Anak sulung dalam keluarga mertuaku hanya mampu memperolehi seorang anak lelaki selepas 15 tahun usia perkahwinan mereka. Itulah satu-satunya anak yang dia ada sehingga kini. Anak kedua pula mempunyai zuriatnya setelah usia perkahwinan menginjak ke lima tahun juga itulah satu-satu waris yang dia ada. Manakala anak ke empat pula berkali-kali cuba mencari anak angkat tetapi pencarian seakan-akan menemui kegagalan. Setelah menjadi ahli dalam keluarga itu baru aku tahu bahwa aku harus bersyukur kerana mampu melahirkan zuriat sehingga tiga orang.
Bunyi telefon bimbit hubby pagi itu menghentikan bicara kami. Aku hanya mendengar perbualan singkat itu dan menanti cerita lanjut. Hubby bersiap katanya rezeki hari ibu buat keluarga kami. Aku menanti di rumah dengan penuh debaran. Selang beberapa jam hubby menelefon mengarahkan aku bersiap untuk turut ke sana. Anak-anak aku melompat-lompat kegembiraan. Hubby balik semula ke rumah. Tukar kereta. Kami bawa MPV agar lebih selesa menuju ke destinasi yang belum pernah kami jejaki.
Di rumah inilah mereka tinggal. Masya-Allah kedudukan zink yang hanya beberapa jengkal dari atas kepala amat dirasai. Panasnya mengalahkan dalam sauna. Maha kaya Allah anak ini punya kulit yang mulus walau tidak menggunakan lotion atau krim seperti anak-anak kita. Ketika mahu melepaskan ke tanganku lelaki itu menangis tidak rasa malu. Hati aku bertambah-tambah sebak hingga akhirnya aku bisu tanpa kata.
Nur Hidayah - Lihatlah dia amat selesa dalam ribaan anak ku. Aku dodoikan di buai yang hubby buat menggunakan kain pelikat sementara menanti kakak ipar dan suaminya berbelanja membeli segala keperluan untuk si kecil ini.
Hingga kini masih terbayang di ruang mata lambaian dari datuk, nenek, abang dan kakak Nur Hidayah sekeluarga. Detik itu sesungguhnya amat menyayat hati aku dan anak-anak dengan juraian airmata. Tetapi sebagaimana janji hubby pada mereka kami akan jadikan mereka sebagai saudara kami. Rumah dimana Nur Hidayah dilahirkan ini pasti akan akan kami kunjungi lagi.
Munajat saban hari seluruh keluarga, Hari Ibu tahun ini memberi seribu makna buat kakak ipar aku. Pada Hari Ibu tahun 2011 ini jugalah akhirnya dia mampu membahasakan dirinya sebagai ibu. Namun nikmat ini hanya dapat dirasai sekadar dua hari apabila malam tadi aku terpaksa mengharungi tengah malam pulang ke kampung untuk mengambil Nur Hidayah kembali ke pangkuan keluarganya. Perancangan yang sepatutnya ke pejabat peguam hari ini langsung terbatal. Kakak ipar dan suami yang telah berbelanja ribuan ringgit akhirnya tidak dapat lagi menikmati hidup rumahtangga dengan cahaya-mata. Besar sungguh ujian ini.
Malam tadi lebih kurang jam 12:30 Nur Hidayah kembali kepangkuan keluarga asal. Permohonan maaf dari keluarga itu kami terima dengan hati terbuka dan pasrah dan kami percaya ini adalah ketentuan Allah bahawa Nur Hidayah bukan milik kami.
