Benar sungguh ia amat menawan bagai dikata
keindahan itu benar-benar menggamit mata
menyorot kosong tanpa rasa pada kuasa pencipta
warna indah dengan kelopak-kelopak yang ada
segarnya menjadi nikmat yang sudi menyapa
ia tetap mekar tanpa curiga
lupa tiba masa kelopak akan gugur jua
Mata terus memandang penuh leka
indah dan harum bagaikan dirinya
megah disanjung ramai manusia
alpa bagai bunga itu juga
menjadi pujaan dan hiasan dimana-mana
harumnya menerjah tanpa dipinta
siapa berani dan mampu mengata-ngata
kedudukan nyata sentiasa dijulang tiap masa
Tidak percaya semua itu hanya seketika
benarkah jawatan disandang tidak lama
ilmu yang ada bukan untuk mendabik dada
keegoan yang bermaharajalela
riak dan ujub timbul perkara biasa
bila segala punah sekelip mata
Rokib dan 'Atid pula tidak pernah lupa
Izrael juga sentiasa setia
perintah diambil tanpa leka
kekesalan diakhirnya bisu tanpa bicara
Dalam surah Muhammad ayat 16, Allah berfirman yang bermaksud: “Mereka itu telah dicap (ditutup) Allah mata hatinya dan mereka mengikut hawa nafsunya.”
Rasulullah bersabda: “Awaslah kamu jangan mencampuradukkan antara taat pada Allah dengan keinginan dipuji orang (riak), nescaya gugur amalanmu.” (Hadis riwayat Ad-Dailami).
69 comments:
perlambangan bunga juga pada wanita..
nak tengok ramai tak lelaki setia bila bunga dah layu..sorry gurau pagi senin
perlambangan bunga juga pada wanita..
nak tengok ramai tak lelaki setia bila bunga dah layu..sorry gurau pagi senin
Setinggi mana kita dijulang, ke tanah juga kita kembali.
riak it kadangkala kita buat tanpa sedar...oleh itu kena sentiasa beristighfar
kadangkala saya sendiri tak perasan adakah dalam tuturbicara saya ada berbunyi seperti riak.
assalamualaikum kak :)
hm, yang cantik yang hebat selalu diagungkan. yang cantik yang hebat juga merupakan ujian dari Dia. dan ujian itu jugalah sebabkan manusia terus riak, ujub dengan apa yang dimiliki.
kak, saya tertarik dengan ayat "benarkah jawatan yang disandang tidak lama" maksud? :)
minta dijauhkan dari perasaan RIAK dan TAKBUR atau suka bermegah2..
kdg2 kita tak perasan..huhu
doa2, moga2 tidaklah saya tergelincir dan termasuk dalam golongan yang seperti yg akak ceritakan di atas..
terima kasih byak2 ye kakak,,
kadang2 ape yg dituturkan tu riak tanpa disedari kan kak.. moga dijauhi kita sikap takbur..
semoga kita dijauhkan dari sifat itu..kdg2 bila bunga itu mekar, takkan pandang walaupun sebelah mata..bila dah gugur baru tercari2 dan menilai struktur bunga tu..
nauzubillah..mintak dijauhkn sifat2 riak itu
Selalulah berdoa semoga kita bukan terdiri dikalangan orang yang riak.
Bunga x mampu menjadikan dirinya sendiri...ia dijadikan olehNYA...
Hanya DIA yang layak menerima semua puji-pujian...
jgn jd mcm bunga..dipuja waktu mekar bila layu dibuang je..
jdla mcm padi makin berisi makin tunduk (eh betul ke sy dah lupa pepatah ni)
kak..
ayu nak jadi macam bunga kuaci/matahari..
walau segar dan layu bagus ada pelbagai khasiat...
PS: bagus renungan entry kak.....semoga kita sentiasa berpesan
harap dijauhkan drp perkara mazmumah seperti ini...
kadang2 kita mmg tak perasan...astaghfirullah...
Salam Akak..
Terima kasih atas peringatan itu..kadangkala kita sebagai manusia selalu "leka"...semoga dijauhkan Allah S.W.T daripada sikap yg. dibenciNYA dan juga manusia...
Salam Akak..
Terima kasih atas peringatan itu..kadangkala kita sebagai manusia selalu "leka"...semoga dijauhkan Allah S.W.T daripada sikap yg. dibenciNYA dan juga manusia...
kene muhasabah diri ni kak, kdg2 kita terleka dgn urusan dunia kan...mintak dijauhkan dari riak tu
kadang2 apa ALLAH bagi pinjam tu hanya sementara. kalau kita riak, takbur, sekelip mata je Dia boleh amik.
