Monday, July 11, 2011

Jadikan renungan.....

Bermula dari usia 5 bulan hanya disebabkan ketika di dalam 'walker' dia tergolek dari ruang tengah ke ruang makan yang ada tiga mata anak tangga menyebabkan dia koma selama 3 bulan. Pembedahan yang dilakukan ke atasnya kerana akibat darah beku di otak menyebabkan dia jadi 'retarded' hinggalah kini usianya hampir menginjak 22 tahun. Inilah anak Kak Long aku. Kesihan kerana seluruh adik-beradik masing-masing punya kerjaya cemerlang termasuk yang bungsu kini sedang belajar di IPTA, hanya dia sahaja yang menimpa nasib sebegini. Terlalu besar ujian buat Kak Long aku sekeluarga.

Beberapa sifat dan ciri-ciri yang ada padanya: -

- Masih beruntung kerana memperolehi kasih-sayang yang panjang
- Makan pandai memilih mana yang sedap atau tidak
- Sekadar boleh memanggil mummy, daddy, abang, kakak dan adik
- Pergi juga ke sekolah OKU dan mesti hantar naik kereta, motorsikal dia tidak mahu
- Setakat ditanya nama, alamat rumah, nama mummy/daddy dia tahu. (Kalau ditanya nama emak/ayah/ibu/bapa pun dia tak faham - sebab mereka gunakan panggilan mummy/daddy)
- Mempunyai televisyen khas untuk dia menonton. Tidak siapa pun boleh alih saluran yang dia minati.
- Rancangan yang paling dia suka berbentuk perlumbaan seperti racing.
- Majalah berbentuk informasi berkaitan kereta dan motor amat diminati.
- Bila ada tetamu agar tidak mengganggu perbualan Kak Long dengan tetamu dia biasanya akan diberikan suratkhabar/majalah seolah-olah dia boleh membaca. Dibelek setiap muka surat tanpa jemu.


Mohd. Nuradlan - Datang berkunjung ke rumah kami baru-baru ini kerana anak Kak Long yang ke tiga dan tinggal di Pahang pulang membawa ikan Patin. Kak Long bagi dua ekor untuk kami.


Bermain - Masih suka bermain. Unta mainan anak aku yang aku beli sewaktu di Madinatul Hujjaj ini sangat digemari kerana apabila dipicit kakinya unta ini akan menyanyi lagu "Ya Makkah..." dengan matanya mengeluarkan cahaya merah.


Dan ingatlah bahwa hartamu dan anakmu adalah ujian bagimu (Al Anfal:28)



124 comments:

pB said...

walker ni bahaya rupa-rupanya

Unknown said...

assalamualaikum kakzakie,
besar pengorbanan kaklong menjaga anakknya nuradlan...

family belah en zalie ada seorang seperti beliau,
disekolahkan di sekolah istimewa

kak long ayu membuka rumah anak insan istimewa di selangor, KIIC..
selalu kak long ayu tag pelajarnya..

dapat merasakan pengorbanan mereka yang ada anak2 senasib anak kak long

moga mereka ditempatkan dlm golongan orang2 yang beriman..
amin

Hudalatip said...

ujian tapi sebagai hamba Tuhan kita kena sabar..ujian yang diturunkan tak sama setiap orang kan?

ahmad humairi said...

assalamualaikum,

anak istimewa...dah tentu tempatnya istimewa.

Sabar dan tabah menempuh ujian, insyaAllah.

miloaiskurangmanis said...

kesiannya kat Mohd. Nuradlan...
moga kak long terus sabar ye...

Kakcik Seroja said...

Syukur Alhamdulillah kerana beliau dikelilingi oleh mereka yang menyayangi dan mengambil berat tentang dirinya.

intanrh said...

walker ni mmg laju, tak leh nak brek..
seawal 5 bulan dah naik walker ke kak? awal sgt me rasa...namun simpati dgn anak kak long ni.

sarah-najwan said...

tu la kak...anak2 saya pun penah jatuh walker..saya takut sgt..tapi setakat ni alhamdulillah..

anak istimewa ini mmg menguji insan yang terlibat dgnnya..sabar dan ketabahan amat diperlukan..

