Meneruskan kehendak anak-anak kami ke tempat permainan. Bingit dengan suara yang keluar dari corong-corong mikrofon membuat aku kurang selesa. Tetapi demi memenuhi kehendak anak-anak dijejakkan juga kaki kami sekeluarga di taman permainan ini.
Gelap... Bertiga tapi kamera kurang jelas sebab bukan dslr. Masih belum memiliki lagi dan rasa tidak begitu penting buat keluarga kami lagi.
Anak dengan papa... apa agaknya yang dibuat oleh Yasmien pada papa dia. Mungkin dia mahu papa melihat sesuatu. Nasib baik janggut papa yang sejemput tidak tanggal dibuatnya
Ikut kaki... bergerak mengikut kehendak mereka bertiga. Kami tidak benarkan mereka menaiki permainan yang ligat berpusing bagai mahu terbang itu. Masih teringat peristiwa di Sunway Lagoon lama dulu ada yang terhempas dan maut.
Token/kupon.... setiap permainan ada kupon/token dikenakan dan setiap kupon bernilai RM2/-. Satu permainan kebanyakannya memerlukan 3 kupon bererti bernilai RM6/- . Haunted Castle mengenakan 5 kupon bererti RM10/- untuk seorang.
Bingit... adik dan kakak hendak bermain di sini. Masuk di sini adik menutup telinga dengan tangan tapi selepas beberapa ketika sudah 'immune' dia boleh leka bermain. Laga kereta macam di Genting Highland.
Macam F1... papa memanglah expert dan dia naik dengan Yasmein manakala adik dengan Kak Nurienne. Mama bediri tepi tukang ambil gambar saja. Di sini mama nampak papa dengan anak-anak exitednya sama naik.
Merenung ke atas... berdua mahu naik yg pusing ligat itu tapi mama dengan papa tidak benarkan. Mereka lihat saja dari bawah.
Tikam-tikam... papa tidak benarkan bermain yang ini kerana bagaikan berjudi. Hadiah diberi bergantung nasib itu yang tidak mahu. Jadi, kami tidak bermain semua permainan yang melibatkan seperti judi ini.
Moncong... kenapa adik dengan Kak Yasmien moncong? Gambar ini mesti Kak Nurienne yang snap sebab masa ini mereka berada dalam marry go round. Mereka bertiga dalam satu bucket. Mama dan papa tunggu bawah saja.
Adik... ini juga di atas adik bersama kakak-kakak. Suka betul adik terasa tinggi macam di Bandar Hilir Melaka.
Puas... bila penat masing-masing minta untuk tinggalkan tempat ini. Sebelum balik beli aiskrim Malaysia. Mahal gila bila dia charge sebatang seringgit. Biasa di sekolah katanya 50 sen saja.
Simbahan lampu... kami tinggalkan tempat ini ketika jarum jam menunjukkan hampir 12 malam tetapi masih ramai lagi umat manusia yang masih leka diulek dengan permainan seperti kami. Berapa agaknya syarikat ini meraih keuntungan untuk satu malam. Hebat sungguh.
~~ Sesekali terkena simbahan lampu dan lagu-lagu yang hingar-bingar membuat badan disimbahi peluh dan kepala pening.~~
~~ Sesekali terkena simbahan lampu dan lagu-lagu yang hingar-bingar membuat badan disimbahi peluh dan kepala pening.~~
83 comments:
wah merry go round....tringat la plak knangan zmn dulu2 hihi
puas hati kan tngok anak2 happy ;D
happy kan bila anak-anak happy :)
layan je la asalkan mrk hepi kann..
**maman suka main langgar keta tuh... hhhiii...
saya pun mmg tak tahan dgn suasana bingit sejak dari muda lagi...tu sbb boleh dikira dgn jari waktu bila saya ke pasar malam (pasar lambak)..
dulu layan anak2 bermain di Danga Bay (malam hari), esoknya sehari suntuk kepala berdenyut...tp anak2 punya pasal terpaksalah kan?
tumpang enjoy tengok kemesraan kakzakie sekeluarga...
seronok bila dpt luangkan masa dgn family kan.. zana pun kurang suka suasana yg bising2.. suka yg tenang2 jer..
seronok kan kak tgk anak2 pon gembira, kdg2 kita pon rasa nk join sekaki hehehhe
ni kat mana eh kak?
meriah macam kat genting~he~~
dah lama lia x bawa anak2 ke tempat mcm ni..last lia pegi rasanya tahun lps di danga bay....