Renungan bersama:-
Mengambil contoh apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w, sewaktu baginda mengambil anak angkat iaitu Zaid bin Haritsah sejak zaman jahiliah (pada masa ini amalan pengambilan anak angkat tersebar luas), Zaid waktu itu seorang anak muda yang ditawan sejak kecil dalam salah satu penyerbuan jahiliah, yang kemudian dibeli oleh Hakim bin Hizam untuk diberikan ibu saudaranya yang bernama Khadijah dan selanjutnya diberikan oleh Khadijah kepada Nabi Muhammad s.a.w sesudah Khadijah berkahwin dengan Rasulullah. Setelah ayah dan bapa saudara Zaid mengetahui tentang hal tersebut, mereka datang kepada Nabi dan meminta anaknya kembali tetapi Nabi Muhammad s.a.w menyuruh Zaid sendiri yang membuat keputusan. Namun Zaid lebih senang memilih Nabi sebagai ayah daripada ayah dan bapa saudaranya sendiri. Nabi Muhammad mengisytiharkan Zaid sebagai anak angkat baginda di hadapan orang yang ramai pada masa itu.
79 comments:
kak zakie...
sedihnya...kesian kakak akak....mesti family hidayah tak sampai hati gaknya kak...aishhh, kl muiz tu ntah camne la gaknya...heheheh
Assalamualaikum Kak zakie..:)
terharunya baca kisah Hidayah nie...
*efa suka gaya penulisan akak :)
kak..sedih la entri ni..mudah2an ada rezeki kakak akak lain kali ya..ye la kita kena cuba semampu yang mungkin hanya ALLAH SWT yang menentukan..No doakan semoga family kakak dan family kakZakie akan dimurahkan rezeki dan diberkati oleh ALLAH SWT...amin..
hurm..xde rezeki family kakak kak zakie nak dpt si comel nur hidayah..insya Allah mungkin selepas ini ada lagi yang lebih baik yang sedang menanti =_
Yakinkan diri bahawa ada hikmat di sebalik semua kejadian.
ya allah kak zakie..
sayunye bila dgr kisah ni..
semoga kakak ipar kak zakie tabah mengharungi dugaan ini..hanya dia yg maha mengetahui..
semoga kakak ipar kak zakie tabah menghadapi ujian ini...lia penah mengalami situasi yg serupa 5 tahun yg lalu...tp syukur alhamdulillah sekarang lia dikurniakan 3 cahayamata yg sgt comel....
setiap ujian yg dtg pasti ada hikmahnya....insya'allah.
kak....
klu x keberatan lia nak no phone kak zakie..akak email kat sini yer... mamamya78@yahoo.com.my
insyaallah akak akan dpt anak yg lebih baik satu hari nanti..
Salam kak Zakie...
sedihnya. Turut simpati dengan kakak ipar akak, tapi mungkin bukan rezeki dia. Keluarga itu memang terlalu sayang untuk melepaskan anaknya Hidayah.
Allah Maha Mengetahui....moga nanti ada rezeki dariNya untuk kakak ipar kak Zakie
boleh cuba lain kali kot~~
muge ade sinar esok ari; insya Allah.. :)
assalamualaikum kak..
memang sedih baca entri ini..berat kita menulis, berat lagi mereka yang mengalaminya..
semoga beliau tabah hadapi ujian yg sgt berat ini
salam kak, sgt sedih saya baca n3 ni...mungkin bukan rezeki kakak akak kali ni...mungkin ada hikmah di sebalik semua ini...mungkin kakak akak akan dpt ganjaran yg lagi besar lepas ni..mana tau kan...
saya tumpang simpati kak..
salam kan,
Rezeki yg Tuhan bg walaupon xseberapa kite mestilah bersyukur kan kerana ade org yg lebih menderita dari kite kan..ape yg berlaku mesti ade hikmahnya..insyaAllah ade rezeki lagi tu..
yang penting rase syukur kite padaNya =)
boleh cuba lagi...insyaallah...
Ohh..maksudnya akak ipar kakzakie nak ambil hidayah tu sebagai anak angkat?
Dah cuba dgn rumah kebajikan tak?
Cuba tanya dan offer di wad bersalin hospital..dulu masa saya kerja di hospital, ada juga ibu2 muda yg tak mau anak, ataupun org susah yg anak dah berderet deret..
sebak rasa nya..
mungkin suatu masa, akan hadir jua insan lain yang mbolehkn kakak akak mnikmati saat seorang ibu..
insyaallah..
