Monday, May 30, 2011

Kampung lagi

Tempohari telah balik ke kampung hubby. Seharusnya cuti sekolah ini balik pula ke kampung aku. Tapi cuti sekolah ini mungkin kami tidak dapat balik disebabkan beberapa jadual anak-anak yang tidak dapat dielakkan. Oleh itu minggu ini kami balik dulu jenguk bapak dan bibik (mak saudara yang telah menjadi isteri bapak). Sekadar memapar beberapa gambaran ketika berada di kampung.


Motor Atuk - Cuti sekolah akhir tahun lalu belajar naik motor ini dengan sepupu-sepupunya. Tidak sangka sekarang dia sudah pandai. Mama dia terjerit-jerit takut tapi dia selamba. Sungguh dia memang sudah pandai menunggang motor. Aku basikal pun belum pandai lagi.


Berdua - Dalam pandai itu berani dia menunggang bersama-sama adiknya tanpa pengetahuan aku. Atuk dia tidak pernah berkata tidak. Boleh saja. Jantung aku dup-dap dup-dap sebaik nampak adik dengan kakaknya naik motor. Mulut aku apa lagi pot-pet pot-pet. Papanya bangga melihat dua anaknya menunggang motor. Gambar ini papa mereka yang snap. "Best mama...." kata adik. Dia tidak tahu betapa jantung aku bagai hendak gugur.


Dahaga - Setelah penat bermain dan kena marah ikut ke belakang. Masya-Allah adik kehausan. Air kelapa muda dalam jug kecik itu dia togok berdua dengan kakak dia. "Ada gas dialah tuk...." Atuk gembira bila cucu suka dengan apa yang diberikan.

Lagi - Mak Zah dia sibuk menadah air kelapa muda dengan bekas baru. Satu lagi sudah dikongsi anak aku dua beradik. Langsai setengah jug.

Togel - Inilah saja yang tinggal di atas pokok yang paling rendah.

Mangga - Semua tempat kena jelajah, mangga muda ini lebat pulak dan turut menjadi mangsa tangan-tangan yang menurut kata hati dan mata.

Daun Kesom - Gemuk dan membiak macam semak. Kalau di rumah sendiri aku tanam dalam pasu. Ini merebak bercampur dengan rumput. Tidak pernah dijirus air pun gemuk. Hairan bin ajaib kenapalah engkau gemuk sangat kesom....Geram punya pasal aku pun gunting pucuknya banyak-banyak bawa balik.


Cili padi - Lagi satu menjadi mangsa. Nasib baik engkau muda dan hijau semua orang tidak pandang lagi. Kalau tidak mesti dah jadi mangsa macam kawan-kawan engkau yang lain kena sapu bersih. Apa boleh buat, bila banyak sangat bapak dengan bibik berdua pun tidak termakan. Selalu diberikan kepada pekerja kebun bapak untuk mangambilnya.




Jauh di sudut hati berdetik kalaulah tempat aku mencari rezeki berada di kampung alangkah bahagianya. Selain dapat sentiasa bersama bapak dan bibik, banyak tanah yang boleh diusahakan. Tunggulah tidak sampai pun 20 tahun lagi. Kalau aku pencen bolehlah aku lakukan itu semua. Bila berkira-kira pula larat lagikah aku waktu itu?


127 comments:

bujal X said...

air kelapa fresh memang ada rasa gas~~ble hiccup jadinya~haha~~

Unknown said...

bestnyer dapat balik kg kan...kg akak kat mana ek

Anonymous said...

insyaAllah kak..jika dikurnia Allah kesihatan yg baik..larat lg nk berkebun bila pencen esok

sarah-najwan said...

kak...bagusnyer akak buat pop up komen..baru saya bole komen dgn jayanya...

saya pom suka suasana kg..byk pokok dan nyaman..nasib baik kg org tua saya dan mentua..meme kg betul2..ada dusun keliling rumah..
sebijik la nge kg akak ni..hehe

Dr K said...

