Menjadi seorang penanti telah lama tiada lagi dalam kamus hidup. Keterujaan untuk menemui itu kian membuak-buak. Seminggu perkhabaran telah diberi bahawa pertemuan itu mahu juga dilakukan. Hati melonjak gembira berbaur bimbang impian tidak terlaksana.
Tik-tok… tik-tok… putaran jam terasa lambat benar menunjuk detik yang ditetapkan. Ah… memang benar hati dirasuk ketidak-sabaran yang maha tinggi. Mana mungkin gunung itu bisa beralih tempat. Sudah dijadikan perumpamaan tidak akan lari gunung dikejar. Tetapi ini bukan gunung yang mahu dikejar, sebaliknya merasakan waktu itu yang terlalu lambat berputaran. Huh… sabarlah hati tidak lama lagi segalanya akan tercapai. Kalau beribu detik masih boleh menanti kini hanya tinggal beberapa detik tidak bolehkah kesabaran itu dibajai sedikit agar menyubur di hati.
Nah…. Telah tiba masa ianya tersergam mengapa terpaku kaku. Bisu tanpa suara namun riak, rona dan ombak dada mengerti nurani bercengkerama gembira. Langkah derapan kaki berlari anak atas keterujaan itu jelas tidak dapat dibendung.
“Yan!!... En. Muhamad, Muiz, ala...Muaz tak ikut” itulah yang mampu terucap.
Hati pantas berdoa moga pertemuan ini bukan mimpi. Bibir pantas membait barisan ucapan kesyukuran kepada Allah atas tautan ini. Bertaut dua insan dari alam maya ke alam realiti hanya kerana beberapa susunan ayat di sini. Cukupkah sekadar ungkapan terima kasih tidak terhingga buat Pn Azian dan En. Mohamad bin Adam. Sesungguhnya kami pasti merindui detik-detik ini lagi.
Tik-tok… tik-tok… putaran jam terasa lambat benar menunjuk detik yang ditetapkan. Ah… memang benar hati dirasuk ketidak-sabaran yang maha tinggi. Mana mungkin gunung itu bisa beralih tempat. Sudah dijadikan perumpamaan tidak akan lari gunung dikejar. Tetapi ini bukan gunung yang mahu dikejar, sebaliknya merasakan waktu itu yang terlalu lambat berputaran. Huh… sabarlah hati tidak lama lagi segalanya akan tercapai. Kalau beribu detik masih boleh menanti kini hanya tinggal beberapa detik tidak bolehkah kesabaran itu dibajai sedikit agar menyubur di hati.
Nah…. Telah tiba masa ianya tersergam mengapa terpaku kaku. Bisu tanpa suara namun riak, rona dan ombak dada mengerti nurani bercengkerama gembira. Langkah derapan kaki berlari anak atas keterujaan itu jelas tidak dapat dibendung.
“Yan!!... En. Muhamad, Muiz, ala...Muaz tak ikut” itulah yang mampu terucap.
Hati pantas berdoa moga pertemuan ini bukan mimpi. Bibir pantas membait barisan ucapan kesyukuran kepada Allah atas tautan ini. Bertaut dua insan dari alam maya ke alam realiti hanya kerana beberapa susunan ayat di sini. Cukupkah sekadar ungkapan terima kasih tidak terhingga buat Pn Azian dan En. Mohamad bin Adam. Sesungguhnya kami pasti merindui detik-detik ini lagi.
Kasih sayang dibaja dibelai
mewarnai hidup saban hari
kunjungan itu sangat bernilai
kekal di ingatan dan sanubari
mewarnai hidup saban hari
kunjungan itu sangat bernilai
kekal di ingatan dan sanubari
Pn. Azian - Menjejakkan kaki di rumah kampung hubby aku demi hasrat yang begitu kuat
Mesra - Hubby kami deolah-olah sudah kenal lama. Rancak mereka berbual hingga ke beranda rumah cerita masih tak habis lagi.
Muiz - Anak-anak aku sayang benar dengan bujang comel ini. Boleh dikata "kita pinjam dulu boleh ke mama?"
Ronda-ronda - Sempat lagi tetamu aku ini meronda belakang rumah bermain dengan anak aku melihat ayam, itik, angsa dan ayam turki. Lihat adik pun dah mesra benar dengan tetamu aku.
91 comments:
Pasti pertemuan yang berkesan di hati ni ya kakak...
