Tidak disangka daun pokok bunga puding pun boleh dijadikan bahan masakan. Itu yang aku perolehi dari komen melalui entri semalam. Akan cuba menggoogle resepinya bila senang. Namun ada banyak lagi daun yang punya warna, bau, rasa dan bentuk berbeza yang kita gunakan dalam kehidupan harian kita. Macam-macam petua diturunkan dari daun-daun juga. Buat masakan pula entah berapa ribu jenis daun boleh digunakan selain dimakan mentah mahupun dimasak.
Ini antara daun yang aku selalu guna sebagai pelengkap menu. Daun pandan, daun kesum, daun kari, daun limau, daun cekor, daun kunyit dan tidak kurang daun pucuk betik. Tapi buat masa ini pucuk betik sayang untuk dipetik sebab pokoknya sedang menghasilkan buah yang banyak.
Daun kunyit - Bakar ikan bungkus daun kunyit pun sedap. Kalau masak rendang pula aku pasti hiris daun kunyit. Begitu juga bila masak singgang masukkan sedikit daun kunyit. |
Pandan - Masak nasi lemak, masak nasi ayam, goreng ayam balut pandan, buat sirap, buat pengat semua pasti daun pandan akan jadi sasaran. |
Daun Kesom - Kalau orang Johor mesti kena tahu ini sebab kami amat sinonim dengan masak asam pedas. Begitu juga bila masak laksa daun kesum pun diguna juga. |
Misai Kucing - Asyik daun aje baik tengok bunga pula. Ini pula bunga yang digunakan. Keringkan dan bila hendak minum bancuh dengan air panas. Minum bila sudah suam-suam. |
~~ Sungguh terlalu banyak nikmat yang Allah berikan buat hambaNya.~~
84 comments:
singgah pagi..as salam...saya suka...saya suka...
mmg sedap kalau masak asam pedas bubuh daun kesum....kena pulak ikan sembilang...wahhh sedap....
bestnya halaman rumah akak ada macam macam...kawasan tanah di BSP ni kurang sesuai kot, dua tahun kami duk sini, pokok yang ditanam tak segar, kecuali limau purut dan serai je yang menjadi..
jeles tengok pokok akak yang segar dan banyak tu.. nak masak r minum boleh ambil je kat halaman sendiri./.
cemburunya.. sebab saya tak guna sepenuhnya tanah kat belakang rumah.. kalau rajin dan berbudi pada tanah pasti subur hasilnya.. ;)
sy biasanya buat asam pedas tak boh daun kesum sbb semuanya nak kena beli kt kedai.malas p kedai asam pedas tanpa kesum pun layan!hehe..
daun lemuni tak penah cuba ke kak, buat nasi lemak..., pcl daun kesum kurang sikit lah.
setiap kejadian Allah itu mmg ada kegunaannya kan kak... kita sbg manusia mmg perlu.bersyukur dan pandai menggunakan sebaiknya...
Alhamdulillah..syukur atas nikmatNya
semua ade..senang kakak nnt bile time nak masak..hehehe
dah lama tak makan ulam2....
sedap nya kalau dapt...
daun kunyit nampak gemuk2 kak zakie..kt kg zila yg x ada misai kucing tue jew..susah nak jumpa..
Semua daun-daun ni ada kat rumah akak ke?
Seronoknye kak bile ade mini kebun kat sekitar umah.
Sukanya...ros suka tanaman mcm ni..insyaallah nnt nak tanam kt umah... Bila balik umah mak ros, semua jenis sayur mesti ambill... Hahahha... :p
Banyak kegunaan daun2 ni kan Kak?..
Mmg semua yang Allah jadi kan bermanfaat pada manusia..
Best bila dpt tanam pokok2 ni sendiri..bila nak, terus je tuai..:)
Untung nya klu rumah ada tanah, dpt brcucuk tanam sikit. Mcm aby yg lamannya sume batu, ke pasar la jwbnya klu nk beli dedaun masakan
as salam... lama dah x singgah blog kak zakie..... daun pelbagai guna. menyedapkan masakan juga...
salam k.zakie..
subahanallah..
allah menciptakan setiap satu tu mesti ada hikmah& kegunaannya kan..
misai kucing tu xtau kenapa cma x minum..pahitt.. huhuhuhu
sehat dan subur2 semuanya tanaman dikebun kakak yer..misai kucing pun ade th..bestnya..lengkuas kakak ade tanam tak..?