Tanah kat kampung memang subur kan kak..campak aja..terus tumbuh...macam kat kampung nenek saya...ni tanah kat rumah saya, punyalah berjaga berbaja..cenonet aja pokok nya..:P

ibundo said...

seronok balik kampung ni. macam2 ada. budak2 tu pun seronok jugalah ye sebab atuk sentiasa ada je nak backing diorang haha..

azian said...

amboiiiii....

adik minum air tu mmg nampak mcm haus betul...

akak, biarlah budak2 belajar bawak moto...kat kg aje kan...heheheh...

terokai seni said...

tengah panas ni, sedap tul air kelapa muda... rega pon dan 3 hengget sebiji, naik lima posen pulak

Maya Mayana said...

yess minggu depan yana nak balik kampung...boleh kak tanam sayur sikit2 tepi rumah..kalau tanama getah n sawit tu upah org kalau tk larat..pokok kesum tanam tepi longkang..baja semula jadi...

sekadar satu coretan said...

anak saye pun same jugak kak zakie kalau balik kg mesti buah kelapa muda diambiknye...

subur betul daum kesum tu ye...nak sikit nak buat masak asam pedas..

s a r said...

assalamualaikum kak zakie :)
lama tunggu, ada pun entry baru. ~eheh

walaupun apa yang digambarkan ada dihadapanku kini, tapi kerinduanku pada kampung hanya mampu ku simpan tersemat di dalam hati.

ckLah @xiiinam said...

Selamat berehat kakak...

munna said...

munna klu balik kg je mmg belakang rumah mertua munna jelajah anak beranak..suka tgk buahan2 yg ada dan tanaman2 yg ditanam oleh mertua

ucubakery said...

bestnye dapat minum air kelapa fresh...terkenang masa kecik2 dulu saya pn curi2 bawak motor jugak...hehe..he..

Adinda Amy Sensei said...

kakzakie...apa khabar?

Cik Ina Do Do Cheng said...

Assalamualaikum kak zakie,

kelapa kuning lagi banyak gas kan. cik ina rindu suasana kampung. Semenjak ayah dan ibu meninggal dunia, cik ina dah tak balik, dah tak de sesiapa lagi. Teringin nak rasa suasana tu semula. Nak hidu bau asap orang bakar daun gugur,best sangat.suka nengok kampung kak zakie, sejuk mata memandang.

Kakzakie Purvit said...

Bujal X,

Kalau dan tua dah hilang gasnya bujal...

Kakzakie Purvit said...

Ila,

Kg kakak di Pontian. Best tau....

Kakzakie Purvit said...

redza,

Angan-angan kakak tinggi redz. Macam nak ternak lembu-kambing bila tengok keluasan kebun dan jauh dari rumah org.... Macam strategik tapi entah tercapai ke tidak....

ieja amieja said...

salam kak..

sama lah kite kak, kalau balik kg mmg x sah kalau x merayau kat kebun..amek lah apa yg patut utk bwk blk...

ank akk dah lps jgk nek motor, ank sy x lps2 lg..maklum jer laa x dpt lesen lg dr sy..dia pun x berani..

Kakzakie Purvit said...

sarah-najwan,

Memula kakak punya komen bermaslah itu yg kakak tukar.

Kakak sentiasa balik kampung sebab bapak dah tua walau masih sihat. Seronok balik kg nie cikgu....

Kakzakie Purvit said...

Daddy Ziyyad,

Pokok kunyit kakak lagilah doc bukan cenonet lagi macam hidup segan mati tak mahu. Daunnya nak buat masak singang pun tak puas....

Kakzakie Purvit said...

kakpah,

Betullah kakpah atuk dia kata tak apa tak ada kereta. Kakak tapi takut jatuh sebab halaman rumah bapak batu kerikil....

Kakzakie Purvit said...

azian,

Ewah... Yan tak nampak, kalau Yan nampak pun takut. Sebab dia start pun tak pandai, abang yg startkan. Samalah papa dia dgn anaknya. Kakak takut jatuh...

Kakzakie Purvit said...

cemomoi,

Kakak jarang beli kelapa muda. Balik kg sebelah hubby kakak pun ada juga... Mahal kan sama di Jb pun RM 3/-.

Kakzakie Purvit said...

Maya Mayana,

Yana balik kg mesti kita merayap luar rumah kan. Banyak yg boleh kita bawa balik. Cuma kakak kesian bapak kakak tu semuanya dia nak tolong. Nanti kakak kata tak pe kami buat baru dia duduk. Kalau tak dia pun nak ikut kita juga meneroka kebun...

Kakzakie Purvit said...

ainnoraini,

Masa balik hari itu panas itu yg kelapa muda jadi mangsa ain.

