati terbuka...
Wa'alaikumsalam DDrfauziah,
Cuma ada kalanya kita seakan-akan tewas dgn ujian itu Kak G. Moga dengan keimanan yg sentiasa dibajai kita tabah menerima apa jua ujian dariNya...
salam petang~ keberuntungan saling berbeza namun kite tetap bertuah punya akal yang sama...tetap indah disisiNYA,
saya bersyukur kak dgn anugerah amanah allah kpd saya yg 4 org itu..
Rezeki telah Allah tentukan untuk masing masing..
Kesan Malaria melalui hand phone
Di Mana Ada Kemahuan, Di Situ Ada Jalan...
Bangladesh VS Vietnam
alhamdulillah....
suka baca entry neh...
ada jugak kena dengan diri ini....
Salam akak...
Saya terlambat akak...he.he..
suka sangat baca N3e ni..akak bab menulis memang pandai...tersentuh sangat..semoga anak2 saya akan menjadi orang2 yang berguna kak...pada ibubapa..agama, bangsa dan negara...
fuh insaf saye kak...
selalu lah dekatkan diri pada Allah SWT ,
semoga hidup kita diberkati dan dilindungi oleh Allah SWT..
anak2 lah harta benda yg tidak ternilai..
salam k zakie,
terlewat aby buat reply,
bercakap psl anak2 ni,
kadang2 ibu bapa org yg hebat tp anak tk jadi org,
contoh crita nabi noh as,
anak dia tk ikut cakap ayahnya.
crite nabi Yakob,
tolak nabi yusuf dan bunyamin, yg lain anak2 nya jahat2 belaka.
bukan sahaja depa cuba bunuh nabi yusuf, ayah mereka pun ditipu bulat2 ..
kesimpulannya,
mendidik anak2 ni pun satu ujian allah,
klu nabi pun diuji dalam mendidik allah, ni kan pula insan mcm kita ni ...
Setiap anak anak kelebihan dan kekurangan..kdg2 kita ibubapa telah cuba yg terbaik tetapi dugaan dari Allah tiada siapa yg dapat menjangka..hanya sentiasa berdoa muga2 anak2 kita menjadi anak yg soleh..
:D liza ske bc entry ni..
suke dgn cite akak kali nih... betul sgt2... sume yg terjd sntiasa ada pro n contrasnyer tp msh ada baik n brknyer juga...
Bimbangnya bila fikir tentang anak-anak. Juga para anak kepada anak-anak. Mangan turu dadi rak enak. Ndas weteng dadi rak penak. Ngetan ngulon kabeh diterak.
Namun, kita tetap berdoa, semoga mereka tak hidup bubrak.
salam kak zakie,
setiap anugerah kurniaan Allah semuanya ujian buat kita..terpulang kepada kita bagaimana untuk menghadapi ujian itu..
@ Mommylavendar : Moga kita dapat menggunakan minda dgn kawalan terbijak dan terbaik
@ sarah-najwan: Mahu terbaik menjalankan amanah yg Allah beri pada yg 4 itu ye cikgu
@ Miecyber: Rezeki yg ada kalanya diuji sejauh mana kita sedar ye Mie...
@ JARI YG TERBARAI: Alahamdulillah dik..
@ LiFe KaMi: Moga dapat menjaga yg terbaik atas nikmat dan zuriat yg diberi olehNya LF
@ Aby: Benar aby mengambil contoh nabi Yaakob memang jelas bagaimana anak yg engkar lebih ramai dari yg baik. Ujian menjaga dan mendidik bukan perkara mudah
@ Nyanyisunyi: Bila ujian datang kemampuan mestilah berserah padaNya. Moga kita tidak diuji dgn ujian yg tidak mampu kita pikul ye
@ Umi Aleya Sofea: Terima kasih Liza...
@ norhidana: Yg baik kita jadikan panduan yg buruk jadikan sempadan
@ Temuk: Wes gede orak ngerti susah wong tuo, sek cilik ngertinya njalok ojo, Mogo pengeran kerungu dongo kito, anak orak nyusahke wong tuo, Kabeh saling mohon ngapuro....
@ Anitare: Moga kita dapat mencari jalan terbaik atas setiap ujian yg diberi Anita ye...
Post a Comment