Sharifah Nadzarah said...

dugaan..
teringat aidil hari tu..terjatuh juga dari walker didepan pintu rumah..kerana terlupa tutup grill, ya allah lindungilah anakku aidil dari apa2 yg tidak baik..amin.
akak..risaunya sy..

Acik Erna said...

assalam kakzakie..anak sulung acik je masuk walker..kerap jatuh dah dimarah..acik buang walker tu.

Cik Ecah said...

harta dan anak itu adalah ujian kan...
itulah tugas manusia dibumi Allah ini....

smg lebih tabah sis....

wahida said...

besar pahala kak long tu membesarkan anak istimewa ini....

teruskan bersabar ye kak long..

Hanis MY said...

salam kak zakie... bahaya jugak walker ni ye... bersyukurlah dengan pemberian Allah...hanis nk tunggu yang satu ni pun sampai skrg belum ada rezeki...

Kakzakie Purvit said...

pB,

Bahaya jika tiada pengawasan org dewasa pB.

azi said...

Salam Akak Zakie..
Akak..semoga family Kak Long akak akan terus tabah menjaganya ye..
Memang banyak ganjaran yg kita dapat bila menjaga anak istimewa ni..semua yg terjadi ada hikmahnya.

Anonymous said...

assalamualaikum kak

kak long orang2 yg terpilih
moga dia tabah dan kuat semangat
untuk menjaga nur adlan ~

Kakzakie Purvit said...

Citarasa Rinduan,

Allah beri ujian tanpa kita sedari. Sekali musibah melanda tidak dapat nak tarik balik. Pasrah dan redha menjaganya. Nasib baik jenis suka duduk di rumah dan tidak suka merayap Ayu...

Kakzakie Purvit said...

missbby,

Benar bagai dikata. Hanya sesekali rasa belas bila mengenang bila ayah-bonda telah tiada bagaimanalah nasibnya...

Abd Razak said...

Assalamualaikum Kak Zakie..

Takdir dari Yang Maha Pencipta dan rahmat dari~Nya kerana anak itu menjadi istimewa dalam keluarganya.

Saya pun punya seorang sepupu lahirnya tanpa tangan dan kaki. Bergerak dengan berguling jer..Allahu Akhbar

Kakzakie Purvit said...

ahmad humairi,

Insya-Allah dari mata kami kelihatannya keluarga mereka begitu sayang dan mengambil berat dalam soal ujian yg Allah berikan pada mereka cikgu.

Kakzakie Purvit said...

miloais,

Alahmdulillah milo masih diberi kesabaran tinggi buat semua yg menjaganya...

Kakzakie Purvit said...

kakcik,

Alahmdulillah kakcik kenalah redha kerana kalau tidak masa kini Kak Long & suami dgn rumahnya yg besar tinggal berdua. Bila keadaan begini, hikmah dari Allah ada temanlah mereka.

Kakzakie Purvit said...

Sis Intan,

Masa baby adlan ini chubby dan kaki dia kuat. Boleh duduk dlm walker dan bergerak laju. Kakak pun tak ingat sangat sebab masa itu kakak pun masih sekolah lagi.

Dah nak kena dan inilah ujian buat kak long kakak...

Kakzakie Purvit said...

sarah-najwan,

Kalau cikgu nak tahu sebab incident itu bapak kakak tak membenarkan cucu dia naik walker. Dia memang marah. So... biasanya kalau balik kg kami tak bawa walker takut bapak marah....

Kalau nak masuk walker kena ada seseorg menunggu atau ikat di tempat kukuh (macam grill).

Kakzakie Purvit said...

Sharifah Nadzarah,

Anak kakak kalau naik walker dulu kakak ikat bahagian bawahnya dengan tali agak panjang sikitlah. Hujungnya kakak ikat dekat grill. Tapi budak kalau nak jatuh, jatuh juga. Anak kakak pernah terkeluar dari walker sebab dia panjat keluar tapi alhamdulillah tak jadi apa....

