Cepat saja kaki melangkah keluar sebaik hubby parking kereta. Tiba-tiba mata tua ini boleh pula terus ternampak dengan jelas segumpal wang kertas di kakilima mall yang mahu kami singgahi. Entah mengapa cepat saja tangan mengutipnya tetapi selepas itu menjadi bingung. Kepada siapa mahu dipulangkan. Tunggulah seketika mana tahu ada yang empunya datang berpatah balik, tiada pula yang menyusur patah balik mencari. "Kenapa mama ambil tadi?" itu yang adik tanyakan. "Entahlah dik." Aku jadi tidak tahu. Buka pintu kereta balik masukkan dalam kereta duit itu kerana tidak mahu bercampur dengan duit milik sendiri. Teruskan juga misi berbelanja barang keperluan adik.
Duit itu terus berada di dalam kereta ketika kami balik JB. Kesal. Tetapi sudah ada di tangan. Bincang-bincang dengan keluarga sendiri lalu keputusan di ambil masukkan sajalah ke dalam tabung masjid dengan diniatkan sedekah dan pahalanya moga diberikan kepada mereka yang tercicir seandainya ia milik umat Islam. Jika ia milik asal bukan Islam semoga menjadi kebaikan buatnya sebagai charity. Tahu tindakan ini tidak wajar tetapi aku sudah tidak tahu mahu buat bagaimana. Mana mungkin mahu diiklankan di akhbar walaupun mungkin itu yang sepatutnya. Jumlahnya pun tidaklah banyak sangat sekadar RM17/- saja.
Teringat kisah dulu sewaktu aku di tingkatan enam balik dari sekolah. Aku mengutip duit yang terbang dari kocek seorang penunggang motorsikal yang belakang motornya ada bakul durian. Jumlah yang aku kutip sehingga lebih seratus ringgit. Tetapi naifnya aku waktu itu tanpa rasa bersalah terus mengutip apa lagi orang itu tidak sedar atau berpatah balik meminta (aku berjalan sambil menunggu juga mana tahu apek itu sedar) tetapi bila orang itu terus pergi berlalu, aku gunakan duit itu untuk membeli buku rujukan. Keluarga aku miskin apa lagi peluang digunakan bagai durian runtuh. Bila terkenang kembali sedih dan kesal pula. Kalau terjadi pada anak-anak aku rasanya tidak bertindak seperti aku dulu. Moga Allah terima taubat aku.
Teringat kisah dulu sewaktu aku di tingkatan enam balik dari sekolah. Aku mengutip duit yang terbang dari kocek seorang penunggang motorsikal yang belakang motornya ada bakul durian. Jumlah yang aku kutip sehingga lebih seratus ringgit. Tetapi naifnya aku waktu itu tanpa rasa bersalah terus mengutip apa lagi orang itu tidak sedar atau berpatah balik meminta (aku berjalan sambil menunggu juga mana tahu apek itu sedar) tetapi bila orang itu terus pergi berlalu, aku gunakan duit itu untuk membeli buku rujukan. Keluarga aku miskin apa lagi peluang digunakan bagai durian runtuh. Bila terkenang kembali sedih dan kesal pula. Kalau terjadi pada anak-anak aku rasanya tidak bertindak seperti aku dulu. Moga Allah terima taubat aku.
~~ Harap janganlah dipertemukan lagi hal-hal begini. ~~
45 comments:
Salam kak zakie..
Bila jumpa duit mcm tu, bingung juga kan.. kdg2 bila fikir balik, baik xyah ambil tadi. Tp mungkin itu gerak hati, Allah yg tentukan.. kita doakan mudah-mudahan, org yg tercicir duit itu redha atas kehilangan kecil tu..
Allahu... huhu ;(
kalau sedikit nilainya, is selalu kutip dan letak kembali kat tempat yang senang nampak, tapi tak pula terfikir untuk masukkan ke tabung masjid
tak pernah lagi jumpa jumlah yang banyak
betul tindakan akak tu...kalo lieya pun, sedekah kan ke masjid...moga2 mendpt berkat org yg tercicir tu....
kak, sayu bace kisah dulu tu...kekhilafan semasa belum matang kan kak...lieya pun pernah mcm tu..walau jumpe duit syiling tapi mengambil hak org dikira tak baik jugak....mase tu kecik2 lagi, pantang nampak duit org kate heheheeh
kan kak... dkna pun ada kisah jugak ..bila kenang bali, menyesal dan harap Allah ampunkan dosa tersebut.
Pernah juga .. stiap tangga yang didaki ada rm yg jatuh... masa tu masih jahil juga...