Salam, memamng takut sangat penyakit ujub dan riak ni.. Che Mid selalu ingatkan diri sendiri, jgn sampai riak dan ujub hinggap dihati
Kejadian makhluk, indah segala, jangan alpa pada yang mahan kuasa.
pesanan ini amat bermakna buat diri saya. kekadang kita terlupa bila terleka
salam akak...yg penting kite kene bersyukur dgn segala yg ada dan jgn sombong..:)
Bimbang kan kak...kadang2 kan..bimbang jugak ada rasa bangga dalam diri...ye la..orang tu duk puji, orang ni duk puji, setan pun datang suh bagi rasa bangga sikit..astarfirullahalazimm....
mintak sangat2 supaya Allah pelihara hati ni jangan mudah riak,sombong,bangga diri dan sebagainya yang tak elok2 tu..
thanks kak atas kata2..
Jangan sesekali lupa pada bumi yang dipijak.Semua yang ada pada kita hanyalah pinjaman.
Assalamualaikum.
Moga kehidupan kita sentiasa dipandu oleh iman dan taqwa. Berjaya di dunia, berjaya juga di'kemudian hari'.
Berkerjalah dan beribadahlah.
TQ
bunga penyeri dunia. bunga dan wanita sama tapi tak serupa..
@ IMANSHAH: Ada bunga yg layu tapi harumnya mewangi setaman:)
@ Kakcik: Lumrah kehidupan pasti akan ada kematian
@ Daddy Ziyyad: Benar doc. ada kalanya kita terlalai dek hasutan syaitan
@ NM02: Yang penting kita patah balik pada kesedaran apabila tersedar dari kesilapan itu.
@ sar: Ujub dan riak teman akrab yg paling kita takuti. "Jawatan disandang tiap insan hidup" kena fikirkan apa yg tersirat sar....
@ sarah-najwan: Walau ada kala tanpa sedar cikgu yg penting bila kita tersedar segera kita berpatah balik...
@ Mutiara Bernilai: Insya-Allah sesama kita berdoa. Kita ada masanya lalai MB...
@ maya amir: Itulah yg kita bimbang. Ada waktu tujuan kita bercerita tapi tanpa sedar terselit sifat jahat ini
@ nurkass: Benar Kass. Ada bunga yg kelihatan tidak menawan tetapi bila terlerai dari kelopak baru disedari ianya harum mewangi. Sayang tidak dinilai masa ia segar...
@ redza: Mohon padaNya Redz...
@ Cikgu Tie: Insya-Allah jika kita selalu beringat bila tergelincir segera patah balik.
p/s: cantik gambar baru. hampir kakak tak kenal:)
@ cik shinju: Allah telah menjadikan bunga itu utk kita menilai kebesaran dan menikmatinya. Moga nikmat itu digunakan sebaik-baiknya...
@ Rina AVAIL: Alangkah bahagianya kalau bunga itu walau telah gugur masih diingati keharumannya:)
@ Citarasa Rinduan: Kuaci bunga matahari bila makan jangan buang sepah kulitnya Ayu:)
@ wahida: Benar wahida syaitan selalu menghasut kita menurut katanya. Moga kita selalu beringat walau ada ketika kita terlalai seketika
@ azi: Seketika kita terleka segera kita bertaubat.....
@ ajumohit: Selagi ada syaitan selagi itu kita kena hasut olehnya aju. Tiang dan dinding kena kuat. Sesekali tergelincir kita luruskan lagi tiang kita...
@ NOOR FATIN: Itulah Fatin hak apa juga yg kita miliki hanya pinjaman dari Allah semata-mata
@ Che Mid: Insya-Allah jika ada rasa takut sifat keji ini kita masih ada pelung kembali sekiranya terleka seketika...
@ ahmad humairi: Benar cikgu. Segala ciptaan Yang Esa tidak ada tolok bandingnya. Nikmat diberi pun bukan selamanya
@ eelobor: Bukan ee saja yg kekadang terlupa, semua manusia punya sifat lupa dan leka. Apa yg perlu kita kembali bila tersedar
@ cikceriacorner: Bila ada sifat riak itulah sombong pun hinggap sama CCC. Takut kan...moga tidak ada pada kita
@ Afida Anuar: Sebab itu org kata kerana pujian kita boleh terleka. Insya-Allah Fida jika kita berpegang pada tali Allah walau terleka segera kita kembali
@ Zaitun: Itulah Kak Zai bangga dgn yg ada tidak sedar semua pinjaman untuk seketika saja...
@ Admin P@P: Wa'alaikumsalam cikgu Lai. Mengikut pepatah bekerja seolah-olah utk hidup selamanya dan beribadat seolah-olah akan mati esoknya.
@ hani@debu melukut: Perumpamaan diberikan pada insan bernama wanita dan bunga sebagai hiasan. Kalau menurut saluran pastinya cantik jadinya kan cikgu.
salam kak zakie,
hidup yang sementara ini penuh dengan cabaran dan dugaan. semuga kita semua dapat melaluinya berperisaikan iman dan taqwa.
