Wednesday, March 23, 2011

Anak Orang

Gambar colek dari En. google

Cerita cuti sekolah yang baru lalu. Duduk sebelah-menyebelah dengan mata masing-masing menatap monitor.

“Comel kan budak ini. Mama suka tengok. Kalau kat pejabat pun mama mesti tengok blog emak dia. Ada lagi satu budak lagi kecik tapi yang ini blog nenek dia yang selalu buat cerita.”

“Ialah mama. Kalaulah Yasmien ada adik lelaki montel macam ini mesti best kan ma”

“Alaaah… mama dah malas nak mengandung lagi. Asyik nak kena ambil bibik je.”

“Yasmien copy ajelah gambar budak ini. Jadi dapatlah kita tengok dia selalu. Emak dia bukan tahu ye mama. Nak letak sebelah budak yang lagi satu.”

“Dulu kan Yasmien dah ada copy budak kecik yang ni. Suka hatilah. Tapi jangan masuk dalam FB nanti orang lain baca. Kalau emak atau nenek dia tahu lagi haru. ”

Nampak wajah anak itu saja bibir aku sudah boleh mengorak senyum. Walau ia bukan anak yang aku kandung tetapi entah mengapa hati terasa rindu untuk melihatnya selalu. Selalu aku melihat sekadar melalui blog ketika blog-walking. Kedua-dua tuan punya blog itu pun tidak tahu yang aku selalu merindui budak itu. Boleh dikatakan setiap hari atau ada ketikanya bila aku dalam kebosanan atau tension pasti dua blog itu aku terjah walau tidak aku tinggalkan jejak.

Melihat jari-jemari yang mulus, pipi yang montok dan raut mukanya yang bulat mengundang rasa gembira. Selalu aku berangan-angan kalaulah aku mempunyai anak lelaki seperti itu. Pasti seronok kalau aku dapat dipertemukan walau hanya di dalam mimpi. Agaknya kalau aku bermimpi mendukung anak itu termengah sebaik sedar kerana anak itu sangatlah montel.

Tapi sayangnya kedua-dua budak yang aku minati itu anak orang. Mempunyai emak-ayah yang penyayang. Bukan seperti anak-anak terbuang di merata-rata tempat hingga mengundang rasa amarah masyarakat ramai. Mengenang keluarga aku ada yang susah mendapat zuriat terbayang-bayang anak-anak yang dibuang. Apa-apa pun aku bersyukur dikurniakan tiga anak perempuan berbanding kakak dan abang yang hanya mempunyai satu anak dan ada yang tidak punya zuriat langsung.






91 comments:

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

Bahaya kalau mimpi budak kecik...

Anak tiung-tiung juga,
Manakan sama anak kedidi,
Anak orang, orang juga,
Manakan sama anak sendiri.

Anonymous said...

ni yg rasa nk kawen skrng jugak dan ada anak sndiri huuuu

Anonymous said...

owh... tak sabo nak ada anak sendiri.. tapi kena cari yg yang cantik, so anak pun comel.. kekeke...

Penjejak Mimpi said...

Sy hanye menumpang kasih anak orang aje nampaknye wat mase ni... nak tunggu anak sendiri, entah bile.. :(

Unknown said...

anak siapalah tu ek..hehehe...mengandunglah lagi

sahromnasrudin said...

assalamualaikum..

bertuahnya anak itu..mempunyai peminat tersendiri di alam maya nie....
dunia ohh..dunia..jauhilah kejadian buang anak huhuhhh

Unknown said...

As Salam kak...

alahai anak sapa lah yg dirindu tu...??:D lia antara insan2 yg lambat dikurniakan zuriat...syukur alhamdulillah berkat kesabaran kini dikurniakan 3 org permata hati yg gebu mcm mamanya..hehehehe.....

bujal X said...

anak saya comel tak? haha~~

kalau tetiba ada orang nak bagi baby comel kat akak, akak amik tak?

lalink7 said...

red ~ kawen jgn xkawennn...aku doakan ko yee..heheheh

alahai...teringin saya nak tgk muka anak2 tue la akak..mesti sangat comel sampai akak termimpi selalu terjah ke blog mak nyee..

saya pun suka dengan anak kawan sy..comel sgt..tp perempuan..MasyaAllah memang indah ciptaan Allah..

akak branak la lagi.. =)) caiyok2 akak..

miloaiskurangmanis said...

comel gambo baby nun...
setiap baby ada lah comel

iols paling suker cium pipi mulus gebus baby
lembut dan harum baunya...