Suka tengok suasana rumah kakak tu...
assalamualaikum kakzakie...
semoga ukhuwah yg bertaut erat mencengkam hingga ke ujung hayat...
seronoknya dpt berjumpa , dari maya ke alam nyata..
kakzakie..memang pertemuan yang tak kan dilupakan..seronok terima tetamu kan..
hai kak zakie...
moga pertemuan itu akan membahagiakan hatimu...
selamat mlm ye..
salam akak...
seronok kalo kite layan tetamu dgn sebaik mungkin...heheheh..
nak g uma akak la...seronok..hehhe
Assalamualaikum kak :)
wah..alhamdulillah. akhirnya.. :)
teringat sajak ini;
pertemuan berlaku
di penjuru mataku
yang unggu
lalu membiru.
pertemuan berlalu
di penjuru daddaku
yang sayu
lalu terharu...
sampai juga Azian nak jumpa kak zakie.. tayanglah gambar menang ga hari tu kak...
Assalamaulaikum kak zakie,
Sampai gak hajat Azian jumpa kak zakie ye. seronok anak kak zakie. Makcik terbayang Firdaus berlari -lari kat reban ayam tu, sebab dia memang suka kacau ayam.gerammm
Semoga ukhwah yang terjalin itu berpanjangan sepanjang hayat. InsyaAllah.
Assalamualaikum kakzakie...
Moga terus terjalin ukhwahfillah..
Assalamualaikum,
Penantian suatu siksa yang tidak tertanggung, namun kepastian merupakan penawarnya....namun lagi pertemuan kan berakhir dengan perpisahan dan perpisahan bukan berakhirnya sebuah episod.
ckLah,
Pertemuan diatur di suasana rumah kampung cikgu...
Wa'alaikumsalam Ummi Humairah,
Itulah harapan kami. Seronok pertemuan itu memang berkesan sekali.
Acik Erna,
Sungguh hati rasa macam mimpi bila dapat bertemu...
Adinda Amy Sensei,
Kami memang amat gembira seolah-olah telah kenal lama...
cikceriacorner,
Ini rumah peninggalan mertua kakak. Tapi kakak ipar kakak yg tinggal di sana.
Bila ccc nak turun JB bagi tahu kakak ok...
Wa'alaikumslam s.a.r.,
Syukur alhamdulillah kami bertemu...:)
Insan Marhaen,
Mulut membisu bila mata bertemu
hati berbunga mekar kerana pertemuan
namun bila perpisahan itu terjadi
tubir mata digenangi manik jernih rasa sayu
harapan mahu diulang pertemuan itu....
munna,
Kalau nak tayang gambar alamat penuhlah N3 ini munna. Anak kakak menggomol si Muiz tak henti. Azian & Muhammad pula dah macam saudara kami tak kisah segala....
Wa'alaikumsalam Cik Ina MDDC,
Alahai kalau Firdaus ada bersama anak-anak kakak tentu lagi hebat mereka bermain. Tapi kena kejar angsa baru mereka lari lintang pukang.....:)
kakcik,
Itulah harapan kami. Insya-Allah....
Wa'alaikumsalam Abd Razak,
Insya-Allah kami mohon ukhuwah ini terus terjalin ustaz. Tambahan pula Azian org Johor juga asalnya....
Wa'alaikumsalam ahmad humairi,
Mengerti ada pertemuan hati dah tak sabar hendak bertemu. Benar cikgu bila tiba saat perpisahan itu terasa sudah pasti akan ada rindu di sudut hati...
wahhhh..
bestnye..sayu je rasa nak berpisah kan kak zakie..hehe
emmm..bila nak jumpa kass pulak ni..
berkobar2 nak jumpa kak zakie..:)
nurkass,
Kalau kass turun JB bagitahu kakak. Single lagi mudah kakak nak bawa kemana-mana. Set the day and let me know...
Assalamu'alaikum kakzakie
Tumpang gembira.. memang bahagia bila dapat berjumpa dalam suasan begitu kan.
semoga silaturrahin ni berkekalan kak...mcm baca cerpen plak saye baca entry akak ni..
"Alhamdulillah...akhirnya hajat nak bersua tu tertunai jugak...kalau dah rezeki tu tak ke mana kan.."
Persahabatan dialam maya memang memberi kesan bila bertemu,seolah2 macam dah kenal lama.Kak Zai juga pernah mengalaminya.
Mencari titisan nurani! :D
hai kak... lama sungguh laa tak datang sini.. maaf la kak.. kita pun baru buka je mathari tu.. :)
seronok baca cerita kak zakie sekeluarga yang happening sokmo.. =)
assalamualaikum kak..
selamat bertandang ke sini..lama sungguh tidak bertanya khabar akan akak..semoga akak dan sekeluarga sihat walafiat ya
assalamualaikum kak..
bila lihat rumah tue,teringat lak kg halaman.rumah kenangan nenda,.bila ler kan kembali lg ke kg ku..best kan rumah kg.
kak zakie....
cepatnya update....heheheheheh...nnt sy upload byk2 gambo kat blog sy ...alamaakkkkk....gambo2 sy comottttt/....heheheh...kak, gambo muiz yg ketawa masa akak dokong tu takde ke???hehehehhe
harap sgt dapat jumpa lagi...
