Friday, July 1, 2011

Sebentar ke farmasi

Masuk farmasi tujuan untuk membeli kehendak adik yang direngekkan sejak semalam. Sudah dua malam tidurnya tidak selesa diganggu hidung tersumbat. Malam waktu tidur kalau ditutup air-conditioner pun pasti macam ada renjatan elektrik, dia boleh sedar dan mulalah mencari remote. Jadi untuk memudahkan belilah apa yang dia mahu.

Ketika berada di dalam perut farmasi mata pantas meninjau benda lain. Satu botol EPO sempat juga aku capai untuk kegunaan aku seharian. Kemudian cik Amoi yang menjadi jurujual di situ datang menggoda aku. Sambil tersenyum manis dia menghulur satu produk yang aku tidak pernah "consume". Penerangan panjang-lebar akhirnya aku mengalah dan akhirnya akur dan mengambil juga sekotak. Pandai dan gigih betul Amoi tersebut.


12 strips - Inilah dia yang dikatakan boleh melenakan tidur malam adik.


Sekotak - Inilah dia minuman soya yang digodakan Amoi itu kepadaku.

Brochure - Keterangan minuman soya itu ada terdapat di sini

Segelas - Adik pantang kalau ada benda baru mesti dialah orang pertama hendak mencuba


Kerut mata - "Tak sedap la mama" baru dia tahu tidak semestinya bau sedap rasa pun sedap. Tidak sama seperti soya bean di dalam kotak yang selalu dia minum.


Kalau menurut dari brochure yang disertakan klorofil dalam barli hijau mempunyai struktur molekul yang seakan-akan sama dengan hemoglobin manusia. Oleh itu ia dikenali sebagai "Darah Hijau". Daun barli hijau juga dapat mengawal pertumbuhan patogenik dan membantu badan menyingkir keluar toksin. Selain itu ia juga dapat meningkatkan keupayaan badan untuk menghasilkan darah baru dan memulihkan semula sel-sel yang lemah. Sebab itulah aku setuju untuk membeli, mana tahu ia sesuai untuk anak sulung aku.



49 comments:

Kakcik Seroja said...

Kakcik pun ke Farmasi semalam untuk beli ubat yang disyorkan oleh doktor. Di klinik yang tersohor tu, ubat berkenaan tiada stok pula. (Sebenarnya beli di farmasi lebih murah, tau...) :)

maya amir said...

kak..i pun baru jek gi farmasi nak cari breathe right tu tapi dah abis stok..baca entry ni, teringat ank gi carik lagik ni:)

msredcheesecake said...

Kak zakie,
Mudah tergoda yea....cer suruh amoi tu goda msred...mesti fail...hheee

Penjejak Mimpi said...

efektif ke breathe rite tu kakzakie?

sarah-najwan said...

ptg nati saya pom nk gi farmasi..nk beli breath tu utk mek sarah dan along..asik tersumbat hidung je waktu mlm..

ucubakery said...

salam k.zakie..
lepas ni harap2 lenalah tidur adik...

mama maman aka yana said...

Salam.. ni la bendanya maman dok minta... tak terbeli2 lagi.. nnt nak kena cr gak la...hhheee...

Anyway.. sy ada buat entry utk akak... harap akak suka ye..

http://mamayana10.blogspot.com/2011/07/promosi-blog-titisan-nurani-16.html

bujal X said...

breath right tu tarik hidung supaya rongga jadi lebih besar dan tak tersumbat.cuma masalahnya,kalau terlebih lama pakai,bangun pagi hidung kembang~saya da kena hu~~~

Unknown said...

SALAM,
SEMOGA SEMBUH SEGERA ! MESTI RAJIN MAKAN UBAT !

munna said...

BREATHE RIGHT TU MUNNA PERNAH CUBA PADA MEYA TAPI MCM TAKDE KESAN JE KAK ZAKIE....

Anonymous said...

saya paling rimas kalau masuk mana2 kedai ade salesgirl yg 'membontoti' kita sepanjang2 masa dlm kedai tu..

nak beli pun jadi terbantut..hehe

selamat berhujung minggu kakak..minggu ni saya nak berjumpa anak2 rebina di kampung :)

fuad ansari said...

hidung kalau tersumbat, nafas je guna mulut.. jadi kalau nak tido, kena bukak mulut.. kalau ada rezeki, bukan setakat dapat bernafas, tapi dapat merasa taik cicak sekali.. hehehe..gurau2..jgn marah..

