Friday, January 13, 2017

Allah mengasihi setiap hambaNya

Semalam tidak makan seharian seharusnya diteruskan untuk makan sedikit hari ini, barulah beroleh banyak kebaikan. Boleh juga dikurangkan lemak yang singgah. Tetapi sebaliknya lihatlah apa yang aku bawa bekal hari ini. Bagaikan untuk makan dua hari. Seandaikan boleh dikirimkan kepada saudara kita, pelarian etnik Rohingya pastinya mereka akan makan berkongsi ramai-ramai. Subhanallah.

Sarapan 
Makan tengahari
Buah dengan aku susah berpisah itu yang susah mahu kurus
Minum petang
Sebenarnya sejak Kak Reen bekerja aku semakin gigih balik menyediakan semua ini bagai masa anak-anak bersekolah rendah dulu. Selalu juga Kak Reen berkata "Mama tak payahlah susah-susah nanti Reen buat sendiri". Tapi aku bagaikan tidak percaya kalau tidak disediakan belum tentu dia akan bawa bekal semua ini. Membeli di tempat kerjanya tahulah tempat exclusive memanglah mahal. Sebab itu aku bawakan dia bekal setiap hari. Gaji pun tidak sampai dua ribu mana mampu kalau makan di tempat exclusive begitu. Kalau ada warung bolehlah juga.

~~ Sungguh Allah masih mengasihi kita yang tidak pernah kebuluran. ~~


33 comments:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Sedap2 menu2 akak tu..
Saya pun dah mula bawa bekal..
Sejak nabil bersekolah kat tempat lain..
Dia pun tak suka ke kantin tu..
Secara tak langsung saya pun bawa bekal..
Tambahan harga mkn tghri ni dah mahal..
Ambil sayur dan ikan pun RM8++

Ohh kak reen bekerja dimana kak..
Dimahkamah ke..

Mila@Rimbun said...

bestnyer kak reen bawa bekal yer... tambah2 mak yg sediakan

Juls Julie80 said...

menarik semua menu tu kak...

betul tu..kalau bawak bekal..selain jimat..kita tau mmg kebersihan terjamin berbanding kedai2 makan...

Jepun Mari said...

sarapan pagi dah naik 5 kilo, belum campur lunch lg..berkilo2 naik hahaa

Khairul Bariah said...

bertuah anak2 kakzakie ni tau, dah kerja pun mamanya masih nak bekalkan makanan.

makanan bekal tu lebih selamat dan bersih daripada membeli ya kak.

Izyan Balqis said...

betul la kak, tempat kerja sy ni pn exclusive...jenuh hri2 makan mesti rm20 utk lunch shja, klu nk mkn murah, kne kluar sket...huhu

Kamsiah yusoff said...

alhamdulillah..beruntung anak2 yg punya ibu yyg prihatin tentang keperluan mereka..dibekalkan makanan yg berkhasiat..yg pasti dapat menjimatkan bajet..

Cik Itah said...

sy terliur tengok sotong tu rasa nak makan sotong pulak hehe

salam jumaat

Amy Hilmirda Daud said...

rajinnya akak masak, sarapan lain makan tengahnya hari lain.
Sedap nampak mee goreng akak tu.

PeRdU cINta said...

Untuk anak2..sekali untuk mamanya..alhamdulillah..naluri ibu kan kak..

Kakcik Seroja said...

Hati seorang ibu - sentiasa memikirkan keperluan dan keselesaan anak-anak...

Fiza Rahman said...

Sedap tengok bekalan tu kak ☺☺

Inani Hazwani said...

Wah macam macam bekal tu :)

Umialya said...

Sayapun sama kak zakie, setiap hari bawa bekal, biarlah org nak kata kedekut ke apa? Janji dapat alas perut & save bajet/masa ++

Umialya said...

Sayapun sama kak zakie, setiap hari bawa bekal, biarlah org nak kata kedekut ke apa? Janji dapat alas perut & save bajet/masa ++

nuyui a.k.a miss YUI said...

kalau blh bawa bekal itu lg bgs kan kak..

adianazulhilmistory said...

sedapnya bekalan puan buat...selain jimatkan, air tgn ibu paling penting...heeee..bersyukur kita masih dapat makan selazat ini...

paridah said...

Bekalan yg dibawa mengenyangkan perut seharian itu..berkat rajin sediakannya baik utk kshtn

Faaeinz said...

Kasih seorang mama. Beruntung Kak Reen dapat mama macam kak zakie.

Saya pun kalau belajar dekat dengan rumah, pasti mak saya pun sentiasa nak bekalkan saya makanan. Tapi belajar jauh sket dari umah. Kenalah beli aje. Nak buat sendiri memang tak sempat. Huhu.

p/s: Kak zakie.. blog saya yang dulu dah tak ada. Tu yang follower memang sedikit aje tu, sebab blog baharu. =)

Nor Azimah Ali said...

Saya pun siapkan bekal mkn tghari utk ank yg keje sementara tggu result tu, dpt juga berjimat sikit, kalo nk beli setiap hari alamatnya duit gaji habis semua.

Unknown said...

untung jadi Reen sebab ada bekalan bawak ke tempat kerja hari2.

nohas said...

lengkap bekal akak..dari breakfast sampai minum petang..Alhamdulillah..

Normala Saad said...

masa bekerja dulu saya selalunya membawa bekal sebab memang pagi2 dah biasa memasak untuk hubby & anak2...jimat belanja.

Acik Erna said...

Kagum acik dengan kakak..memang rajin sungguh sediakan bekal

raihanah said...

alhamdulillah kak masih sihat utk masak utk anak2 kan.

Izwa Kamaruddin said...

Saya pun dah dapat penyakit siapkan bekal untuk semua setiap hariii ;)

TukangKebun said...

Syukur Alhamdulillah.
Elok ada buah tu Kak untuk kesihatan diri.

Nadhie Wueen said...

amboi sedapnya makanan-makanan ni kak :D

al-lavendari said...

bawak makanan sendiri bagus .. halalan toyyiban.

Fyda Adim said...

sedap bekalan akak...saya pun dah bawak bekal sebab anak-anak sudah ke sekolah..dia orang nak bekal dari rumah..lagipun lagi jimat bawak bekal..

QasehnyaRania said...

bawa bekal lebih jimat yg penting kebersihan terjamin. nak nak air tangan mama pulak..

ohh kak reen dh kerja ye. tahniah

OKje said...

Kanda masak pagi pagi ke? Rajinnya lahai kanda.
Tulahkan kanda....zaman serba mahal macam ni, nak simpan duit kenalah berjimat cermat.
Lega dah ye kanda, anak dah bekerja.

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...betul tu kak...kekadang anak mas pun mcm tu juga..mmg ckp nak buat tapi lastnya x buat...kita sebagai mak2 ni mmg x sampai hati nak biarkn..mesti nak juga siapkn bekal anak utk dibawa ke tempat kerja...