Pagi - Sebelum majlis bermula sebahagian sahabat yang telah tiba. Lihatlah reben adik besar gedabak, dibelikan oleh si kakak yang pergi ke I-City minggu lepas.
Ayam masak merah
Kambing masak kurma
Hidangan lain - Ada lontong + kuah sate, otak-otak (Kak Ita & Abang Din) jiran sebelah rumah pengantin lelaki menderma ini sepanjang majlis berjalan. Otak-otak pun dibakar di porch rumahnya. Kuih-muih juga dihadiahkan oleh hamba Allah juga sepanjang majlis. Tukang masak pun dari taman kami juga. Kambing golek juga ada tapi aku tidak sempat merakam. (orange dalam bekas itu aku yang potong tau. hikhik.....)
Gotong-royong - Sepanjang majlis dari hal-ehwal rewang, kendarat dan cuci pinggan-mangkuk semuanya kami sahabat-handai satu taman berganding bahu sebagimana biasa dilakukan oleh orang kampung, kami lakukan secara bergotong-royong. Hanya pelamin saja pihak pengantin tidak mahu kerana malu katanya.
Kendarat - Sebelum balik petang itu kami bersama-sama bergambar sebagai kenang-kenangan. Mohon semoga jodohnya berkekalan. Buat Azmi dan Fairuz kami mengucapkan Selamat Pengantin Baru. Selamat menunaikan ibadah Haji dan diberi kesihatan yang cemerlang agar dapat beribadah dengan selesa dan sempurna. Doa kami juga moga ibadahnya diterima Allah dan mendapat Haji yang mabrur. Selamat pergi dan kembali bersama kami masyarakat Taman Damai. Terima kasih pemberian cenderahati tudung buat kami semua.
~~ Sungguh benar sekali hidup, mati dan jodoh pertemuan itu telah tertulis di Loh Mahfuz. Selalulah bersangka baik bahawa setiap kita pasti akan menemui jodohnya (dengan izin Allah) hanya cepat atau lambat saja. Dalam Suroh An-Nuur ayat 26 yang bermaksud - "Wanita-wanita yang buruk itu untuk lelaki yang buruk, dan lelaki yang buruk untuk wanita yang buruk; sedangkan wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik"~~
82 comments:
jodoh memang dah cantek2 Allah tentukan kak..
Akak..serius saya lapar sangat ni..nengok gambar makanan tu lagilah buat saya terliur..memang jodoh tu ketentuan Tuhan kan kak..
Slmt Pengantin baru buat mereka dan selamat menunaikan haji...Semoga mendapat haji yg mabrur..InsyaALLAH..
Kak buat yun lapo jer tgk gambor2 makanan tu...muahahaha... :P
SubhanAllah.. hebatnya aturan Ilahi. Semoga berpanjangan jodoh mereka ke akhir hayat dan hidup rukun damai bersama.
bile lak turn sy ni? huhuhuhu...
berselera betui tengok makanan yg ade tu.. :)
Subahanallah.... kerja Allah tak siapa boleh halang....kun fayakun!
Assalamualaikum Kakzakie,
Allah Perancang Yang Maha hebat.
Seronoknya semangat bergotong royong masih ada di tempat kakzakie yer.
Selamat pengantin baru pada pengantin semoga bahagia ke akhir hayat dan selamat menunaikan Fardhu Haji. Semoga Allah permudahkan segalanya.
Salam Kakzakie..
Kakak..apa yang Allah s.w.t rencanakan untuk kita adalah yang terbaikkan..syukur dengan jodoh yang diberikannya.
Selamat pengantin baru buat mereka ye dan selamat menunaikan ibadah haji...semoga semuanya dipermudahkan.
- cantek je potongan limau tu...pandai yg memotong nye kan...hehehehe
sentiasa pecaya pada ketentuan Allah..
banyak jgk makanan tu..
semoga mereka berbahagia ke akhir hayat dan slmt pegantin baru..
sedapnya tengok menu2 itu, semoga jodoh mereka berkekalan ke akhirnya, damai tgk keluarga itu
akak jodoh sya pun sbnrnya dari dulu lg dah ada depn mata.. belaja jauh2 smp ke utara tanah air.. at last berkahwin dgn rakan sekelas masa sekolah rendah dulu.. bertemu di majlis reunion sekolah... Alhamdulillah dah 3 tahun kami mendirikan rumahtangga...
segalanya ketentuan Allah.. cari punyalah jauh tanpa kita sedar sebenarnya ia berada di depan mata.
salam kakza..menarik betul kan..bgmn trpisah bertahun tahun bertemu kembali di FB dan akhirnya berkahwin..emm boleh buat novel..mesti bnyk ranjau dan liku hidup mereka berdua..lamanyaa nak brjumpa yg sesuai..org putih kata soulmate..:) moga berkekalan kehujung nyawa
Bila dah jodoh.. sweet je..
