Wednesday, May 25, 2011

Cerita Dalam Perjalanan

Perjalanan balik dari kampung macam-macam cerita terluah.

Cerita satu: -

Yasmien: Papa selalu jadi tukang sembelih tahu tak di mana tempat nak sembelih untuk binatang itu supaya daging di makan tidak dikira bangkai? Ustaz kata kalau yang leher panjang kena sembelih dekat atas dadanya.

Adik: Kalau dada tu tikam la namanya kan papa, bukan sembelih. Jadi mana boleh makan.

Papa: Bukan boleh sembarangan sembelih. Kalau yang binatang leher pendik sembelih mesti di leher tempat dimana dipanggil urat mereh dan mesti putus. Kalau yang leher panjang dipanggil tempat itu sebagai labbah tempat di mana bahagian lembut bahagian atas sedikit dari dadanya bukan tepat pada dada. Tidak boleh sembelih di lehernya.

Adik: Oh... Habis papa dah pernah sembelih zirafah ke?

Yasmien: Adik nak makan zirafah ke? Ingat macam unta agaknya? (Adik kebingungan......)

Semua dalam kereta: Hahaha......

Kami pun tidak terfikir dia boleh membayangkan yang leher panjang itu zirafah. Angsa yang selalu dijumpai di kampung tidak pula terlintas di kepalanya.

Cerita dua:-

Penjual durian: Pilihlah encik (sambil menunjukkan harga berlainan setiap longgok yang ada)

Hubby: Manis ke ini?

Penjual durian: Ini semuanya manis jangan takut. (Sambil mengambil sebelah buah durian yg telah ternganga supaya hubby merasa).

Hubby: Saya suka yang pahit ada?

Penjual durian: Ha... ini memang semua pahit. (membuka sebiji lagi durian buat hubby merasa).

Hubby: Ok cari yang macam ini dua-tiga biji.

Adik: Tadi dia kata manis, lepas tu kata pahit. Mana satu yang betul papa?

Hubby: Memang manis tapi ada rasa pahit sikit.

Penjual dan pembeli serupa membuat anak yang mendengar keliru. Logiknya mana ada durian yang pahit. Sebenarnya pahit bukan macam peria atau ubat. "Kalau panadol itu baru pahit." Itu kata adik.

Cerita 3:

Adik: Kakak tengok tu, dia naik motor sampai empat orang. Kalau kita mesti tak muat.

Yasmien: Kenapa dik

Adik: Tengoklah motor dia kecik. Kalau mama dengan papa duduk berdua kita dah tak boleh naik.

Mama: Siapa besar, mama ke papa?

Dua beradik ketawa tidak menjawab soalan. Papa mereka jeling sinis pada mamanya. Aku sengih saja. Siapa yang anak maksudkan besar, mamanya atau papanya.


Inilah anak-anak papa itu.


Perjalanan yang tidak sejauh mana banyak cerita terungkap. Apatah lagi perjalanan hidup kita yang bertahun-tahun lamanya. Mengharap pengisian hidup lebih bermakna kerana nokhtah perjalanan dunia dari satu destinasi ke satu destinasi dengan kenderaan cukup selesa. Berharap destinasi kita menemui Allah dipermudahkan jua hendaknya.

102 comments:

Unknown said...

sepanjang perjalanan byk cerita yg terisi kan kak. mcm hdp jugak. ada cerita suka, ada cerita duka. tak kurang cerita lucu

Maya Mayana said...

mcamana yana boleh terfikir zirafaah jugak bila leher pnjg tu yerk? perjalanan yg diisi dgn ilmu...alhamdulillah...

mama maman aka yana said...

seronok kan... jauh perjalanan luas pengetahuan..:)

Kakcik Seroja said...

Dalam perjalanan, pasti kita temui jalan yang beliku dan jurang yang ternganga menunggu. Kenalah kita berhemah dalam memandu. :)

ong ong kedek kedek said...

hidup ni satu perjalanan yang amaaaaattt panjang...

p/s: seronok ade anak ye kak.teringin nak ade anak sendiri hahaha

Anonymous said...

memang seronok bila melayan pertanyaan anak2,
lagi2 kalau anak2 tu masih kecik..kdg2 pertanyaan dorang leh mematikan akal kita nak menjawab..haha!

