Pantasnya bulan berganti bulan tanpa sedar bulan Zulkaedah kian mengundur diri bagi menggantikan bulan Zulhijjah. Bulan penuh keberkatan dinanti berjuta umat manusia seluruh dunia. Bagaikan baru aku kunjungi Baitullah kini musim Haji tiba lagi. Rasa rindu menggamit siapa saja yang telah menjejakkan kaki di sana. Samalah dengan Cik Ju ibu saudara kami yang akan bertolak ke sana tidak lama lagi. Memandangkan permohonan secara muassasah asyik mengecewakan kali ini permohonan secara pakej. Pakej Tabung Haji tahun ini yang paling murah pun hampir mencecah 30 ribu. Bayangkan. Kalau waktu aku dulu pakej termurah baru 15 ribu kini harganya sudah berganda-ganda.
Cik Ju - Ibu saudara sepupu yang akan berlepas untuk menunaikan ibadah Haji tahun ini. Pada 25-09-2014 ini bertolak ke KL kerana penerbangan pada 27hb. dari sana. |
Berziarah sebelum pergi - Cik Ju diapit oleh Mak Zah (Mak Zah pergi menunaikan ibadah Haji lebih 20 tahun dulu. Umrah tempohari juga ada aku bawa sama) dan Cik Utih (menunaikan Haji pada tahun 2007) turut sama menziarahi Cik Ju ada hari Ahad lepas bersama aku. |
Cupcake - Balik menziarahinya, Cik Ju bekalkan kami dengan cupcake ini buat anak dara yang bersekolah. Di Johor pada hari Ahad hari pertama anak-anak bersekolah sebab itulah adik tidak ikut. |
Kami semua mendoakan semoga Cik Ju diberikan kesihatan terbaik bagi membolehkannya menjalankan ibadah Haji di tanah suci. Beroleh haji mabrur dan selamat kembali semula ke tanahair. Buat teman-teman semua berdoalah semoga diberikan kemampuan fizikal dan mental untuk menunaikan ibadah Haji, rukun Islam yg kelima ini. Sebaiknya pergilah ketika usia muda kerana ibadah haji memerlukan tenaga dalam semua amalan dilakukan seperti tawaf, saei dan melontar jamrah. Bila sihat untuk beribadah juga bersemangat dan sangat indah terasa.
~~ Rindu untuk bertalbiah di tanah suci. Labbaikallah hummalabbaik Labbaikala syarikala kalabbaik, Innalhamda wannikmata lakawalmulk lasyarikalak.~~
55 comments:
Alhamdulillah. Semoga Allah SWT mudahkan urusan Cik Ju tunaikan ibadah haji. Semoga Cik Ju mendapat Haji yang mabrur. Bagus pergi ziarah orang haji. Boleh minta mereka doakan untuk kita juga nanti di sana. Doa yang baik-baik.
pagi kak zakie!!
rindunya kat blog ni!! lama tak menyinggah...
Semoga semuanya selamat untuk mak Ju..selamat menunaikan Haji..moga mendapat haji mabrur..
Semoga Cik Ju selamat pergi, selamat menjalani ibadah haji, dan selamat kembali...
Alhamdulillah...
Semoga selamat pergi dan selamat kembali..Amin...selamat menunaikan Haji...
Salam Kak..
moga CikJu mendapat haji yg mabrur..moga dipermudahkan dlm menjalankan ibadah disana..
Bila dah pernah kesana, pasti rindu menggamitkan kan Kak...:)
Assalam Kak Zakie..
Alhamdulillah..semoga cik Ju selamat pergi dan kembali..rindu mahu ke sana :-)
Semoga urusan haji cik Ju dipermudahkan Allah dan mendapat haji yg mabrur..
Saya dulu pergi pakej juga kakzakie pd tahun 2007, masa tu murah lagi RM14ribu, berdekatan dengan masjid hanya 30 meter dari pintu masuk.. masa tu saya bawa mak saya.. tu cari tempat penginapan yg dekat..
Memang terasa rindu hendak kesana lagi kan kakzakie.. smpi kehari ini masih terasa hati ini disana bila smpi musim haji ni..
As-salam kak zakie..
