SE: Itulah bungkus semua kepala mestilah tidak dengar (maksudnya aku bertudung).
Aku: Bukan maksud saya tidak dengar tapi awak bila berbicara di telefon 'blabbering' (apa dalam bahasa Melayu aku kurang arif - tapi kalau bahasa ibunda aku disebut nggeremeng)
SE: Orang lain tidak pernah pun kata saya begitu. Awak seorang saja yang kata begitu.
Aku: Maaflah kalau begitu, tetapi buat diri saya selalu kurang jelas dengan butir bicara awak. Kenalah awak perbaiki demi prestasi kerja awak sebagai Sales Executive yang lebih baik.
Habis komunikasi di situ dan tidak diperpanjangkan.
Tidak sampai dua minggu dalam bilik mesyuarat.
A:Saya ada masalah bila awak telefon selalu saya kurang jelas dengan butir bicara awak.
B: Saya pun sama. Hari itu saya sangkakan awak kata KWSP rupanya .........(nama satu syarikat disebut) - Suara ketawa riuh sebentar dalam bilik itu. Memang pun KWSP tidak ada kena-mengena dengan dia.
C: Eh... saya juga sama menghadapi masalah ini. Sebab itu bila awak bercakap melalui telefon memang saya kena pasang telinga betul-betul. Dari awak mula masuk lagi memang begitu gaya cakap awak sebab itu saya kena 'pay more attention'.
Aku: Bukan maksud saya tidak dengar tapi awak bila berbicara di telefon 'blabbering' (apa dalam bahasa Melayu aku kurang arif - tapi kalau bahasa ibunda aku disebut nggeremeng)
SE: Orang lain tidak pernah pun kata saya begitu. Awak seorang saja yang kata begitu.
Aku: Maaflah kalau begitu, tetapi buat diri saya selalu kurang jelas dengan butir bicara awak. Kenalah awak perbaiki demi prestasi kerja awak sebagai Sales Executive yang lebih baik.
Habis komunikasi di situ dan tidak diperpanjangkan.
Tidak sampai dua minggu dalam bilik mesyuarat.
A:Saya ada masalah bila awak telefon selalu saya kurang jelas dengan butir bicara awak.
B: Saya pun sama. Hari itu saya sangkakan awak kata KWSP rupanya .........(nama satu syarikat disebut) - Suara ketawa riuh sebentar dalam bilik itu. Memang pun KWSP tidak ada kena-mengena dengan dia.
C: Eh... saya juga sama menghadapi masalah ini. Sebab itu bila awak bercakap melalui telefon memang saya kena pasang telinga betul-betul. Dari awak mula masuk lagi memang begitu gaya cakap awak sebab itu saya kena 'pay more attention'.
SE: Oklah saya akan cuba perbaiki (kenapalah masa aku panggil tempohari tidak jawab begini)
Nasihat bukan mengeji di dalam mesyuarat demi kebaikan bersama. Aku sekadar mengambil minit mesyuarat tidak mahu berkata apa-apa. Apa yang pasti kalau tudung kepala aku yang dikatakan olehnya menyebabkan aku kurang jelas dengan butir bicaranya, ternyata meleset. Mereka yang memberi komen dalam mesyuarat rata-rata sama bangsa dengannya bukan bangsa aku. Aku tersenyum kerana nyata bukan aku pekak. (senyum sendiri sambil mencatat minit - dan pastinya akan aku masukkan dalam minit mesyuarat). Aku tahu mereka semua tiada maksud untuk menghentam sebenarnya, tetapi sekadar mahu memberitahu.
Mereka juga tidak tahu sebelum ini aku telah lebih dulu memanggilnya untuk memberikan butir bicara yang jelas ketika menggunakan telefon tetapi alasan diberikan terlalu klise. Selepas ini aku berharap bila dia mendapat minit mesyuarat dari aku kenalah dia tahu bahawa tudung aku tidak boleh dipersalahkan. Bungkus kepala aku bukan sembarangan!! Senyum aku meleret-leret.
Nasihat bukan mengeji di dalam mesyuarat demi kebaikan bersama. Aku sekadar mengambil minit mesyuarat tidak mahu berkata apa-apa. Apa yang pasti kalau tudung kepala aku yang dikatakan olehnya menyebabkan aku kurang jelas dengan butir bicaranya, ternyata meleset. Mereka yang memberi komen dalam mesyuarat rata-rata sama bangsa dengannya bukan bangsa aku. Aku tersenyum kerana nyata bukan aku pekak. (senyum sendiri sambil mencatat minit - dan pastinya akan aku masukkan dalam minit mesyuarat). Aku tahu mereka semua tiada maksud untuk menghentam sebenarnya, tetapi sekadar mahu memberitahu.