Unknown said...

borak2 menambah kemesraan mengaitkan lagi kebahagian yg mmg bahagia...n menambah ilmu..3 dalam 1 tu~heeee...salam petang

azian said...

kak...
anak2 akak mmg bijak2 laa...

kami nak pos muaz ke umah nenek dia sempena cuti sekolah...
muaz????kami jga je laaa takut nenek yan dah tak larat nak jaga cucu2 nih....hehehe

akak mmg balik batu pahat tiap2 minggu ke???

s a r said...

assalamualaikum kak :)

~ehe. macam2 cerita. paling kreatif si adik. itulah cara anak-anak kecil berfikir. terlalu jujur dalam kata-katanya. kurang pengalaman, kuranglah pengetahuan mereka.

p/s- eh akak, dah kurus ikan-ikan akak. saya dah bagi makan tadi. gemuk semula~ suma sama besar. ~ehe. kak, nak tanya. kenapa napa ikan tu 8 ekor? hehe

Abu Aiman said...

salaam,
hehe, seronok melayan keletah anak2, tapi kadang2 nak menjawab soalan mereka susah jugak.

munna said...

TIGA PEREMPUAN YE KAK ZAKIE.... MMG SERONOK MELAYAN KARENAH ANAK-ANAK NI KAN KAK... HARAPNYA KITA BERJAYA MENDIDIK MEREKA SEPERTMANA YG KITA HARAPKAN

Cik Ina Do Do Cheng said...

Assalamualaikum kak zakie,

Betul tu kak zakie, jadi takutlah, perjalanan hidup makin panjang, takut banyak lagi cerita disebaliknya. Kalau cerita yang elok-elok tak pelah. Insyaalah mudah-mudahan hidup kita terisi ngan melakukakan perkara yang baik dan diredhai Allah SWT.Amin

Anonymous said...

klu jalan jauh mesti xngantuk klu ada anak2 yg banyak bercakap hihi

Kakzakie Purvit said...

~Asfaliza~,

Biasalah anak-anak. Kalau penat membaca itulah dia mula cari cerita.

Kakzakie Purvit said...

Maya Mayana,

Oh...yana pun terfikir zirafah juga ke?

Kakzakie Purvit said...

mama maman,

Perjalanan tak sejauh mana pun tapi cerita anak-anak bila tak ada isu macam itulah jadinya...

Ati Masrif said...

salam kakzakie,

budak2 besor ni mmg mulut bijak sgt
kekadang tu yg tak terbayang di kepala
juga yg ditanyakan...hehhe

Kakzakie Purvit said...

kakcik,

Perjalanan berliku itu membuat kita tambah peka dan berhati-hati setiap kali meletak tangan di stereng....

Kakzakie Purvit said...

republik N9,

Panjangnya kita rasa sedangkan di akhirat lagilah amaaaaaattttttt panjang.

p/s: cepatlah cari partner. boleh timang anak segera. Hasrul tak ada adik itulah jadinya...

Kakzakie Purvit said...

makdara TERdiva,

Kadang-kadang pun mereka buat kita geram juga bila nampak apa saja di tepi jalan nak dibeli...

Kakzakie Purvit said...

mommylavender,

Ada masa mereka bertekak juga mommylavendar nak tahu. Masing-masing kata dia yg betul, itu yg buat kakak geram...

Kakzakie Purvit said...

azian,

Minggu pertama tak dapat ke mana sebab Yasmien ada kelas mokhdar di SK Tmn Bukit Kempas (29-04 hingga 04-06). Nurienne pun ada kelas di Pontian (30-05 hingga 03-06). Jadi minggu kedua adalah plan sikit bawa bebudak jalan bukan ke Batu Pahat....

Muaz sukalah dapat balik jumpa nenek...

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam sar,

Mereka kalau tak baca novel itulah modalnya. Bila penat tak ada isu tidur.

p/s: sar nak goreng ke ikan kakak. Nak yg mana satu. Tak besar-besarlah. 8 ekor tu adik-beradik kakaklah. Hahaha....

Kakzakie Purvit said...

Abu Aiman,

Kakak kalau bab sekitar dan pengalaman atau agama insya-allh bolehlah tapi kalau bab sampai ygbuat kita keliru kakak konar suruh dia tanya cikgu dia :)

Kakzakie Purvit said...

munna,

Insya-Allah kita buat yg termampu kan munna.

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam Cik Ina DDC,

Bila usia memanjat diri, anak-anak pula kian membesar setiap perlakuan kita kena berhati-hati kerana kitalah yg jadi cermin mereka dlm menjalani hidup seharian....

terokai seni said...

ekeke... riuh petang bersama anok-anok! (bukan radio era je yea)

Kakzakie Purvit said...

Redza,

Mana sempat mengantuk Redz, kalau mengantuk anak-anak akan tepuk belakang papanya. Urut kepala bagi segar... Cerita-certia lagi....

