Situasi beramah-mesra, menjeling baju cantik-cantik, menikmati beraneka juadah dari berbagai negeri, memberi duit raya pada anak-anak, mencatat resepi kuih dan anak-anak berbaju Melayu telah berakhir malam tadi di taman perumahan aku. Marhaban penutup untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun 1432hijri sudah berakhir. Malam tadi juga terpaksa kami habiskan sebanyak sepuluh buah rumah kerana syawal 1432H telah berakhir. Lihatlah beberapa paparan gambar yang sempat anak aku ambil buat paparan di sini.
Anak-anak - Tiada apa yang paling menggembirakan anak-anak yang bak kain putih. Mereka turut sama bermarhaban dan saat paling dinantikan bila mendapat duit raya. Ada yang menggantikan duit raya dengan jajan yang dibungkus dengan plastik.
Doa - Selesai marhaban doa dibacakan oleh sesiapa sahaja kerana text doa telah disediakan. Hanya bila tiba pada nama siapa tuan rumah tersebut perlu ditukar. Lihatlah aku tidak sempat hendak ambil t-shirt futsal Yasmien yang tersangkut di pintu pagar.
Ucapan - Setiap kali habis berdoa tuan rumah akan memberikan sepatah dua kata. Biasanya adalah mohon kemaafan salah-silap ahli keluarga dan mohon semoga dipertemukan lagi di tahun hadapan sebagaimana doa yang telah dibaca.
Doa - Selesai marhaban doa dibacakan oleh sesiapa sahaja kerana text doa telah disediakan. Hanya bila tiba pada nama siapa tuan rumah tersebut perlu ditukar. Lihatlah aku tidak sempat hendak ambil t-shirt futsal Yasmien yang tersangkut di pintu pagar.
Ucapan - Setiap kali habis berdoa tuan rumah akan memberikan sepatah dua kata. Biasanya adalah mohon kemaafan salah-silap ahli keluarga dan mohon semoga dipertemukan lagi di tahun hadapan sebagaimana doa yang telah dibaca.
Ibu dan anak - Keseluruhan jumlah yang hadir aku rasa mencecah hampir seratus orang. Aku dapat mengagak dari jumlah air kotak yang aku sediakan tidak berbaki langsung.
~~ Selalu habis saja Hari Raya anak-anak lelaki menjadikan baju Melayu mereka sebagai baju tidur. Kalau yang bujang atau yang dewasa jadilah baju raya tersebut dipakai untuk bersolat ke masjid, itu pun tidak lengkap bersamping. Elok saja bagi kaum hawa sentiasa di pakai selalu. Sebab itu jangan hairan mengapa orang perempuan selalu membeli kain untuk membuat baju.~~
Ada peristiwa tidak dapat dilupa malam terakhir marhaban tersebut. Akan aku kisahkan pada minggu hadapan.
64 comments:
seronok!!!!
moga bertemu ramadhan akan datang... insyaAllah
Assalamualaikum Kakzakie...
Moga Allah panjangkan usia kita semua dapat berjumpa lagi di Syawal akan datang...amin
bestkan???
rumah sy dah buat awal2 syawal aritu...tapi sy tak sempat nak snap ape2 kak..
bilalah kita dpt jumpa ekk????
hamboi2...
heheheh...bila nak sampai senai plak nih...heheheh...
kak, peristiwa apa tu???
cer citer cer citer...heheheh
Untuk tahun ini, suami dan anak2 kakcik tak buat baju Melayu - pakai jubah sahaja pada hari pertama.
Semoga kita diberi peluang untuk bertemu lagi dengan Ramadhan dan Syawal di tahun depan. InsyaAllah.
ui~~10 bijik rumah~~semoga kita dipanjangkan umur jumpa ramadhan dan syawal tahun depan~he~~
wah kak meriahnya..akak buat mi kari eh? kalau suami saya mmg pakai baju melayu pasal cikgu kan, tiap jumaat memang dipakai baju melayu tu..:)
meriahnya..ramai tul orang!
Selamat Hari Raya Haji pulak.....
bestnya.. lama dah x rasa suasana mcm ni...
meriahnya kak. penutup aidilfitri yg sgt seronok izan lihat.
izan tak kerja kak,jd baju kurung pakai masa pergi kenduri kawen aje lepas raya...
meriahnya..ramai sungguh...semoga sama2 bertemu ramadhan yg mulia bulan hadapan :)
meriah sungguh.. seronok ramai2 gini..:)
moga beroleh keberkatan atas usaha murni nih..:)
penuhnyer budak2 ngan mak budak
seronoknya ada majlis2 macam ni...
dapat kenal jiran setempat...
masa kecik dulu ati selalu
juga join marhaban...ingat lagi
lagu dan lenggoknya...