Mereka juga tidak tahu sebelum ini aku telah lebih dulu memanggilnya untuk memberikan butir bicara yang jelas ketika menggunakan telefon tetapi alasan diberikan terlalu klise. Selepas ini aku berharap bila dia mendapat minit mesyuarat dari aku kenalah dia tahu bahawa tudung aku tidak boleh dipersalahkan. Bungkus kepala aku bukan sembarangan!! Senyum aku meleret-leret.
~~ Bila bangsa Melayu berbahasa Inggeris akan banyak terkeluar "lah". Bila India pula prounce dia kita salute tetapi ada kalanya terlebih slanga. Tapi bila Cina selain tambahan "ma" kalau sebutan 'R' jadi 'L' kenalah sipendengar letak penuh perhatian~~~
111 comments:
Assalamualaikum,
...salahkan diri sendiri.
Jangan bersikap suka menyalahkan orang lain.
haihhhh nk salahkn org bertudung lak..geram ni,diri sndr salah xnk ngaku huk3x..lelaki ke pmpuan ni kak..nsb bukan sama bngsa huhu
Kakzakie ni sama spesis dg saya ni, 'world' lah tu.. tapi sayang dah lama tak praktis..
huhu xbaek salahkan bungkus kepala ;p
biasalah tu kak...manusia ni mcm2 peelnya, nk plak bangsa itu
Assalamu'alaikum Kakzakie...
itulah namanya manusia...
kak dulu sy ada ofismate india..dia tye..dgar ke org ckp kalau pakai tudung & bos sy pulak..tak panas ke pakai tudung..hihihi
biaselah diaorg tak biasekan??
pasal kes akak ni..emmm..mana ada org nak mengaku kesilapan diri..kecuali dah terbukti...
kass pun pernah kena..
boleh pulak dia suruh buka tudung padahal dia yg salah bagi arahan..haihhh..stress jadinya..
ish,ada plak tudung dipersalahkan...nasib2...
Agaknya bila A dan B dan C dah bercakap, baru dia tak dapat berhelah lagi agaknya. Atau si ABC tu lebih senior/atas dari SE ?
tulahkan kak.. bila org terawal menegur masih lagi tak perasan kesilapan tu. bila ramai yang menegur baru nak sedar. tapi harapnya lepas dah kena tegur tu boleh berubahlah.
- SE itu bkn seugama kita kan...saya kena dgn lecturer yg sebangsa dan seugama yg menyalahkan tudung...dia kate kami yg bertudung ni pekak...alahaiii...
Assalamulaikum kak zakie
cik ina pulak ada kelemahan kalau pakai serkup kepala kat tempat kerja, tak berapa dengar kalau orang cakap melalui telepon. sebab tu cik ina kalau pakai tudung memang tak pakai serkup.biasalah tu bangsa tu, memang suka nak cari salah bangsa kita.
huhu...bila ramai yg dah tegur baru nak sedar...
kakzakie..ada masanya memang kurang jelaskan..acik pun pernah cam tu..orang kata telekom..acik pegi jawab waalikumusallam..dia ulang lagi..telekom..he he..malu le pulak masa tu..
"mmg nak kena ni..hehehe..lain kali perbaiki diri sblm nak salahkan org lain..kan kak.."
adehhh, sekali kena kat batang hidung dia.. hihi..
sedap je dia ckp "berbungkus" tu ek...iskhhhh
next time perbaiki diri dulu jangan dok nak salahkan orang lain je..
kak, me buat pekak jek klu ada org kata me pekak...hehe..
sis: me like that...cakap suke tambah lah..d belakang,smpai p tebiu pon tercakap begitu
Wa'alaikumsalam ahmad humairi,
Sebab itulah cikgu, kakak kalau dah beritahu dgn baik-baik kita pulak dikenakan, lebih baik diam....
assalamualaikum kak.
~eheh.
melayu + english = malaylish
india + english = inlish
cina + english = cinlish
masing2 bawak semula bahasa ibunda masing2. :D
tapi bab tak nak mengaku salah tu, saya rasa sebab dia dengan akak je. dalam phone pulak kan. bila dah depan2, segan sikit. :)
Afika Aziz,
Kalau Ika nak tahu kakak is the only Islam di sini. Tapi nasib Allah beri kakak kekuatan dan sykt kakak pula bergantung banyak dgn kakak...