@ azian: Sedih memang sedih tapi dah tertulis di Loh Mahfuz Yan...
@ efa Nur: efa mambaca dah sedih apa lagi kakak ipar kakak yg menghadapinya.
@ Norhafiza: Untuk dia melahirkan memang dah tak mungkin sebab usia. Alla saja yg maha mengetahui.
@ chii: Harap begitulah chii..
@ kakcik: Itulah yg hubby katakan pada kakak dan abang iparnya.
@ nurkass: Entahlah kass. Hari ini pun dia masih tak kerja lagi. Barangan hadiah yg dia dapat dah satu bilik. Malam tadi hanya sebahagian yg kami serahkan padanya.
@ Mamamya: Oh... Lia at least we got three even waiting for so long. Thanks Allah...
E-mail had been sent to you. Hope to hear from you soon. Any good news?....:)
@ faiz: Insya-Allah jia ada redha Allah.
@ yus: Mula-mula dia sepakat bagi. Tapi neneknya kemudian tak bagi membuat mereka serba-salah. Keluarga kakak pulak tak sampai hati sebab ini kan cucu dia. Kalu kita yg 2 hari dah sedih apa lagi dia yg dah lebih 6 bulan menjaganya...
@ bujal x: Entahlah bujal. Kakak ipar kakak dah tak terkata apa.
@ Penjejak Mimpi: Mencari sinar yg entah bila akan muncul...
@ sahromnasrudin: Pengertian dari seorg teman. Kita dah punya anak dpat merasakannya.
@ wahida: Entahlah wahida dah berkali-kali SIL kakak ini kena uji. Dulu siap masa mengandung lagi jaga siibu punya makanan dan medical-checkup sehingga lahir. Tup-tup tak jadi...
@ Prince Halilintar: Wa'alaikumsalam. Sebab itulah kami redha kerana ini juga adalah kaffarah yg kita tidak sedar dimana silap kita.
@ miloais: Sebenarnya ini adalah cubaan yg entah kali keberapa. Sebab sebelum kakak menjadi ahli keluarga mereka lagi.
@ Daddy Ziyyad: Kami kalau boleh mahu yg lahir dari ibu-bapa yg sah taraf. Kalau di Kebajikan Masyarakat rata-rata surat beranak tertera bapa tidak diketahui. Memang anak itu suci, tapi kalau bolehlah kami mahu anak yg lahir dari ikatan suci kasih-sayang lahir bukan dari benih hasil hawa nafsu syaitan. Maaf dari kakak...
@ toyolkiut: Itulah agaknya doa yg dipanjat olehnya saban hari. Insya-Allah....
Assalamualaikum Kakzakie,
Alhamdulillah kakak ipar kakzakie boleh memahami perasaan ibubapa Hidayah.
Semoga kakak ipar kakzakie diberikan rezeki oleh Allah di masa akan datang, InsyaAllah.
sedihnya apabila terpaksa dikembalikan.tp dia bkn hak kita.biarlah hidayah bersama keluarganya.jenguk2 hidayah selalu blh meringankan rindu di dada mungkin.
alhamdulillah saya dikurniakan dengan kekayaan zuriat tapi masih bimbang kalo jadik mandul di akhirat = ramai anak tapi tak bawa manfaaat di akhirat
semoga beliau tabah dengan ujian yang punya banyak hikmah tak terjangkau
salam.
sedih.
sedih sbgai kakak ipar akak.
dan
sedih juga jika saya di pihak ibubapa kandung hidayah.
hu, kenapa di pulangkan semula? pasti itu ketentuan yg terbaik dr Allah..
assalamualaikum kakzakie :)
hmm. teringat pula kisah saudara saya. teringinkan anak lelaki. then rezeki Allah, ada satu family nak kasi sebab keluarga tak mampu. adik beradik ramai sangat. dapat sepasang anak kembar lelaki. Proses anak angkat semua dah siap. dalam 1 month macam tu, anak2 ni tadi pergi sekolah tapi terus tak balik2 rumah. rupanya balik rumah diorang semula.