Kak Amy said...

seronok ye kak melayan keletah anak2 , rasa x sabar pula menanti saat tue , semoga satu hari satu masa allah beri peluang itu kepada amy..

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam Ati Masrif,

Kadang-kadang perbulan mereka sesama mereka last ajak kita pulak jadi pengadil pun ada kan... Itu lagi susah dan serba-salah.

Kakzakie Purvit said...

cemomoi,

Bila mata mereka dah hilang mengantuk itulah jadinya...

Kakzakie Purvit said...

Amy Syaquena,

Sabar Amy akan tiba masanya jua. Allah maha melihat dan mendengar....

Hanis Azla said...

tak kira panjang atau pendek perjalanan itu.. yg penting pengisiannya kan kak.. saya pun suka durian pahit.. klu beli durian mesti cari durian yg pahit.. selagi tak jumpa, rasa tak puas makan durian..

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

Banyak cerita, membuatkan perjalanan rasa tak mengantuk.....dan destinasi selamat dituju.

...sibbaek anak tak menggambarkan haiwan yang xde leher (kinzir) tu.....xleh nak semelih sebab xde leher.....tupasal xleh dimakan....hehe

Kakzakie Purvit said...

Hanis Azla,

Oh... ye ke? Sebab yg pahit sikit tu ada rasa lemak manis kan. Hehehe..... susah nak descripe yg kita suka. Tapi rasanya memang best...

Noor Fatin said...

hehehe comelnya diorang, gurau2 macam tu..

mcm mana la bleh terfikir pasal zirafah. saya pn xpenah. ekeke..

ibuintan said...

kakzakie....itulah sebagai ibu bapa kita juga kena banyak membaca dan mencari ilmu supaya dapat menjawab soalan anak2 yg kekadang tidak kita jangkakan

THE GREEN said...

salam...

ingatkan jauh perjalanan luas pandangan jer, rupanya panjang jugak ceritanya :-)

ajumohit said...

pandainya adik bercakap, pemikiran budak2 ni kdg2 tak terlintas dan terjangkau oleh pikiran kita...tak salah beri penjelasan sbb dia akan lebih faham dan buat otaknya ligat berfikir

Zaitun said...

Kalau dalam kereta mesti ada borak2 baru ceria tapi kalau kak Zai belum jauh perjalanan dah lelap.

Granny Hani said...

Kehidupan mengikut persepsi kanak2 ni kadang2 membuka minda kita..ikhlas dan bersahaja mereka tu.

Admin P@P said...

Assalamualaikum Kakzakie.
Sungguh ceria dan terhibur sepanjang perjalanan dengan telatah anak-anak yang cerdik ini.

Pening kepala dan 'boring' pula jika anak-anak bergaduh berebut tempat duduk dan nak tengok video dalam kenderaan.

Tak sampai setengah jam, mulalah acara makan-makan dalam kenderaan.

Alhamdulullah anak-anak itu rezeki yang Allah beri sebagai amanah kepada ibubapa. Semoga anak-anak ini menjadi orang yang berjaya dewasa nanti.

TQ

Pia said...

"huhu..ank2 saya selain si kakak masa kecik..mmg tak suka ckp2 dlm kereta..asal masuk jer,lelap...bila terjaga jer..lapor.."

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jom Terjah entry terbaru ??

vespa naza

Pemahaman budak kecik lain dari orang dewasa... jadi budak kecik selalunya lebih percaya cakap guru.... eeemmm susah jugak nak kasi faham budak2 ni

Afida Anuar said...

macam-macam celoteh ya anak akak.. he he.

Moga2 anak-anak kak zakie menjadi anak yang soleh dan solehah semuanya.. Aminn

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam ahmad humairi,

Ya-Allah cikgu pulak terfikir kalau binatang leher pendik . Gelilah cikgu...

Kakzakie Purvit said...

NOOR FATIN,

Mungkin dlm kepala dia yg leher panjang tu zirafah aje. Entahlah....

Kakzakie Purvit said...

ibuintan,

Ada kala kami memang tak dapat jawab ibuintan apa lagi kalau science. Kakak kalau tak boleh mesti korner kat papa mereka. Papanya pulak koner pada cikgulah apa lagi.....

Kakzakie Purvit said...

BLADE EDGE,

Bila habis cerita mereka lena...

Kakzakie Purvit said...

ajumohit,

Apa-apa pun mereka lebih banyak belajar dari sekolah sebenarnya.

Kakzakie Purvit said...

Zaitun,

Anak kakak sebenarnya kalau dlm kereta lebih berhantu baca novel kak zai. Tapi bila nak dekat periksa ni kakak tak beli lagi itu yg tak ada benda nak buat mereka buat cerita....