Daun kesum dah merayap penuh sampai kena bakar ain. Betul-betul banyak. Kakak kata kalau kita ada lesen pasar malam boleh jual. Hehehe....

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam sar,

Alahai kesiannya dia. Tunggulah ada masa baliklah sar. Insya-Allah hilang rindu yg membeku itu...

Kakzakie Purvit said...

ckLah,

Kakak dah mula kerja balik cikgu. Kakak balik petang Jumaat dan balik JB Ahad...

Kakzakie Purvit said...

munna,

Menanam pun org kata tengok tangannya juga kan munna. Bapak kakak tanam apa je selalu menjadi. Pisang tanduk jiran kakak tanam keluar buah 6 biji tapi bapak kakak punya ada 11 biji. Benih sama bagi dua. Mungkin tahu anak bapak selalu balik agaknya ye. Hehehe.....

Kakzakie Purvit said...

Ucu Faridah,

Oh.... ucu pun nakal juga ye... Kakak jenis penakutlah ucu sebab itu basikal pun tak pandai tunggang akhirnya....

Kakzakie Purvit said...

Adinda Amy Sensei,

Alhamdulillah kakak sihat. Moga Adinda juga begitu...

Kakzakie Purvit said...

Ci Ina DDC,

Pokok kelapa kuning ini sebenarnya sebab rendah senang nak kait. Itu yg dia jadi mangsa kami Ci Ina. Kalau Cik Ina nak dtg Jb bagitahulah kakak. Bawa Firdaus dgn Yuyi sekali. Boleh tengok kg kakak.

Kakzakie Purvit said...

ieja amieja,

Kalau kakak nampak mereka tak boleh naik. Ini kes sembunyi-sembunyilah. Papa dia yg bagi green light itu yg menjadi. Kalau kakak memang tak adalah.... Kakak takut jatuh.

Ati Masrif said...

daun kesom ati tanam dlm pasu
sokmo je kering...

ada tips tak nak jadi demok?

Acik Erna said...

kakzakie..mak ai..lamanya nak tunggu lagi 20 tahun nak pencen..
kalau acik tak pe la..sekejap aje lagi..

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

tengok daun kesum jer teringat laksa peehhh sedap nyerrr.

wahida said...

bagus tu, berbudi pada tanah...mmg banyak hasilnya...

saya sampai sekarang tak reti bawak motor kak...

norhidana said...

kalu balik kt kg mmg sumenyer nk bt kan kak... hehehe anak2 akak tau kt bandar tak blh nk bt sume tuh kt kg je ada peluang...

dana kalu blik kg pun kak mmg duk pusing2 kliling umah tgk apa yg blh cilok bwk balik umah hehehe... pastu kadang siap pusing umah atuk lak tgk apa yg blh di cilok heheheh

Fendi BL036 said...

ini lah hikmahnya bila kita ada kampung dan kita berbudi pada tanah...

seronok tgk akak ngn anak2 berkebun sambil minum air kelapa...terbaek...

saya takda kampung...duduk bandar jela...huhuhuhu

Unknown said...

wahhh tgk gambar akak ni terkenang pula kg halaman...rindunya nk blk kg..bestkan dok kg saya pun suka satu ketenangan jiwa yang tak jumpa di bandar.

ainhany said...

salam kak,

amboi best nya balik kg..

adik pulun sakan minum air nyok dalam jag noo...mintak mak uchu sikit...hihii

Noor Fatin said...

saya dah lama xbalik kg umah nenek. hehe.

saya pn xpandai naik moto. berdebar tgk diorg naik. hehe

Ija Zambry said...

aaa kakzakie, bestnya suasana kampung gini! reduuuuuup je!! air kelapa muda...! aaa...!! (hehe saye tgh pose. tak senonoh kan komen gini?)

Hairun Azmi said...

Memang seronok bercuti di kampung...

Gajah Liar.Part 3

Kak Amy said...

ya allah dah la amy teringin nak minum air kelapa skg nie skali datang sini ada entri pasal air kelapa , wah lagi bertanbah terliur la di buatnya

Kakzakie Purvit said...

Ati Masrif,

Lebih kurang kakaklah Ati. Kakak punya siap sorok bawah pokok kari nak bagi terlindung. Tapi tetap kudut juga...

Kakzakie Purvit said...