betul tu KZ..kesum mmg wajib nak masak asam pedas... apatah lagi kalau masukkan juga bunga kantan...memang meletop-letoplah orang yg makannya.... jangan bayangkan kita duduk sambil punggung terangkat angkat pulak KZ...hehe
akak ckp daun puding tu ye kak....kat n9 ni...mil sy kadang masak rendang ayam atau ayam masak kari....kadang diaorng cmpur dgn daun puding tu, tp bukan bunga puding biasa mcm akak tunjuk n3 smlm.....mmg ada spesis yg utk dimasak....satu lagi kan, nmanya daun maman....pun diaorng letak masak dlm rendang....sy pndai mkn pun lepas kawin dgn asben yg mmg orng n9....itu yg bru tau tu....:-)
betul tu untie, mcm daun puding semalam tu, UMI pernah ckp ada yg boleh dbuat rendang.
Assalamu'alaikum kakzakie
Pertama kali dengar daun puding boleh dimakan. Suka tengok pokok-pokok yang subur ni. Di rumah kak daun pokok kari selalu je dimakan ulat.
assalam kakzakie..daun kunyit memang acik suka..kalau masak lemak labu..letak daun kuniyit..sedap rasanya.sebab ada bau daun kunyit
asam pedas tanpa daun kesom kurang kick kan kak zakie. Yus ada tanam pokok daun pandan, daun kari dan daun limau purut je buat masa ini. Daun kunyit pernah cuba tanam tak menjadi, serai pula terlalu merimbun, tapi jarang gunakan, lebih suka beli je.
kemain menjadi tanaman Kak Zakie
sesnang keliling ada daun2 ni kan kak?...daun selasih jarang dah orang tanam, yana suka makan sirap selasih(telur katak)
betul tu kak, yg terbaiknyer sume tu blh tnm sndiri n ada sebahagian yg kami tnm sendiri walaupun duk kt umah tingat2 heheheh.... dlm banyak2 tu misau kucing je tak penah try
ALLAH tidak menjadikan sesuatu ,dgn sia2..hatta sehelai bulu roma sekalipun..
banyak sumber alam semulajadi dan tanaman macam ni yang berguna untuk masakan dan kehidupan sehari-hari. kita yang tak tau, kan..kakzakie..
saya ingat lagi masa saya kecik...tok tiap kali nak masak rendang atau gulai daging, dia akan pi potong sikit batang sejenis pokok puding..tak ingat nama tapi kalau tengok memang kenai. potong lepas tu masuk dalam gulai daging tu..sikit ja..daging cepat empuk. jimat masa memasak.
aneka bau dan aneka masakan... kalau tak dak daun ni untuk masak tertentu rasa macam tak kena ja kan?
semua ni tnm kt umah akak eh..sng ja blh ptik fresh lg..hehe
daun kunyit wajib sy masukkan dlm masak lemak cili api. mmg lagi sedap!
lg 1, daun pandan pun sy akan masukkan selai bila tanak nasi utk mkn hari2..nasi jd wangi, lg slera nk mkn. hubby pun suka..hehehe
Waahh byknya.. daun2 yg ditanam..senangkan nak masak.. ambik jek..tak payah beli..
Daun puding mmg dimasukkan dlm rendang org minang.. :)
kalau dkt pasaraya, daun kunyit 2 helai 50sen. Dah le mahal, diberinya daun tua, keras kejong pulak tu. Untung kalau berbudi pada tanah.
daun karapole
wah kak segar bugarnya..semua tu nor suka..
daun2 ni kalau suruh saya gi beli kat kedai, mmg fail la saya...hahaha..
kat umah kite ade pokok kunyit, limau purut, cili, bawang, daun kesum & daun pandan.. tanam dlm pasu je, sbb dok umah tingkat2.. tp ok la.. kot nk masak, amik je kat pasu tuh :)
Ciptaan Allah ni macam2 kegunaankan. Cuma tinggal kita tau atau tidak jer.
salam kak zakie..:) wah fresh2 daunnya..:) tingat kampung la ...huhu
semua daun tu pelengkap rasa dalam makanan......takda daun tu rasa kurang sesuatu....(^__^)
Wah semua pokok tu kakzakie tanam ye...nampak subur subur je kak. Geram tengok ...
berbudi pada tanah..tak kisahlah tanah dalam pasu pun hasilnya lumayan kan kakak. daun2 yang boleh dimasak dan dimakan. hehehe
ada juga daun saya tak kenal..hehehe malunya...
sebenarnya Kakzakie kita ni rajin dengan tidak saja bercucuk tanam...untungnya berbudi pada tanah, tengoklah hasilnya...