Dr K said...

takpe lah kak..ada hikmahnya akak ada 3 anak dara kat rumah tu..

saya pun harap nak baby girl utk kali ni..tapi rezekinya, tuhan beri juga anak lelaki...Insya Allah lepas ni kami dah ada 2 hero!!

akak dulu mmg plan sampai 3 aje ke?

Kakzakie Purvit said...

Waalaikumsalam ahmad humairi,

Belum bermimpi lagi cikgu...

bosan mendengar orang mengomel
tinggalkan pergi menjauhkan diri
sekadar meminati wajah yg comel
anak sendiri tetap dihati

Kakzakie Purvit said...

redza,

Ha... kakak sokong 100%. Bila ada anak baru redza tahu bahagianya. Cepat cari calon. :)

Kakcik Seroja said...

Nak main ngan BS tak? Tapi, dia dah besar (dah masuk 10 tahun bulan 8 nanti).. Along dia suka cubit atau tarik pipi dia... :)

Kakzakie Purvit said...

Seksi Bani,

Tak semesti ibu cantik anak cantik. Kalau bapanya tak cantik? Tak kisah janji sihat, budak kecik memang comel.

Kakzakie Purvit said...

Penjejak Mimpi,

Akan tiba masanya PM usah sendu. Kakak doakan yg terbaik buat PM.

Kakzakie Purvit said...

Ila,

Mestilah anak orang. Hehehe....

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam sahrom,

Budak itu memang comel. Kakak sekadar minat je....

Jenis org yg buang anak tu mesti kesal seumur hidup dia.

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam Mamamya,

Bersyukur kita ada zuriat kan. Ada org nak ambil anak angkat pun asyik ada saja rintangan.

Kakzakie Purvit said...

Bujal X,

Kalau ada org bagi anak kakak ambil. Kakak ipar kakak dari dulu cari nak ambil anak angkat tak dapat-dapat. Bujal ada calon nak bagi kakak ke? Pergi kebajikan M'sykt kebanyakan anak tak sah taraf. Kakak mahu anak yg ada ibu-bapa yg sah.

noor said...

kasihan pd ank yg dibuang

btl tuh kak syukur sgt2 sbb allah anugerahkan anak kepada kita

Kakzakie Purvit said...

lalink7,

Kakak dah suruh juga redza kahwin. Tapi Husna pulak bila? Best kan gomol pipi budak. Anak kakak yg 8 dan 12 tahun pun kakak masih gomol pipi mereka. Syok....

Kakzakie Purvit said...

miloais,

Kalau budak lepas mandi lagilah bestkan kalau cium pipi mereka. Anak kakak kekadang sampai tolak muka kakak, lemas agaknya ye.... :)

Kakzakie Purvit said...

Daddy ziyyad,

Kakak dulu kalau boleh nak setahun satu sebab dah terlanjur ada pembantu. Tapi Allah kurnia 3 tahun baru dapat lepas tu 4 tahun pulak. Lamakan... tapi dapatlah juga. Hendak tambah lagi dah malas kerana asyik tukar bibik je.... Yg kakak ipar pulak dia ingat kalau kakak ada ramai dia nak satu. Kita nak dapat 4 pun cuma dapat 3.

Selagi muda Dr. baik beranak seberapa boleh. Dah cukup baru stop/planning.

Kakzakie Purvit said...

noor,

Alhamdulillah 3 anak dara moga menjadi anak solehah.... Bila kahwin dapatlah juga merasa anak lelaki - menantu lelaki. Hehehe...

Kakzakie Purvit said...

kakcik...

