Monday, January 2, 2017

Menyelak tirai tahun 2017

Tahun 2016 sudah melabuhkan tirainya. Kelangsungan hidup perlu diteruskan juga untuk meniti 2017 yang sudah masuk hari kedua hari ini. Semalam kami sekeluarga membelah kesunyian pagi di atas jalanraya membawa dua misi. Sebelum menghantar adik untuk sessi pendafatan 2017 kami singgah dahulu ke rumah Mama Leha kerana menghantar kerusi roda almarhum bapak yang adik gunakan dulu untuk digunakan pula anak buah kami Muhamad Haikal. Sudah dua cucu almarhum bapak menafaatkan kerusi roda tersebut. 

Sungguh terlalu banyak ujian pahit-getir yang keluarga kami lalui sepanjang 2016 dan sehingga di awal tahun ini sisa-sisa itu masih ada terasanya. Bermula dengan kami adik-adik beradik kehilangan bapak kesayangan buat selama-lamanya sehinggalah satu-satu ujian diberikan buat keluarga kami. Namun kami masih berterima kasih kepada Allah kerana masih diberi kekuatan untuk terus menghadapi semuanya.


Adik - Sedang membuat penyemakan diatas semua pembayaran yang telah kami bank-in lebih awal. Hanya menyerahkan slip bank dan membuat penyemakan saja.
Ada satu adegan yang menyentuh naluri aku dan hubby ketika sessi ini. Sebelum tiba giliran adik ada seorang anak lelaki yang mahu membuat pembayaran secara tunai. Setelah dikira wang dibawa kurang RM50/-. Mungkin si bapa salah kira. Meminta dari ibunya yang duduk selang beberapa kerusi dari kami tidak ada response, lalu anak itu datang kepada ibunya. Kelihatan mereka berbual. Dari jauh aku dapat merasakan yang wang RM50/- itu tidak ada ditangan ibunya. Aku dan hubby serba-salah. Aku sudah buka zip handbag mahu saja menghulur RM50/- tetapi tiba-tiba lelaki disebelah aku berkata " Tak apalah puan, sebab pihak MRSM membenarkan kita membayar secara ansuran." Aku tidak mahulah beria-ia memberi sebab banyak mata memandang bimbang pula boleh mengaibkan dia, lalu aku biarkan mereka berlalu pergi.

~~ Buka mata hati kita. Betapa dalam pada anak-anak kita meriah meraikan tahun baru dengan segala keperluan dengan yang baru, masih ada anak yang tidak mampu menikmati semua itu.~~


21 comments:

Nor Azimah Ali said...

Semoga apa saja yg bakal kita tempoh spjg 2017 makin mendekatkan kita kpd Allah.

Sally Samsaiman said...

Mmg banyak benda yang jadi tahun 2016 ni kan...hmmm...SEMOGA MAKIN MURAH REZEKI TAHUN 2017 NI! :D

Anonymous said...

Assalaamu'alaikum wr.wb, Kak Zakie Purvit yang dikasihi.... Selamat tahun aru 2017 diucapkan. Semoga akak dan keluarga tabah menghadapi setiap ujian Allah dan diharap setiap kesabaran itu mendapat ganjaran setimpal dari-NYA. Itu tanda Allah sayang kepada akak sekeluarga dan ingin akak selalu mengingati-NYA. Allah bersama orang yang sabar.

Benar kak, saya turut terharu mengingatkan ada keluarga yang kurang mampu dari kita. Jika saya di tempat akak, saya juga berbuat begitu dan mengharap bantaun itu dapat meringankan beban mereka. Aamiin. Mudahan dengan niat yang baik, ada ganjaran di sisi-NYA untuk masa depan yang tidak diketahui apa pula yang menimpa nasib kita.

Salam manis dari Sarikei, Sarawak. :)

Unknown said...

Assalamualaikum kakzakie
Sebenarnya mmg ada ya sebilangan yg kurang mampu, pengajaran utk kita supaya selalu memandang ke bawah dan rasa terpanggil utk membantu

saniahibrahim said...