Che Mid said...

salam, masa dalam perjalanan tu, akak ada nampak tak .... zirafah naik motor bawak durian... ha ha

Kakzakie Purvit said...

hani@debumelukut,

Kakak percaya apa yg cikgu katakan. Sebagai cikgu lebih arif kerenah budak-budak kan cikgu...

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam admin P@P,

Macam cikgu nampak pulak apa yg anak-anak kakak buat. Memang betul tu cikgu. Sebab itu kakak suka guna MPV bila jalan jauh. Mereka boleh baring sendiri di belakang.

Kakzakie Purvit said...

Piasara,

Ala Pia.... lebih kuranglah. Bila penat cakap mereka lena juga. Bangun lena mulut mengunyah apa saja yg ada....:)

Kakzakie Purvit said...

Afzainizam,

Kakak yg penting jangan sampai kata-kata boleh membuat org lain terpana. Bimbang tafsiran org luar....

Kakzakie Purvit said...

Afida Anuar,

Penat celotah, makan lepas tu lena.

Harapan semua ibu-bapa mahu yg terbaik buat anak-anak Fida...

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam Che Mid,

Hahaha..... Che Mid kalau ada zirafah bawa durian mesti masuk dlm Guiness Book Of Record :)

sahromnasrudin said...

jalan jauh2 nie tak ngantuk dgn keleteh anak-anak kan, kak...

My Little Diary said...

hahahaha
cerita no:1 tu memang best.... bole pulak terpikir zirapah

husnalalink said...

menarik semua perbualan itu..itu yang menjadi kenangan kitee sampai bila2...

Fendi BL036 said...

anak-anak kita kengkadang banyak sangat perasaan ingin tahu mereka..kita kena uruskan dengan bijak...

citer no 3 tu no komen yer kak zakie..hehehe...

best citer no 2 pasal durian tu..budak2 pun pandai buat perbandingan...heheheh

dwatyKNY said...

mensti tak bosan masa dalam keta... walaupun jauh rasa sekejap je....

uncle gedek said...

Kalau saya dalam kereta, terus tido...!

(kalau bukan saya yg memandu, lah...)

Kakzakie Purvit said...

Sahromnasrudin,

Tapi kekadang bila mereka bertekak kita pun bingit juga...

Kakzakie Purvit said...

My Little Diary,

Itulah kenapa agaknya dia terfikir zirafah.

Kakzakie Purvit said...

lalink7,

Bila buat N3 memang boleh ingat sampai bila-bila. banyak lagi sebenarnya Husz. Cerita hidup mana nak habis.....

Kakzakie Purvit said...

nukilannaffiza,

Kalau layan anak-anak tak habis cerita. Itu tak boleh konar sikit. Dia tegak dan lurus terus....

Kakzakie Purvit said...

dwaty,

Kalau dah bosan lagi teruk dwaty. Berhenti mesti nak makan. Order kalau cepat tak apa, tapi bila menunggu itu yang buang masa...

Kakzakie Purvit said...

gedek,

Samalah macam hubby kakak. Sebab itu kakak tak nak pandu kalau tidak terdesak....

Unknown said...

Teringat pula buku Dr fadzilah Kamsah yang saya baca, antara petua mendidik anak cemerlang, selain masa makan, masa di dalam kereta adalah masa yang tempat untuk berkongsi cerita2 antara keluarga...

Anonymous said...

Assalamualaikum Kakzakie,

Semoga sihat dan bahagia selalu seisi keluarga.

Kadang2 fikiran budak2 kita tak dapat menjangkanya. Tambah budak2 sekarang. Cerdik2.

Unknown said...

seronok bila dgr anak2 bersembang kan kak...kdg2 perbualan dua beradik (damya & fiqa) mencuit hati lia n suami...ada2 ajer topik yg nak 'digaduhkan' dia org b'2 tu...sampai satu tahap lia matikan ajer radio kereta tu sbb 'radio' yg kat seat belakang 2x ganda lbh riuh.....

p.s: kdg2 rasa bersalah pada anak2 sbb bila dia org berlawan cakap mama/baba sibuk marah2 suruh diam..dulu2 masa dia org blm pandai b'cakap asyik t'tanya2 "bila lah anak mama/baba ni nak pandai ckp"......

qemaishak said...

Jujur je kan dgr budak-budak bertanya dan cakap..kadang2 logik gak yang ditanya tu hehe

wahida said...

bijak budak2 sekarang...kadang tu mmg menghiburkan hati kan kak..benda yg kita tak jangkau nak fikir, dia boleh fikir sampai situ lak...hehe....