Kakzakie Purvit said...

Acik Erna,

Kakak dapat bayangkan anak lelaki memang aktifnya lebih. Sebab itulah acik, bapak kakak sejak incident itu dia kalau ada baby masuk walker dia mesti suruh org tunggu...

Kakzakie Purvit said...

Cik Ecah,

Benar Cik Ecah... kenalah tahu akan ujian itu mesti ada himah yg Allah hendak berikan.

Kakzakie Purvit said...

wahida,

Buat masa ini kelihatannya mereka sabar dan moga kesabaran itu sentiasa ada...

ajumohit said...

Allahuakbar, besar ujiannya,, tp Anak ini sungguh istimewa kan kak... Teringat pd anak2 di rumah

Kakzakie Purvit said...

Hanis MY,

Itulah Hanis.. ujian Allah berikan pada kita berbagai cara. Hanis sabar moga satu hari dikurniakan juga sicomel buat penyeri hidup...

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam azi,

Benar apa kata azi. Hikmahnya mereka dah nampak. Kalau tidak ada dia mungkin kaklong dan abang long sunyi tinggal di rumahnya yg besar itu. Adlan juga bukan jenis yg buas. Dia banyak berdiam dan menonton tv....

Kakzakie Purvit said...

manje,

Benarlah manje... tapi ada waktunya susah juga macam masa konvo anak dia kak long tidak boleh duduk dewan. Sebab mana boleh keluar-masuk dewan. So setiap kali konvo anak-anak mesti Kak Long hanya di luar dewan menjaga dia....

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam Abd Razak,

Benar ustaz.... kerana istimewanya dialah ada masih ada keceriaan bila cucu kak long balik bermain dgn pakciknya yg satu ini...

Masya-Allah ust. bagaimanalah hidup tanpa tangan-kaki tapi masih punya nyawa.Allah....

Kakzakie Purvit said...

Ajumohit...

Itulah aju bila melihat scenario ini mesti ingat anak-anak kita. Selalulah pesan pada yg menjaga anak-anak yg masih belum berakal agar lebih prihatin.

Keluarga kakak dah ada pengajaran dari kisah ini.

munna said...

ANAK2 ISTIMEWA INI LAH YANG AKAN MENUNNGU IUBAPANYA DI SYURGA NANTI....
ADIK IPAR MUNNA PUN ISTIMEWA JUGA SYNDROME DOWN...DAH MASUK 25 TAHUN INI...MMG KAGUM DGN MIL YGN MENJAGANYA

Dr K said...

Besar betul ujian Allah kepada saudara akak kan..sebak hati saya baca...

ibuintan said...

walker memang bahaya jika tiada pemantauan, anak rakan saya pernah patah kaki sebab terjatuh dari walker ni

ketiga2 anak saya tidak pernah dimasukkan dalam walker

semoga Kak Long dan keluarga tabah dan sabar menjaga anak istimewa ini, besar ganjarannya

Anonymous said...

buaian pun sama.

anak saya yg bongsu 'danial hakim' jatuh buaian masa berumur 3 bln..
seminggu koma dan 2 minggu dalam ward PPUM
hibanya hati hanya tuhan yg tahu..

alhamdulilah daripada lambat berjalan masa umurnya 4 thn, skrg dah berumur 8 thn, dah bersekolah khas.. paling banyak ckp..semakin pandai berdikari

atie said...

Salam Kak zakie..

sesungguh nya pahala bagi ibu bapa yang menjaganya berpanjangan.

ORLANDO AHMAD said...

kesiannyer kak, anak buah saye ade sorang autisme...

ckLah @xiiinam said...

