Monday, January 4, 2016

Bukan kain sarung

Cuba kita merenung ke dalam diri kita dan lihat tubuh badan kita. Apa yang kita ada ini sebenarnya sekadar sarung saja. Bukan kain sarung yang boleh ditukar-ganti. Tetapi sarung yang kalau dulunya kecil ia akan membesar. Gemuk-kurus, cantik-hodoh sarung bukan ukuran kepada kekuatan iman yang ada. Roh sekadar menumpang sementara di sarung ini. Sebab itulah bila izrael datang menjemput roh pergi, apa kemampuan diri kita? Lalat hinggap di hidung pun tidak mampu mahu menepis. Semua yang datang menziarahi kita membuka kain penutup muka melihat wajah kita tidak ada kemampuan untuk kita menolaknya samada ia sahabat karib mahupun musuh kita. Musuh kita mencemuh depan muka waktu itu pun tidak mampu lagi untuk kita menoleh ke arah lain.

Begitulah betapa kita ini tidak punya apa. Perancangan disusun-atur pun kalau tiada rohman dan rohimnya jika kataNya tidak maka tidaklah. Qada' dan Qadar jadi sandaran kita sebagai hambNya yang lemah. Jangan cuba menidakkannya. Anak yang berjuang untuk belajar pun bila keluar rumah tidak mampu kita menegah inikan pula kuasaNya.

بَدِيْعُ السَّمَاوَاتِ وَ الْأَرْضِ وَ إِذَا قَضَى أَمْراً فَإِنَّمَا يَقُوْلُ لَهُ كُنْ فَيَكُوْنُ

Yang menciptakan semua langit dan bumi dengan tidak ada bandingan. Dan apabila DIA telah menentukan sesuatu, DIA hanya berfirman kepadaNya - Jadilah! maka diapun terjadilah. -Albaqaroh:117
Anak mama - Hari pertama keluar dari rumah untuk pendaftaran 02-01-2016.  Bergambar di porch rumah sebelum melangkah. Tinggal sudah handset, kucing-kucing kesayangan dan teddy-teddy semua simpan di dalam almari di biliknya.
Senyum dalam debaran - Hari pertama juga melangkah kaki untuk menimba ilmu jauh sikit dari mama. Sebulan sekali boleh balik. "Kalau kakak boleh mengapa tidak adik" itu katanya. MRSM hingga kini tiada jawapan. Bersekolah adik di SBP ini. 
~~ Roh aku sedang berkecamuk. Ada rasa rindu menggigit yang teramat sangat pada adik.~~


34 comments:

Mia Kassim said...

Selamat tahun baru kak ... dah lama tak berkunjung di sini ... :D

paridah said...

Assalam...kalau tiada sarung yg mambalut tubuh hanya rangka yg berjalan heh..heh...
Wah bergaya adik nak memasuki asrama SBP meninggalkan mamanya yg merindui kehilangannya walau seketika namun perit rasanya...semoga adik berjaya mencapai impiannya dunia n akhirat.

cahayahidupku.blogspot.my said...

Benar kakzakie.. Apabila sarung meninggalkan kita tiada apa yg termampu untuk kita mengatasi nya.. Hanya rahmat dari Ar Rahim dan Ar Rahman yg kita harapkan..

Semoga adik terus cemerlang di tempat baru..
Menuntut ilmu untuk Dunia dan Akhirat..
Selalunya MRSM ni ada ambil second take tu KakZakie..
InshaAllah.. ada rezeki adik tu..

Kayu Manis said...

Anak paling kecik kakak..lain mcm plk rindunya..
adik boleh...mula2..lps tu nti akan biasa.
normal pd kita mak2 ni..

lieyalatif said...

comelnye adik kakkkk.... muke segar..sesegar semangat kembali ke sekolah.... in sha Allah moga anak2 kite menjadi insan yg cemerlang dan bijak dunia akhirat.....

lieya pun sunyi dah umah kak....mgu ni takde sekolah agama so kene laa jemput dieorg kul 1 kang....

adarnadzmie said...

semangat nak ke sekolah yer adik... senyum simpul berbaju baru...hahaa

semoga anak2 kita bersemangat unutk belajar yer kak....:)

PeRdU cINta said...

Moga adik sentiasa berusaha gigih...akak mesti kuat semangat..sebab apa yang akak rasa adik akan rasa juga...itu magisnya naluri ibu dan anak...in sha Allah moga semua baik baik saja...amin...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

kesian mama yang dah mula rindukan adik.. be strong ya Kakzakie

Qaseh Vee said...

duduk di asrama jadikan anak lbh kendiri dan disiplin ... rindu pd anak itu perkara biasa . sabar je lah ...

babYpose said...
This comment has been removed by the author.
iryantyismail said...

moga ilmu yang cikgu ajar..adik dapat serap dengan mudah..amin

Mummydearie said...

Assalamualaikum Kakzakie!

