Friday, March 1, 2013

Apakah bapak sudah berubah?

Sewaktu bertolak pergi tidak ada tanda-tanda yang dia demam. Tetapi dalam perjalanan kelihatan bapak sudah ada tanda tidak sihat.Malam Jumaat itu terpaksalah kami bermalam di Batu Pahat, kampung hubby. Pagi sabtu bapak masuk bilik air pun sekadar cuci muka dan gosok gigi. Sarapan sudah tidak berselera tetapi kami terpaksa juga bertolak ke Muar sebab majlis Kak Uda pada hari itu. Kami sudah tidak dapat menghadirkan diri pada majlis akad nikah dan berinai malamnya jadi kalau boleh biarlah majlis resepsi itu kami dapat menghadirkan diri.

Tiba di Muar aku sudah sepakat dengan hubby yang bapak tidak boleh berada di rumah Kak Uda sebab pasti ramai tetamu. Kami menyewa homestay terdekat. Syukur hanya dua pintu jarak dari rumah Kak Uda. Tengahari selepas solat zuhor bapak masih mahu mengikut kami ke majlis persandingan. Masuk ke dewan bapak sudah tidak larat. Dengan bertemankan hubby bapak duduk saja di meja tetamu bukan yang dikhaskan buat keluarga kami. Sewaktu majlis berlangsung pun bapak kelihatan tidak seceria selalu. Selesai majlis lebih-kurang kami mohon beredar dulu.

Menjelang mahgrib bapak sudah kelihatan pucat tidak bermaya. Ubat yang ada kami berikan. Hubby urut seluruh badan sebab bapak tidak mahu orang lain mengurutnya. Mungkin sudah biasa dengan urutan tangan hubby. Abang, kakak-kakak, ipar-ipar aku semua kebingungan tapi buat aku, Mak Zah dan hubby sudah biasa sebab bapak kalau tidak sihat akan begitu sejak dia sembuh dari kemalangan dulu. Malam itu dari satu anak ke satu anak, dari satu cucu ke satu cucu menjaga bapak. Akhirnya bapak tidak mahu tidur di bilik sebaliknya di hall. Mudah bagi anak-cucu-cicitnya menjaga. Malam itu aku dan hubby tidak bersama bapak dan memberi peluang abang/kakak/ipar-ipar menjaga bapak. Ramai yang berkumpul di homestay yang aku sewa.

Esoknya bapak boleh berkata " Tak sama juga usop, zahrah dan zakie, bapak lagi selesa." Tersirap aku dan hubby dengan kata-kata bapak. Percayalah bapak bukan jenis yang begini. Bapak terlalu menjaga sensiviti anak-anak tapi pagi itu bapak boleh berkata begitu. Sebaik bapak terlena mungkin penangan ubat, Mak Zah bersuara "Bapak dah tua kena ingat, biarlah kita yang rasa kecik hati asal jangan dia yang kecik hati." Masing-masing akur. Aku sebagai adik diam tidak tahu mahu berkata apa. 
Bapak dengan menantu dan cucunya - Inilah satu-satu gambar bapak  yang ada pada majlis tempohari.

~~ Kenapa bapak jadi begini? Adakah ini sindrom Alzheimer sebab arwah embah (atok) dulu ada penyakit itu. Aku takut tapi redha andai ianya terjadi pula pada anak embah iaitu bapak aku kini. Tapi doa kami adik-beradik moga bapak terus diberi kesihatan yang terbaik bagi memudahkan dia beribadat.~~





89 comments:

Unknown said...

semoga diberi kesihatan yg baik

nOe suhaimi said...

semoga bapak kakzakie sembuh seperti sediakala...mmg elok adik beradik kakzakie bergilir2 menjaganya...teringat kat arwah bapak noe :)

♥nrina♥ said...

bila usia meningkat ni mcm2 penyakit yg singgah... sabar jelah kak zakie... mungkin Allah nak beri kita pahala berlipat kali ganda dgn melayan kerenah ibu bapa tu...

Bunda_nora said...

kadang2 kita terlepas pandang apa kehendak dan keperluan orang tua kita yg terpendam....kita sendiri kene faham dan tak perlu terasa hati... yg penting beri lah sedikit perhatian kpd mereka...sementara mereka masih ada...

Hajjah Noraini @Nanie said...

AsSalam,

Semoga bapak KakZakie sihat.

Memang gitulah, rasa sedih bila nengok kesihatan orang tersayang terganggu.


Umm AA said...