Seronok dgr cerita ttg orang yg dapat jadi tetamu ALLAH.. semoga cik ju selamat pergi dan selamat pulang serta memperolehi haji yg mabrur.. insyaALLAH.. Biar mahal, bila dah rezeki akan dapat pergi juga dalam apa cara sekali pun kan.. ALHAMDULILLAH..
selamat pergi dan selamat pulang buat beliau
moga peroleh haji yg mabrur
dan semoga di beri kesihatan yg baik sepanjang beribadat di sana
insyaAllah
alhamdulillah
moga dipermudahkan ..
alhamdulillah... moga Cik Ju, diberikan kesihatan n selamat pergi dan balik jg mendapat haji yg mabrur...
msti seronok kan kt sana
amin...semoga beliau selamat pergi dan selamat kembali..
http://www.nurul-izwa.blogspot.com/2014/09/short-vacay-regency-hotel-port-dickson.html
semoga selamat pergi dan selamat kembali serta mendapat haji yang mabrur..
semakin mahal package TH, kos meningkat..tapi muassasah pun OK jg..
bertuahlah yg dh dpt menjejak tanah suci....bagi kami walaupun ada keinginan yg membuak2 belum ada rezeki lagi kami ke sana...
alhamdullillah.. semoga selamat pergi dan balik membawa haji yang mabrur.. aminnn..
Salam kakzakie;
syukur, terpilih menjadi tetamu Allah satu nikmat yang sangat besar...moga cik ju dikurniakan haji mabrur..
Alhamdulillah. Bestnya dapat jedi tetamuNYA.
Selamat menunaikan ibadah haji buat cik ju. Smoga dipermudah kan urusan sepanjang menunaikan haji.
bertuahnya dapat menunaikan haji ke tanah suci dlm usia yg muda...semoga selamat pergi n kembali memperoleh haji mabrur.
Salam Kakak~
Zura Aminkan doa2 kakak.. semoga Allah permudahkan semua urusan2 di tanah suci nanti.
Zura pon teringin nak menjadik tetamu di sana.. moga diberikan kesempatan. Amin~
Semoga mendapat haji mabrur dan segalanya dipermudahkan.
semoga dipermudahkan, diberi kesihatan yg baik dan mendapat haji yg mabrur, Aamiiinnn..
Labbaikallah hummalabbaik Labbaikala syarikala kalabbaik, Innalhamda wannikmata lakawalmulk lasyarikalak.
Kalau lagi 10 tahun, entah berapalah harga pakej agaknya yer kak.... Semoga kita semua dimurahkan rezeki untuk menunaikan haji dalam usia muda sementara masih ada keupayaan mental dan fizikal.
semoga dipermudahkan segala urusannya di tanah suci
alhamdulillah... moga ibu saudara kak zakie dpt menjalankan ibadah haji dengan sempurna dan diberika kesihatan yang baik ketika di sana
Moga CikJu selamat pergi dan kembali dari menunaikan haji tahun ni. Mahal dah pakej sekarang. Kalau nak tunggu turn, entah ada lagi ke tidak...
Hai, bilalah dapat menjejakkan kaki ke sana!
rezeki cikju dapat juga ke sana..mahal betu pakej sekarang ye kak zakie..
giliean saya?..doa jela byk2 agar dapat ke sana..
Alhamdulillah. Tiba masanya dijemput menjadi tetamu Allah. Semoga mendapat haji yang mabrur..In Shaa Allah..
wah..rm30k utk pakej. mahal tu. Demi jadi tetamu Allah, mahal bkn lagi ukuran. Alhamdulillah mampu.
moga beliau beroleh haji mabrur.
Semoga beliau selamat sampai dan selamat kembali dan mendapat haji yg mabrur ... amin
seronoknya kak zakie bawa kak zah sekali ye ke umrah murah rezekinya kak zakie, baru ni saya cari sesiapa yang jaga budak2 , ada yang kata takyah gi lagi, ada yang suruh pegi haji terus.
alhamdulillah
dapat rezeki tunaikan haji
Moga Allah jemput saya nanti, insha Allah.
saya pun terasa rindu sangat2
nak ke sana lagi kak
tiap2 hari terbayang suasana masa di mekah dan madinah
tak boleh lupa
bila baca n3 ni ..rasa teringin sangat nak kesana..semoga satu hari nanti sura dapat jejak kesana..
semoga Cik Ju mendapat haji yang mabrur..:)
Alhamdulillah.. semoga dipermudahkan.. farah pun teringin nak ke sana akak...moga ada rezeki nanti..InsyaAllah
semoga mendapat haji yg mabrur...entah kenapa saya terasa sebak tiap kali tgk org nak perhi haji..terasa mereka bertuah kerana dijemput sebagai tetamu agungNYA...