Salam sayang untuk anakanda Muhamad Nuradlan...

gadisBunga™ said...

besar ujian, besarlah pahalanya kalau kita berjaya mengharungi ujian tersebut.

kaklong akak adah orang yang sangat beruntung sebab dia bagaikan dapat lubuk pahala. :)

nurkass said...

sesungguhnya dia adalah insan yg paling istimewa..besar ganjarannya mendidik anak yg sedemikian rupa..tahniah buat kak long kak zakie..:)

s a r said...

assalamualaikum kak :)

hm, time study dulu, subjek perkembangan kanak2, kami dinasihatkan agar tidak menggunakan walker bagi baby pada masa hadapan.

one of the risk is yang macam akak cakap ni. lagi satu, kalau akak perasan, baby yang masuk walker ni bila belajar berjalan dia akan jingkit kaki. tapak kaki tak betul2 pijak ke tanah. ni salah satu kesn jangka panjang jugak la.

lagi satu, tak elok gak untuk tulang belakang baby tu.

Idah said...

terima kasih akak dgn pesanan ini..walaupun SL dah takada anak kecil yg perlukan walker insyallah SL akan perpanjangkan pesanan ini pd sesama yg menggunakannya...

aby said...

salam k zakie,
berat mata memandang berat lagu bahu memikul,
apapun anak k long kak tu sama minat dgn aby,
minat perkara yg berbentuk racing ..
boleh jadi kwn aby la ..
boleh aby kenal Ferrari kt dia ...

AHP Pie@Mohamad bin Wahid said...

sebenarnya itu ujian dan peringatan Allah untuk kita semua.

semoga Allah berikan rahmat & redhaNya kepada seluruh isi keluarga dan segala urusan dipermudahkan.

Rina Rahamat said...

dah takdir kan kak..walker tu penyebabnya saja..

psl walker ni mmg x elok sgt..suami sy mmg x bagi anak² pakai walker..

keadaan ini mungkin ujian buat famili kak long akak..tp dgn redha menerimanya mungkin jd jln ke syurga buat ibu bapanya kan..insya-allah..

berat mata memandang berat lg bahu memikul..

Kakzakie Purvit said...

Munna,

Hanya mereka yg terlibat sahaja yg tahu betapa kasih menjaga mereka melebihi dari kalangan yg sempurna...

Kakzakie Purvit said...

Daddy Ziyyad,

Ujian yg tanpa diduga sama sekali doc. Kenalah pasrah dan redha...

Kakzakie Purvit said...

ibuintan,

Sebab itulah selepas incident itu keluarga kami tidak dibenarkan menggunakan walker. Bapak kakak paling pantang...

Nasib cuma patah kaki kan ibuintan....

Kakzakie Purvit said...

makdara TERdiva,

Alhamdulillah MTD sebab saja berbeza dan qadarkan juga berbeza. Kak Long kakak lagi besar ujiannya sebab ia melibatkan otak tercedera...

Namun Allah segalanya kehendak Allah kan MDT. Moga danial sihat hendaknya...

Kak Amy said...

Ya allah kesiannya kat Mohd. Nuradlan...moga kak long terus sabar ye...

Lydia Miza said...

moga ibunya tabah menjaganya sis...sian,hny krn walker.nak banned je walker .tp klu tempat rata tak bahay rasanya kot.

Kakzakie Purvit said...

atie,

Insya-Allah jika itulah ujian yg mesti ditempuh oleh mereka

Kakzakie Purvit said...

ORLANDO AB,

Banyak perbezaan autisme dgn retarded ni orlando.... Namun kenalah kita redha kan...

Kakzakie Purvit said...

ckLah,

Terima kasih cikgu....

Kakzakie Purvit said...

gadisBunga,

Biar pun tahu hakikat itu GB tapi selalu juga airmata Kak Long tumpah bila melihat situasi anaknya itu...

Afida Anuar said...

Allah....macam-macam ujian Allah kasi kat manusia, tapi kak zakie, nama dia sedap...Mohd Nuradlan..

Moga Allah bagi kekuatan kat Kak long Kak zakie menjaganya, insyaAllah, pasti ada ganjarannya buat kak long kak zakie...