Assalamualaikum Kak Zakie.
Suka tengok jiran ramai2 datang. Meriah tu sampai 100 org. Ayat yg akhir tu setuju sgt..jgn heran mengapa orang perempuan selalu membeli kain untuk membuat baju. Lg pun org pompuan kena selalu pakai baju, org lelaki boleh berlenggeng aja di rumah :).
Meriah nampak....
sdih kan syawal dh brakhir....mriah btul kak.
anak sy pun baju malayu wat g solat jumaat je tu pun klau sy suruh klau tak lbih slesa pkai tshirt
tahun ni memang meriah time raya tapi saya tak punya kekuatan untuk menjamah kelazatan menu yang dihidangkan..
baju melayu anak bujangku hanya di pakai ketika hari raya.. selain dari tu lebih kepada simpan dalam almari..
hepi sungguh budak dan mak budak kan
Sy tgk, budaya marhaban kat Johor sgt2 meriah! Suka sy tgk! Sy teringin nak menikmati suasana meriah tu!
Assalamualaikum Kakzakie,
Alhamdulillah dapat berkumpul dan bermarhaban diakhir syawal.
Semoga kita bertemu lagi dengan syawal akan datang.
wahh kak marhaban yeee .. banyak tuu kak 10 buah rumah ... penat tuuu :)
happening =)
beshnya...
suami saya pula baju melayu selalu hanya dijadikan collection kat almari je :(
sejak dah kerja ni..
sy beli baju raya pun beli yg simple2..tak terlalu fancy sngt...sbb baju tu boleh dipakai tuk bekerja..
kalau baju lip lap...alamatnya dok la bertapa dalam almari tu.. :)
fuhh..penuh rumah tu...patut la meriah sgt tu...seronok tgk..
alhamdulillah...seronokkan buat sambutan macam tu.
semoga tahun depan kita masih berkesempatan meraikannya lagi...
baju melayu akim tiap2 tahun bertukar sbb seluar dah sendat..
suasana yg tidak akan dinikmati 11 bulan ini
waaaaaaaaaaaa
msh lagi beraya di saat2 akhir
heee
yela raya setaun sekali
alhamdulilah
semoga kite ketemu nye lagi kan
insyaAllah =]
alhamdulillah.. majlis berjalan lancar dan meriah sungguh nmpknyer..lebih meriah marhaban dlm bln syawal..rezeki ank2 dpt wet raya..
Berakhir sudah syawal...
Yelah kak,org ppuan nye baju raya
boleh pakai gi kenduri bagai..
Org laki p kenduri mane pakai baju melayu...pakai gi semejid jer la..
memang tak hairan pun kalau perempuan membeli kain untuk buat baju.. dan tak hairan jugak kalau baju penuh almari pun, masih nak menambah lagi baju2 tu..he he
InsyaAllah jika umur panjang tahun depan dapat raikan lagi.
kalau majlis camni budak2 la yg paling seronok....
best la akak.. meriah tol.. ;)
Alhamdulillah ya kakzakie...ditempat akk masih mengamalkan suasana mengunjungi berkumpulan begini kan....semoga Allah pertemukan lagi kita dan Ramadhan di tahun hadapan...
Salam Ziarah & ukhwah KakZie,moga persahabatan terjalin akrab.
serononyer kak..x penah pulak pegi ke majlis mcm ni
ramainya...meriah...
assalam kazakie..seronoknya kawasan perumahan kakzakie..meriah dengan marhaban dari rumah kerumah
Uishhhh meriahnya !!!! Mmg kak, baju melayu wat gi berjemaah di surau utk abah, Adam lak tido ngan baju melayu, sejuk mata memandang
Meriah sungguh, gembira nampaknya wajah2 yg hadir tu :)
assalamualaikum...kakzakie...lamanya tak singgah sini...akak pun lama dh tak singgah blog sy kan...tak apa...semoga akak bahagia di sana...
sama cam marhaban uamh sya tahun lepas, meriah kan...
tapi tahun ni kami tuakr style ke khemah lak...
heheheh
Amboi meriahnye..berbaloi nak jamu org makan. Ala-ala kenduri pulak..