Moga2 berkekalan jodoh mrk..:)
meriahnya majlis ni. nak plak yg kawin tu kawan2 kita sendiri :)
salam kakzakie.selamat pengantin baru buat mereka.indahnya ketentuan jodoh dr maha Esa.
sedapnya juadah majlis tu kak.lama adik tak mkn lauk kenduri kawen.huhu
Segalanya mungkin laaa kan?
jodoh itu telah pun ditentukan oleh Allah swt. Saya kenal ngan husband pun di laman sosail jgk tp bkn di FB tp di Teratak Anna Abdi. Forum tu dh tutup thn lps
tahniah..alhamdulilah
Salam k.Zakie...
selamat pengantin baru buat En Azmi n Pn Fairuz, semoga kebahagian berkekalan..amin.
Eh..eh..nama taman kita hampir samalah...nama taman ucu TAMAN MERU DAMAI..akak pulak TAMAN DAMAI...
seronokkan..maka dah terbuktilah kedamaian yg ada kt tmn kita ni...
salam akak ,
alhamdulillah..mudahan berkekalan dalm rahmat ilahi buat pengantin yang diraikan. Indahnya caturan ilahi: selamat mengerjakan haji juga. Amin
Meriah ndan msyoknya suasana taman akak ek..Muafakat membawa berkat..Mudahan Allah limpahi rahmat berterusan dan dipelihara selamanya.
Cantik baju pengapit2 semua: kumpulan marhaban ke tuh?
wah..seronok nyer kak!!
subhanallah...
indahnya aturn hidup kita kan?
semoga mereka berkekalan hingga ke hujung nyawa.
selamat pengantin baru buat pasangan..dan selamat menunaikan ibadah haji..semoga selamat pergi dan kembali..
jodoh pertemuan di tangan tuhan....
selamat pengantin baru
moga kekal bahagia keakhir hayat...
kak, nama pengantin perempuan tu sama lah dgn saya :D
sama dengan kes kakak angkat saya... sape tahu kan... satu kampung, satu sekolah...habis jer sekola... satu kat sabah... satu lagi kat sarawak... akhirnya dipertemukan juga melalui facebook... yang pasti semuanya dengan izin ALLAH swt...
yana pun tumpang happy utk mereka...semoga berbahagia dan mendapat haji yg mabrur...Amin
tu la kalau dah jodoh..cepat dan lambat bukan ukuran..kalau dah ketentuan..
Selamat pengatin baru semoga jodoh berpanjangan.
Selamat pergi dan kembali dan mendapat haji mabrur.
perancangan Allah kita tak pernah jangka tp memang itulah yg terbaik.
oren tu la paling special kan kak sbb akak potong hehe
bestnya dpt tudung kak.
kemain baju sedondon~he~~
assalamualaikum akak. :)
oh akak!touching tetiba baca ayat akak yang last tu. +_+'
semuanya dah tertulis. cepat atau lambat je. ye, kita kena sentiasa berperasangka baik. astaghfirullahaa'azim. pasti ada sebab atas segala kejadian kan. inshaAllah adalah nanti kan kak. :)
thanks kak atas perkongsian ni.
p/s- diri ni selalu je lupa kebesaran Dia. astaghfirullahal'azim.. :(
jodoh2...Allah telah mengatur segala yg terbaik..moga mereka bahgia hingga ke akhir hayat..
Tertarik ayat pertama...
Betul, teknologi akan menjadi baik kalau baik kita menggunakannya. Begitu juga dengan fb, twitter, blog dan jaringan sosial maya lain. Semua tu tak salah. Bergantung samada kita cerdik atau tidak menggunakannya...
