Motor Atuk - Cuti sekolah akhir tahun lalu belajar naik motor ini dengan sepupu-sepupunya. Tidak sangka sekarang dia sudah pandai. Mama dia terjerit-jerit takut tapi dia selamba. Sungguh dia memang sudah pandai menunggang motor. Aku basikal pun belum pandai lagi.
 Berdua - Dalam pandai itu berani dia menunggang bersama-sama adiknya tanpa pengetahuan aku. Atuk dia tidak pernah berkata tidak. Boleh saja. Jantung aku dup-dap dup-dap sebaik nampak adik dengan kakaknya naik motor. Mulut aku apa lagi pot-pet pot-pet. Papanya bangga melihat dua anaknya menunggang motor. Gambar ini papa mereka yang snap. "Best mama...." kata adik. Dia tidak tahu betapa jantung aku bagai hendak gugur.
Dahaga - Setelah penat bermain dan kena marah ikut ke belakang. Masya-Allah adik kehausan. Air kelapa muda dalam jug kecik itu dia togok berdua dengan kakak dia. "Ada gas dialah tuk...." Atuk gembira bila cucu suka dengan apa yang diberikan.
Lagi - Mak Zah dia sibuk menadah air kelapa muda dengan bekas baru. Satu lagi sudah dikongsi anak aku dua beradik. Langsai setengah jug.
Togel - Inilah saja yang tinggal di atas pokok yang paling rendah. 
Mangga - Semua tempat kena jelajah, mangga muda ini lebat pulak dan turut menjadi mangsa tangan-tangan yang menurut kata hati dan mata. 
Daun Kesom - Gemuk dan membiak macam semak. Kalau di rumah sendiri aku tanam dalam pasu. Ini merebak bercampur dengan rumput. Tidak pernah dijirus air pun gemuk. Hairan bin ajaib kenapalah engkau gemuk sangat kesom....Geram punya pasal aku pun gunting pucuknya banyak-banyak bawa balik. 
 Cili padi - Lagi satu menjadi mangsa. Nasib baik engkau muda dan hijau semua orang tidak pandang lagi. Kalau tidak mesti dah jadi mangsa macam kawan-kawan engkau yang lain kena sapu bersih. Apa boleh buat, bila banyak sangat bapak dengan bibik berdua pun tidak termakan. Selalu diberikan kepada pekerja kebun bapak untuk mangambilnya.Jauh di sudut hati berdetik kalaulah tempat aku mencari rezeki berada di kampung alangkah bahagianya. Selain dapat sentiasa bersama bapak dan bibik, banyak tanah yang boleh diusahakan. Tunggulah tidak sampai pun 20 tahun lagi. Kalau aku pencen bolehlah aku lakukan itu semua. Bila berkira-kira pula larat lagikah aku waktu itu?
 
Dua buku panduan - Inilah buku yang duduk di dalam pocket file tersebut. Aku suka doa-doa yang tercatat di dalamnya. Boleh diamalkan hari-hari.
 
Gambar kucing - Beg adik yang baru RM 49.90/-
Hitam - Kakak suka Silver Planet 69.90/-
 Kuning - Sebiji cempedak dan mangga. Sebiji mangga sudah dikupas dulu baru snap gambar ini.
 
 
 
 
dan
 "Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah". .......
 
 
Senyuman - Masing-masing tersenyum berharap persembahan untuk Hari Guru akan berjaya
Makan tengahari - Adik-adik menikmati bubur MB tapi Nurienne tetap mahu makan apa yang mama dia masak. MB dia bawa naik atas dorm.
Ayam - Yasmien dan Adik menjelajah hingga terjumpa ayam ini di belakang sekolah kakak mereka
