Kakzakie Purvit said...

nurkass,

Bagi yg mengetahui dari jauh nampak ganjaran itu tapi bagi yg menghadapi terasa besar benar ujian diberi olehNya...

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam sar,

Perkara telah terjadi dan keluarga kakak memang menjadikan kejadian itu sebagai pengajaran yang amat besar.

Masa anak kakak kecik dulu kakak ada juga gunakan tapi kami mengawasinya.

Kakzakie Purvit said...

Idah,

Benarlah SL kalau boleh kenalah kita berhati-hati sebelum terjadi. Kesannya adalah sepanjang hayat...

Kakzakie Purvit said...

aby,

Abang, kakak dan adik dia pun kalau belikan majalah utk dia pun majalah tentang kereta/motor.

Kalu dgn aby tak kenal dia malu...

Kakzakie Purvit said...

aku HIV positif,

Moga ada kesedaran disebalik ujian itu AHP.

Terima kasih dan insya-allah kesabaran itu ada di hati seluruh keluarga

Kakzakie Purvit said...

Rina Avail aka Cik Betty,

Baik tak payah guna walkerlah Cik Betty. Kakak tapi dulu guna juga tapi kami jaga sebab dah ada pengajaran.

Insya-Allah ada kekuatan dan kesabaran dari semuanya...

Kakzakie Purvit said...

Amy Syaquena,

Insya-Allah Kak Long sekeluarga menjaganya meebihi dari yg lain-lain

saniah said...

salam k.za..surah al-Anfal:28 ni mmg menjadi panduan/ingatan saya..klau hilang sabar dgn anak2 saya akan ingat balik ayat ni..

mmg benar anak adalah ujian bg kita..besar pahala ibubapa yg tabah dan sabar mnjaga anak ini..semua anak2 adalah anugerah Allah untuk kita yg prlu kita jaga tak kira bgmana keadaan dia kan..

Kakzakie Purvit said...

Lydia Miza,

Itulah dah nak kena. Tempat rata pun LM dulu anak kakak pernah panjat keluar dan terjatuh juga... Nama pun budak. Lebih baik jangan guna kalau tak dijaga rapi...

Kakzakie Purvit said...

Afida Anuar,

Qadak dari Allah jatuh dari Walker dan Qadarnya dia jadi retarded.

Insya-Allah mereka sabar dalam menjaganya dengan sebaik-baiknya

kasihibu said...

adik sya pernah terjatuh tangga semasa dalam walker

anak anak istimewa ni ada kelebihan mereka masing masing
kelebihan ganjaran yg indah untuk ibubapa dan adikberadik mereka juga.

Zaitun said...

Tu sebablah sekarang ramai yang tak nak pakai walker untuk anak kecil, membahayakan.

Semoga kak long kakzakie tabah menghadapai masa depan.

uncle gedek said...

istimewa orangnya

Pia said...

"kdg2 kita cuai..ank2 kecik ni kena 24 jam di perati..(sy berckp kpd diri sy sendiri juga..)tp kalau dah nak terjadi perkara sebegini,memang tak dpt nak elak..smga kak long tabah dgn ujian ini..ada hikmah yg tersembunyi.."

Cik Ina Do Do Cheng said...

Asslamulaikum kak zakie,

Tak pe kak zakie Allah SWT sayangkan dia sebab tu dia diuji. Setiap manusia semuanya sama di sisi Allah SWT. yang membezakannya cuma amal ibadat. Budak kecik tak boleh jatuh sebenarnya, kalau jatuh kena cepat-cepat bawa ke hospital. Mungkin dia terhentak kuat tu. ada kawan cik ina anak dia jadi bisu sebab jatuh masa kecik. Semoga kak long ngan family tabah.

Kakzakie Purvit said...

Saniah,

Sudah jadi tanggungjawab ibu-bapalah Saniah tuk menjaganya walau bagaimana pun keadaan anak itu...

Kakzakie Purvit said...

sayangsayangibu,

Sya... kalau nak terjadi segalanya berlaku sekelip mata. Redha dan pasrah sekarang kak long kakak sebab itu dah ketentuan Allah...