anak2 mmg seronok kak...tp lia jg kurang b'minat nak ke tempat2 yg bising mcm ni..lbh2 lagi skrg ada firas...rasanya x sesuai bawa dia ke situ...
budak2 mmg suka g tmpt2 camni..i pun suka tapi hb pkr byk sgt..takut le itu le ini le..wlupun kdg2 cian gak kat anak2 sbb tingin :(
cam best jek :)
amboi sonoknya..tapi tmpt nya dimane tu?
akak, katne ni? cam happening habis je! :)
Assalamualaikum kak zakie,
rajin kak zakie bawak anak jalan-jalan tempat cam ni. mesti dorang suka. yang peningnya kita, cik ina pun sama berpinar mata kena cahaya lampu, sebab kuat silau.amboi pandainya sikecik wat pout. comel.
waahh.... hari tu kami ke icity pun ada camni.. tapi takmain le jenjalan je..
rindu kat kak zakie.. =)
enjoy sakan anak2...tapi sesekali pergi tempat macam tu best jugak.
Seronok kalau apat lihat anak2 eppy...
Ya Allah kak! Sy lak teruja tgk gamba2 akak. Seronoknya! Klu sy dpt g sane. Sy dah lama tak g karnival mcm tu. Seronoknya klu dpt g. Hahaha! Mcm budak2 lak sy. Tp sy suke sgt!
bestnya main kereta langgar... dah lama gak queen tak pergi funfair mcm nie.. rasa x sesuai lg kot dgn anak yg masih kecil kan...
kat mana ni kak? sebab macam sama je kat sini..baru jugak pergi
sesekali bawa anak2 ke tempat mcm nie ok je kan kak ..
janji anak2 happy tu yg lebih penting
tapi kalau hubby saya x suke tmpt banyak org nie huhuh rimas katanya .. dia mudah cakap nak cepat balik huhuhu
terhibur bila tgk anak2 gembira kan...itu yg saya dpt masa g bercuti dulu..walaupun kami ni takde lah naik mainan semua tu tp dapat tengok anak2 happy dah cukup membahagiakan...next trip ke tempat yang nyaman la pulak...:D
mahal gak fun fair kat sini....sy suka naik kete langgar tuh...game yg judi tu mcm membazir je main...tp ramai gak org islam main..huhu..x paham...
seronok nyer tgk family akak kt sini, suke tgk akak ngn suami akak yg spoting je... siap blh join main2 kt funfair ni heheheh...
bile tgk anak2 seronok kite pun seronok kan kak,takpelah duit tu kene kuar kn
Sekali sekali g Fun Fair mmg srnok..lebih2 lagi anak2
anak eija mmg suka sgt kalau nmpk lampu besar jerk dia tau dh ada funfair la..
tp kami jarang la bw anak g funfair..sbb funfair skrg pun dh mahal RM2 1 token..en suami lebih suka bw anak dia ke tempat games Jusco jerk..huhu
makan angin sampai kembung perut , hihihi . bestnya :D
papa mifz pun skrg dah goyang nak naik yg ligat2 nih...naik yg slow2 jer...:)
zaman muda2 dulu tengok funfair ni kat pesta pulau pinang..tapi sekali pun tak pernah main permainan2 tu..
dah lama tak pegi funfair... rindu rasanya...
Budak-budak kalau ke tempay macam ni..
Hah... memang tak larat layan...
Boleh pokai wooo
Mamanya tak joint sekali? hehe.. tp yg pasti anak happy, mamanya mesti happy..
seronokknya g fun fair....dulu selalu pergi...sekarang dah jarang2....suka2..ehheh..
bila main game dapat teddy bear..ehhe
wawawawawa
nak pegi jugakkk!
hehehe
suke sgt pegi tmpat riang ria
ni
hehehehe
comei2!
bestnyelah..bila nak plan camnie.ngan family..huhu
Kakzakie..