Orang2 tua selalunya boleh jadi macam tuh kakak..mcm arwah nenek dulu pun ms dah dekat2 akhir hayat sll jgk menyebt2 nama orng dia paling sayang & selesa..mungkin bakap dah selesa ngan jagaan kakak sekeluarga sbb tuh lah cakap begitu dengan jujurnya..

Hudalatip said...

Semoga bapak kak zakie diberikan kesihatan yang baik...Betul kata Mak zah, bila orang dah berumur ni biar kita yang kecik ati jgn dia kecik ati..sabar ye kak..

Mia Kassim said...

Semoga bapa kakak pulih cepat.....rasanya orang tua mmg begitu...dia akan cakap apa saja yang ada di hatinya....kita sebagai anak jgnlah pula berkecil hati.....

Kakcik Seroja said...

Semoga bapak akan terus dikurniakan dengan kesihatan yang baik oleh Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Aamiinnn...

Mun said...

hmmm semoga atok cepat sembuh...
hmm.. org tua mmg camtu, kita pon xleh terus kecik hati.. kena faham keadaan dia kan...

musang said...

sabar ye kak dgn ujian dariNya

Rozie said...

Betul kata mak zah.. waktu2 begini ada sahaja yg tidak kena.... mudahan anak2 memahami....

semoga kakak tabah menjaga .. kerana perlukan kesabaran....pernah merasa dan menjaga bapak yg sakit pada usia 12-16 tahun...

Ummi Nur said...

Assalam
Mudah2an terhindar dari segala yg merungsingkan..

Eye_nee said...

Kata org menjaga ayah dan ibu yg sudah tua ni lebih rumit dari menjaga anak kecil....meraka mudah tersentuh, kecil hati, cepat merajuk dan kdgkala langsung tidak memikirkan hati anak2...Allah menguji kesabaran akk dan suami...Semoga akk diberikan kesabaran dan kekuatan menjaganya sehingga akhir ke akhir hayatnya...

yana-feehily said...

nenek saya dulu pun mcm tu kak..masa dia sihat km tanya sapa yg dia plg syg? dia akan jawab semua sama..

tapi bila dia dah kembali ke perangai kanak2, dia cakap anak yg dia plg syg mak yana, cucu plk sepupu yana yg dia bela dari kecik..

tp km smua faham dah :)

Qhaifa Nur said...

bila dah sampai umur seperti bapak ni Kakzakie perhatian amat diperlukan...
dari situlah bapak nampak keikhlasan
dalam menjaganya...

pengalaman hubby yang punyai atuk usia 85thn...atuk yusuf
bila borak mesti kutuk sana sini...kami diam dan dengar saja...

jangan ada yang berkecil hati sudah...kan Kakzakie

Unknown said...

berapa umur bapak kak zakie?semoga bapak cepat sembuh...

PCL said...

insya Allah..doa kami juga buat bapak.

Hanis Azla said...

salam kak zakie..

dgn org tua mmg kita kena pandai2 untuk jaga hati sendiri agar kita tak menguris hati mereka.. semoga bapak akak cepat sembuh..

Unknown said...

kesian baca..teringat ayahda sendiri kat kg

aizamia3 said...

biarlah hati kita terguris tapi bukan mereka..
moga bapak akak kuat dan sihat dalam menjalani kehidupan seharian.. ;)

Fiza Rahman said...

Biasalah tu kak bila usia dah mcm bapak ni. Semoga bapak akk diberi kesihatan yg baik.

Fazleyatul Aini said...

betul cakap mak zah tu

Munn Jaafar said...

btul lah kak zakie..biar kita yg kecik hati, jgn bapak...

amirah said...

bila kakzakie bercerita pasal bapak kak zakie, amie betul2 teringat dengan mak di kampung. mak sihat aje, sgt sihat. tapi dia kadang2 brcakap benda yg bukan2 dn tak wujud juga. dah tua kak, dr kata dia bukan alzheimer, tp saraf otak terjejas (saraf otak mati) sebab byk kali terjatuh kepala terhantuk. lgpun pernah kena strok. dr kata kalau alzheimer dia tak ingat dah siapa kita. bapak akak amie rasa cuma brterus terang aje. kdng emosi org yg sakit memang akan camtu. memang dah selesa duduk dengan akak sekeluarga.

norhidana said...

mungkin dia terlalu pnt n dh terbiasa sgt ngn akak sefamly, betul kata mak zah, biarlah kite anak2 mengalah kalu terasa ati skit...

semoga ayah akak ttp kuat n sihat

NM03 said...

semoga bapak terus kuat dan sihat utk menempuh hari2 mendatang.