Selamat tahun baru 2016. Baru hari ni berkesempatan berada di alam maya ^_^ Tahniah buat adik kerana berjaya masuk SBP. Mungkin itu yang terbaik buatnya. Dapat bayangkan betapa rindu dan sukarnya akak untuk melepaskan anak bongsu, saya tak dapat nak legakan kerinduan hati akak tu dengan kata-kata kerana saya sendiri belum mampu untuk berpisah barang sejam pun dengan anak-anak!

Izwa Kamaruddin said...

Alhamdulillah dah masuk ke dunia baru lagi ;)

Zaitun said...

Perasaan rindu memang menyakitkan tambahan pula anak bongsu yg meninggalkan kita. Adik pergi menuntut ilmu untuk bekalan masa depan.

Nieyla Nadia said...

alalala...comey nyer post gitu...:)
belajar rerajin yea dik...

saniahibrahim said...

Saya faham sangat hati ibu yang anak2 ke asrama ketika ini apatah lagi baru2 ni bukan saja anak2 yg sedih malah ibu apatah lagi ...jika sebelum ini ada didepan mata kini ia melangkah ke alam remaja jauh dari kita.Selamat berjaya untuk adik.

norhidana said...

sunyi dh la umah ye kak...
dana paham perasaan akak, perasaan seorang ibu msti semua ibu hampir sama naluri nya....

adik pun duk asrama... takde lah keletah adik kt blog mama nyer mcm selalu2

QasehnyaRania said...

semoga adik terus cemerlang di sbp :)
buat kakak semoga terus diberi ketabahan

Malinda said...

tertelan2 ailio baca bab sarung2 tu kak...takut tapi itu la kenyataan...ajal dan maut DIA la yg menentukan...mohon penghujung yg baik utk kite semua...cantik manis anak dara akak...berjauhan atas tuntutan ilmu...moga adik terus sukses dunia akhirat...ibu mana la yg tak sedihkan...hari2 pon ada depan mata tetiba jauh di tempat orang....sabo bebanyak kak adik selamat kat sana seronok dapat persekitaran dan kawan2 baru....

babYpose said...

Assalamualaikum Kak zakie, cantik adik, sweet. Tahniah dapat sekolah asrama tapi tula rindu menrindui nanti. All the best adik, happy schooling!

Bunda_nora said...

Biasalah tu KZ.... KN dah pernah melaluinya.... tapi segala kesedihan KN jarang tunjukkan kepada anak2...

Tapi di belakang mereka tuhan ajerlah yang tahu betapa sedih dan rindu nya berpisah dengan anak....

Sikit hari lagi KN akan berpisah pula dengan anak perempuan KN yang baru berkahwen haritu.. .. sedeh macam mana pun KN terpaksa pujuk hati ini untuk menerima hakikat yang anak tu dah punya suami....kini suami dia lah menjadi tanggung jawab keatas nya.... huhu..

Falsya said...

Agaknye nnt mcm tuh la perasaan falsya kan kakak bile qisya masuk sekolah nnt..

TukangKebun said...

Selamat menempuh dunia alam remaja pula adik.
Tukang Kebun pun kelamkabut uruskan sekolah anak-anak berapa kali tukar sekolah.

nhhas said...

Comelnya adik possing.

Adik jgn lh "adult" cepat sgt.
Hi hi hi.

nhhas said...

All de best adek. Semoga d permudahkan segala urusan. Insya Allah.

Good luck juga buat kak zakie :-)

nhhas said...

All de best adek. Semoga d permudahkan segala urusan. Insya Allah.

Good luck juga buat kak zakie :-)

Normala Saad said...

Lama-lama nanti surutlah sikit rindu tu, mula2 memang terasa sangat..

Nor Azimah Ali said...

Alahai mama, baru bbrapa hari adik pegi, dah rindu sangat yea, saya nk pujuk pun tak pandai hi hi...ala, be cool la mama, tepon kan ada..

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...alhamdullilah kembali ke sekolah yer dik..semoga berjaya menimba ilmu walaupun berjauhan tapi tetap di hatikan..;)

Aryan azra said...

begitulah kan kak bila anak2 semakin membesar, rumah pun sunyi saja...moga akak tabah melalui hari2 yang berjauhan dengan adik

OKje said...

Tahniah adik.... Bagus adik, berani nak duk asrama. SBP mana kanda?
MRSM biasanya lambat sikit kan.... Kat mana mana pun, kalau benihnya bagus, ia akan tetap hidup subur. Jangan rindu sangatlah kanda.... Ehhh ....pandai pandai jer dinda ni hihi...

Fiza Rahman said...

Comel jer adik. Ibu mana yang tak rindu bila berjauhan dengan anak kan kak.

arzmoha said...

Perpisahan walaupun sekejap dah membuah rindu kan kak

nurhuda said...

selamat bersekolah.. mesti agak sebak saat mula2 diorang masuk asrama. huda sampai sekarang sedang rindukan adik huda yg skolah asrama penuh..