Saya dah lama tak pegi tempat macam tu...Along dulu merasa le masa kecik-kecik, Kakak Ainaa dan Adik Aishaa tak pernah pegi lagi...Ayah nya tak nak pegi...
saya kalau pegi funfair..paling suka main baling tin2 tu, pastu dpt air kotak..haha!
saya pun tak berani nak naik benda2 yang mengayatkan.. seram...
hum teringat kecik-kecik dulu masuk fun fair... dan lepas tu tak pnah jejak lagi dah... tengok dari jauh je
saya suka masuk fun fair..tapi dah lama tak pegi..hubby kurang gemar masuk situ...bising katanya...huhu..
saya suka tgk family akak...sgt bahagia dan masing2 enjoy...
mama Adik Iffah neh dlm cuti lg, kak. tuh rajin ajer nk memerhati. pas raya aji nk smbg kje blk tp seminggu ajer...ehehhe... DSLR tuh kalo x reti ngendalikannyer n x minat mmg jd gajah putih jer kalo bli, kak. ini kira funfair laa kan? now dh mahal meningkat rega. kalo kt tmpt sy, penuh ngan makhluk asing ajer ler...ahhahaha
sy tk pernh masuk fun fair...
biasanya tgk dari jauh je...huhu...
acik pun macam kakzakie jugak....kalau pi mana2 lebih suka tengok dan tunggu tak pernah nak join anak2 main apa pun..
assalamualaikum kak..
dalam banyak2 tue, adik jugak yg cumil...
seronok dapat menghasilkan masa berkualiti bersama keluarga kan, kak
kat sini ada juga fun fair..tapi tak menariklah permainan dia kak...
FUN!FUN!FUN! fun fair!
Tengok gambar gambar puan,ingin rasanya diputarkan masa kembali ke zaman anak anak masih kecil.Itulah masa yang paling seronok dan carefree.Ada saja yang hendak dibuat bersama...as a family.
best nya. ayah saya tak pernah bwk ke tempat mcm ni. orang kampung sja
assalamualaikum akak.
kiranya adalah sudi untuk akak menjoin segmen sesuka hati ini. ;)
http://sarwhat.blogspot.com/2011/10/kene-tag-kena-tanya-kene-jawab.html
bestnya dapat jenjalan ngan anak2 =)
lama juga saya tak pegi funfair ni...heheeeee
Kakzakie masih ingat peristiwa tu ya,suami yang meninggal tu kawan baik jiran kak Zai.
Kak Zai pun tak bagi anak2 kalau nak naik permainan yang tinggi2.
Sangat menarik dan saya rasa macam berada di europe!
best ye~
eh, ada bumper car. saya suka main bumper car tu~
Fida tak pernah masuk fun fair kak, teringin nak main kereta langgar2 tu, macam seronok je...
ati ni rungsing sikit kalau pergi
kat funfair...
fening pun ada juga
anak ati, insyirah pernah
hilang sekejap kat funfair!
"salam kak..wahh bestnya sesekali dpt pegi fun fair..saya penah gak pegi tp tk suka sgt,ank2 sukalah sbb ada macam2 permainan....yg heran tu diorang ni tak takut/tak gayat pon..seronok jer.."
kalau balik Tampin, sesekali bawak ana-anak ke fun fair...kat situ masih ada fun fair, setakat ni Rumah Hantu yang masih belum kami terokai.
hoho...nampak keseronokan anak2 akak..:)
wowww....best nyer.... semuanya nampak happy
@ So Shy lady: Sementar cuti sekolah SSL. Kalau tak mana dapat pergi
@ Mrs Eady: Betul:)
@ Mama Maman: Mereka syok main laga kereta Yana.
@ Queenie: Bingit tu yg tak boleh tahan Q. Tapi bila dah masuk 2 jam tak perasan, cuma bila balik pening jadinya.
@ Zana adieyza: Budak-budak memang suka main Zana. Itu yg kena ikut sebab bukan selalu
@ ajumohit: Kalau papa mereka memng joint sekaki aju. Kakak gayat. Tapi kalau yg santai tu kakak ikut jugalah
@ missbby: Kat Skudai huda
@ bujal x: Memang macam di genting, tapi kalau di genting bayar sekali je ini setiap satu permainan kena beli kupon/token.
@ Mamamya: Kalau Danga Bay sentiasa ada Lia. tapi sebelah malam saja. Kalau cuti lagi ramai anak-anak bermain.
@ sisdee: Sebenarnya lebih baik beringat macam hubby sisdee tu. Sebab meamng dah ada kes jatuh.
@ Prince Halilintar: Kami di Johor Bahru Prince
@ Sara: Di JB sara. Org mengandung baik tak payah ke sini hihi... boleh terberanak sara. Bingit sangat!!
@ Cik Ina DDC: Wa'alaikumsalam. Kalau ikut memang tak suka Cik Ina. Tapi sebab sementara cuti sekolah saja mereka dapat kumpul itu yg pergi juga.