Seronok tengok gambar-gambar pertemuan tu, makanan tu...:D
wah,seronok nya kan
Alhamdulillah.. Yang pasti... tentu kawan dan jiran juga terlebih eksaited kan kan..
selamat pengantin baru..smoga jodoh brpjgan...meriah gitu kumpulan kendarat.
Mabruk buat pengantin... jdoh tu Allah dah aturkan cantik2 dah.. tunggu masa je kan kak zakie?
ALHAMDULLILAH..
semoga mereka berbahagia.
kadang tu aturan jodoh memang tak dijangkakan...moga berkekelan hingga akhir hayat...
Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambanya....
sama bujang on saja.
Kenangan manis berganda - tahniah!
tahniah kpd kedua pengantin... moga berbahagia hingga akhir hayat dan moga dapat haji yg mabrur jugak
memang indah dan hebat ketentuanNya
terliur tengok nasi kenduri nih.
kalau dah jodoh tu, tak ke mana kan kak. moga berbahagia hingga akhir hayat
itulah kan kak zakie, kalau dah jodoh.. tahniah buat pengantin baru.
Kak Zakie,
Saya pun berharap bertemu jodoh..
Tanpa bersikap gelojoh..
Pelan-pelan aje..
Biar lambat asal selamat :)
selamat pengantin baru kepada mereka. Kalau dah jodoh tak kemana.
@ amirah: Maha pengsasihnya Allah kan Mira..
@ missbby: Semua itu gotong-royong kami sahabat handai satu taman tau
@ Cik Shinju: Makan panas-panas lagi sedap Yun...
@ kakcik: Itulah hingga mak pengantin lelaki kata kalau tahu dari dulu temukan mereka sebab dah satu kg dah saling mengenal...
@ Penjejak Mimpi: Akan tiba masanya dik. Itulah ketentuan Allah
@ Amie: Benar Amie... Kunfayakun Allah tiada siapa yg dapat menjangka
@ Kunang-Kunang: Wa'alaikumsalam Kak Ani. Benar sekali kami pun turut gembira. Lebih cantik sesama dapat menunaikan Haji bersama itu yg lebih bererti lagi...
@ azi: Itulah Azi surat jemputan mereka pun ditulis sempena majlis hari raya dan majlis menunaikan Haji bukan majlis pengantin sebab mereka dah menikah 2 minggu sebelum puasa lepas
@ Al: Tak teringin nak rasa ke potongan dari tangan special tu? hihi...
salam kak,
ooo patut la oren tu nmpak sdp, akak yg potong ye hihihi
cantik prancangan Allah kan kita je yg tak tahu
@ Prince Halilintar: Makanan memang banyak walau variasinya tak terlalu banyak
@ ajumohit: Itulah juga doa kami sahabat satu taman aju...
@ Queen Teratai: Lihatlah QT kita merancang tapi perancanagan Allah amat indah sekali.
@ saniah: Allah jua yg tahu mengapa baru kini mereka dipertemukan sedangkan dari dulu dah saling mengenali
@ mama maman: Amin... itulah juga doa kami
@ sis intan: Pengantin lelaki org kuat surau taman kami manakala yg perempuan pula tinggal di sebelah taman... tak sangka kan...:)
@ Lydia Miza: Sekarang di M'sia mana-mana ada kenduri kawen dik.
@ WuMing: Benar Allah yg menentukannya...
@ Tentang Kita: Bila baik niat dihati apa cara sekalipun akan jadi baik
@ merahitujambu: Terima kasih...
@ Ucu Faridah: Jodoh dah ditentukan. Moga kita pun bahagia tinggal di taman perumahan yg baik maknanya ucu...:)
@ ainhany: Jodohnya ditemukan kala mahu menunaikan rukun Islam yg ke lima. Bagus kan... Baju itu sponsor dari pihak surau utk kami kaum wanitalah cu...:)
@ Mrs Eady: Memang seronok!!...:)
@ kasihibu: Itulah Sya... betapa kita tidak tahu perancangn Allah yg cantik ini
@ Acik Erna: Mereka akan bertolak oktober ini Acik... moga selamat & dipermudahkan ye
@ miloais: Kami pun berdoa sama
@ makdara TERdiva: Hehe... eh betullah MDT baru kakak perasan
@ dwaty: Itulah dwaty... merantau jauh tak sangka jodoh terlalu dekat di depan mata
@ Maya Mayana: Mudah-mudahan doa kita dimakbulkan ye Yana...
