Tuesday, August 16, 2016

Mereka belum mumayyiz atau baligh -1

Keriuhan selepas habis mengaji perkara biasa. Tetapi apabila ada yang mengadu sebab jari luka digigit aku bimbang juga. Benar semuanya anak belum mumayyiz hatta belum baligh juga. Tetapi apabila mereka berada di rumah aku bermakna mereka berada di atas tanggungjawab aku. Kena marah sudah perkara biasa buat mereka. Tetapi kalau dikatakan budak selepas kena marah pun masih datang kepada kita kerana hendakkan sesuatu. Aku bersyukur sehingga kini belum ada ibu-bapa yang datang akibat anak mereka dimarahi oleh aku.
Icha - Inilah anak dara yang belum baligh dan belum mumayyiz yang mengigit jari anak bujang orang. Muka manis sebab dia tidak ada rasa bersalah pun. Anak dara hampir 4 tahun ini tidak sengaja katanya. Minta maaf sudah dibuat tetapi dek kerana sakit si bujang 10 tahun tetaplah ada airmata walaupun suara tangisan tidak ada.

Gigi - Lihatlah giginya yang 'cantik'' itu. Manalah tidak sakit kalau tergigit. Betul memang dia tidak sengaja. 
Bermula kerana tidak pandai mahu membuka gula-gula lalu si bujang 10 tahun itu mahu membantu. Bila sudah dibuka lalu disuakan gula-gula yang dibukakan. Tetapi bukan digigit bahagian hujung gula-gula, sebaliknya dia tergigit lebih dari hujung gula-gula hingga ke pembungkus yang dipegang jari si bujang tadi. Bila mendengar orang mengaduh sakit baru sedar dia sudah tergigit jari si bujang tersebut. Gula-gula itu aku letak di atas meja dapat dari salah satu hamper Hari Raya yang aku dapat. Siapalah yang mahu makan kalau bukan budak-budak ini.

~~ Bukan mudah mengawal anak orang. Begitulah cikgu di sekolah. ~~



52 comments:

irdagarmin said...

satu bab irda rasa lucu dengan perangai budak2 ni,satu bab lagi macam kesian jari bujang yang tergigit tu,satu ab lagi tabahnya kak zakie dengan layan karenah budak-budak,irda takde bakat dengan semua ni,sebab tu irda tak boleh jadi cikgu..huhu...hanya orang yang tinggi nilai sabarnya mampu mengawal dan menjaga anak orang,tahniah kak..moga akk dilimpahi rahmat ALLAH swt.

Khairul Bariah said...

haha....menggigit orang.
teringat Yusuf masa kecik-kecik dulu suka menggigit
habis semua orang nak digigitnya.

baguslah kakzakie boleh kawal anak2 kecil ni
kalau saya, kadang2 hilang sabar juga kalau dah ramai2 gitu!

cahayahidupku.blogspot.my said...

Hihihi..
Terlebih gigit tu kakzakie..
Teruja nak makan gula-gula sehingga tergigit jari si bujang yg menolong..
Siap nak suap ke mulut tu lagi menolongnya.. hahahha..

Sibujang menganggap sebagai adik dia tu kak..
Tapi bila dah tergigit terasa jugak sakitnya..

adarnadzmie said...

marah2 sayang kan kak zakie... hehee
tgk muka bersih comel anak2 ni pun dah jatuh sayang...
kejadian gigit jari tu lucu... kesian si abang... nak menolong si adik nk mkn coklat si adik pula x sengaja gigit jari...huhuuu

nampak muka x bersalah si adik gambar bawah tu...hahaa

norhidana said...

heheheheh ptt lah sampai nngis si bujang tuh ye kak...

betul lah kalau dr cite tuh mmg tak sengaja, mcm kadang kite suap anak kecik mkn, dia gigit sekali jari kite...

bdk2 mana tahu takut kak, kalu tkt pun sbb depa hormat kt akak sebagai cikgu ngaji

Nieyla Nadia said...

Singgah pagi selesa..
helah macam tu nieyl selalu guna dekat adik nieyl..
suka cari gaduh ngan dia...selalu sengaja je gigit..hihihi...
ala..ciannya anak bujang tu...Tak apala..biasa nya kejap je tu kan..
esok berkawan semula.. :)

paridah said...