Ratu Hatiku said...

Semoga bapak kakak akan terus dikurniakan kesihatan yang baik. Amin

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

moga bapak sentiasa sihat...bila baca cerita akak ni teringat arwah ayah saya....

Julia Johari said...

Umi Qaiser turut doakan semoga bapak terus sihat dan kuat...ia betul tuh, biar kita org muda berkecil hati, tp jgn sekali2 kecik kan hati org tua yg kita sayangi...tanpa mereka siapalah kita kan dear...tq kak kasi tips tadi..sgt hargai :)

Rinna said...

Bapak mertua saya skrg nie berusia 86 tahun..masih sihat tapi kdg2 ada juga pelupanyaa.. jadi mmg biasa laa.. dah tuh mmg cepat sensetipnya..

OKje said...

Sekarang ni bapak dah baik ke belum KZ?
Dalam maksudnya tu KZ... dia lebih selesa dgn KZ tu...
Bersyukur... bapak masih boleh menguruskan diri sendiri, sekurang2nya kita hanya membantu mengurus makan minum aje...
Menjaga orang tua ni besar pahalanyakan KZ...

Allahuakbar...melihat orang lain teringat kpd diri sendiri yg juga masih mempunyai orang tua...

Nini D.. said...

Kita doakan yg terbaik kak.moga atok cepat sehat.

Kayu Manis said...

betul kata mak zah tu..yelah kak byk ujian yg di tggung bapak..lps satu satukan..kita tak tahu perasaannya.mcm2 yg dia tempuh.

alhamdulillah di kelilingi anak2 yg baik2

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Semoga bapak akak bertambah sihat.
berkat jaga ibu ayah kita.

eira eixora said...

insyaAllah bapak kakak tidak ada apa2. mungkin dia penat kot

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

kasihan bapak. Ragam dan hati orang tua kita tak tahu, kak. Mungkin kalau kita di tempat mereka kita pun akan berkata begitu. Setiap orang ada tahap selesanya masing-masing. Saya percaya Kakzakie dan lainnya tidak menyimpan dalam hati, kan.. semoga bapak cepat sembuh dan ceria seperti dulu... insyaAllah.

Uncle said...

Ini waktu kita untuk menjaga beliau! Semoga tabah!

Izwa Kamaruddin said...

semoga bapak sihat-sihat sentiasa..

Unknown said...

gie pernah terdengar yang habatussauda boleh ubati alzheimer

Cho Zila said...

usia yang semakin tua tu memang begitulah kan.. kita yang anak memang kena lebih berikan perhatian pada dia...

Ujie Othman said...

Semoga bapak akak diberi kesihatan yg baik, dan anak2 yg sabar melayan.

Ujie Othman said...

Semoga bapak akak diberi kesihatan yg baik, dan anak2 yg sabar melayan.

Maria Menado~ said...

bertuah bapak akak dapat anak anak yg baik dan memahami... =)

semoga bapak akak cepat sembuh. =)

Ibu Lala said...

Moga bapak akk cepat sihat.

ummiross said...

Alhamdulillah, bapak mempunyai anak2 yang baik yang sentiasa bersedia untuk menjaga. Mungkin bapak lebih selesa dengan Kakzakie.

Moga bapak beransur sembuh dan sihat sokmo.

Anonymous said...

usia dh makin meningkat begitulah biasanyer kak.. kena selalu tgk2kan tu bapak !

Puan Kutu said...

perubahan seiring penignkatan usia biasalah tu.yg paling penting anak cucu cicit semuanya menjaga bapak dengan baik.hati org tua paling penting jgn biar terluka

SumeSakan said...

Tetiba teringat arwah tok...rindu pulak rasa...insyaallah doa banyak2 moga bapak akak dikurnikan kesihatan yg baik...

are_lin@yu said...

moga bapak akak cepat sembuh ya..moga tiada apa2..

HeNRieTTa JoSe said...

harapanya akk dan keluarga bertabah lah yea....rietta setuju dengan kata kata itu...biar kita yang berkecil hati...jangan orang tua yang berkcil hati dengan kita...

Kamsiah yusoff said...

menjaga org tua,menjaga hati dan perasaan mereka...betul kata kak zakie..biar kita yg terasa ati..jgn dia yg terasa...mungkin panjang rajuknya nati

aizu's life said...

sedih org bace pasal ni.. moga bapak dikurniakan kesihatan yg baek.. dh tiba masanya anak2 tumpukan perhatian kat dia.. harap akak tabah ye.. insyaallah smuanya ok :')

Dr K said...