Sebenarnya kakak memang suka budak-budak. Hubby pulak sama. Kalau BS duduk sebelah rumah kakak mesti kena usung selalu dgn hubby kakak, macam jiran kakak sekarang. Anak lelaki dia selalu main kat rumah kakak sebab ayahnya kerja oversea.

cikceriacorner said...

akak..hehehe..rase nak ada anak..tp kite xkawen lagi..hehhe

Anonymous said...

teringin nak mengandung lagi.. :D

atie said...

teringin sanggat tu kak......he..

nurkass said...

kdg2 dpt tgk wajah pun jadi kak kak zakie..hehe

erkk..bilalah nak kawin ni..hehe

azian said...

kak zakie...
rindu tak kat anak saya...muiz harith...heheheheh..dah nak pandai duduk dah dia...semua org pun suka kat dia...hehehehe

suri solehah said...

salam kakzakie,..anak sapalah yang gebu tu kak?..penuhi jelah permintaan yasmen tu kak,hehe

Kakzakie Purvit said...

ciceriacorner,

Nakal kamu CCC. Cepatlah kahwin nanti tahulah CCC betapa syoknya bergumpal dgn anak-anak.

Kakzakie Purvit said...

makdara TERdiva,

Kakak pun sama. Tapi nanti kena ambil bibik lagi dah pulak. Sekarang dah susah.....

Kakzakie Purvit said...

atie,

Kakak suka tengok budak kecik....

Kakzakie Purvit said...

nurkass...

Heh.... bagitau kat BF tu cepatlah sikit. Jangan buang masa.

Kakzakie Purvit said...

azian,

Muiz pun kakak suka tengok juga. Comel kan. Ada keceriaan kalau ada budak....

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumslam suri solehah,

Kadang yg diharap tak dapat tapi bila tak diharap tiba-tiba ada. Mana tahu kan tiba-tiba ada org bagi kat kakak heee.....berangan dah...

Anonymous said...

Aslmkm.
Reserve comment. Kak G tak rajin melayan perasaan.

YATZAKIE said...

kak..masa anak sya kecik dlu mmg gebu...tp bla dia da besar cikit ,dia mula melasak ni,da kurang gebu dia..tp ape2 pon kak,anak sendiri xsama ngan anak orang..^_^

Granny Hani said...

Anak orang pun kalau dah di besarkan seperti anak sendiri,tak ada bezanya.Pasal anak ni rezeki masing2 kan..bersyukurlah kita yg di kurniakan cahaya mata ni.

My Little Diary said...

alhamdulillah ada tiga dah...bersyukur dgn pemberiannya... anak adalah anugerah, kan kak? :)

Ati Masrif said...

kalau anak orang tu
memang kita nampak comel saje
geram jer

ehemm...semacam je...hihi

LiFe KaMi said...

kami pun suka baby,
takpe kak mungkin nanti rezeki akak dapat baby boy,
semoga kes buang bayi tak berlaku lagi ,
semoga mereka yg mlakukan kejahatan ,insaf dan sedar betapa susahnya ingin memilik anak..
happy2 ye kak..:)

Temuk said...

As-Salam Kakzakie
Sokong, ulang & tambah madah Cikgu Humairi:

Anak orang, orang yang punya
Takkan sama anak sendiri
Lanang wedok tiada bezanya
Tak mungkin mereka ditukar ganti.

Acik Erna said...

assalam kazakie..akak pun sama..suka sangat tengok gambar baby yang comel..geram
minggu lepas..ada la staff lelaki kat opis bawak anak..sebab isteri dia ada hal..puas dapat dokong peluk dan gomoi budak tu.selok aje tak nangis..montel pulak tu..

terokai seni said...

heee ate cuba anak angkat pulakkk mana tau dapat yang comel

baru petang tadi dok negok anak orang melayu kita yang ada kacukan eropah... comel jugaaa

eelobor said...

memang geram bila baca cerita bayi di buang. nak dapat satu bukan main senang lagi. itu semua ketentuan yang telah di tetapkan. dia senang2 jer pegi buang

Sham said...

ada kawan yang dah lebih 10 tahun kawen tp belum ada rezeki...sebab tu marah sangat kat 'binatang' yang buang anak merata-rata ni...!

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam DDrfauziah,

Sesekali melayan perasaan....:)

Kakzakie Purvit said...

YATZAKIE,

Anak kalau dah mula ligat memang akan susut sikit. Tapi kalau yg jenis kuat tidur walau ligat tetap montel gak....