COMELNYA DIA..BETULLAH TU ADIK XSENGAJA TERGIGIT JARI ABANG HEH..HEH...KAKZAKIE DH TARAF MURABBI YG MENGAJAR ANAK2 MENGAJI SAMBIL MENDIDIK MRK...BESAR GANJARAN PAHALANYA...INSYAALLAH

Mummydearie said...

Anak sendiri pun adakalanya tak terkawal, kak. Itulah yang berlaku di sekolah ya. Kita tak boleh sewenang-wenang salahkan cikgu kalau berlaku apa-apa. Kena periksa betul-betul setiap perkara, kalau dah betul salah barulah bersuara menegakkan kebenaran. Bukan mudah nak jaga anak-anak yang ramai!

Comel budak Icha ni. Yalah, dia teruja nak makan gula-gula sampai tergigit jari si bujang. Lagi-lagi gigi macam ni, memang nayalah kalau tergigit olehnya ^_^

insan marhaen said...

bab mengajar budak budak belajar, saya memang angkat tangan.

ada 2 orang anak sedara yang kekadang datang kekadang tidak untuk tution di rumah ni pun sakit jiwa juga dibuatnya...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

tersenyum saya baca cerita kakzakie ni...
si bujang masih kecil sudah tunjuk gentleman
sayangnya belum cukup macho.. hehehehehe...
sy terbayang macam mana dia suakan gula2 pd Icha

monalea said...

comelnya dak icha ni kak zie. elok je bertudung.
teringat lea masa kecik2 dulu suka snagat gigit org. nasib baik masuk sekolah takde dah gigit2 org ni

Qhaifa Nur said...

Kita yg besar ni takut nk suakan tangan kat mulut mrk..takut kena gigit huhu
Comel Icha bila senyumm

nohas said...

cute nya Icha ni..

Ann Ishak said...

alahaiiii comelnya dak icha ni

Unknown said...

hihihihi..
comel sgt dia bertudung.
abg shark x kesah pun kalu kena gget ngan budak nama icha nie.

saniahibrahim said...

yalah tak sengaja lah tu ...sian si bujang kecik kena gigit icha comel.
Betul lah kakzakie nak didik anak orang bukan mudah .Saya walaupun bertahun2 jadi suri rumah bila org tawar kan jadi baby sitter,saya tolak.sebab nya saya tak pandai nk marah ank orang...kalau ank sendiri jadi singa selalu...hihii

PeRdU cINta said...

Alahai...ni kes tak sengajalah ni ya kak...abg tolong adik,,,adik pulak tergigit jari abg...adododo...mesti abg tu menahan sakit...maafkan adik ya abg..adik lain kali hati2 ya sayang...

Kak Wawa said...

haha.. comel.. betul tu kak, bukan mudah nak jaga budak2. wawa memang respect akak. ")

Sue Bee said...

ooo..tergigit tak sengaja..biasa tu, kak. Kena lagi gigi nya yg bergerigi tu,mesti tajam. Btw, tugas cikgu bukan saja mengajar tapi banyak benda lain yang org tak nampak secara fizikal, secara tak langsung memang cikgu buat untuk semua anak muridnya.

Uncle said...

Ketawa saya bila membaca. Tambah besar ketawa saya bila melihat wajah comel si Icha senyum tak bersalah. Betapa naiivenya beliau! Dan ya, giginya mengerikan!

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...comelnya dia..biasalah tu budak2 la kan...mcm2 ragam n perangai...:)

aizamia3 said...

comel tengok dak Icha tu.. gigitan yang bukan disengajakan.. ;)

Inani Hazwani said...

Itu lah kan kak, kalau dengan budak2 kecil macam ni sabarnya kena tinggi bila mendidik. Kadang2 kena guna psikologi langsung

Hanim said...

tergigit ..barangkali jari budak tu pun manis macam gula-gula jugak hehe

Fazleyatul Aini said...

hahaha adoi di gigitnya pulak si bujang. patutlah menangis
macam2 karenah ye
betul tu bukan mudah nak handle anak orang kan kak

Aziela said...

Allah...comelnya.

Nor Azimah Ali said...

Comel je mukanya masa senyum tak nampak gigi tu, alahai ni mesti banyak sgt makan gula2 ni, tambah lagi gula2 kt umh mama zakie tu, tambah seronokla dia..nnt dah ada gigi kekal mama zakie kena amik inisiatif buat demo cara gosok gigi yg betul ye, hihi

Nor Azimah Ali said...