Baju kurung memang sentiasa dipakai. Org lelaki 5thn pun sanggup diaorg tak nak tukar..huhu
wah...meriahnya...
assalamualaikum akak.
sangat meriah ni kak. dah macam kenduri dah ni.
meriahnya kak...sampai m'cecah 100 org tu...dah mcm kenduri.. :) kat taman lia ni ikut lorong je..klu marhaban x sampai pun 50 org tp kemeriahannya ttp terasa lbh lagi tgk ragam anak2... :)
smga kita dipanjangkan umur utk bertemu lagi dgn 'syawal' di tahun hadapan....insya'allah.
Wahh memang meriah kawasan perumahan kak zakie eh...nak pindah duk sana la.. he he
Assalamulaikum kak zakie,
meriahnya majlis penutup Aidilfitri tu.tua muda kecik besar semua gembira.betullah cakap kak zakie orang lelaki pakai baju melayu tak selalu cam orang perempuan. Firdaus pakai baju melayu masa tidur time cuaca sejuk.
SUNGGUH MERIAH LA AKAK!!
mana gambor makwes?
@ Lelaki ini: Seronok walau penat
@ NM02: Samalah kita berdoa. AMin...
@ Abd Razak: Wa'alaikumsalam. Amin... Syawal tanda kemenangan kita dibulan Ramadhan ye ustaz..
@ Sharifah Nadzarah: Taman kakak buat selepas UPSR so lambat habisnya... Insya-Allah pasti satu hari nanti kita bersua juga. Dekat je...
@ azian: Seronok betul Yan. Kakak cerita minggu depan je lah kakak busy sekarang nie...
@ kakcik: Kalau hubby kakak dari dulu memang tak buat pun baju Melayu kakcik. Dia berjubah sentiasa. Kalau jalan je pakai kemeja/t.shirt.
@ bujal x: A'ah 10 buah tapi rumah taman kan dekat dan makan pun kita kumpul. Jadi selepas 4 rumah makan sambung lagi dan last makan lagi gitulah... (air minum ada setiap rumah)
@ missbby: Kakak buat lontong dengan kari ayam hantar rumah kawan. Rumah kakak minum air je...
(KOMEN KAKAK DI SANA KENA REJEK BLOGSPOT)
@ Rina Avail: A'ah memang ramai hingga duduk porch pun ada... nasib dah bentang tikar
@ ahmad humairi: Tahun ini raya haji keluarga kakak pun akan beraya di rumah kakak semua sebab hubby kendalikan korban utk sebahagian keluarga kakak...
@ Queen teratai: Kalau di Johor rata-rata masih ada lagi
@ izan: Ramai tapi semuanya mak-mak dan anak-anak je izan... Kalau macam itu jangan beli baju selalu sayang. Tak pun sedekah mana yg dah tak pakai lagi...
@ Maya Mayana: Eh.. tahun depanlah sayang ramadhan mana ada tiap bulan hihi...kakak gurau ye:)
@ mama maman: Kami harap dapat dikekalkan hendaknya..
@ ikatankasihku: Dah marhaban kaum wanita mestilah hanya mak dgn anak je. Lelaki dah habis lama dah...
@ miloais: Kami rata-rata kenal sebab taman kami kaum Melayu tak ramai kena join agar komuniti kita bersatu...
@ Ati Masrif: Tempat kakak setiap satu rumah lagu dibawa tak sama bagi kelainan baru seronok...:)
@ Ann Huda: Asal jangan beli tapi tak sesuai dipakai selalu pun rugikan Ate...
@ WuMing: A'ah... meriah
@ So Shy lady: Pakai baju Melayu agak leceh itu yg malas agaknya kan...
@ aizamia3: Tak apa moga tahun depan dapat meraikan. Berdoa. Baju anak bujang kalau banyak pun boleh sedekah kat rumah anak yatim. Berkat tau...
@ Ila: Happy tu mesti Ila tapi penatlah sikit...
@ Mommy Fara: Kakak pun tak tahu kenapa mesti adakan. Tapi macam dah tradisi tak kira kampung atau bandar
@ azam: Bukan open house azam. kami bermarhaban dan dari 10 rumah makan hanya 2 tempat saja...
@ Kunang-Kunang: Wa'alaikumsalam. Dah berakhir pun kak ani. Alhamdulillah harap dipertemukan lagi tahun depan...