Tak boleh juga nak kata ianya Alzheimer kaka zakie...too early...kena perhatikan simptom2 lain lepas ni

maszull said...

assalamualaikum kakzakie....semoga diberikan kesihatan yg baik hendaknya...:)

Nik said...

sedih lak baca kisah akak ni. moga di permudahkan yea.moga ayah akak di beri kesihatan yg baik.

teringat arwah nenek lak bila baca ni

Unknown said...

semoga bapak akak cepat sembuh yer..jgn pikir bukan2 yer..hhuhu..

mayangbakingmadness said...

memang memacam kerenah kita mmg kena byk bersabar... mana yg kecik2 yg buat keta marah @ kecik ati.. pejam mata ajelah...

ANIM said...

mak saya menjaga arwah atuk yang mengidap alzhemier kakzakie..dia memang tak ingat apa2 dah.
maklah yang menjaganya (nenek pun tak ada). saya dapat rasakan kesabaran emak yg membuatkan dia selesa bersama anak sulongnya (emak) hingga ke akhir hayat. "tangan" orang takkan sama kak..walaupun sama ibu dan sama ayah..

fuad ansari said...

dulu kita masih kecil.. kini, kita telah dewasa.. tidak mustahil, akan sampai satu masa, kita kembali menjadi anak kecil.. perlukan lebih banyak perhatian dan kasih sayang.. kerana pada ketika itu, harta benda yg banyak dan makanan yg enak, sudah kurang membahagiakan...

Aziela said...

Apa sahaja yang berlaku yang terjadi pada beliau, kita terima dengan ikhlas kan kak. Yang penting, kita yang masih waras ini yang menjaga segalanya. Nenek saya pun macam tu. Soalan yang sama berulang kali di tanya walau sudah diberi jawapan. Tapi kitalah yang harus sabar melayannya.

Azian Elias said...

tulah kak.. org tua kan.. kita ni tak tau cam ne kita nanti. mak abah saya pun selesa dgn saya and family..

harap2 ayah akak ok2 je.. dua'a for the best ye kak..

Unknown said...

semoga bapak sentiasa sihat hendak-Nya...amin...

dhiera zainudin said...

semoga bapak akak sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik.

zulaikha megat said...

insha allah bukan alzhiemer kot..berdoalah bersama sama utk kesihtan bapak kak zakie...

Temuk said...

Assalam, kakzakie
Allah yang menentukan segala-galanya. Kita redha dengan kehendak-Nya, namun tetap sentiasa mengharapkan yang terbaik dari-Nya. Kita rakan-rakan maya, sama-sama berdoa, semoga bapa kakzakie diberi kesihatan dan ke'afiatan oleh Allah.

Tie HT said...

semoga cepat sembuh..mungkin sebab demam bapak akak jadi mcm tu..doa yang terbaik..insha Allah..take care kakak

mama aini said...

assalam KZ..semuga Allah permudahkan segala2nya & semuga bapak diberikan kesihatan yg baik..amin..

aby said...

salam kz ..
dalam menjaga bapak biar la kita layan sebaik mungkin .. ikut jer kehendak dia .. sbb org yg dah lanjut usia sensitif nya juga kuat .. jgan sampai dia terasa hati dengan kita ..
sayangi mereka seperti mereka menyayangi kita semasa kita kecil dahulu

PiNkYCaT said...

bukan tanda2 alzheimer tu kakzakie...jgn risau k:)
Bile seseorang tu sudah meningkat usia dia akan jadi lebih sensitive dan kadang2 perangai pun beransur berubah. tidak sama seperti dulu2... Jangan risau k selagi takde tanda2 yang serius. Yang penting sebagai ahli keluarga kena pandai dan jaga hati diorng:) Jangan kite pulak yg cepat sensitive dgn diorang ni...hehe

Dkna Abza said...

semoga ayah akak diberikan kesihatan yang baik dan berpanjangan.InsyaAllah..

apdm said...

salam

barangkali...

doakan semoga kesihatan bapak akan baik sentiasa...

Unknown said...

Semoga ayah akak cepat sembuh..Amin..

PeRdU cINta said...

moga kesihatan ayah akak kembali pulih..kadangkala apa yang mereka perkatakan itu bukan disegajakan namun itulah hakikatnya yang tersirat di sanubarinya..tulus dan halus..

Ruse Sulaiman said...