Unknown said...

xde pendirian betul si penjual durian tuh...sekejap manis sekejap pahit...apa da..hehe

Kakzakie Purvit said...

~yus~,

Sebab dalam kereta tak ada benda lain dia boleh buat selain baca novel. Kadang tu mereka lena juga Yus bila dah lama sangat dalam perjalanan...

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam kunang-kunang,

Moga kak ani pun sihat hendaknya...

Sekarang bahan bacaan banyak Kak Ani tak macam zaman kakak dulu nak beli buku kena fikir 2-3 kali tak ada duit.

Kakzakie Purvit said...

Mamamya,

Kakak rasa anak kita samalah Lia. CUma Anak Lia kecik lagi. Kadang-kadang mereka sok-sek ketawa entah apa kita pun tak tahu. Kena buat tak tahu sajalah....

Kakzakie Purvit said...

qemaishak,

Kalau budak mana ada konar-konar. Dia lurus terus tegak nak lapis-lapis tak panadi lagi.

Kakzakie Purvit said...

wahida,

Betul tu wahida. Asal jangan buat kita pening kepala bab memilih sesuatu sudah.

Kakzakie Purvit said...

Papa Mifz,

Itulah jangan kata anak keliru, mama dia pun keliru....

ainhany said...

salam kak ,

bahagianya keluarga tapi suka episod terakhir....temguk sapa yang kena??
moralnya: kena slim kot??

sindir menantu pukul anak?? eh betui ke peribahasa saya nie???

ummu said...

salam kak zakie
anak2 mesti tertanya kan kak pada cerita kedua tu
seronok membaca catatan perjalanan akak ni
erm kat Johor sekarang musim durian ke kak?

ummu said...

alhamdulillah,saya dah boleh komen di blog akak dgn cepat

Ann Huda (Ate) said...

Moga Allah memberkahi setiap perjalanan hidup kita sehingga kita selamat sampai ke destinasi Husnul Khatimah.

nobody said...

Salam kakak comel :)

~ehehehe

suwiittt lah anak2 kakak
comel2 belaka

geli hati bace

muga depa jadi anak soleh/ah...
insyaAllah :)

Ayie said...

durian pahit baru hao liao.. hahaha

eelobor said...

huhuhuhu....suka cerita yang ke-3 tuh. apakah jawapannya? tertunggu2 nih....hahahahha

aby said...

salam k zakie ..
nak ulang soalan,
sapa besar?
papa ke mama ...

besa dalam erti kata.
sopo meneh lemoh ..
he..he..

sud@is said...

meriah dan ceria sekali kluarga kakzakie..
penjual durian x boleh percaya sgt...nostalgia.

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam ainhany,

Anak kakak sepatutnya jawab tapi dia serba-salah. Hahaha....ain pun nak usik papa dia juga kot.

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam Ummu,

Sekarang memang banyak durian di JB. Kawasn lain di Johor kakak tak tahu. Walaupun pokoknya tak nampak tapi durian banyak dijual.

Kakzakie Purvit said...

nobody,

NB anak-anak memang begitu. Tunggu masa NB akan rasa itu...

Kakzakie Purvit said...

Ayie,

We ara in te same boat. Kakak dan hubby suka yg pahit. Lagi pahit lagi best....

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam aby,

Anak kakak semuanya memang lebih sikit pada papa mereka. Kalau ada yg kurang pada papa mereka dia tak mahu jawab.

Kakak orak lemoh banget la... Kakang seng lemoh. Hehehe.....

Kakzakie Purvit said...

eelobor,

Jawapan patut anak kakak jawab. Tapi itulah mereka pilih kasih. Kalau papa dia yg kena mesti mereka tak mahu jawab.

Kakzakie Purvit said...

SUD@IS,

Betul dalam 5 biji yang kakak beli ada dua biji akhirnya terpaksa dimasak dengan bubur kacang sebab keras. Harga usah dibilang memang lebih dari seratus tau...

Kakzakie Purvit said...

Ann Huda (Ate),

Terima kasih sudi meninggalkan jejak dan doa buat anak-anak kakak. Harapan semua penjaga mahu anak-anak menajdai yg terbaik kan... Insya-Allah.

Hairun Azmi said...

Lucu tetapi ada message...Kekekeke

Jus Katak

Kakzakie Purvit said...

Miecyber,

Ketawa anak-beranak...

nurkass said...

nak komen gak kat sini..frust betul hari tu tak leh tgl komen..isk..isk..

takde pun gambar mamanye..nak gak tgk..