ok, maybe sebab ambik kembar tu time dioarg dah sekolah. agknya rindu dengan mak dia.
hmm. ujian Allah kan. semua yang jadi mesti bersebab. :)
as salam,sedih dan pilu rasanyer baca N3 akak nie.. dah tak ada rezeki mungkin ada hikmah disebalik nyerrr..
ya allah...sedihnya kakZakie dan saye memahami perasaannye kakak ipar akak tu sebab keluarga saye jugak masaalah mcm tu... abang sulung saye..
insyaallah kalau ade rezeki akan dpt jugak cahaya mata nnt...Allah Maha Mengetahui....
bile bace kisah ni....kita tau ada orang yang lebih mengharap dari kita.....
tapi..kerakusan zaman sekarang...ramai orang yang membuang tanpa belas kasihan......
Assalamualaikum,
Hidayah itu mungkin bukan.
Tapi kita sentiasa memerlukan hudayah Allah.
@ Kunang-kunang: Wa'alaikumsalam kak ani. SIL kakak dah 50 tahun mana boleh mengandung lagi kan.
@ Lydia Miza: Betul Lydia. Kami faham perasaan mereka sebab itulah kami pun serah balik walau mereka rasa bersalah. Lumrah manusia siapa tak buat silap kan.
@ cemomoi: Inysa-Allah selagi kita punya kudrat dan iman berapa pun zuriat jagalah duniawi & ukhrawinya.
@ Mutiara Bernilai: Wa'alaikumslaam MB. Kena bayangkan kita baru 2 hari jaga dia yg dah lama bagaimana rasa bila berpisah. Mula memang bagi lepas tu mungkin menyesal. Kesian kan...
@ sar: Wa'alaikumsalam sar....Allah uji hambanya dari berbagi sudut. Kena redhalah...
@ Be Simple Beb: Hanya Allah yg tahu BEB.
assalam kak..mungkin sy lah yg paling lmbt beri komen..tapi dgn membacanya shj sudah membuat sy menitiskan airmata...utk kakak akak..bykan bersabar...mungkin akan berjumpa yg lebih baik...
@ ainnoraini: Sedih kita tak boleh kata ain. Tapi dah terjadi pun. Hari ini keluarga kakak kalau bertelefon mesti cakap benda ini.
@ Hantu Kak Limah: Kenapalah dibuang setelah susah mengandung. Heran sungguh.
@ Ahmad Humairi: Nama dia Nur Hidayah cikgu itu maksud kakak cikgu. Moga hudayah Allah sentiasa menjadi milik kami...
Bukan rezeki kakak kakzakie,tentu ada hikmah disebaliknya.
Keluarga kak Zai juga tak punya ramai zuriat.
2 bulan lepas kawan kak Zai ada nak bagi bayi yang belum lahir, hajat nak bagi pada adik tapi adik menolak sebab anak luar....
Alfatihah..
smoga keluarganya kuat menghadapi ujian Allah SWT..Allah lebih menyayanginyaa
@Zaitun: Memang ada hikmah kak zai. Allah saja yg tahu. Kami tetap sabar moga ada yg lain sebagai ganti.
@lalink7: Husz sayang mesti tak baca habis nie....Anyway thanks for visiting.....
masyallah...... asam garam kehidupan
berdasar pada cerita kakzakie..sebaliknya tidak pd sy.
sy brsyukur kehadrat illahi krn dia lah pelengkap keluarga kami.
kakzakie...byk brsabar ya. ada hikmah disebaliknya.
Mungkin bukan rezeki mereka lagi. Sabarlah ..
InsyaAllah kak..Fida yakin, pasti ada hikmahnya kenapa dia masih belum beroleh cahaya mata. Fida doakan, moga dia dimurahkan rezeki untuk beroleh cahaya mata kelak.. insyaAllah...
sedih baca entry akak kali ni..
Hidayah itu satu nikmat....