Kakzakie Purvit said...

hani@debumelukut,

Keluarga kakak ramai yg ambil anak angkat dan rata-rata macam anak sendiri dan mereka juga treat ibu-bapa macam ibu-bapa sendiri. Dah Allah tak kurniakan anak, menumpang kasihlah....

Kakzakie Purvit said...

My Little Diary....

Terlebih bersyukur kalau membanding yg langsung tidak punya zuriat...

Kakzakie Purvit said...

Ati Masrif,

Siapa tak suka tengok budak? Naluri manusia rasanya sama kot. Tengok budak comel mesti suka kan....

Kakzakie Purvit said...

LiFe KaMi,

Apa yg ada kita jaga. Melihat anak-anak yg mendapat kasih-sayang mesti kita turut gembira berbanding yg terbuang... kesiannya.....

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam Temuk,

Lanang wedok tiada bezanya
Tak mungkin mereka ditukar ganti
Dah dikurniakan wedok semua
melihat yg lanang sukanya hati

Kakzakie Purvit said...

kak Erna,

Kakak dapat bayangkan mesti budak tu lemas kena gomol ramai staff. Semangat kerja pun lain macam kan.... bestnya.....

Kakzakie Purvit said...

cemomoi....

Allah kurnia awak bujang semua. Mesti teringin nak anak dara kan.

Kakzakie Purvit said...

eelobor,

Semakin diwar-warkan makin banyak bayi kena buang. Macam dah ada rasa seperti kita pukul nyamuk gigit. Bunuh lepas tu buang. Sedih kan....

Kakzakie Purvit said...

Sham,

Betul tu sham, yg menanti zuriat berubat hingga berpuluh ribu. "Sibinatang" pulak senangnya membuang anak tanpa rasa bersalah...

PCL said...

As'salam kakzakie, kalau dah sampai termimpi baik difikirkan utk mengandung lg...mane tau dpt sebijik muka yg diimpikan...

Arwah memang dirindui semua org sbb terlalu baik sangat orangnya...lebih2 lg kami sekeluarga. Sila lawat ke FB ummiizz utk info ttg arwah.

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam p@kcikLie/mamadiana,

Dah tak larat rasanya sekarang nie.

Kakak ada sent message to ummiizz tak tak pasti samada dia abah_izz punya wife ke bukan. just send aje. Harap kakak dapat tahu cerita. Hati kakak sedih sangat kerana hingga kini sesekali kakak jengah lagi blog dia.

Moga rohnya dicucuri rahmat. Al-fatihah....

Kak Amy said...

Aduh kak , tadi sebelum baca macam ada kekuatan je tapi lepas baca menitik pula air mata nie.

Anaasuria said...

Salam kakzakie,
saya pulak teringin anak dara.. tapi baru jer tutup kilang (ikat), sebab asyik problem jer mengandung.. agaknya memang rezeki sumer anak laki2..redho jer..

mama maman aka yana said...

salam kak... jangan bersedih pasal tak dapat anak.... yg sakit tak dapat nak mengandung nih lagi la.... sian papa maman asyik minta adik utk maman... sy nih dok fikir mcm2 risiko... belum berani nekad lg...

aby said...

salam k zakie,
jgn minat sangat budak2 mase kecik,
takut nanti bila dah besar panjang, gagah, kacak dan sasa, minat nye bertambah tambah lg ..
bahaya tuh ..
hu..hu..

Pia said...

"kak...saya pun anak2 asyik tanya bila mami nak beranak lagi..adoii...malas nak jawap dah hat dok ada pun jenuh...Apapun setiap anak yg lahir membawa rezeki kan kak.."

Kakzakie Purvit said...

Amy Syaquena,

Sabar dik.... setiap kita pasti diuji. Jaga kesihatan untuk sementara ini.

Kakzakie Purvit said...

Aanas....

Gitu dah jadinya ye... Tak ape tunggu anak kita besar kita berbesanlah... Hahaha....

Kakzakie Purvit said...

mama maman,

Kakak dah ada tiga dan cuma minat kat budak lelaki tu je.... Tak berniat pun nak tambah. Dah malas... tapi kalau org bagi akak suka juga....

Kakzakie Purvit said...

aby,

Alahai bila budak tu besar kakak dah ganyut. Entah-entah kakak dah di liang lahad.