Alhamdullilah ,anak sedara kakzakie dah beransur sehat.Sama lah saya kakzakie 2016 terlalu banyak kisah duka...tak mahu rasanya menoleh kebelakang semula.
Azim pun buat pembayaran separuh je dulu kakzakie....Alhamdullilah pihak asrama memahami.

paridah said...

Selamat tahun baru 2017 kak zakie moga kita sht sjhtra n tabah menempuhi cabarannya...mmg msh ramai yg terbelenggu dgn mslh kewangan utk melunaskan setiap keperluan persekolahan anak2 di awal tahun. Tapi setiap ibubapa tetap mengharapkan anak2 mndptkan pendidikan sempurna n berjaya dlm kehidupan.

Umialya said...

Sama dgn kami pagi ini, semasa menghantar anak ke asrama, terserenpak dgn seorang anak (rakan seasrama) memakai pakaian lusuh & terkoyak tahun lepas, terus kami membawa dia ke kedai untuk membeli uniform beserta kasut sekolah baru.

Terpinga2 anak tersebut terkejut.

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...betul tu semoga kita akan tabah menempuhi hari2 dalam tahun 2017 ini...ada org yg lebih susah dari kita kn...:)

PeRdU cINta said...

Assalammualaikum kak Zakue sekeluarga..selamat tahun baru kak..dah hari kedua..subhanAllah sangat pantas...moga Allah sentiasa meningkatkan ketaqwaan kita padaNYA..

Kamsiah yusoff said...

memang bila melibatkan soal kesempitan hidup..mudah benar mata ni bergenang..

Hudalatip said...

Selamat tahun baru kak..Saya selalu ingatkan diri dan anak2 memang tak semua orang bernasib baik..Selalu kena rasa bersyukur dengan apa yang kita ada..
Adik sekolah kat mana tu kak? MRSM ke?

Izwa Kamaruddin said...

Selamat Tahun Baru Kak Zakie, moga 2017n memberi sinar kebahagiaan dan kegembiraan yang lebih buat akak sekeluarga.

Oh ye..adik masuk MRSM mane ye?

Unknown said...

Banyak benda sekeliling kita boleh kita jadikan pengajaran dan iktibar kan.

Tahniah akak, anak masuk MRSM. :)

@na said...

Assalam kak zakie...Alhamdulillah adik dah sihat dan tahniah....moga terus berjaya...

nhhas said...

Selamat tahun baru kak.

Semoga diberi kesihatan yang baik dan di mudahkan segala urusan. Insya Allah

cahayahidupku.blogspot.my said...

Betul ke ..
Kita rasa perit jua utk memulakan persekolahan anak2..
Namun begitu ada lagi yg susahkan.
Bersyukurlah..

Semoga anak buah akak segera sembuh..
Dah sedar haikal dari koma ye kak..
Alhamdulillah..

Suria Amanda said...

SA pun terasa sedikit perit bila anak masuk sekolah menengah..dia anak tunggal so PIBG kena bayar full RM125..buku sekolah dalam RM150..agak mahal sedikit...nasib anak sorang..SA ambil pendekatan buat persiapan awal..alhamdulillah dania tak banyak kerenah..

emarieys said...

Mama ema pun lega bab bayar yuran untuk anak bongsu nya..belajar kat MRSM untuk tahun kedua...Alhamdulillah, masa daftar, baru tahun dapat biasiswa...banyak ditanggung...

nohas said...

Alhamdulillah, pihak sekolah fleksibel dalam hal2 begini..
anak saudara akak dah keluar hospital, semoga beransur pulih spt sediakala..

TukangKebun said...

Selamat Tahun Baru Kak Zakie.
Semoga tahun ini bertambah murah rezeki Kak Zakie sekeluarga.

Susan said...

Great Article it its really informative and innovative keep us posted with new updates. Save yourself the hassle and use this Instagram online viewer instead. ... Deskgram is a desktop app which allows you to post, comment, like, and browse your photos ...