@ chichi: Allah juga yg tahu kan
@ Zaitun: Amin...itulah yg sebaiknya
@ izan: Kelakar je izan kakak gurau je tau. hihi... Pengantin bagi kami perempuan tudung awning dan yang lelaki t-shirt merah (lupa nak ambil gambar)
@ bujal x: Baju ini sponsor dari surau kami untuk kaum wanita menjalankan apa saja aktiviti
@ sar: Wa'alaikumsalam sar. Redhalah dik kerana lihatlah mereka ini kami dah punya anak-anak yang besar baru mereka dipertemukan. Tapi cara pertemuan mereka amat indah utk dikenang
@ Kunangkunang: Peraturan yg indah dari Allah....
@ ckLah: Pertemuan kerana mencari sahabat lama tapi rupanya Allah gerakkan hati cara itulah dia mendapat jodoh cikgu...
@ Ila: Betul seronok sangat...:)
@ Che Mid: Memang betul CM. Kaum bapa lagi siap macam nak paksa mereka naik pelamin, tapi pengantin tetap tak mahu
@ zue: Meriah sebab yg menikah seangkatan kami juga...
@ Afida Anuar: Ramai yg ucap tahniah/mabruk ini Fida. Suka dgn pertemuan tersebut...
@ Yan: Terima kasih. Mudah-mudahan itulah hendaknya
@ suri solehah: Benar suri. Bersama kita doakan yg terbaik utk mereka
@ eelobor: Benar ee Allah maha mengetahui
@ Cikli: Ialah kan tidak kacau org lain
@ Aida Ali: Cantik kan keindahan berganda ini
@ ibuintan: Tidak siapa pun menyangka apa lagi keluarga mereka yg tinggal sama setempat
@ Cik Jatt: Sekarang musim kenduri CJ. Biasalah bila musim raya musim org kawin dan lepas tu musim pergi haji...makanan kenduri ada saja
@ Fatin Mraz: A'ah Fatin. Siapa sangka kan
@ missgee: Betul tu cikgu. Bukan lambat-lambat tapi ketentuan itu Allah dah tulis di Loh Mahfuz. Kakak doakan cikgu cepat bertemu jodoh...
@ ibundo: Macam lagu P. Ramlee kakpah kalau dah jodoh...
@ So Shy Lady: Hehehe.... kalau SSL ras oren itu mesti tak mahu berhenti makan. Terima kasih singgah rumah kakak nie...:)
perancangan Allah untuk hamba-Nya memang sempurna.. siapa boleh jangka jodoh & maut melainkan Allah?
selamat pengantin baru untk azmi & fairuz..
semoag berbahagia ke akhir hayat...
cantik baju sedondon tu ;)
kak..itu ayam masak merah ke kicap...lam gambar macam ayam masak kicap.
semoga berbahagia..
saya pun sedang sabar menanti ketentuan Ilahi.
assalamualaikum kak...
ayam masak merah tue tan nampak pun merahnya hehehehehehee
selamat pengantin baru dan selamat menunaikan haji buat mereka...
betul tu kak...jodoh pertemuan ajal maut hanya Allah yg menentukan...
ajal maut jodoh pertemuan adalah ketentuan dariNya....
lia dulu wlu sekampung dgn suami & pernah belajar disekolah yg sama tp kami langsung x kenal..hinggalah diperkenalkan oleh org tua (mak/abah) kenal 2 bulan n b'tunang 6 bulan...alhamdulillah bahagia hingga kini.... :)
Assalamulaikum kak zakie.
Allah SWT akan berikan yang terbek tuk hamba-hambanya. Sebagai hamba kita tak perlu risaukan. meriahlah kak zakie kalau buat kenduri gotong royong, baru rasa puas nak makan. semoga jodoh keduanya berkekalan hingga ke akhir hayat.
siapa sangka...
Assalammualaikum kak,
Tahniah kepada mereka berdua. Alhamdulillah Allah dah aturkan yang terbaik untuk mereka...
meriahnya kenduri bila semuanya pakat gotong royong.. : )
Alhamdulillah.. tumpang bahagia melihat kebahagianna mereka.. semoga segalanya dipermudahkan buat mereka.. juadah2nya mmg membuka selera.. terliur melihatnya..