Rezeki yang Allah s.w. tentukan sangat manis buat hambanya. Terbalik dengan suami Aina yg mendaftar dengan agensi 3 tahun berturut2 tetapi tidak terpilih. Setelah tahun ini jugak kecewa tiba2 dapat tawaran dari tabung haji untuk muassasah.
Moga mendapat haji mabrur dan sihat tubuh badan untuk menyempurnakan ibadah.
assalamualaikum kakzakie...selamat pergi n selamat kembali buat cik ju...:)
Kalau nak pergi tuh dalam 10 tahun lagi agak2nya kena ade dlm 50k jugak kan kakak kalau ikut pakej...kalau tunggu giliran tah umur berapa lah br dapat...huhuh
as salams kak zakie,
semoga cik ju selamat pergi dan balik dan mendapat haji yg mamrur.
dah 30k kak....cepat betul harga melambung......
Semoga selamat pergi dan selamat kembali...
Sha pun harap2 diberi peluang untuk jadi tetamu Allah satu hari nanti..
huhu.. 30K ???
mahalnya sekarang,.
Alhamdulillah syukur .. Seronok kan tak terungkap dek kata-kata .. 2 minggu sudah baru shj mengantar ibu mentua,kakak & abg ipar.. Sgt-sgt teruja .. Moga-moga kami juga dapat ke sana .. Moga semuanya mendapat haji mabrur dan dipermudahkan segala urusan hendaknya =)
Alhamdhulillah.mendapat seruan Allah.
bukan saja barang naik harga..harga pakaj haji pun naik juga. masa akak pergi pakej masih murah..
semuga mak saudara Zakie selamat perjalanan pergi dan balik dan mendapat haji yg mabrur..
memang cita-cita saya sangat nak pegi haji masa sedang sihat dan agak muda lagi ni. bawak mak ayah sekali. pegi dengan pekej memang mahal tapi kalau betul2 berazam simpan duit, insyaAllah akan dimudahkan.
semoga Cik Ju diberi kesihatan yang baik untuk beribadah dan beroleh haji mabrur...
Subhanallahh....! mahal nyer sekarang kak... paling murah 30K... perghh tu sorang kan... kalau pergi suami isteri dah 60K... ingatkan masih belasan ribu lagi... uwarrrghhhh!!! :(
semoga mak ju direzekikan mendapat haji yang mabrur, amin. Mahal kan kos ke sana, 10 tahun akan datang entah berapa la yek? :(
semoga mak ju direzekikan mendapat haji yang mabrur, amin. Mahal kan kos ke sana, 10 tahun akan datang entah berapa la yek? :(
semoga mak ju direzekikan mendapat haji yang mabrur, amin. Mahal kan kos ke sana, 10 tahun akan datang entah berapa la yek? :(
RM30 ribu?..nampak bertahun lagi lah JM perlu menabung..jika ada rezeki teringin nk jejak kaki ke tanah suci tu
Tahniah dan alhamdulillah kera Cik Ju di pilih oleh allah untuk ke sana. JM doakan agar beliau sihat dan dapat menjalankan ibadah haji dengan sempurna dan mendapat haji mabrur. aminnn
semoga pergi dan balik dengan selamat, semoga dipermudahkan segala urusan di sana dan mendapat haji yang mabrur, insyaallah.. amin
Semoga urusan ibadah dipermudahkan dan semoga selamat kembali ke tanah air.
moga dipermudahkan urusan cik ju, dan sihat selalu amin.
memang teringin sangat kak nak kesana. tapi ape pun syukur salah satu impian kira nak tengok mama papa sendiri ke sana sebelum kira dah Allah makbulkn syukur sangat
Kanda cakap gini tetiba terasa sayu pulak tau......
Tulahkan kanda mahalnya cost pakej tu....Moga cik Ju dipermudahkan urusannya. Selamat Jalan Cik Ju
Moga urusan beliau lancar sepanjang ibadah di sana kak
Cantik cup cake tu.. Kemas je
Saya pun rindu nk ke sana. Dah duduk sini nk pergi umrah selalu mcm duduk qatar memang takdalah. Berpuluh ribulah nk bermodal nk pergi sekeluarga.
Kdg 2 kan kak, sy terfikir nk ajak suami buat umrah berdua, tapi ank2 melonjak2 nk ikut.. Hurmm cuti sekolah lagi lah mahal harganya:(
tahniah pada cik ju tu ye dan semoga kita semua dapat peluang juga suatu hari nanti
Post a Comment