Acik Erna,

Kalau ikut kiraan betul lagi 18 tahunlah Acik. Masa itu bolehlah kakak berkebun. Tanah tapak rumah atas nama kakak tau. Hehehe....

Kakzakie Purvit said...

Be simple Beb,

Kakak ingat nak buat laksa juga tapi entah sempat ke tidak. Tapi kalau masak asam pedas dah buat dah semalam....

Kakzakie Purvit said...

wahida,

Kalau ikutkan bapak kakak tak jaga sanagt pokok tu tapi entah mengapa senang benar pokok tu subur.

Kakak dah lama nak belajar naik basikal dulu tapi sampai sekarang tak pandai-pandai.

Kakzakie Purvit said...

norhidana,

Samalah kita, sayang tengaok cili da masak terbiar atas pokok, mangga jatuh atas tanah tak ada yg kutip. Kakak tak perlu tunggu masak siap ambil galah paksa dia gugur. Heee.....

emarieys said...

kalau bulan puasa...akan ada air kelapa fresh ini time berbuka...oh rindunya suasana kampung....

Kakzakie Purvit said...

nukilanafizza,

Kalau dan biasa hidup di bandar tak ada rasa apa kan. Tapi kalau macam kakak tak boleh tidak rasa rindu menggamit bila lama tak jumpa kg.

Kakzakie Purvit said...

Nieza,

Seronok bila sampai kg rasa oksigen yg disedut pun lain. Tak adalah bau minyak kereta.

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam Ainhany,

Ucu nak minum air kelapa boleh dtg kampung kami. Jomlah.... ucu kan sorang-sorang nanti kami rondakan satu kebun. Hahaha....

Kakzakie Purvit said...

NOOR FATIN,

Sesekali baliklah Fatin. Ajak mama/papa jenguk nenek.

Kakak pun takut nak belajra motor. Takut jatuh.

Kakzakie Purvit said...

ija zambry,

Kalau berbuka puasa selalunya bapak kakak tak bagi minum air kelapa dulu tau. Dia kata nanti selepas solat maghrib nanti jadi lesu, nak baca quran mesti mata kuyu.....

Kakzakie Purvit said...

Miecyber,

Keseronokan pada yg punya kampung saja yg tahu...

Kakzakie Purvit said...

Amy Syaquena,

Jangan minum air kepala banyak-banyak Amy. Jaga kesihatan. Kalau makan ubat lepas tu minum air kepala ubat jadi tak mujarab. Air kelapa itu jadi penawar ubat itu....

Kakzakie Purvit said...

MamEma,

Samalah tempat kakak kalau bulan ramadhan, bazar mesti ada jual air kelapa.

eelobor said...

sambil membaca entri ni saya meletakkan diri saya kat dalam cerita tuh. cuma watak yang tak boleh nampak dengan mata kasar ler. huhuhu, rindunya dengan suasana sebegitu walaupun saya di besarkan di kawasan perumahan. teringat masa kecik2 masa balik kampung emak, boleh la merasai suasana begitu. tapi itu masa kecik2 jer. belah arwah abah lak, betul2 dalam bandar. bukan kampung namanya

Unknown said...

assalamualaikum kakzakie...

tiada terucap dgn kata2 bila dpt balik kampong, jumpa keluarga tersayang....
banyak n subur betul tanaman kat kebun ayah kakzakie...
patut ler bdk2 tu riang gembira sangat..

ummi pun nk balik kampong esok..jom gi kampong ummi pula .. 11Jun nanti adik ummi nk kawin..

Mohamadazhan.com said...

sedap tu air kelapa =)

Afida Anuar said...

SubhanaAllah kak..seronoknya dapat berada di kampung...jeles..

aaaaa saya mengidam pulak tetiba tengok air kelapa tu.. hu hu

Unknown said...

assdalamualaikum.

kak zakie...
amboi2 mmg best layan kampung suamimu..
tang air kelapa tu. kalau ayu buka dgn air kelapa mmg terangkat.. hahaha

daun kesum tu, hantar ke citarasa rinduan boleh????

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Ni yang buat tak sabar nak balik kampung suami hujung minggu ni kak...


Nak balik kampung sendiri, takde harapanlah dapat semua tu Kak Zakie. Tumpang kampung suami ajelah.

saniah said...

kak za...syoknya kmpg kak..sy pun org kmpg gak tp pokok2 buah tk tanam tepi rmh..ada dusun buah tp jauh nun dkt 10batu..rmh sy dlm pekan..hehe pekan kecik ja

Pia said...