Kakzakie Purvit said...

Piasara,

Kalau ada apa salahnya kan. Lebih baik sekali gus besarkan serentak. Senang. Kalau gapnya jauh lain rasanya. Bila dah rasa cukup dah boleh relex.....:)

Cik Ina Do Do Cheng said...

Alah sedih pulak dengar ceritanya. Baru makcik tahu kakzakie tak de anak lelaki, sebab tulah suka sangat nampak gambar Firdaus.

Allah SWT sentiasa bagi hambanya yang terbaek kak zakie.jangan risau ye, ada hikmah sebaliknya.Kalau kita berjiran, makcik bagi je Firdaus buat kawan bergurau.

Unknown said...

assalamualaikum..
kak zakie..daku merinduimu kakakku.....

wah!!! rasa nak jadi anak angkat mu boleh?? hahahah....dah besor panjang nak jadi anak kakak zakie pulak


kak.......ayu sentiasa buka sebesarnya CR utk kak sklrg..jom..gather2

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

anak penejuk mata

IMANSHAH said...

ingat rindu wajah comel saya..wakakka

Kamsiah yusoff said...

salam...
takpe la kak..tunggu main dgn cucu sendiri nanti..:)

nur said...

budak dlm gambar tu memang comey.. teringiin juge nak tgk budak yang akak admire tu.. hehe..
JOM KE: ALL IN ONE

Admin P@P said...

Assalamualaikum.
Alhamdulillah saya juga telah dikurniakan beberapa orang anak. Tapi bukanlah sayanyang melahirkannya. Isteri saya...

Betul ada juga pasangan yang lambat dikurniakan zuriat. Allah uji mereka sejauh mana keyakinan dan kesabaran terhadap Allah.

Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat makhluknya. Semoga kita sentiasa mensyukuri nikmatNya dan bersabar dengan ujianNya.

TQ

ibundo said...

salam kak zakie,
bila dengar cerita orang buang anak ni, gerammmm je hati perut. Kita ni anak kena gigit nyamuk pun habis nyamuk tu kena bambu.
Kak zakie meh lah datang rumah kita jumpa dengan faris.

Mutiara Bernilai said...

salam kakzakie..

same la kite..
mutiara pon ske tengok pic n blogwalking blog baby2 nih..ade sorang tu, dah 4 taun Mutiara dok folo perkembangan dia dr bblog mak dia.. saje suke2..bukannye nak stalker :P

nway, sy rindu akak (gare2 dah lame tak blogwalking sbb urusan kerja yg sgt oack) .. :)

Kakzakie Purvit said...

Cik Ina MDDC,

Kalau Firdaus tu dekat rumah kakak memang kena culik selalu dgn anak-anak kakak bawa masuk rumah.

Kakzakie Purvit said...

Citarasa Rinduan,

Samapi waktu mesti akak terjah CR. Ayu tunggulah ajelah.....

Kakzakie Purvit said...

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o

Kalu tiada sunyi je rasanya....

Kakzakie Purvit said...

IMANSHAH,

Cikgu comel ye? Hehehe....
Tunggu anak cikgu entah bila agaknya?

Kakzakie Purvit said...

Kamsiah,

Cucu saudara dah ramai. Cucu sendiri amboi lamanya nan tunggu. ...:)

Kakzakie Purvit said...

nur,

Suka tengok budak-budak kan.... Apa je gaya mereka smeuanya cantik belaka...

Kakzakie Purvit said...

Admin P@P,

Betul apa yg Cikgu Lai katakan. Ujian untuk mendapat zuriat ada kalanya diberikan pada pasangan.

Kakak tetap bersyukur dikurniakan 3 puteri.

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam kakpah,

Menyakitkan hati mereka yg buang anak ini.

Macam Faris tu siapa tak suka tengok dia. Tengok kakinya joging pun dah geram....

Kakzakie Purvit said...

Mutiara bernilai,

Sejuk melihat gambar budak-budak kan.

Apa-apapun blog jangan buat kita ketagih sekiranya kita ada tanggung-jawab yg lebih penting. Kakak tak kisah.

munna said...

memang budak2 yg comel ni geram je bila kita tgk... kak takde anak lelaki ye...