Comel je mukanya masa senyum tak nampak gigi tu, alahai ni mesti banyak sgt makan gula2 ni, tambah lagi gula2 kt umh mama zakie tu, tambah seronokla dia..nnt dah ada gigi kekal mama zakie kena amik inisiatif buat demo cara gosok gigi yg betul ye, hihi

Yaya Mohd said...

salam..yaya singgh melawat..

comel nyer bila senyum..
tp kalo nmpk gigi..hehe
mcm ank buah yaya je..
hbis rosak..
haha budak2 kan...hmm ^o^

nurbijen said...

hehehe, mcm2 telatah anak2...
sekali baca, rasa mencuit hati pun ada...

Itu la kan, bukan senang nak ajar anak orang...
Cikgu2 lagi besar cabarannya...

lizz said...

Salam kakak...dah lama tak kesini...Comel sungguh adik ni...giginyacmemang la sakit kalo tergigit..acaner la yang kena gigitannya tu...haslizalizz.com

abuikhwan said...

Assalamualaikum kak, semoga sentiasa di dalam kebaikan...
Tentu sakit kena gigit..masa kecil dulu pernah juga gigit seorang kawan masa bergaduh...kesian..tapi lepas tu jadi kawan baik pula. Sekarang ni ada rasa menyesal kerana menyalahguna nikmat..hehe

Memang susah nak mengawal kanak-kanak ni..saya ada pengalaman mengajar kelas bahasa Arab, kelas budak-budak masa di kampung dulu. Taulah macamana keadaan tu..hehe

raihanah said...

comelnya icha. sabor je la abang, adik tak sengaja tu

Amy Hilmirda Daud said...

comelnya dia pakai tudung tu. Nanti dah besar mesti cantik.

wahida said...

comel sgt si icha ni...
dengan gigi rongak dia tu, comelll sangattt...hehe...

Julia Johari said...

Icha ni lawa lah kak zakie...cantik je dia...senyum manis hehehehe...kelakar tau part gigit tgn abg tu hahaha

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Hehe..kasihan kat abang bujang tu kena gigit kat gigi comel icha.

amirah said...

comellll..hahaha

OKje said...

Hihi.....terlebih ngap rupanya. Abang walau macho mcm mana pun, kalau dah tergigit, mana boleh tahan kan....

Setakat marah benda yg betul utk kebaikan anak anak, apalah nak berkira sangat ye kanda


OKje said...

Hihi.....terlebih ngap rupanya. Abang walau macho mcm mana pun, kalau dah tergigit, mana boleh tahan kan....

Setakat marah benda yg betul utk kebaikan anak anak, apalah nak berkira sangat ye kanda


Nadhie Wueen said...

comelnya anak :) sama panggilan mcm anak buah saye :)

Wani SK said...

Hiiii biasalah budak - budak ..comeyynyaaa dia

Puan Kutu said...

Hahaha comel betullah insiden gigitan tanpa sengaja ni..muka punya comel..gigi pun comel.hehehe

Puan Kutu said...

Hahaha comel betullah insiden gigitan tanpa sengaja ni..muka punya comel..gigi pun comel.hehehe

Kella said...

Assalamualaikum, Kak Zakie, apa khabare.. hehe akak kenal ke lagi ni.. dah lama tak aktif, bila masuk ambil kesempatan jenguk akak.. smoga akak sihat2 sejahtera selalu.. aminn.. =)

Izwa Kamaruddin said...

alahaiiiii kenapa comle sangat nie! ;)

Dkna Abza said...

hahaha kak.. memang tak sengaja tu tergigit.. gigi cam mikhail, tak makan gula2 pun gigi dah rosak.. risau jugak dkna. harapkan anak tak sakit gigi je..

♥ aiNa yaZiD ♥ said...

Hahahahaa.... alahai comel nya.
Sian si abg kena gigit dgn icha. Biasa kan kak.. ank org mmg susah kita nak kawal.. tahap kesabaran teruji =)

thetwentytwo22 said...

betul kak, kerja mendidik anak org bukan senang..rasa give up, stress tapi bila murid faham atau minta maaf sbb nakal hati jadi setenang-tenang alam...indahnya aturan tuhan..salam kenal :)

Aryan azra said...

betullah tu dia tergigit, ingat gigit gula-gula rupanya tergigit jari sekali

raihanah said...

giginya mengerikan. hihih

Suria Amanda said...

Comel icha...gigi susu yg menanti utk jatuh kan...