Acik Erna said...

assalam kakzakie..
walau bagaimana digoda pun..kalau berkaitan dengan yang bancuhan/susu ni memang acik tak tergoda..
tak suka..kalau pil boleh..10 sekali telan pun ok lagi..

kella said...

kak zakie.. kita kalo pegi farmasi.. tak pernah pula orang 'ngorat' suh beli tu ini..
tapi macam bagus je produk tu!! tapi tak boleh tahan tengok muka adik tu yang macam tak terperi je mukanya bila minum tu! hahah....
=)

Bantu Untuk Vote Saya! Boleh?

dwatyKNY said...

cian adik... tak sedap sangat la tu... yang baik tuk kesihatan tu la yang tak sedap masuk tekak...

Zaitun said...

Kadang2 kak Zai kesian dengan promoter bila jumpa kak Zai mesti jawab dah beli dah cuba,siap kelentong lagi.

Cik SHiNJU said...

Alalala...ciannye adik...
Semoga cepat sembuh yer... :)

Che Mid said...

Salam Kakzakie, Che Mid kena pergi selalu utk dapatkan ubatan osteoasthritis. Perasan tak, susah nak cari ubat takde tanda halal...Contohnya, salah satu ubat Che Mid dibuat berasaskan lembu, tapi belilah juga sebab takde pilihan lain..

s a r said...

assalamualaikum kak.

get well soon for her kak.

~eheh. tergoda akak akhirnya ye. manis sangat mulut amoi tu ye kak. :D
macam pernah tengok gak la soya tu. dan yang pasti, biasanya produk2 kesihatan ni memang bau sedap, rupa cantik. tapi rasanya? adoi~ :D

gadisBunga™ said...

akak penah minum soya organic melilia? serbuk juga, tapi rasa dia sedap....!

terpengaruh tak? heheh~

Unknown said...

Kak zakie.

produk barli hijau nie mmg tengah famous..
MIL ayu makan yang dalam bentuk kapsul
orang dah ada usia, maka mmg banyak sakit dan pantang yang sedang dialamainya..
mmg kesian.
tapi tak apa moga MIl cepat sembuh

untuk anak kak zakie juga..
moga cepat sembuh

ajumohit said...

moga adik cpt sihat, bagusla senang nk minum apa yg kita suggestkan...sstgh budak kan susah kan kak...mcm anak saya hehe

miloaiskurangmanis said...

kak zakie mudah tergoda! ekekekeke

kak... adik tu ada sinus ke???

sahromnasrudin said...

sy berani kata beli ubat kat farmasi mmg lagi murah drpd beli kt klinik hhuuhuhhhh

nurkass said...

kass pernah pakai breath right tu kak zakie..terus rasa senang je bernafas..bagus tu..

matahati-aishahazhar said...

pernah pakai breat right tu.. tapi satu malam pulak tak leh nak tido. sebab tak selesa...

No Lan said...

ye kak..kita ni mesti nak yang terbaik untuk anak2..apa yg bagus itu la kita cari..No doakan semoga anak akak akan cepat sembuh ya..amiiin

Fendi BL036 said...

halamak....soya bean saya memang suka tapi kalau produk2 kesihatan punya soya bean memang tak lalu..huhuhuhu...kesat semua ada....kesian tgk anak kakzakie mula2 nampak mcm bertenaga tapi masuk je tekak..tutup mata terus..huhuhuh

Anonymous said...

semoga cepat sembuhlah adik ye...xsedap pon terpaksalah telan..nk buat macam mana dh namanya pun ubat

Unknown said...

berkerut sungguh mata nye...harap sesuai la yer dgn anak akak...:)

kurus said...

baguslah kak .. skrg nie memang kita perlukan supliment utk membantu dlm kesihatan badan kan .. ermm anak2 kalau dah sihat mcm anak saya nie payah nak makan makanan tambahan nie ekekek :)

Ann Huda (Ate) said...

Pada Ate Breath right tu mcm tak membantu sgt. Tapi mungkin lain org lain effect dia. Wallahualam.

Afida Anuar said...