Alhamdulillah, umah bertaman herba :)
btl kak setiap kejadia ada fungsi tersendiri hatta cik semut ;)
suka sgt bila tanam pokok kunyit .. menjadi
Saya jarang masak, so belum ada pokok2 nie lagi. Tapi, InsyaAllah kenal pokok2 tu. Hehehehehe. Daun puding masuk dalam rendang memang marvelous. Tapi ada sejenis jer yang boleh masak tu. Yg lain untuk hiasan jer kak.
Senang kan Kakzakie, semua daun2 yang selalu diguna tu ada dipekarangan rumah, klu perlu, kutip je, fresh from the garden.
Bestnya kat umah akk ada daun2 nih. Nak masak main petik jer. Tak yah gi kedai. Saya suka bau daun kunyit ☺☺
PM kenal daun kari dan daun pandan jer...:)
kat Sp ni kak, daun kari muda dan kunyit muda serta daunnya dibuat ulam cicah sambal belacan...
p/s nanti kakzakie kuar resepi daun puding lak..teruja nak tengok hasil
bestnye kak. sume daun daun tu sy suke...
seronoknya kalau berumah yg ada tanah blh tanam macam2 kan kakak...mcm saya yg duduk aprtment ni susah nk bercucuk tanam..
menjadi pokok2 akak tanam..alhamdulillah..
saya penah dengar jugak orang masa daun puding..tp tak tau masak ape ek :)
seronoknya tengok tanam-tanaman yg hidup subur..menghijau..
alahai kak...bertuahnya akak sebab ada halaman untuk bercucuk tanam..kalo cheqkaq kat sini,tanam dalam pasu je kak..kadang2 tak idup pon..last2 beli je kat kedai..haaha
daun kesum..... masz adalah orang johor yang suka makan asam pedas, tapi x suka asam pedas yang letak daun kesum... haha
suka tgk pokok2 yg akak tanam nih.. subur betul.. x rugikan berbudi pd tanah..
Assalam
Yang belum ditanam, pokok misai kucing. Nampaknya nak kena cari, tanam, dan keringkan sendiri bunganya. Baru sedap rasa tehnya, kan kakzakie? Boleh ditambah susu segar + gula agaknya?
Asam pedas dan laksa tanpa daun kesom , hilanglah rasanya..rendang tanpa daun kunyit bagaikan tiada nyawa dan bubur tanpa daun pandan seperti tiada perisa...he..he..
seronoknya tgk macam2 daun ada kat rumah kak zakie. kalau tanah luas mmg tak rugi berbudi kan. hasilnya tak mengecewakan. masakan pun jadi sedap2...
Kak, lieya x tau pun daun puding boleh masak...nanti akak cube n up entry yek...pelik ni kak heheheheh
Segar2 semua tanaman akak....pokok2 yg akak tunjuk ni mmg semua wajib tanam heheheh kat umah kampung lieya semua ade yg mcm akak tunjuk ni...senang nak masak petik je kan kak....beli kat pasar mahal gile kak
semua rempah2 dan herba nie mempunyai khasiat tersendiri yg boleh menyembuhkan penyakit kan..:-)
klu tanam kat rumah memang senang nak dapatkan..jimat duit dr beli kat pasar kan..lg fresh coz ambik terus dr pokok nya..:-)
saya suka sama itu bau daun kari :)
salam kak,moga sihat2. saya ni orang "bandaq".hehe. kadang2 daun dan sayur2 ni keliru jugak....huhu. rasa malu jugak bab ilmu kehidupan ni tertinggal =)
betul la kak..terlalu banyak nikmat kurniaan Allah pada kita hambanya kan kak..walaupun kita seringkali terlalai..acap kali terleka..nikmatnya sentiasa berterusan..moga dengan akal fikiran yang dikurniakan kita mampu mencerakin dengan kewarasan dan keutuhan iman..amen..lagi satu daun pandan tu famouskan buat bunga rampai..hihihihi.. :)
Salam
byknya nikmat Tuhan!
daun kari mama dah mati, daun kunyit dah kena makan apa tah-- ulat. Nak cuba lagi tanam kari. gemuk betul pokok2 KZ!
Sebenarnya dari gambar di atas rumah kakak hanya ada pokok pandan, kari, kunyit dan kesom. Bunga misai kucing ini di rumah Mama Leha yg baru membuat majlis kahwen anak dia. Gambar pokok juga dari rumah dia. Pokok rumah kakak semuanya di dalam pasu bunga.