Kakzakie Purvit said...

Zaitun,

Betul kak zai, ramai yg dah takut unk menggunakan walker. Keluarga kakak lagilah menjadikan ini sebagai iktibar...

Kakzakie Purvit said...

gedek!

Istimewa disebabkan kecuaian. Sedih...

Kakzakie Purvit said...

Piasara,

Itulah Pia... ianya terjadi sekelip mata saja. Baru lepas diberi makan, mummy dia pusing belakang dia pun jatuh....

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam Cik Ina DDC,

Masa kejadian dia jatuh memang terus pengsan dan terus ke hospital. Sampai hospital x-ray menunjukkan ada blood clod in the brain itu yg terus operation. Tapi doctor dah kata risiko adalah terlalu besar. Nyata inilah dia kesannya...

eelobor said...

sungguh besar dugaan & ujian yang di tempuhi. semoga mereka bersama dalam golongan2 orang yang sabar

Cik SHiNJU said...

Anak istimewa itulah yang membantu ibu bapa mereka di sana kelak...

Nenek saudara yun pun ada anak istimewa tp dah meninggal baru2 ni..

terpatrisinarabadi said...

Ya ALLAH, keciannya...

Kakzakie Purvit said...

eelobor,

Memang besar ujian ee. Kenalah bersabar sebab anak dah besar dan masih bergantung ubat sepenuh masa.

Kakzakie Purvit said...

Cik Shinju,

Insya-Allah Yun...

Kalau ikut kata doktor yg merawat pun katanya usianya tidak boleh bertahan lama (sebab hingga kini dia masih bergantung ubat)... Redhalah Yun...

ucubakery said...

salam k/zakie..

ucu ada anak buah mcm ni ...tapi hanya sempat menumpang dibumi ALLAH selama 15 thn sahaja...(kes menangis tanpa henti selama 12 jam..., dibawa ke HKL, koma 2 bulan..)
alhamdulillah kakak n abang ipar serta adikberadik yg lain teramat2 sayang pada arwah...
pesanan yg selalu kami pegang...Redha dengan ujian Allah..
bersyukur dgn anugerah ALlah..

ILA HonEyBuNNy said...

salam akak..

Ya Allah...sedih pulak baca entry neh...

hanya orang yg tabah n sabar ja mampu hadapi semua ne kan kak..

lagi pun..walker ne perlukan jagaan n perhatian yang rapi n teliti...

sekadar satu coretan said...

semua itu telah ditetapkan oleh allah...besar pahala menjaga anak2 istiwewa ni...

ipar saya semasa lahirkan anaknye tu tali pusat terbelit anaknye kurang oksigen,sekarang anaknye tu tergolong anak istimewa jugak...fizikalnye sempurna tapi cara dia berfikir seperti anak2 kecik w/pun umonye dah 14thn...

suke merajuk...suke tengok majalah sukan n gambar2 kereta...dan pandai menghafal...lelaki jugak tu...

AI said...

- moga kak long tetap tabah...

sahromnasrudin said...

risiko juga walker rupanya kak ya...

nabilah_2908 said...

suratan takdir kan...

tp syukur la...dia diberikan layanan istemewa dari adik2 dia yg lain...sungguh pun mcm ni..family ttp sygkan dia.. :)

Hanis Azla said...

mmg besar dugaannya yer kak.. dilahirkan sempurna, tp akibat kemalangan begitu pula jdnya.. Allah maha besar utk menguji kita.. saya ada makcik yg sebegitu.. jatuh ketika mahu dimandikan.. tp keadaannya tidaklah seteruk anak buah akak.. menurut emak, waktu berumur 7 tahun baru boleh berjalan.. bercakap pun pelat2.. dan hanya kaum keluarga saja yg memahaminya.. tp makcik saya ttp menjadi kesayangan kami..