Semuanya hanyalah pinjam-pinjaman. Kedudkan, jawatan, ilmu dan rupa. Tiba masanya kita akan kehilangan semua itu. Hnaya Allah Yang Maha Kekal
wanita ngn bunga mmg tak dpt dipisahkan kan kak... cume dana tak nk jd mcm bunga yg wangi pastu layu tak berguna... dana nk jd bunga yg tak layu2 heheheh... bunga rose plastik :)
salam akak
tak lama lagi , insyaallah berpuasalah kita
bunga walau secantik dan sewangi manapun akan layu juga...
bangga diri takkan ke mana perginya, kita tetap hambaNya
nice blog, kak. byk info yg diberi :)
minta dijauhkan sifat RIAK dan TAKBUR
di dunia ini hanya sementara
jadiii jgn dibiarkan bunga itu layu sebelum waktu nyeee :)
kak cik..
subhanallah... Harap sikap riak dan takbur tu takder dalam diriku..
kalau ada pun harap aku cepat tersedar. amin
@ ibundo: Wa'alaikumsalam kakpah. Insya-Allah perisai itulah yg menjadi pendiding kita dari hasutan syaitan
@ shameel iskandar: Alhamdulillah itulah realitinya yg tidak boleh kita lari dari pinjaman yg sampai waktu diambil semula
@ norhidana: Buna plastik tak mahulah dana. Cantik dijadikan perhiasan saja. Walau layu kalau wangi tetap disukai...
@ pB: Inysa-Allah moga bertambah kuat iman kita...
populariti manusia akan smpai pd hadnya...hanya Allah yg layak disembah...Semoga kita bukan manusia yg alpa...thanks atas kata2 indah ini...
@ ibuintan: Bunga yg wangi walau layu tetap dikenang dan diingati baunya yg harum.
Itulah bangga dgn yg ada sampai masa ditinggal juga
@ sis intan: You are always welcome intan. Thank you...
@ Mamaema: Mohon padaNya dan kuatkan iman dan taqwa kita kepadaNya juga...
@ ieda: Itulah ieda masa bunga itu harum kita hargailah supaya bila dah layu tidak menyesal. Bunga pula usahlah bermegah kerana sampai waktu tetap akan layu
@ ratu Kebaya: Insya-Allah tidaklah hendaknya RK. Kakak pun begitu juga sebab kita ada masanya lupa...
@ Maya Mayana: Masa disanjung itu janganlah lupa hakikat kita serupa saja kerana tiba masa ke kubur dgn kain kapan putih sama saja kan Yana...
assalamualaikum kak...
sungguh sy takut pd syirik kecil iaitu riak....
sabda rasul itu terlalu sukar hendak dicapai sepenuhnya. walau diusaha untuk dielakkan, namun sekelumit rasa kadang2 datang tanpa di undang.
bagaimanapun ia menjadi kayu ukur terbaik untuk dijadikan panduan serta ingatan kepada diri kita agar tidak tergoda oleh bisikan durjana.
terima kasih kongsi
Assalamualaikum kakak..
dah 4 hari tak kesini..rindu rasanya :)
@ sahromnasrudin: Datangnya dia tanpa diundang itu yg takut shah...
@ al-lavendari: Sekurang-kurangnya sabda baginda dapatlah membuat kita tersedar bila sesekali kita terlena dek hasutan syaitan durjana
@ gedek: Sama-sama gedek.
@ makdara TERdiva: Sesekali singgah & menjengah jadilah MDT:)
semoga kita dijauhkan dari golongan yang riak.....
Ya Allah...semoga diri ini di jauhkan dari sifat2 riak dan takbur....amin..
kakzakie.indah bahasa yang digunakan sampaikan acik terleka seketika.
nama pun bunga..kembang mekar hanya seketika..akhirnya akan jatuh ketanah jua.
riak = syirik kecil
Assalamualaikum kak zakie,
pandai kak zakie berbahasa.cam terbuai je bila baca. semoga kita semua dijauhi sifat riak dan takbur.
@ dwaty: Insya-Allah dwaty...
@ Honeybunny: Itulah harapan kita sebagai insan yg lemah
@ Acik erna: Lumrah kehidupan yg pastinya akan berlawan dgn mati kan Acik.
@ JARI YG TERBARAI: Benar itu dik. Berhati-hatilah kita
@ Cik Ina DDC: Wa'alaikumsalam Cik Ina. Semoga kita sentiasa mendapat perlindungan dariNya Cik Ina.
moga dijauhkan dari ujub dan takbur
@ bersama kak Es: Itulah yg kita pohon selalu kak Es...
semoga kita semua tidak termasuk dalam golongan yang di atas...amin..
Post a Comment