Sampai berkerut mata-mata haaa, telan air soya...semoga cepat sembuh dik!...

kak, fida pun kadang2 cepat tergoda jugak dengan apa yang pharmacist cakap... hu hu

ORLANDO AHMAD said...

saye minum susu low fat ngan sterol tumbuhan je

eelobor said...

semoga si adik cepat sembuh yer.....

insan marhaen said...

Tergoda juga akhirnya.. Begitulah lembutnya hati customer lebih lembut dari lidah si amoi...

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
happy 2nd anniversery

soya ni baik utk makanan protien dan tenaga semua zat lengkap baik untuk kesihatan...

alahaiii ciannya adikkk.... pakai benda tu utuk buka ronnga ronga hidung... yup aku pun pakai kalau tak aku tidur berdengkor marah orang sebelah

sud@is said...

selsema memang menggangu nak coba jugalah macam cik adik tu minum

Cik Ina Do Do Cheng said...

Assalamualaikum kak zakie,


Benda pernafasan tu cik ina ada gak beli untuk membantuk cik ina waktu malam nak tidur. Biasalah tu kak zakie kalau pegi farmasi ada je dorang kenalkan barangan yang baru tuk kesihatan. cik ina pun dah beberapa kali terpengaruh gak. terutama pencuci muka ngan losyen.

Mohamadazhan.com said...

menjaga kesihatan pentign =)

jangan lupa bersenam juga kak =)

aby said...

salam k zakie,
wong jowo klu tk minum air soya pun tk pe, sbb sedari kecil dah makan tempe, kan tempe tu soya beam base juga ..
hu..hu...

suwe orak nolis pasal outstation ..
ono la lebih seminggu .

suri solehah said...

kadang suri pun macam akak,,mudah digoda hehe..apalah rasanya tu sampai adik berkerut camtu sekali

~ AppLe BLosSoM ~ said...

salam kak zakie...biasa tgk produk tue kat farmasi..tapi nasib baik takde yang datang menggoda...hehehe

Anonymous said...

Assalamualaikum kakzakie,

Kak ani pulak sekarang sedang minum air misai kucing. Tak taulah berkesan ker tidak. Ada orang kata bagus untuk orang diabetes, tak tau apa yang bagus tu.

Kakzakie Purvit said...

Aas beberapa perkara tidak dapat dielakkan kakak berada diluar JB sejak Jumaat lalu dan baru tiba rumah semalam.

Buat semua teman berikut kakak ucapkan jutaan terima kasih diatas komen-koement yg telah dititipkan: -

Kakcik, maya amir, msrredcheesecake,Penjejak Mimpi, sarah-najwan, Ucu Faridah, Mama Maman (tidak terhingga jutaan terima kasih), Bujal x, luahfikiran, Munna, makdara TERdiva, Fuad Ansari, Acik Erna, kella, dwaty, Zaitun, Cik Shinju, Che Mid, Sar, gadisBunga, Citarasa Rinduan, ajumohit, miloais, sahromnasrudin, nurkass, ratu kebaya, norhafiza, nukilaniffiza, redza, Papamifz, ieda, Ann Huda, Afida Anuar, Jari Yg Terbarai, eelobor, Insan Marhaen, Afzainizam, SUD@IS, Cik Ina DDC, Mohamandazhan, aby, suri solehah, Rania & Kunang-kunang (Kak Ani).

TERIMA KASIH kerana kesudian memberi komen yg diberikan:)

Solihin Zubir said...

hehe.. comel je tgok adik wat muka pejam mata tu..

hmm.. sian adik.. smoga cpat ok la ye..

bersama kak Es said...

kak zakie...anak kak es pun sokmo tersumbat hidung kalau tido. sokmo terjaga tgh malam..kesian pulak. tak tahu ada benda alah tempek gitu. Nak kena pi jenguk kat farmasi tu jap. jangan la ada yang dok menggoda hehe

Fasihah Supian said...

semoga anak kakzakie cepat sembuh..harap2 sembuh dah la kan..dah beberapa hari nie..:)

vivana said...

Salam. Dulu sayapun selalu mengalami masalah sama bila tidur. Sekarang ni, saya amalkan minum sesudu madu dengan sesudu jus lemon pagi dan malam. Alhamdulillah, tidak lagi ada masalah spt itu.