Berhadapan dengan situasi mcm ni mmg kena memahami apa yg dialami oleh bapak. Bila tak sihat kita mudah kecil hati. Itu yg saya selalu tengok. Semoga bapak cepat sembuh.

☾SHiemaCMa786☾ said...

Salam k.zakie..
Huhu..mcm mn dgn keadaan bpk hari ni? semoga beliau makin sihat..

hmm..mungkin krn demam & tidak sihat yg mmbuat bpk berkata begitu..
tp btllah..biar anak2 yg merasa kecil hati..jgn org tua..

semoga sihat2 semuanya.. :)

wanie amerie said...

salam kak..
ala sian nya dgn keadaan bapak kak..mudahan2 bapak akak akan bertambah sihat yer..amin

wanie amerie said...

salam kak..
ala sian nya dgn keadaan bapak kak..mudahan2 bapak akak akan bertambah sihat yer..amin

azieazah said...

Semoga yang baik baik saja.

haryati said...

semoga bapak kak zakie sentiasa sihat ye...

gadisBunga™ said...

semoga atuk okey...dah lama tak jenguk atuk...

sal said...

Apa khabar zakie...
memang sesekali Org tua kita meragam..mula2 janggal..lelama nanti akan faham...

moga Allah beri kita kesabaran dan sifat kasih sayang yg tinggi bersama bapa...amin

ibuintan said...

moga bapak diberi kesihatan yang baik

dalam menjaga ibu bapa yg dah berumur begini, anak2 memang sering terasa hati tapi bak kata Mak Zah tu ... takpe kita yg terasa hati tp jgn mereka, banyakkan sabar

rohayu osman said...

semoga bapak kak zakie cepat sembuh ya... myb jugak dia tgh tak sihat... sbb tue dia kata begitu.... tak pelah kak.. kita doakan yg terbaik untuknya.. semoga diberi kesihatan serta senantiase dilindungi serta diberkati Allah.. In shaa Allah.. amin...

Kakzakie Purvit said...

Maaf... kakak agak sibuk sejak Jumaat petang kakak berkimpul bersama keluarga sekali lagi di rumah kakak yg ke 5 juga majlis resepsi anak. Tapi kali ini anak perempuan mestilah laaagi meriah.

Alhamdulillah bapak sudah sihat dan kini kembali semula ke rumah kakak.

Terima kasih atas segala nasihat, renungan, panduan, ingatan dan apa juga komen yang kakak terima daripada: -

abah Khalisa, noesuhaimi, nrina, Bunda aka KN, Marine Monroe @ Nanie, ummuaidan, Nurulhuda, Mia Kassim, Kakcik Nur, CMA @ CikMoonAdnan, redza, Zie, Ummiazah Mz, Eye_nee, Yana_feehily, Qhaifa Nur, Fadilah Aziz, PCL, Hanis Azla, izan mama mia, aizamaia3, Lya Colurs, Fiza Rahman, Amirah, Munnafendy, norhidana miswan, NM03, Ratu hatiku, Lizz@haslizalizz, With Julia, hainom OKje, Rinna, NiniD, Knor, Pokok Manggis DR, Seri Kandi Tanah Jauhar, eira eixora, Unclef, Mrs Eady, Fauziah Mohamad, Ujie, Cho Zila, Maria Menado, Ibu Lala, ummiross, Kesuma Angsana, Puan Kutu, SumeSakan, Are-Linayu, Henrietta Jose, Kamsiah, aizu's life, Daddy Ziyyad, Mas Zull, nik ros, Cheq Kaq, Mayang Abd azak, Anim, fuad ansari, Aziela, Azian Elias, Papa Mifz, Dhiera, Zulaikha Megat, Temuk, Tihara, mama nor lara, aby, PinkCat, Dkna Abza, Syira Qahira, Cik Nurul Siezuka, Ummi Iman, Perdu Cinta, ♥ Cmª shlemª ♥, wanie amarie, azieazah, haryati Faizal, gadisBunga (bapak pun ada tanya lama GB tak dtg rumah), Sal, ibuintan dan Rohau Osman.

Buat semua terima kasih tidak terhingga sebab semua ini membantu utk kakak jadikan panduan. Terima kasih.

ayut said...

org tua....takpelah klu terasa sikit...moga ayah ye diberi kesihatan yg baik agar trus dpt beribadat :)

Kakzakie Purvit said...

@ ayut: Begitulah harapan kami semua ayut..

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

semoga bapak akak sentiasa diberikan kesihatan yg baik yer

QasehnyaRania said...

semoga bapak akak terus diberikan kesihatan yg baik