Betullah tindakan kakzakie tu n Allah menggerakan hati kakzakie utk mengambilnya n meletakannya di tempat sewajarnya...kita semua ada kenangan melalui era jahiliah kita moga Allah mengampuni kesilapan n dosa2 kita
kalau saya di tempat orang tu, insyaAllah. saya redha duit yang tercicir tu. tapi tindakan akak sedekahkan di masjid tu, saya setuju. itu lebih baik dari jatuh ke tangan yang tak sepatutnya. insyaAllah. akak, dengan orang yang kehilangan tu akan dapat bahagian masing-masing. kalau tak di dunia, akhirat.
bila ambil dah jadi satu tangjungjawab pula pada kite ye kak...Allah kan maha pengampun kak apalagi bila umatnya menyesali dan bertaubat atas perbuatan lampau...manusia x lepas dari melaku kan dosa...moga Allah ampun kan dosa2 kite..
Kak Zakie.. Moda sentiasa sihat & dirahmati Allah..
saya pon macam tu kak. kalau tak tau nak buat apa memang terus letak kat tabung masjid je. moga pahala sedekah sampai kat tuan punya duit
itu la sedekah je
Betul dah akak sedekah ke masjid tu..
Kalau saya jumpa duit bila berjalan di pasar..
Saya kutip dan suruh anak masukan dalam tabung yg meminta sedekah tu..
Sebabnya saya teringat pesan satu ustaz..
Jika jumpa duit ambil dan masukkan kedalam tabung ..
Tak kira lah masuk tabung masjid atau peminta sedekah..
Jangan tak ambil.. itu tanggungjawab kita yg jumpa kata ustaz tu..
Wallahualam..
Yelah kan kanda itulah sebaiknya....masukkan tabung masjid. Selebihnya
serahkan je pada Allah. Kalau jatuh bergulung gitu, orang yg empunya tu mesti tak perasan kanda. Tak pelah sekurang kurangnya kanda dah selamatkan duit dia. Esok kat akhirat dia dapat pahala bonus tu .....
wahh kak..dapat duit segumpal tu macam rezeki tu,tapi macam irda juga kalu jumpa duit rasa bersalah nak buat apa,memang sedekahkan bagi pihak yang hilang itulah yang terbaik kak...
salam...
nieyl jenjalan pagi sini.. ♥
betul la tindakan akk tu...
itu bezanya pemikiran kita yg masih mentah dan pemikiran kita dah matang..:)
kdg kala penyesalan itu baik utk diri kita supaya kita sentiasa berhati-hati dlm apa yang kita buat dlm hidup kita :)
kadang niat kita amik sbb nk bg semula pd org nya, tak mau ada org lain yg amik ngn niat tak betul... tp lps tu kalau takde yg menuntut kita lak yg serba salah...
So far tak pernah jumpa lagi duit banyak mcm tu. Kalo jumpa pon mungkin buat mcm kak zakie buat nih.
Allah Maha Mengetahui niat baik kita...dah menunggu tuannya tk datang, tindakan terbaik, kak, masuk ke tabung masjid..
Sedihkan bila fikir..sebab mgkn org tu tgh kesesakan duit ke..harap Allah "pulang"kan semula duit.yg tercicir itu..
Kalau akak tak amik pun takut org lain yg ambil..niat sedekah dah cukup semoga sampai niat akak tu.
salam.. disebalik cerita semua ada kisah dan pengajaran.. mohon semoga Allah terima taubat kita ..amin.. wanii pun ada kisah jugak.. time budak2 sekolah rendah kan ..manalah tahu dosa pahala huu..
Kalau sy pun rasanya akan berada di situasi spt kak zakie
Salam kak zakie,
zaman kanak-kanak memang banyak kesilapan yang kita lakukan tanpa sedar...
semoga kisah ini memberi manfaat kepada orang lain...
kalau syaa memnag terus masukkan ke tabung masjid jer. tak terpikir cara lain dah..rezeki akak jugak tu untuk buat pahala. hehehe
waktu kecik dulu kita tak tau pape kak..insya'allah moga apek tu halalkan..
kalo jumpa duit selalunya buat donno jer..siap pesan kat anak anak jangan ambil..
kadang rasa bersalah tak ambil tapi kalo ambil pon rasa bersalah jugak tak tau nak bagi balik kat siapa..
Susah hati kak ya bila jumpa duit tapi tak tahu empunyanya. Terus terang saya kalau ternampak duit di lantai, memang saya tak ambil. Saya biarkan aje melainkan saya nampak duit tu jatuh dari poket seseorang atau tahu tuannya.