"bestnya kak..macam2 adaaaaaa...jomlah kita pakat balik dok kampung..."

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jom Terjah entry terbaru ??

diy pasang sticker carbon fibre


eeeemmm bestnyerrr akakkk bila akak citerr mengingatkan saya pada arwah datuk dan nenek....

atuk nenek tinggal kat parit botak B.P.... saya suka pulang kekampung pasal ada banyak pokok kelapa... tanahnya subur dengan pisang ubi... yag paling aku suka musim kopi berbuah dan berbungga sungguh harum semerbak.... lgi satu aku ingat lagi rumah salai kelapa yang aku suka duduk berbaring.... suka juga ngan bau kelapa salai yang sekampung baunya.... lagi satu suka tengok buah pinang yang di jemur memenuhi ruang halaman rumah.... suka juga main kejar ayam... suka panjat atas kambing....

yang pasti atuk tak pernah marah


bestnyerrr zaman dulu-dulu

Hajah Nafisah bt. Haji Md. Noor said...

sedapnya ... lama tak minum air kelapa muda sebaik turun dari pokoknya...... fresh....
salam ziarah.

Kakzakie Purvit said...

eelobor,

Kalau tak ada kg kena membayang saja la Ee. Apa lagi Muaz terus tak berpeluang la nampak gayanya. Kalau Muaz dtg kg kakak mesti terkejut nampak angsa-itik-ayam semua yg merata tepi rumah.

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam Ummi Humaira,

Kalau ada peluang macam nak kakak pergi kg ummi tu. Tapi jauh benar rasanya. Hanan pun kakak rasa tak dapat ikut juga sebab dia pembelajaran baru bermula....

Kakzakie Purvit said...

Mohamadazhan hjDesa,

Kalau suka tentu sedap. Bubuh ais lagilah hmmmm.....

Kakzakie Purvit said...

Afida Anuar,

Fida nak ikut kakak boleh. Datanglah JB nanti kakak bawa Fida. Bagitahu kakak dulu.

Kakzakie Purvit said...

Citarasa Rinduan,

Hari itu sebenarnya teramat panas Ayu, itu yg kelapa jadi mangsa.

Ayu ada restoran tentu kalau ada daun kesom ni banyak cara nak diolahkan ye....

Kakzakie Purvit said...

azrian0307,

Ok juga reen, kampung suami pun rasanya dah biasa tak ada masalah kan. Best kan reen.

Kakzakie Purvit said...

saniah,

Kakak tak ada dusun. Kebun bapak kelapa sawit dan getah. Itu pun upah org Indon kerjakan. Bapak kakak dah tak buat kerja itu yg banyak pokok cili, kesum, serai, terung, kacang dll dia tanam belakang rumah.

Kakzakie Purvit said...

Piasra,

Kakak memang niat bila dah tak kerja, anak-anak dah besar masa tu kan; kakak nak balik kg. Rumah yg ada sewakan aje. Hahaha.... berangan nie Pia....

Kakzakie Purvit said...

Afzainizam,

Parit Botak lebih kurang dgn kampung kakak. Cerita zam pun lebih kurang apa yg kakak buat semua tu. Dulu kakak kalau panas, bawa buku dan tikar pergi ke rumah salai kelapa. Baca buku sambil menikmati semilir angin. Bestnya....

kella said...

kak zakie.. sedap nya air kelapa itu!!!!! saya suka...
kita memang suka baca citer bila akak balik kampung atau persekitaran akak yang penuh hijau dan mesra alam.. i like! =)

Kakzakie Purvit said...

Hajah Nafisah,

Terima kasih ziarah. Buah kelapa walau panas terik bila kita tebuk airnya tak panas dan sedap utk dinikmati. Maya kaya Allah....

Kakzakie Purvit said...

kella,

Kakak sebenarnya memang selalu balik kg. Sebab org tua tinggal berdua saja sekarang....