@ ieda: Itulah ieda kami berjalan tau, tak ada kereta pun sebab rumah dekat-dekat dan anak-anak berterabur atas jln kalau bawa kereta pun masalah. Jln kaki lagi best. Membakar cholestrol hihi....
@ cheqna: Best sangat kalau cheqna ada mesti seronok..
@ Chik Na: Ada baik sedekah kalau dah tak pakai. Sayang kan....
@ nabila_2908: Kakak pun sama. tapi kakak lebih suka berhabaya selesa....
@ Prince halilintar: Betul Prince penuh rumah kakak dari hall hingga ke porch. Nasib tak sampai dapur. Hihi...
@ JunAina: Begitulah hendaknya Aina. Mahu bertemu lagi tahun depan..
@ Makdara TERdiva: Kalau macam usia Akim MDT tak boleh nak buat apa sebab cepat membesar
@ sahromnasrudin: Kalau tempat kakak kalau ada kerja kawen masih ada lagi marhaban shah...
@ aimie amalina: Tahun ini lambat mula so habis pun lambat...:)
@ ieja amieja: Sebab itulah anak-0anak ramai ieja. Dapat kumpul duit raya di hari akhir. (KOMEN KAKAK TAK BOLEH MASUK BLOG IEJA - SEDIH TAU)
@ cik shinju: Sebab itulah Yun abang tak buat baju Melayu. Dia pakai jubah senang. Boleh buat solat sekali...
@ norh: Kita sindir diri kita sendiri ye norh. Hihi....
@ Zaitun: Insya-Allah kak zai...
@ aanie: Betul aanie... dapat duit dan jenjalan rumah kawan mereka
@ Nureen: A'ah meriah dgn jiran-jiran.:)
@ Eye_nee: Inilah sahaja cara berkunjung kalau tak semuanya kerja susah nak jumpa
@ Cahaya Pencenta: Syukran jazilan - kakak dah berkunjung dan follow tapi TAK DAPAT TINGGAL KOMEN BLOGSPOT PUNYA PASAL KOT
@ Sarah Syazwani: Sarah kena duduk di JB nanti dapat menikmati cara marhaban begini.:)
@ wahida: Ramai sampai kena duduk porch...
@ Acik erna: Bukan taman kakak sajalah Acik. Banyak taman perumahan sekitar pun sama kalau di tempat kakak nie....
@ ajumohit: Dah macam lali kan. Baju Melayu abah Adam pun kakak rasa seluarnya tak pakai pun dia pakai kain pelikat aje kan...hihi...
@ Dinas Aldi: Mana tak seronok bermarhaban Dinas...:)
@ Adinda Amy Sensei: Wa'alaikumsalam Dinda. Kakak lama masuk tak ada N3. Lepas ini kakak ke rumah Dinda Amy ye...
@ MamaNoriz: Kakak buat seluruh taman tak selorong macam Noriz itu yg ramai...
@ Sufia Mahzan: Sebab itulah setiap rumah kena buat makanan hantar satu tempat saja sufia. Senang sikit dan jimat masa kan.
@ kancil 8349: A'ah meriah kan:)
@ sar: Wa'alaikumsalam sar. Memang betul sebab itu makanan kena banyak sampai tak dapat nak snap gambar tak boleh ramai sangat...
@ mamamya: Kakak ada ajk surau HELWA yg mengendalikan saban tahun Lia sebab itu dah macam tradisi dah...
@ Afida Anuar: Fida nak pindah sini? Hehe... boleh carilah kerja di JB nanti boleh join .:)
@ Cik Ina DDC: Wa'alaikumsalam Cik Ina. Itu ada yg tek dapat keluar tau Cik Ina.... Baju Melayu Firdaus kena buat tiap tahun kan sebab dia cepat besar..
@ gadisBunga: A'ah dik... meriah dan letih hihi...
@ Orlando Ahmad: Makwes kan malu-malu. Ada. Bila ada camera mesti mengelak. Hihi....
semoga bertemu di ramadhan dan syawal yg lain.
sakan ye penutup raya ni~
akhirnya syawal pun dah habis...
Meriahnyer...
@ diera: Insya-Allah moga ada redha Allah utk mempertemukan tahun depan
@ MamaEma: Sekejap dah sebulan ye..
@ Miecyber: A'ah... ibu2 dgn anak-anak je...
Post a Comment