Terima kasih kakak ucapkan kepada semua yg sudi menitipkan komen di sini:-
nor laila, My Little Diary, Aisy Nasiha, aizamia3, Puan Kutu, PCL (rumah kakak tak ada - teringat PCL pernah buat N3 tentanga daun ini kan), Queen Teratal, redza, Falsya, CikPuanLawa, Nurulhuda (rumah kakak ada juga tapi dalam pasu semuanya Huda), zila norazila, Ros, aby, atieyusof, Hajar,♥ Cmª shIemª ♥, ummuaidan (lengkuas kena tanah luas ummu kakak tak ada tanam), hainom OKje, Asyifa Mustafa, Kesuma Muruku SQ, Werdah, Acik Erna, Yus, Nini D, Maya Mayana, norhidana miswan, Kamsiah, Murni Alfathunnisa (itu yg kakak nak google ni Murni sebab kakak nak cari puding yg mana satu), Zie, Are_linayu, Munnafendy (betul memang sedap bila ada aroma pandan), Rinna, sudipVSsenduk, Arfi Fazdilah, Knor, Daddy Ziyyad (teringat MommyZZ suruh beli daun sup doc beli daun ketumbar hihi...), aizu's life, Mak Long aka Kunang-Kunang, intanfirdaus247, Mia Kassim, Rozita, Aien Alien, Ummiarissa Mahdi, Qhaifa Nur, Babypose, Adyna, Aziela (itulah yg kakak nak tahu pokoknya yg macam mana Ziela), ummiross, Fiza Rahman, Papa Mifz, Anim (kakak pun tengah tercari-cari cikgu takut salah masak pengsan!! hihi...), Ibu Lala, Ratu hatiku, Tihara, Sal, Cheq kaq, Maszmadi (dulu bapak kakak pun tak makan daun kesum dia kata bau sireh), ct rahani, Temuk (tak pernah pulak dengar org minum teh misai kucing campur gula dan susu - apa-apalah cikgu ni hihi...), azi, Izan Ishak, Lieyalatif, Noor liyana, Korukod Jagau(tak kan kerana daun kari cakap pun jadi pusing-pusing dik hihi...), mohamadazhan (org bandar dan mak pulak tak tanam memang tak tahulah...),Perdu Cinta, Juhariah Johari (pokok kari kakak selalu kakak cantas juga Kak Ju sebab ada benah - tapi boleh tunas balik) dan NoEn.
Buat semua sekali lagi terima kasih kakak ucapkan.
Daun yg banyak berjasa buat kita bila nak masak menu2 tertentu kan ;D
yeahhhhhhhhh suke2 .. ;))
semua sy suka kecuali misai kucing tuu..ehe
ala byk nya kak tanam dok persekitaran kg best kan..mcm2 boleh tanam .nak petik aje.
paling suka daun kunyit dan daun pandan ;) wangi,,hihi
indahnya tanaman...sejuk mata deqla memandangnya....
Maaf lambat singgah kak, 2 -3 hari ni x brp sihat !
kat rumah setakat ni yg ada pokok serai ngan pandai. daun kari dah mati.. tak tahu pun daun kunyit boleh buat bungkus ikan bakar. Xcepat hangus ker?
daun pokok bunga puding guna dalam masakan?betul ke kakzakie?1st time jugak dengar ni...tadi bace mahkota dewa tu...1st time jgk tu...
Byk mende2 baru yg belum saya tahu bile sy singgah kat teratak kakzakie ni...tq for sharing!
Terima kasih juga buat: -
Myra Jay (betultu Myra dgn daun ini masakan rasa lebih sempurna), ieda immi, izan mama mia, QasehnyaRania, Dewqla Majew, Kesuma ANgsana (moga terus sembuh), Azi Azidah (api jgn kuat azi sedap tau aroma daun ini kena pada ikan)dan PinkCat (kadang kita tak tahu kalau org tak bagitahu)
Terima kasih sekali lagi:)
Daun kunyit tu paling sy suka...buat rendang, msk lemak...buat cekodok masuk daun ni sedapkn kak...wangi je cekodok tu nanti pastu campurkn dgn ikn bilis....mkn panas2 perrghhhh
kalau kat kampung semua ada.... sekeliling rumah jer..... kat bandar nie semua kena beli...untungnya dok kat kampung kan kak....
kat kampung noe..pokok2 ni semua ada...klu kt umah noe ni cuma da pokok daun pandan, serai, kunyit n limau kasturi..cuba tanya pokok kari tu..x idup la plak..
semua tanaman tu ada juga kt rumah wani :-)
Post a Comment