Mie,
Oh ye ke Mie... Tapi kenalah masa dan tempat kan mie...
Cik Ecah,
Sebab dia kata"cover your head" so bila translate maknanya bungkus kepalalah kan :)
ajumohit,
Dah nasib kakak kerja dgn sykt. asing aju...
Wa'alaikumsalam kakcik,
Begitulah kakcik... entah apa pula dia tulis dlm blog dia tentang kakak kan...
Sharifah Nadzarah,
Kakak dah lali dah SN. Janji bos-bos kakak semuanya tak complaint kerja, kakak buat kerja kakak...
Nurkass,
Kita kena kuat dan beri explanation betul-betul kass janji tidak menimbulkan kekeruhan...
Ila,
Pada kita mestilah tak logik, tapi lain pada dia...
al-lavendari,
A,B,C dan SE semuanya sama position tapi lain-lain department. Tapi bagusnya mereka ni tak ada simpan di dlm hati....
Ratu Kebaya,
SE sebenarnya baik orangnya tapi masalahnya pertuturan dia memang tak jelas. Dia jenis cakap macam bibir tak buka tau RK. Eh... macam mana kakak nak cakap tak tahulah...
Al,
Kalau macam itu kakak rasa mesti ada yg tak kenalah Al. Kesian pada yg seagama tapi tidak tahu....
Wa'alaikumsalam Cik Ina,
Oh... Cik Ina macam Kak Uda kakak kalau pakai tudung tak pakai serkop (bukan pasal tak berapa dengar tapi dia kata pening).
wahida,
Kesian jugakan sebab itu memang style dia bercakap....
Acik Erna,
Kakak kurang jelas sebab cara dia bertutur tu Acik bukan tak dengar. Dia jenis cakap buka mulut sikit je. Bibir pun macam tak gerak sangat. Hehehe....
Piasara,
Ala...Pia kakak dah terbiasa dah Pia. Dia bukan org Islam...
mama_Noriz,
Namun bukan tujuan nak kenakan dia tau Noriz. Sekadar memberitahu dia.
Mereka kata "bungkus" sebab perkataan yg biasa dia kata wrapping atau cover. Ala.... kakak tak tak kisah.
Amy Syaquena,
Lumrah hidup sebagai manusia Amy. Entah apa pula dia kata tentang kakak....
sis intan,
Yalah Sis... itulah lebih baik. Tapi kakak sebab masa itu dia kata kakak tak dengar itu yg kakak terpaksa explain....
Diana@bilakukatacinta,
Oh... ye ke? Perbaiki dik. Tapi tak kisahlah janji yg berbual dgn kita faham...
dia kata sb akak pkai tudunglah maka xdgr dia ckp eh?
sobar ajolah..bukan tdg tu tutup lobang telinga..tutp kepala la..hehe..ce akak bgtau dia gtu..hhee
Wa'alaikumsalam sar,
Ewah.... ada bahas berbagai ciptaan ye sar.
Kakak rasa dia ni memang style cakap begitulah sar. Jadi kami yg berkomunikasi via phone kenalah betul-betul dengar dan tanya ulang-ulang kalau tidak faham....
sarah-najwan,
Pada dia kalau pakai tudung macam benda kena bungkuslah cikgu. Malas nak jelaskan....
Salam, Kakzakie tak cerita pulak macamana muka dia bila kena komplen dek kawan2 dia tu.. ada tak dia jeling balik pada kakzakie..
Salam, Kakzakie tak cerita pulak macamana muka dia bila kena komplen dek kawan2 dia tu.. ada tak dia jeling balik pada kakzakie..
ohh slalu bangsa derang ni tanak ngaku kalau die yg silap..seboleh2nye kite gak yg silap
susah nak memahamkan org yang susah nak faham kan kak
sound direct aja kak..spesis cina/india lidah pendek ke tu?
sabor je la...
Che Mid,
Kakak kalau lihat org kena rasa simpati dan dia pun senyum pada kakak.... Kakak just kata tak apa....
maya amir,
Kakak jenis tegur mana yg silap tapi bila tak mahu dengar akak let's it go. Mana tahu kakak yg tak betul kan. lagipun dia bercakap pun dgn nada sopan bukan meninggi...
amirah,
Itulah Allah tunjukkan pada dia bila dlm satu masa sebenarnya bukan 3 org saja yg kata seperti N3 kakak tapi ramai yg dah kata begitu pada kakak....