Kembara Berakit Antarabangsa Sungai Pahang 2011
"kak..bersabar lah kak...saya tumpang bersedih.Takpa lah mungkin belum rezeki diorang lagi.."
kak zakie...
sy sgt berharap satu hr nnt, kakak akak tu dapat tau apa hikmahnya disebalik semua nih...mesti ade jalan yg lebih baik...insya ALLAH,,,,
kakzakie... belum rezeki kakak ipar
berdasarkan diri sendiri, pada saya elok kakak ipar tu mengambil anak angkat sejak anak itu baru lahir, baru lahir betul ... lahir saja terus ambil..jangan bila dah besar macam Hidayah tu, sebelum banyak kasih yang tumpah pada anak itu
Sedihnya bila selesai membaca kisah kakak ipar Kak Zakie ni.. Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang terjadi. Ada rezeki untuk dia tu nanti. Insya-Allah.
sabar sis.. semuanya ada hikmah.. chill okeh..?? ^^
Assalamulaikum kak zakie,
comel hidayah. baca cite ni jadi sedih plak. ingatlah kalau dah kat tangan kita, kalau Allah SWT kata bukan rezeki kita , tetap bukan rezeki kita. Diharap akak ipar ngan ketentuannya.
salam kakzakie,
Ternyata bukan rezki. Yang nyata bukan senang untuk memiliki hak orang lain.
Harap kakak kakzakie bersabar menghadap dugaan.
@ sharifah Nadzarah: Kalau baca dh sedih apa lagi kakak ipar akak.
@ Mak Su: Ada manis dan masin yg perlu dirasai
@ zue: Sebab itu kena selalu bershykur bila kita dikurniakan pelengkap dlm rumahtangga dgn anak-anak.
@ Nieda: Benar tu nieda.
@ Afida Anuar: Hanya ALlah jua yg tahu atas setiap yg DIA jadikan
@ Miecyber: Walau tidak dapat Nur Hidayah tapi insya-allah ada hidayah lain dari ALlah.
@ Piasara: Kesian pia dah berpuluh tahun menanti selalu benar tergendala.
@ azian: Sebenarnya dia kesunyian bila rumah kampung yg besar itu hanya dihuni mereka berdua
@ ibuintan: Ini bukan kejadian pertama ibuintan. Tahun 2009 pun ada baby yg masih baru lahir kat Hospital katanya mereka nak balik Indonesia sekeluarga so tak nak bawa baby yg baru lahir. Dah settle esoknya datang lagi pun tak jadi.
@ nba-Nur: Untuk dia mendapat dari dirinya sendiri memang tak mungkin kerana usianya dah 50 tahun. Tapi kalau ada yg memberi insy-allah adalah rezekinya.
@ Ayie: Dia memang sabar orangnya.
@ Cik Ina Minat DDC: Wa'alaikumslam CIk Ina. Itulah dia kalau bukan rezeki kita maka ia tetap akan pergi juga.
@ kakpah: Wa'alaikumslaam kakpah. Betul tu kakpah, hak org bukan mudah utk memperolehinya. Walau mereka susah tapi mereka kaya dengan kasih sayang itu yg buat mereka berbalik niat asal.
salam kakzakie,
terharu rasanya..berat mata memandang,berat lagi bahu memikul...namun itulah perancangan Allah buat SIL kakzakie...ada hikmah yang kita belum ketahui...bersabarlah dan redha dengan ujian yang ditempuhi...mudah2an akan ada rezeki dia suatu hari kelak...
Salam kunjungan.. terharu bace kisah ni.. take care ye kak.. singgah la ke blog saya ;)
http://www.zuwairiaiman.com
Salam Kak.. sedih cerita akak kali ni. Takpe kak, nanti rezeki lain yg datang.. InsyaAllah.. AMinnn.. :)
@ Hajah Zainab: Wa'alaikumsalam Kak Nab. Kakak rasa Kak Nab faham perasaan SIL kakak tu kan. Kita sekadar mampu berkata sabar padanya.