Hanis Azla said...

mmg besar dugaannya yer kak.. dilahirkan sempurna, tp akibat kemalangan begitu pula jdnya.. Allah maha besar utk menguji kita.. saya ada makcik yg sebegitu.. jatuh ketika mahu dimandikan.. tp keadaannya tidaklah seteruk anak buah akak.. menurut emak, waktu berumur 7 tahun baru boleh berjalan.. bercakap pun pelat2.. dan hanya kaum keluarga saja yg memahaminya.. tp makcik saya ttp menjadi kesayangan kami..

Prince Halilintar said...

prince kagum dgn smgt keibuaan yg ade pada kakzakie...sedangkan ade sesetegh manusia yg sanggup buang bayi wpon sempurna sifatnya..prince tabik sama kak zakie!

Maya Mayana said...

besar ganjarannya menjaga anak istimewa...Alhamdulillah dikelilingi org yg sayangkannya...

Kakzakie Purvit said...

Ucu Faridah,

Biasalah Ucu, kalau ada keluarga yg macam ini kasihnya lebih lagi sebab dia nie kan tak tahu apa. Baju/seluar pun branded juga yg dibelikan.

Kakzakie Purvit said...

Honey Bunny,

Bila Allah dah bagi begini kenalah kita jaga dan redha HB. Kesian juga sebab dia bergantung keluarga sepenuhnya..

Kakzakie Purvit said...

ainnoraini,

Masa lahir dia montel comel dan sihat tapi bila qadak & qadar Allah siapa boleh melawan kan ain...

Kakzakie Purvit said...

Al,

Alahmdulillah wlau selalu tumpah airmatanya tapi dia tetap tabah...

Kakzakie Purvit said...

sahromnasrudin,

Memanglah shah... kakak masa tu kan masih sekolah lagi. Bapak kakak macam tak boleh terima bila disabarkan barulah ok...

Kakzakie Purvit said...

nabila_2908,

Adik dia lagilah kalau bergurau hingga terkekek-kekek dia dibuatnya. Anak begini mana panadi bergaduh dgn adik-beradik itu yg dia disayangi semua...

Unknown said...

Bahaya rupanya walker ni ya kak...

Sungguh tabah Kak Long akak sekeluarga...

husnalalink said...

sungguh besar pengorbanan untuk menjaga anak yang sebegini..kasihannyaa..itu semua ujian dari Allah untuk umatnya yang mampu..

Fasihah Supian said...

subhanallah..besar pengorbanan ibubapanya.....semoga dibalas dengan syurga kelak.....

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

anak istimewa memang kita kena byk berkorban dan lebih memahami diri mereka...memang besar pahala nyer menjaga mereka nie.

~ AlFaqeerah Ila Rabbi ~ said...

Assalamu'alaikum...

Ziarah pertama kali disini, Salam ukhuwahfillah kak :-)

Sungguh, kak long akak adalah insan terpilih dari ALLAH, kerana ALLAH tahu dia mampu memikulnya, berbanding kita semua, Allahu Akbar!

Ana juga ada saudara mara yg 'istimewa'..terlalu 'istimewa' kerana dia begitu pandai baca quran dan rajin solat berbanding adik-beradiknya yg normal, apabila ditanya ibunya, amalan apa yg diamalkan semasa mengandungkannya, ternyata ibunya telah khatam quran dan tidak pernah tinggal solat, malah memperbanyakkan solat2 sunat semasa mengandungkannya, ALLAhu AkbAr! Maha Suci ALLAH..amalan ibunya terbias buat anak 'istimewa' itu...

syukran ye kak, suke baca entri ni, n Salam kenal dari ana :-)

Admin P@P said...

Assalamualaikum.
Semoga kak long terus tabah dan sabar menghadapi ujian Allah.
Semoga ada kemanisan iman yang tiada bandingan dengan yang lain.

Kasih sayang kita yang menyebabkan kita berusaha memberi yang terbaik pada anak-anak kita. Anak-saya sendiri semasa kecil mereka, juga saya 'walker'kan, dan sungguh bahagia melihat tawa riang mereka 'berlari-lari' ke 'hulu' dan ke 'hilir'. Sesungguhnya takdir Allah mengatasi segalanya, jika Dia kehendaki, walau kita sudah memastikan keselamatan anak-anak ini.