Tak pernah pulak saya mengalami peristiwa macam ni. Manalah tidak, memang saya tak ambil pun duit tu walaupun ternampak. Teruk juga saya ni ya!
betul sgt dh tindakan akak ni..tp bab yg lepas tu rasa amie pun pernah mcm tu gak kak...moga Allah ampunkan...
betul lah kak.
kalau jumpa duit / barang hilang - lbh prefer biarkan sbb method nak pulangkan tu memang agak menyusahkan. kena iklan, kena tunggu etc.
tapi betul ke menyusahkan - ke saya yang tak tahu. ntah lah.
penyudahnya lbh prefer ignore je,.
tapi betul ke tindakan macamtu
Dah betul tindakan akak tu...
In shaa Allah ada kebaikan dri situ..
Memang jadi bingung kita dibuatnya bila dah kutip duit yang tercicir tanpa tahu siapa empunya..
ye lah kakzakie, sebab dah terambil dan tak tahu pulak siapa empunyanya. baguslah tu cadangannya, masukkan dalam tabung masjid, mudah-mudahan yang tercicir itu dapat pahalanya.
cara yg akak gunakan ada betulnya,,
smoga pmilik asalnya dimurahkan rezeki..
sedekah atas niat tuan empunya..
insyallh
Betul lah tu tindakan yang akak ambil. Takpe kak, kisah dulu dulu boleh jadikan pengajaran kan :)
Bagus dah tindakan kakak sedekahkan pada tabung masjid...
Wah, 100 lebih zaman dulu2... mmg tinggi benar nilai masa tu...
Saya pernah tercicir dompet kat tempat tunggu bus... bila sedar dan patah balik, dompet masih ada, tapi duit dah lesap... Walau duit tak byk mana, tapi tinggi juga nilai buat kita budak2 zaman tu...
Tindakan yang terpuji.
Kalau mat gian yang jumpa tentu lain ceritanya.
Kan.. memang paling tak seronok bila benda2 melibatkan duit ni. Mungkin jua satu ujian kowt. kadang biar je tanak kutip. betul, moga Allah terima taubat kita. aminn
Kita selalu melakukan kesalahan waktu ekcil, mcm Zakie selalu teringat hinggalah bawa sampai ketua..saya pun berharap agar dosa2 saya diampunkan. Memang zaman tu kita tidak pernah berfikir jauh kedepan selain apa yang ada didepan mata.
sebenarnya duit yang kita jumpa, kalau banyak jangan letak di masjid. silap tindakan itu.
serahkan kat baitul mal. mereka ada satu tabung untuk duit tak bertuan.
bab kemana pulak duit itu nanti pergi, serah kat depa la...
saya pernah jumpa duit banyak. memang resah dibuatnya...
Banyak nilai dan pengajaran yang tersurat dan tersirat .... Hamba hanya insan biasa. Yang baik itu datang daripada-Nya, yang bathil itu datang kita jua. Sesungguhnya apa yang kita lakukan itu adalah berdasarkan niat..... ya Allah, ampunkan hamba-Mu.
Assalam
Saya kalu terjumpa duit takut nak amik., banyak atau sikit. kalu ambil Takut dibalas hilang duit sendiri berkali ganda..... huuhuhu
SA pun selalu jugak jumpa dan selalunya kalau tak masukkan dalam tabung masjid SA akan masukkan dalam tabung derma kat 7E atau pasaraya....
saya selalu berada dlm situasi spontan macam tu.. buat dulu baru terfikir. susah tul nak kikis habit ni. huhu. lama x singgah blog kak zakie, harap sihat2 aje.. ^_^
pernah terjumpa duit bergulung ikan ngan getah 200 dekat tapak pasar malam. berdiri dekat sejam dekat tepi jalan tempat jumpa duit tu. manalah tahu orang dok patah balik cari duit.akhirnya masuk tabung masjid jelah kak.
masing2 ada peristiwa yg berkaitan jumpa duit tercicir kak... saya pun pernah... tp dak la jumlah yg besar... jumpa bersama2 rakan2 sekolah... boleh pulak masa tu di bahagikan duit itu dgn rakan2... hahaa... betul masa tu x ingatkan nak pulangkan ke apa...haha
saya ajarkan anak2 klu jumpa duit walaupun kecil nlainya yg jatuh di jalan atau mana2.. minta di angkat duit itu dan letak dimana2 yg tinggi dan dpt dilihat oleh org... kalau2 orang yang hilang wang tersebut datang mencari.... kalau tidak mungkin jadi habuan atau rezeki org lain....
insyaAllah niat kak zakie berikan ke tabung masjid akan menjadi kebaikan pd semua...
Ada hikmahnya kak.. :)
Mngkin bila duit itu disedekahkn, dpt phla tuan empunya..
Post a Comment