@ bobhandburry: terima kasih bob. Nanti kakak kunjung blog bob ye.
@ wa kharul onggon: Mudah-mudahan begitulah khairul...
Salam kakzakie
Simpati pd kak ipar kakzakie tu.
Itulah ya..ada kita-kita ni dpt anak buang merata-rata..tak sayang
kalu bukan rezeki dalm genggaman boleh terlepas.
harap kakak kakzakie menerima dengan hati terbuka..Allah mengetahui sebaliknya...
salam k zakie,
montel nur hidayah tu ..
tp sayang cuma dapat menikmatai kasih sayang yg sekejap jer ..
disamping cerita kisah saw nabi dgn zaid, yg anak nya bernama Osama, satu mana yg glamer sekarang ..
kisah nabi Zakaria dan nabi Ibrahim yg mendapat zuriat pd umo yg lewat pun perlu dihayati juga ..
bersabar dan banyakan berdoa buat abg ipar k zakie tu ... ujian kelewatan zuriat bukan sahaja kpd org awam, malah nabi juga di uji sama ...
emm kalau anak sendiri susah macamana pun org memang tk sanggup nak beri kat orang kak...tp kalau dia beria sgt nk anak mcm daddy ziyad cakap tu boleh di usahakan...anggaplah membela anak seperti itu ibadah..kdg2 anak2 yg mcm ni kalau betul didikannya boleh jd lebih baik dr anak yg sah taraf...soal nama ayah tu kalau tk silap boleh diubah kpd nama penjaga tp kena angkat sumpah dan sbg nya lah...mcm kakak kawan yana Alhamdulillah berkat dia menjaga anak yg macam ni(tk sah taraf) selepas 10 tahun akhirnya dapat jugak zuriat sendiri...
@ Dang Tari: Wa'alaikumsalam Dang. Yg buang anak tu muka je manusia tapi hati kalah haiwan yg tak berakal.
@ SUD@IS: Kakak setuju. Kami memang amat terbuka kerana yg mahu memberi adalah mereka. Kami tidak tahu kalau dia tak pukul canang kat ofis hubby kakak.
@ aby: Wa'alaikumsalam aby. Selagi kita hiup memang kena uji. Cuma ketahanan kita tidak seteguh para nabi.
@ Maya Mayana: Kakak speechles to said about this isu. It's depends on individuals perception. As for family kakak agak susah sikit...
salam..
mungkin takda rezeki SIL kakak utk jaga hidayah..mungkin boleh cuba lain tpt..kan ada tpt yg baby dibuang ibu bapa dikumpulkan..mungkin boleh cuba kat situ..
makcik sy pon beli anak angkat dari sebuah keluarga miskin..dah besar budak tu sekarang..cuma sy tertanya-tanya andai dia dah dewasa nnt misti dia kecewa sbb famili dia jual dia..
masa zaman kami susah dulu...ada seorang hartawan 'mintak' saya dari emak. Hartawan tu cuma ada sorang anak perempuan tp meninggal dunia lepas terlibat dlm kemalangan jalanraya..
Bila emak bawak saya ke rumahnya, saya berkecil hati dgn emak, saya sangka emak tak sayang saya lagi sebab dlm ramai anak2nya, mengapa saya?
di rumah org tu, beliau keluarkan segala permainan anak2nya dan pakaian serta brg kemas..nak memujuk saya..
Emak cakap, biar saya buat pilihan sendiri.
Bagi saya biar disogok segunung intan, saya tetap memilih emak..ibu yang telah mengandungkan saya, menyusukan saya dan membesarkan saya...
Rupa2nya emak wat gitu pasal taknak menambah kesedihan org tu jika menolak mentah2...bila saya sendiri taknak, dua2 pihak tidak boleh memaksa...mungkin emak ikut kaedah Rasulullah saw itu...
Saya tanya pada emak : 'Bagaimana kalau saya pilih orang itu?"
"Q nak?"
Sudah tentu saya geleng kepala....
Semoga kak ipar kakzakie temui apa yang diingininya...bersabar lar...