Daddy Ziyyad,
Hahaha.... tak sampai hati kakak doc. Cuma adalah sikit tamparan bila maknanya bukan tudung yg kakak pakai jadi sebab kakak kurang jelas...
ikatankasihku,
Kalau tak sabar mesti kakak dah herdik dia. Dah sabarlah ni...:)
baru tadi dengar si pelakon
intan ladyana tu memelayukan
B.I di radio hot FM...lawak betui
bunyinya..huhu
sebelum ni saya pernah kerja dengan india dan juga cina... macam yang akk ckp... kita kena dengar betul2... sebab saya pun kerap salah paham maksudnya... coz dorg biasanya akn menyebut ayat terbalik... kadang2 tu kedengaran lawak juga... tapi bila dah lama2 tu, akan faham sendiri...
banyak orang banyak la ragam dan pertuturannya...slmtlah kak zakie ni jenis org yg byk sabar kan..hehe
Dah diri sendiri silap bleh plak
salahkan penampilan org lain sbg penyebabnya yer...Sabo jelah..
Kita pakai tudung,bukan sumbat tinga ngn kapas..kihkih :D
Semoga yang menegur tu dapat hidayah juge.. Aamin..
kan dah terkena
salam akak,
sabaqla noo..
satu lantunan muhasabah..terkadanag kita tak perasan sehinggalah ditegur..
apapun kita jadikan positive..:)
kak, ramai kawan sy yg suke blabbering tu....jenuh nak fahamkan dgr dia ckp apa, bila kita kurang jelas, merajuk pulak..haiii
kdg2 mmg jenuh nak dgr org macam ni bercakap. eespecially kalau bagi no telepon atau flight code. hahah!!!
takkan nak salahkan org bertudung...haish..tak baik betul kalau fikir camtu kan..
ni namanya kekacauan lidah bila kite berbicara pasal 'slang slang' ni kak... kalo saye, komfem saye sound direct je bila kite plak yg dipersalahkan balik
Assalamualaikum Hjh,
Ini lah bila seseorang yang yang berbangsa asing yang tidak memahami akan penutupan aurat yang WAJIB didalam ISLAM dan tidak mahu menerima kenyataan terhadap penerangan yang diberikan.....Hjh inilah juga dugaan bekerja dalam CO yang berbagai bangsa.......
Kak...ketua besar fida kat sini orang India dari India...Allah..setiap kali ada event, time dia berucap memang satu apa pun fida tak faham..sleng India dia tu berbelit sangat... kadang2 kami2 semua ni terpinga2 time dia tanya...hahaahha
Ati Masrif,
Macam-macam sekarang nie kan Ati.
dwaty,
Penyusuan bahasa dia ok dwaty, tapi lontaran bunyi itu yg jadi masalah. Dia bercakap macam tak buka mulut tau... So. kalau communicate through phone really we have to pay more attention, cause not clear...
Prince Halilintar,
Kalau boleh bila kita tak mahulah isu kecik dibesarkan Prince. Lagipun bukan dia tak boleh buat kerja, cuma style dia dah macam tu...
Cik Shinju,
Kakak dah jelaskan dgn org yg call dari London pun kakak boleh dengar dgn baik tak kanlah setakat dari luar office kakak tak dengar....:)
nur,
Mudah-mudahan ye nur... Segalanya di atas kehendak Allah jua.
IMANSHAH,
Lumrah kehidupan sebagai manusia cikgu...
Wa'alaikumsalam ainhany,
Kena ambil positif betul. Tapi jangan kata tudung kakak jadi sebab pendengaran kakak kurang jelas....:(
Fasihah Supian,
Kalau tidak melibatkan silap dalam tugasan tak apa lagi dik.... merajuk kawan tak lama kan...
gadisBunga,
Hahaha.... itualh GB yg terlibat saja yg tahu masalahnya...
MamaEma,
Dah tak ada alasan lain itulah jadikan tudung kakak sebagai alasan. Tak apa sekarang dia dah sedar....
ORLANDO AHMAD BUAYAK,
Kakak percaya kalau staff lelaki dia terus sound direct - "Hei what are you talking? one by one pls. I dont' understand". Itu lelaki.... tapi kalau perempuan tak ada lagilah dik....:)
Wa'alaikumsalam pesona,
Sebenarnya dia tahu tuntutan menutup aurat wanita Islam sebab dia pun org M'sia bukan macam boss kakak org luar. Sayangnya dia mahu jadikan alasan saja....
