Tuesday, August 2, 2016

Tinggi kedudukannya, nama diberi ulam raja

Walaupun tidak ditanam di halaman
berjasa terus tanpa halangan
bunganya cantik dijadikan hiasan, 
daunnya dijadikan ulam hidangan.
Segar - Pink dan kuning gabungan dua warna yang menarik mata memandang
Pudar - Lumrahnya bunga akan tiba waktunya akan layu dan pudar
Gugur - Kelopak gugur, namun perginya kelopak meninggalkan baka
Benih - Sudah sedia untuk disemai. Sekuntum bunga asal mampu memberi lebih dari 10 pokok.
Subhanallah, walhamdulillah
Walailaha illallah
sungguh maha kasih Allah
rezeki diberi melimpah ruah

~~ Pokok ulam raja merupakan pokok ulam yang paling mudah membiak walau tanpa dijaga rapi.~~


37 comments:

Puan Wawa said...

alhamdulillah.
tapi wawa tak pernah makan ulam raja ni. tak tahu macam mana rasa.hihi

hainom OKje said...

Berbunga rupanya Ulam Raja ni ye kanda...Selalu tengok daunnya aje hihi.... Gitulah kalau tak pernah ambik tau pasal tanam menanam.
Banyak pengajaran dpd pokok boleh kita ambik sebenarnyakan kanda....

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Sedap ulam raja. Saya pun suka makan nasi dengan ulam ni. Mudah tumbuh dan senang di jaga pokoknya.

Mummydearie said...

Oh, inilah bunga penyeri pokok ulam raya ya, Kakzakie. Tak pernah pun tengok dah ulam raja pun tak reti nak makan!

Kakcik Nur said...

Buat ulam makan dengan sambal kelapa - ala2 urap... perghhhh... :)

Jiwa tani said...

Alhamdulillah


syukur atas Rahmatnya...amin........


p/s kabare bakyuku....

Jiwa tani said...

Teriam aksih bakyuku

sudi mampir...





p/s.. hahahahahahha iyok jikok seng wes garing coklat colour ney..wah bakyu speaking german erk...mantap...keep iit up

Fazleyatul Aini said...

ulam raja memang sedap makan. saya pon suka

Noriza Rahman Momma Vogue said...

Jarang nak dapat tengok bunga pokok ulam raja, daunnya memang sedap dibuat ulam, masak nasi kerabu pun sedap juga

paridah said...

ulam raja banyak khasiat ni herba yg baik diamalkan

Nizam.Ariff said...

Ada lg satu yg bunga lebih besar warna oren..tak tau sedap diulam atau tak...

wahida said...

sedapnya ulam raja kak!!

Jie Susanos said...

Alhamdulillah..

ini ya pokok ulam raja..

nohas said...

cantik bunganya, berkhasiat daunnya..

PeRdU cINta said...

PC tak pernah makan kak..nak juga rasa makan dengan sambal belacan..mesti sedapkan kak..

Kayu Manis said...

Nk mkn ulam rajalh tk pernah mkn lgi...
Tpi peria yg pahit tu nor suka..hri2 pun tkpe..

Alhamdulillah

saniah ibrahim said...

Pokok ulam raja kat rumah saya dah takde kakzakie.Kalau tidak banyak membiak2 sampai ada yang tertipu antara pokok ulam raja dgn pokok tahi ayam ...sebab dua2 ada tanam masa tu.

Mas Zull said...

assalamualaikum kakzakie...sedapnya mkn ulam2an kan...

Zaitun said...

Sedap dijadikan ulam dengan sambal belacan.Untung kakzakie tak payah beli kat tempat kak Zai segenggam kecil rm2.

Zaitun said...

Sedap dijadikan ulam dengan sambal belacan.Untung kakzakie tak payah beli kat tempat kak Zai segenggam kecil rm2.

webctfatimah said...

Assalaamu'alaikum wr.wb Kak Zakie Purvit...

Kalau ulam raja ini saya suka pada bunganya kak. Tapi yang saya tanam bunganya berwarna kuning terang bukan pink seperti di atas. ternyata banyak spesis juga kak ya. Bunganya pun cantik. Saya tak suka ulam mentah kak, pernah merasa sekali, kelat dan seakan rasa daun sup pula dilidah saya ni. kalau dibuat kerabu, mungkin sedap juga agaknya. Salam manis dari Sarikei, Sarawak.

Nooriah Abdullah said...

kat rumah kaknoor mmg banyak ulam raja ni kakzakie
hari ni saya update ulam raja kat fb hehee
mcm sama selera lah kita kan
mudah sngt tanam bila dah subur sampai tak habis makan kan

Othman Zan said...

Kak zakie.. besnya ada tumbuhan ulam kat rumah. Projek taman herba saya entah bila nak mulanya.. yang adapun daun pudina (tu pun kuruih)..hehe.. daun parsley dah mati.. :(

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

baru sy tahurupa pokok ulam raja.. teruknya saya.. malu3!

Khairul Bariah said...

alahai si ulam raja
sedapnya dicicah sambal kelapa
dikunyah-kunyah, rasanya ala-ala buah mangga!

sedapkan kakzakie ulam raja ni...
rumah emak pun banyak juga dulu,
bila dah membiak tak terkawal, habis ditebas.

umi alya said...

Sayapun suka ulam2an..

Nor Azimah said...

Ih, ih, ih...ada org tak penah tengok bunga pokok ulam raja yek, al maklum, takde tanah nk menanam ye mak, nak makan beli ajeh, hehe..jangan mara

Nor Azimah said...

Ih, ih, ih...ada org tak penah tengok bunga pokok ulam raja yek, al maklum, takde tanah nk menanam ye mak, nak makan beli ajeh, hehe..jangan mara

Faarihin Talip said...

Betul tu, ulam raja senang sungguh nak membiak. =)

Malinda Ismail said...

Bukan sekadar senang membiak je kak malahan ulam raja byk khasiay nya kalau di makan...sy pon suka ulam raja...bau dia tu lain kan wangi dan membuka selera...utk orng diet memang x sesuai kang x sedo dah 3 pinggan di bedal...hahaha

Norhayati Mohd Isa said...

Betul tu kakzakie..
Senang betul membiak..
Bila bunga dah menjadi benih..
gugur ke bumi lantas menjadi anak nya..

Kat rumah mak banyak sangat..
Selalu ambil buat ulam..

Normala Saad said...

Sangat berkhasiat ulam raja ni..tapi kak jarang makan..seronok tanam ja..

Siqah Hussin said...

Berkhasiat tapi siqah tak makan ulam.. Hee. Tak tahu bila nak makan nie. Tak leh telan rasa 😅

Fiza Rahman said...

Owhhh... Ini pokok ulam raja. Saya tau makan jer kak ☺

TukangKebun said...

Rama-rama suka juga bunganya tu.

aryan azra said...

sedap ulam raja ni, bunganya pun cantik

Nurhuda Ismail said...

cantiknya... huda harap suatu hari nanti rumah huda dikelilingi pokok-pokok, biar berseri sikit rumah