My Little Diary said...

iye la kak... saya pun tak pandai naik beskal.... :(

chichi said...

sukanye tengok kampung ada hasil tanaman gini...tak yah beli..semua dah ada..

sahromnasrudin said...

assalamualaikum

kak..kelapa tue kalau buat jeli kelapa teramatlah sedap...

husnalalink said...

tak sabar rsany nak balik perlis lepas tgk kampung akak niee..hehehe

umah sy pun ade kelapa macam niee..tapi kali nie saya nak cari harum manis..hheheh =)

pB said...

segor segor nyer daun kesum tuuuu


kat sini , seikat , 40sen

nadbaptist said...

kakzakie,

bestnya..dah tahu dah apa yg nak dibuat bila pencen nanti..ada gak kebun yg nk dikerjakan..insyaAllah kak jika dipanjangkan usia, sihat tubuh badan..semua bole jadi kan kak

sedapnya air kelapa tu

Lydia Miza said...

kakzakie...nak mangga muda tu..huk3.
bestnyer tgk daun kesom yg gemuk tu.owh ye.saya dah add fb akak.klu sudi akak appv lah ye .mgu dpn nak blk malaysia.doakan saya sht ye kak.

Kakzakie Purvit said...

My little Diary,

Kakak belajar basikal bila last year hubby beli motor baru sebab kena belajar imbang badan katanya. Sampai sekarang tak pandai lagi...:)

Kakzakie Purvit said...

chichi,

Sesekali balik kalau boleh semua nak ambik bawa balik...

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam sahrom,

Kakak tak pandai buatlah shah...

Kakzakie Purvit said...

lalink7,

Balik Perlis nak ada kenduri ke Husz? Harap berita baik buat kami semua.

Nak berita yg harum dan manis juga. Tak payah buah harum manis pun tak apa

Kakzakie Purvit said...

pB,

Memang segar pB. Tak payah jaga lagi. Tempat kakak 50 sen seikat. Tapi kakak tak pernah beli sebab ada juga tanam sikit di pasu...

Kakzakie Purvit said...

Lydia Miza,

Alahai LM kalaulah dekat memang kakak bagi. Tapi kalau hantar ke Qatar mesti lain dah jadinya.

Insya-Allah kakak approve nanti ye. Kakak jarang buka FB sebenarnya....

dwatyKNY said...

best kan balik kampung... saya tak reti naik motor... jeles nya....

Temuk said...

KAKZAKIE
Cerita balik kg tu memang, memang, memang menyeronokkan. Apa lagi mengalaminya!

Lamanya lagi nak balik duduk di kg tu! Tak apa. Cari lot besar sikit kat bandar/pekan sekarang. Tanam (adakan) semua yg ada di kg tu. Dlm 5 tahun saja kawasan rumah jadi kg lah. Kot tak jadi balik menetap di kg nanti pun tak menyesal sebab dah buat kg di bandar. Ok, tak? Salam bahagia.

nabilah_2908 said...

seronoknya ada kampung macam ni...

hmmm...jeles....jeles...kampung sy..kampung batu...tanah...ada la sikit dpn rumah nenek tu tmpt letak tong sampah..

jiran kiri kanan...cina & india...mmg 1 malaysia...huhuhuhu...

tkpe la kan...asalkan ada tmpt berkumpul dah cukup seronok... :)

jom ke APA KATA HATI pulak ;
1H 4W

ajumohit said...

seronoknya kak..rajin atuknya melayan kerenah cucu...dpt upah minum air kelapa hehehe

Hanis Azla said...

wah.. terer anak akak dah pandai bawak motor.. saya ni sampai skrg tak tahu naik motor.. he..he..
tgk daun kesom tu teringat plk rumah lama saya.. kat tepi rumah dulu tu, bukan main membiak daun kesom.. skrg ni klu nak masak mmg kena beli daun kesom tu.. tanam kat pasu asyiklah tak menjadi..

Ayie said...

rindunya kampung halaman.. =.=''

nurkass said...

subhanallah...yesssssss...
kak zakie cayang..
berkali2 kass buka tutup blog kak zakie..ingatkan salah blog tadi sbb kotak komen dah keluar...hehe..tq kak..muahhhhhhh..
barulah takde sesi frust menonggeng lagi pasni..haha

daun kesom tu kat tempat lembah ke kak zakie..membiak betul..

Kakzakie Purvit said...

dwaty,

Tak pandai naik motor tak apalah dwaty. Kita belajar naik basikal dulu itu kata hubby kakak...

Kakzakie Purvit said...

Temuk,

Alahai cikgu kalau nak membeli lot rumah yg luasnya satu ekar di bandar saja pun baik kakak beli lembu banyak-banyak suruh org jagakan di kg....