Wa'alaikumsalam Werdah,
Pertemuan dirancang memula kat JB tapi akhirnya di kg.(Batu Pahat) sebab kami bercuti.... Seronok kak werdah tau....
faiz,
Gembira kakak sekeluarga bertambah bila ada anak comel yg dibawa. Kami gembira faiz....
Piasara,
Dari Kuantan dibawa keJB, usung lagi ke Batu Pahat akhirnya hadiah itu sampai juga ke pangkuan kakak. Syukur alhamdulillah...
kella...
Harap kella sihat juga. Kakak pun baru balik bercuti dgn keluarga....
Wa'alaikumsalam sahromnasrudin,
Tambah gembira bila probitas et fidas bernada lagi. Moga sahrom pun sihat juga dan bertambah meriahlah kita....
intan suri,
Rumah kg memang seronok cuma panas tu yg tak boleh tahan. Kena tukar baju selalu sebab peluh...
Kipas angin lawan angin luar masuk dari tingkap sesekali menangkap angin sejuk & panas....
Azian,
Banyak gambar tapi asyik ada je muka comot kakak nie. Tak mahulah... Muiz tu macam suka je dgn kakak/abang lekat dia kat dada abang. Anak-anak pulak bukan main dia ingat boleh disimpan jadi adik dia....Macam nak jumpa lagi kan....
Maaflah dari kami apa yg terkurang. Itulah sebahagian keluarga kakak. Sunyi tanpa anak. Nasib kakak ada 3 anak dara.
Yan kakak dah rinduuuu dgn Muiz.....
seronoknya dapat jumpa.. semoga yg rapat terus erat hendaknya..
Jadi kenyataan juga ya Azian jumpa akak...hehehe....saya tunggu dia upload gambar dia pulak di blog nya...
best le rumah kampung.. jauh dari hiruk pikuk bandar.. ^^
Haniz Azla,
Seronoknya hingga tak terasa masa berlalu Hanis...
Daddy Ziyyad,
Tak de apa yg special doc. Kami saja berbual kosong. Kakak dan family dapat peluang gomol bujang dia...
Ayie,
Kampung tapi kereta pun dah banyak. Cuma halaman rumah memang luas boleh parking lebih 20 buah kereta....
alhamdulillah...semoga rapat menjadi erat :)
Bestnya kak ,huhuhu kita juga masih tak berkesempatan jumpa , maaf kak amy terlibat dengan kemalangan kecil so dua tiga hari x leh berjalan sebab kaki dan tangan terseliuh , maaf sangat kak
assalamualaikum kakzakie,
seronoknya dpt jumpa dari alam maya ke alam nyata.
apakata kakzakie buat satu perjumpaan dgn blogger2 selatan. mesti gempakkan...(jgn lupa jemput sy :)
belek reban ayam memang seronok... dok kat bandar ni asik belek bunga je la
Assalamualaikum...
Semoga ukhuwah berpanjangan...
Seronok kan,dah mesra di alam maya,
sambungkan pula di alam realiti..
Satu hari nt mgkin kita boleh buat
gathering dgn blogger2 nih..mesti seronok..
buat family day ke..
as salam kakzakie,
persahabatan yang kekal abadi itu lahir dari hati yang ikhlas....
bukan kerana kelebihannya,
bukan kerena kekuranganya,
bukan kerana hartanya,
bukan kerana kepandaiannya,
tapi adalah kerana Allah.
Salam kakzakie, pertemuan kdg bagai satu mimpi yg terindah... semuga kakzakie sehat sejahtera
tu yg best dok kampung..buleh bela macam2....angsa buleh jd pengawal rumah..klu ada org yg tak dikenali dtg sah2 kena kejar
Assalamualaikum kak zakie...
moga ukhuwah maya yang terjalin di alam nyata kekal berpanjangan...
teringat pula pengalaman fida jumpa rakan blogger buat pertama kali...khairi dan kay... Allahuakbar, walau pertama kali jumpa, tp macam dah kenal lama...
assalamualaikum kak zakie,
seronok nya tengok bila dapat berjumpa tuu.. :)
penantian satu penyiksaan,
siksanya bila menghitung hari untuk menanti saat pertemuan tu..
huhu
Maya Mayana,
Dah kenal rasa sayang...
Amy Syaquena,
Tak apa Amy yg penting jaga kesihatan dulu. Satu masa insya-allah ada izin dariNya pasti kita bertemu...