Assalamualaikum.
Alhamdulillah.
Jodoh dan pertemuan itu ketentuan Ilahi.
Selamat Pengantin Baharu. Semoga kekal ke akhir hayat.
TQ
selamat pengantin baru utk pengantin...jodoh mereka kan kak...tumpang hepi...
indah...
kuasa Alaah SWT....
tiada yang dapat menghalang.....
amin................
@ Zana Adieza: Betul... samalah ini odh mereka
@ mamaNoriz: Baju sedondon sarau taman kami sponsorlah Noriz..
@ lienalinaz: Ayam tu masak merah tak tahu camera kakak snap jadi gelap pulak hihi...
@ sahromnasrudin: Itulah pasal agaknya camera kakak tak dapat tangkap warna merah dah jadi macam masak kicap ye...:)
@ wahida: Tak siapa pun boleh menjangkakkan...
@ Mamamya: Oh ye ke Lia... bagus betul Lia kira org tualah yg kenalkan ye... :)
@ Cik Ina DDC: Wa'alaikumsalam. Betul Cik Ina. Kami boleh rasa dan komplen masa memasak. Buat mana yg patut. Siap masak kami semua makan dulu hihi...
@ NM02: Tak ada siapa sangka termasuk mak-ayah mereka juga
@ Sinar Raudah: Wa'alaikumsalam Amy. Itulah perancangan indah yg Allah berikan pada mereka
@ Suri Hanna: Meriah tu betul Hanna. Tapi lepas malis huh... letih masing-masing macam kenduri rumah sendiri....
@ Hanis Azla: Syukur Hanis dah selesai dan harap berkekalan mereka berbahagia
@ Admin P@P: Wa'alaikumsalam cikgu. Jodoh dah sampai itulah dia suratan Allah ye cikgu...
@ aanie: Betul aanie. Kami pun sama gembira mereka dah ada partner hidup
@ ORLANDO AHMAD: A'ah... indah ye:)
@ Hantu Kak Limah: Ialah HKL. Kadang merancang bagai nak rak tapi tak jadi....
kak zakie....
tapi pelik laaa...apesal org kawen berhabis puluh2 ribu(ade yg beratus kot)pastu kawen kejap...ceraiiii....sedih laaa...huhuhu
jodoh pertemuan, ajal maut semua itu memang ketentuan Tuhan kan kak...
Tumpang gembira untuk pasangan pengantin.
Suka pulak tengok baju kendarat tu..:)
cantik nyer baru kendarat tuee..
Benarlh sekali kak jodoh itu ketentuan Allah. Jodoh sebenarnya adalah ketetapan dan ketentuan meskipun ada terdapat elemen pilihan dan pencarian
subhanallah
dipermudahkan urusan membina masjid dan untuk kerumah Allah
selamt hingga keakhir hayat
saya tak thu la..jodoh ngan sape..huhu..
tp yakin ALLAH maha mengetahui..dan perancang terhebat,,
orang berumur kalau kawin, comey!! (",)
@ azian: Tapi ada juga yg nikah simple bercerai juga. Segalanya qada' & qadar dan suratan...
@ Yus: Kami pun sama Yus. Baju kendarat tu Yus tak kan tak faham tempat kita di Johor nie macam dah trend mesti ada baju sedondon utk kendarat
@ Be Simple Beb: Baju free ni BSB...:)
@ Jiwa Hamba: A'ah kita sebagai manusia berhak memilih dan mencari tapi segalanya atas kunfayakun Allah jua
@ SUD@IS: Cantik dan hebat sungguh kan perancangan Allah ke atas dua hambanya ini kan
@ aziekz: Kena berusaha utk mencari yg terbaik dik. Setelah itu berdoa dan tawakkal pada Allah. Kakak doakan moga dipermudahkan...
@ fuad ansari: Hmm... jangan bila tamabah usia kelak cuba nak sekali lagi fuad. Hihi.....
siapa sangka...jodoh berada didepan mata... :)
waaaaa
akak
na[pe nmpak cm bess je majlis kawin nii
meriah jekkk
makanan pon sedap2..heeee
selamat pengantin baru kawn akak!
jodoh depan mata rupanya.. ;)
moga mereka kekal bahagia hingga ke akhir hayat.. amin..
Post a Comment