TQ Allah... Alhamdulillah

Ann Huda (Ate) said...

Ate telah membaca tentang bahaya walker yang tidak di galakkan di gunakan di US dan Uk sejak tahun 1992. Pada tahun 2004 Canada telah pun mengharamkannya.

Tapi benda nak jadi, walker tu sbg penyebab. Itu namanya takdir. Pasti Kak Long Kakzakie banyak bersabar sepanjang membesarkan anaknya itu. Ya, anak juga adalah ujian.

Noor Fatin said...

besar sungguh dugaan pada dia yang Allah bagi, semoga dia tabah. :(

Kakzakie Purvit said...

Hanis Azla,

Itulah Hanis kerana sedikit kecuaian kita akibatnya ditanggung sepanjang hayat. Namun ini juga adalah ketentuan Allah...

Kakzakie Purvit said...

Prince Halilintar,

Tanggungjawab dan amanah Allah beri pada setiap ibu-bapa utk menjaga anak-anak Prince...

Kakzakie Purvit said...

Maya Mayana,

Alhamdulillah Yana...selagi ada kudrat Kak Long rasanya mereka sekeluarga tetap menjaganya...

Kakzakie Purvit said...

~Yus~,

Ketabhan dia kita nampak dari zahir Yus, namun tangisan kekesalan dlm hatinya Allah jua yg tahu...

Kakzakie Purvit said...

lalink7,

Benar Husz... ujian buat Kak Long sekeluarga dan kami tempias sama...

Kakzakie Purvit said...

Fasihah Sufian,

Selagi kudrat Allah berikan insya-allah adlan tetap akan dijaga sesempurna boleh..

Kakzakie Purvit said...

Be Simple Beb,

Nasib baiiknya dia nie jenis tak suka merayap BSB. Dia jenis suka menonton tv dan mengulek majalah...

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam Ahlia Iman,

Alhamdulillah sejak dia keluar dari hospital rasanya hingga kini setiap bulan masih dalam pemantauan doktor. Sesekali dia akan diserang sakit kepala yg amat sangat. Ubat tak boleh leka...

Adlan tidak pandai membaca tetapi bila kami semua sedang bersolat dia tahu tidak akan menganggu. Kalau mummy dia solat pun dia akan tunggu disebelah....

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam Admin P@P,

Betul cikgu... kakak pun guna walker juga utk anak kakak dulu. Namun kalau Allah belum nak beri ujian berat tetap tidak terjadi...

Kena muhasabah diri bahawa semua kejadian adalah ketentuan Allah jua...

Kakzakie Purvit said...

Ann Huda (Ate),

Menggunakan walker ketika memberi anak makan lebih mudah. Itulah Ate sebagai penjaga tak boleh cuai kerana sedikit leka anak itu dah bergerak... Kini kak long kakak kenalah redha atas apa yg terjadi

Kakzakie Purvit said...

NOOR FATIN,

Insya-Allah selagi boleh dia tetap dalam penjagaan yg sempurna..

LiFe KaMi said...

dari sini kita perlu sentiasa rasa besyukur dgn apa yg ada, sesungguhnya ada ramai lg yang tidak senasib dgn kita..
semoga mereka sentiasa tabah..
tersentuh hati kami..

aanie said...

kak, time kasih berkongsi di sini...membuatkan sy perlu lebih berhati2 menjaga anak...

Kakzakie Purvit said...

@ Life Kami: Melihat ini kita sedar betapa bersyukurnya mereka yg sempurna kan....


@ aanie: Moa anak-anak kita dlm peliharaan Allah..

emarieys said...

besar sungguh ujian dari Yang Maha Esa kan...

tak disangka hanya disebabkan jatuh walker..ALhamduliillah..anak ema pernah jatuh buaian duluu tak alami apa2..

anakanak istimewa...sangat istimewa disisi Yang Satu