As salam...
Semoga kakak ipar Kak Zakie beroleh zuriat sendiri atau dapat anak angkat gak nt...
Dah besar mcm tu mmg susah org nak bagi..mesti terkenang2 keletah dia..kalau ambil masa baru lahir mgkin xde masalah...
Mungkin rezeki Allah bagi bukan dalam bentuk zuriat, mungkin Allah mahu keluarga akak berbuat sesuatu yang lebih besar selain dari menanti anak angkat bagi mengisi 'kekosongan'. Contoh lain adalah seperti perempuan yang tidak berkahwin, mungkin Allah tidak beri rezeki dalam bentuk suami dan anak kerana Allah mahu dia beribadah/berbakti dari segi yang lain.. renungkan..
Assalamualaikum.
Kisah hidayah yang mengundang sebak dan sendu. Zuriat itu pemberian Allah. tapi ada juga manusia yg tak tahu mensyukuri lantas dibuang sesuka hati.
salam
DIA tahu apa yg terbaik utk hambaNYA...
KITA NI SEMUANYA HANYA MERANCANG, ALLAH YANG PUNYA KETENTUAN..
Assalamualaikum.
Saya turut sedih dan terharu dengan apa yang dihadapi. Insya Allah, rezeki tu ada, cuma cepat lambatnya sahaja. Bersabarlah.
Entri ini juga amat bermakna bagi ibubapa yang sering mengabaikan anak-anak kerana kerjaya. Bersyukur kita dikurniakan anak-anak, ramai lagi pasangan yang menunggu penyeri alam rumahtangga, tapi rezeki itu dirasakan amat lambat munculnya.
Syukur padaMu ya Allah.
TQ
Salam kak
beratnya dugaan..sedih juga bila melihat banyak bayi tak berdosa dibuang, sedangkan yang nak bayi, tak dapat2
sedihnya kak.. klu bukan rezeki kita.. dah dapat pun tak akan terus jd milik kita.. berjurai air mata ni di pagi hari baca entry akak ni..
@ RINA AVAIL: Wa'alaikumsalam Rina. Mengharap suatu masa akan ada juga rezeki buat SIL kakak hendaknya.
@ Queenie: Oh... Q nasib baik kan tak terberi kepada org. Tetapi segalanya adalah suratan yg telah tertulis di Loh Mahfuz Allah.
@ Cik Shinju: Susah untuk dipersoalkan. Memula mereka yang mahu memberi dan kami takut sebab anak itu dan pandai mengenal org, tetapi bila mereka kata ok, kita pun apa lagi bagai satu rezeki bergolek. Namun akhirnya mereka pun kesal dan kami kena redha dan faham.
@ Che Mid: Sesungguhnya kami sedar, memang Allah berikan kemewahan pada mereka dgn wang ringgit, namun kakak faham jiwa mereka kosong dan perkongsian itu tidak dapat dinikmati pada anak-anak.
@ shameel Iskandar: Itulah bila lihat org buang anak hati benar-benar jengkel. Menyakitkan hati.
@ Kamsiah: Benar Allah jua yg maha mengetahui apa yg kita tak tahu.
@ Yan: Kunfayakun Allah tiada siapa dapat melawan. Kami redha...
@ Admin P@P: Wa'alaikumsalam cikgu Lai. Melihat situasi ini betapa Allah kurniakan kita kekayaan bukan pada wang ringgit saja, malah dgn anak-anak yg mana ramai pasangan di luar mendamba zuriat tidak kesampaian. Alhamdulillah padamu Ya-Allah...
@ IMANSHAH: Itulah lumrah dunia cikgu. Bermacam rencah dan ragamnya.
@ Hanis Azla: Walau dalam genggaman kalau Allah kata belum lagi hak kita ia tetap terlepas juga.
Syukur sangat SL dah ada 5 anak..riuh kalau semua ada kat umah. Harap kak ipar KakZakie tabah dan sabar..ada hikmah disebaliknya..
Post a Comment