Afida Anuar,
Huhh... Fida masalah juga ye. Kakak dapat bayangkan slang boss Fida tu. Tapi mungkin lama-lama kita fahamlah style dia kan...
Assalamualaikum..kak,
harp banyak bersabar....
kalau ke arah kebaikan, teguran perlu didengar n diikuti ... kalu membawa kp kebaikan ler!
salam k zakie,
bukan sbb tudung tu ..
mungkin kopengnye wse budek ..
taler re wes kandel ..
ha..ha..
apa pun
mayar kerjone kak ..
ukor njagong, ngerungokno karo nolis minit ..
orak payah ngangkol atau menek2 ..
hu..hu...
Salam kenal,
I know what you mean la.,hehehe..Melayu cakap Inggeris. Vely tlue one.
Maarrrvelous blog :)
Thank you for the visit.Appreciate that very much.
Take care.
Umi
dah macam terbayang2 macam cara dia bercakap tu..huhu..teringat masa keja kt pj kejap dulu bos jepun tu kalau cakap waduh..macam penuh mulutnya ngan hurup r n o
ada lak nak salah kan tudung yer....kerja dgn majoriti bangsa asing nih mcm ni la...tapi saya pasti dgn pengalaman akak sure leh handle dgn penuh berhemat...:)
mumble - mengunyah kata kata.
memang ada org yg macam, cakap tak jelas... suara dalam sangat
Teringat peribahasa Jawa 'Nggeremeng koyo maleng kompolan'
Kakak pernah dengar?
:D
Teguran membina okaylah...
serius, gee tak faham citer ni. tapi nape nak salahkan org yg bungkus kepala? cakap baik2 pon xde ke?
menyalahkan org lain mmg mudah.sedangkan diri sendiri mempunyai kelemahan kita tak sedarkan kak.inikan pulak sanggup menghina tuntutan agama org lain semata2 nak tunjuk diri mereka betul..huhu
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السلام عليكم ورØمة الله Ùˆ بركاته
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
tip pasang audio sound sistem kereta
yupppp salahhh orang nampak salah diri sendiri tak nampak
ego lah namanya tu bila kakak cakap dia x nk terima kelemahan dia..
Ramai orang yang macam tu tak mahu terima kesalahan sendiri,nak tunjuk ego.
Salam Akak..
Diorang ni memang mudah berprasangka dengan kita kalau bertudung...tapi Allah maha mendengar lagi maha mengetahui...bukan itu penyebabnyakan...
Sekamar rindu,
Insya-Allah kakak bersabar...
Acik,
Manusia sesungguhnya tak sama kan Acik...
Wa'alaikumsalam aby,
Wah... orak apik ngomong koyok ngono sih... Udhu bangsa ne kito. Angger ngomong koyok kita meheh apik kakak paham. Hahaha....
Njikok minit pun ono seng orak seneng ati aby... Ono jugak seng arek kakak minit sing apik wahe....
Umihoney,
No... honey... he is not Melayu as I am the only Malay and Islam in the company...
Thank you for visiting TITISAN NURANI...
suri solehah,
Ha... kakak rasa suri dapat bayangkan. Bila bercakap tak buka bibir macam mana nak jelas. Kalau depan mata ok tapi bila melalui telefon mestilah ada masalahkan...
Papa Mifz,
Bersyukur juga bila kita diberi kepercayaan pihak syarikat. Sekurang-kurangnya tidaklah dia sesuka hati nak buli kita...
delaroche,
Itulah kan... kesian juga tapi dia kata kita pulak yg tak dengar.
ckLah,
Kakak ada pernah dengar cikgu. Maleng kompolan hahaha... tangi turu kemul le teles....:)
Miecyber,
Benar kami masih boleh bekerjasama lagi...
She's Gee,
Gee manusia kan tak sama, lagi pula mungkin mencari alasan...
Lydia Miza,
Itulah LM. Bila ramai juga teman blogger yg komen pernah menerima teguran sama macam kakak bererti bukan kakak sendiri ada mengalami kes seperti ini...
Afzainizam,
Tapi akhirnya dia pun sedar tak apalah. Jadikan panduan...
Rina Avail,
Bila dah ramai yg mengatakan sama dia sedar juga cik betty....
Zaitun,
Mungkin masa itu dia rasa pertuturan dia ok Kak Zai, tapi bila dah ramai yg cakap baru dia sedar...
azi,
Kakak bekerja dikerumuni bangsa asing Azi dan mereka maklum akan cara kakak yg tak mudah tergugat cara hidup mereka.....
Post a Comment