Tak termampu rasanya kalau nak beli bungalow lot

Kakzakie Purvit said...

nabila_2908,

Kesiannya org tak ada kg nie kan. Kena duduk bandar je. Tapi selesa kalau hari perayaan adalah sunyi sikit sebab semua org balik kg....

Kakzakie Purvit said...

ajumohit,

Jangan tak tahu semua insan bernama atuk sma saja. Kasihnya pada cucu teramatlah jelas...

Kakzakie Purvit said...

Hanis Azla,

Samalah kita. Kakak dari dulu basikal pun takut inikan lagi motor.

Daun kesom tu dah tak terjaga dah. Tapi benar suburnya tak terkata. Bukan dekat lembah pun tapi sebelah pondok sidai baju dan tempat simpan barang-barang kebun.

Kakzakie Purvit said...

Ayie,

Ada masa baliklah kg dik...

Kakzakie Purvit said...

nurkass,

ALahai kesiannya adik kakak nie. Kakak dah pop up window sebab hari itu tak boleh comment.

Bukan tanah lembah pun kass. Tapi dah tanahnya sejuk terlindung itu agaknya subur betul.

Unknown said...

kecik2 dah pandai bwk moto yer..saya dulu habis sekolah menengah baru pandai..hehe

Nur-nba said...

Seronok tengok aktiviti akak dan anak2 di kampung.. Memang kalau Nur dah pencen, Nur memang nak duduk di kampung..

Solihin Zubir said...

sronoknya bleh balik kmpung..
mcm2 aktiviti bleh wat kan..

Najwa.H said...

salam kakzakie:
bestnya tengok daun kesom yang gemok-gemok tu.
lama giler x minum air kelapa fresh..

ibuintan said...

kakzakie... baca komen2 di atas ramai rupanya yg seronok balik kampung

Anonymous said...

Aslmkm.
1st TQVM kerana menjengah Kak G ya.
Hmmm, memang nampak seronok & teruja.
Tapi Kak G sendiri pun tidak berkesempatan cuba2 naik motor gitu la. Apalagi anak Kak G.
Mungkin kerana arwah Ayah seorang peniaga & tak pernah beli motosikal. Jadi belajar naik basikal & juga pandu kereta saja ... but also best! Siap langgar konkrit tiang rumah lagi! :)

aby said...

salam k zakie,
aby reply dah kt ujung2 la ..

in english we spell as, The Gun,
ngomong jowonya .. dhegan ..

menek pokok ke atau kait buah ngoh galah ...

apepun seronok tengok depa tu minum the gun ..he..he..

uncle gedek said...

Minom teros dari jug?

Pantang orang tua, tu!

Kakzakie Purvit said...

Papa Mifz,

Kakak pun tak tahu masa bila dia belajar. Tapi dulu masa cuti sekolah kahir tahun masa ramai-aramai dgn seputu mereka itulah agaknya dia belajar.

Kakzakie Purvit said...

Nur-Nba,

Kakak rasa pun macam nak begitulah nur....

Kakzakie Purvit said...

Solihin Zubir,

Aktiviti grab tanaman itu yg pasti Heee...

Kakzakie Purvit said...

najwa,

Senagn nak buat asam pedas atau laksa kan najwa.

Air kelapa muda best tau.

Kakzakie Purvit said...

ibuintan,

Betul... siapa tak suka balik kg ibuintan. Cuti sekolah nie tak balik kg ke?...

Kakzakie Purvit said...

DDrfauziah,

Tak pandai naik motor tak apalah Kak G. Bahaya pun juga. Apa lagi anak Kak G yg membesar dibandar langsung dia tak dapat nak pegang motor kan.

Hahaha.... langgar tiang konkrit Kak G. Nasib tak apa-apa...

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam aby,

Sopo seng arek menek pokok kelopo? Bapak seng njikok karo galah. The gun memang enak koyok jelly. Anak kakak sukak banget....

Kakzakie Purvit said...

gedek,

Aha.... terus dari jug. Keluarga kakak tak ada pantang-pantang. Hahaha....

bersama kak Es said...

ambooiii..bestnya dok kampung kan.
tenang dan damai je

Granny Hani said...

Best nya berada dalam dakapan kasih syg keluarga..itulah sebenarnya erti balik kampung.