Wa'alaikumsalam zue,
Macam dah ada green light je... Its good idea. Tapi nak fix the date tu yg susah kan...
cemomoi,
Ayam jadi mangsa kena sembelih bila org bandar balik. Huhu....
wah dah lama tak jejakkan kaki ke rumah yang betul2 rumah kampung... ada reban ayam... rumah kayu... ni asyik tgok rumah batu jer... tiba2 rindu mengamit tiba... hehehe
Wa'alaikumsalam Cik Shinju,
Kalau kakak gather kat Johor Yun boleh dtg tak agaknya?
Wa'alaikumsalam Prince Halilintar,
Kakak tak kisah siapa pun boleh bersahabat. Sedangkan teman anak kakak pun manja dan mesra. Yg tua/kecik/cacat semua kakak tak kisah....
Wa'alaikumsalam Afida,
Bila agaknya kita boleh bertemu ye?...
Efa Nur,
Memang seronok Efa...
Makdara Terdiva,
Penyiksaaan dah berakhir sebaik bertemu...Hehehe...
dwaty,
best tau rumah kayu. Itu yg anak kakak yg kecik kalau berlari ada bunyi. Syok bukan main dia....
Alahai kakzakie seronoknya!
Dang dah takda kampung..
Jeleslah!
Cerianya semua orang...
Atap genting dari tiub ubat gigi
Penemuan Saintis Islam
Assalamualaikum.
Seronak tgk memesraan yg terjalin spt yg dititipkn dlm entry ni. Moga ukhwah itu berpanjnagan dan diredhai Allah.
tengok foto pun dah dapat rasakan kemesraan pertemuan tu...alhamdullilah..tumpang seronok.
Akak..
Berjumpa,berkenalan dan bermesra memamng seronok kak..semoga persahabatan yg terjalin itu akan berkekalan sampai bila2 dan dirahmati Allah...saya tumpang gembira akak....
Semoga ukhwah itu akan berkekalan sampai bila-bila.Insyaallah.....
semoga yg jauh didekatkan yang dekat dimesrakan
ikram silaturrahim
salam kenal
suka sangat2 bila yan dan mad jumpa kakak zakie sklrg.
sangat2 happening lah...
enjoy gitu.. siap boleh pusing2 sampai layan ayam dan itik..hehehehheh
kak........ ayu tak pernah jumpa muiz.. masa azian jumpa ayu.. muiz duduk dalam perut..heheh
benarlah..apa yg telah dikata..penantian itu satu penyiksaan..ehehe..bait2 dr lagu cinta dan harapan...
seronoknya berumah kampung..chii suka..chii nak dtg bertandang gak bleh ke :D
salam k zakie,
nanti klu aby couple ride ke johor,
nak mampir kampung k zakie juga la ..
iso kenalan karo wong tua ne ..
Dang Tari,
Kakak masih punya kedua-dua kampung sebelah hubby dan kakak sendiri...
Miecyber,
Keceriaan atas perjumpaan sebagai sahabat...
shameel Iskandar,
Mohon moga ia berpanjangan....
hani@debumelukut,
Benar sekali. Anak-anak kakak dah treat Azian & family dah macam saudara kami
azi,
Itulah harapan kami... Kami gembira
cikgu tie,
Kakak pun harap begitu. Terima kasih cikgu...
SUD@IS,
Kakak berharap jalinan ini berpanjangan.
Terima kasih & salam kenal dari kakak juga.
Citarasa Rinduan,
Kali ini dia tinggalkan pulak Muaz. Kakak tak dapat jumpa muaz pulak....
Lain kali kita jumpa sesama ye Ayu...
chii,
Rumah kampung ini peninggalan mertua kakak. Kami balik sesekali....seronok tau.
Wa'alaikumsalam aby,
You are always welcome.
Tapi ini rumah kampung mertua di Batu Pahat. Kakak tinggal di JB. Kena coling dulu kalau nak dtg tau...
Kakak wes orak ono wong tua. Seng jogo umah he ipe kakak seng orak ono anak....
seronoknya kakZakie..mesti banyak cerita nak dibualkan kak?..
No doakan semoga ikatan sesama blogger tetap utuh ye kak...
Sungguh tidak semegah rumah di bandar, rumah kampung punyai tarikan tersendiri. Dang rindu suasana di rumah kampung waktu malam. Dengan cengkerik dan katak bentong di musim hujan dan dengan kokokan si jalak di waktu sebelum subuh. Nostalgia kanak-kanak semasa kecil-kecil dulu tinggal dengan arwah datuk dan nenek...dan tengok tv hitam putih Six Million Dollar Man..huhu!
Post a Comment