@ kella: Kalau di I-City lagi memacam agaknya ye kella. Kakak pulak memang tak minat nak main kalau bukan kerana anak
@ JunAina: Memang baru sekali ini dalam tahun ini. Tahun lepas di Melaka
@ Pena Rozie: Begitulah PR
@ Fara: Heee... Fara kakak tak suka sebenarnya sebab bising sangat, tapi bila dah lama berada dah lupa, tambah lagi bila anak-anak asyik gelak suka.
@ Queen Teratai: Ialah Queen. Kalau masih kecik bimbang gayat
@ amirah: Dekat dgn tempat kakak mira.
@ ieda: Kalau kakak pula kakak yg rimas, hubby kakak selalu ikutkan kata anak-anak dia
@ saniah: Kalau dah ikutkan mereka tak akan tanya bila nak pergi lagi kan...
@ aanie: Kakak rasa aanie funfair ini akan bertahan sampai hujung tahun ini. Tuannya mat sallehlah..
@ norhidana: Anak dah besar ada masa kena jadi macam kawan Dana. Asal saja dia tahu batas/hormat kita..
@ Sweetmama@eija: Anak Eija masih kecik tapi kalau dah besar macam anak kakak mana nak main yg di Jusco itu. Yg kecik tu masih boleh lagilah
@ cinnamon.com: Hehehe.... kembung perut sapu minyak angin
@ Papa Mifz: Kakak tak benarkan anak-anak naik yg ligat bukan saja kerana gayat, takut terpelanting hihi...
@ norh: Kakak dulu masa anak dara masih main lagi, sekarang taklah dah malas norh
@ dwaty: Sekarang akhir tahun banyak ada dik. Kalau sukalah..
@ WuMing: Mereka mana ada fikir poki WuMing. Yg penting dapat :)
@ Zefa Norasmara: Kakak yg naik train pusing tak laju itu je berani. Lain tak ikut hihi...
salam....seronoknya bercuti dgn familykan....saya dah berkurun tak pegi fun fair.last pegi masa kanak2 rebina dulu...haha
@ Ila Honeybunny: Main dapat bear tu kami tak buat Ila. Rumah kakak bear kalau masuk dalam lori satu tan pun boleh penuh sebab semuanya anak dara
@ aimie amalina: Suka ye mimi. Samalah macam anak kakak
@ Tramisu Fatiema: Sekarang dah musim di mana-mana sebab dah hujung tahun kan
@ azi: Anak kakak bolehkatakan tiap hujung tahun mesti pergi. Mama-papa tak sampai hatilah azi
@ makdara TERdiva: Hahaha... nasib baik dapat air kotak kalau tak baik kosong kan MDT:)
@ NM02: Kalau ikutkan anak-anak kakak nak naik tapi kakak tak bagi niez.
@ cemomoi: Kakak dulu masa kecik pun tak pergi mana ada duit
@ wahida: Memang bising wahida tiu yg shidie tak suka
@ akuzle: Oh ye. Masa kakak pergi ni manusia tu ada juga tapi sebab tiket mahal kot mereka tak bertahan lama
@ nabila_2908: Bawalah adik ZN kalau ada masa. Tapi kalau tak suka baik tak payah pergi membazir
@ Acik Erna: Yg penting kita dah temankan mereka acik
@ sahramnasrudin: Wa'alaikumsalam shah. Sesekali dapat buat kita lakukan utk mereka shah
@ munna: Kakak tak tahulah munna yg menarik dgn tidak macam mana
@ @tune: Funfair - The games quiet fun but the price actually not really fair to the customer
@ mokjadeandell: Sebab itulah dulu kakak tak dapat kalau boleh biarlah anak yg rasa
@ Ekmi Rabat: Sekarang di kampung pun ada sayang. Boleh pergi dgn kawan tapi berhati-hati ye...
@ sar: Wa'alaikumsalam sar. Hmmm... pandai adik kakak nie nak kenakan kakak ye... nanti kakak jenguk dulu ye
@ eira eixora: Betul tu. Sebab kalau tak cuti sekolah anak sulung dan duduk asrama susah nak bersama
@ My Little Diary: Kalau tak kerana anak kakak pun tak pergi rima
@ Zaitun: Oh ye Kak Zai. Kesian kan. Bayangkan sedang nak bergembira akhirnya menemui ajal
@ Uncle: Funfair ini memang kepunyaan mereka uncle. Dtg daru sana cuma yg bekerja org sini
@ dhiera: Ramai yg suka main ini juga dhiera
@ Afida Anuar: kakak tengok papa pun dah sama dgn anak-anak Fida masa main ini. Kelakar asyik berlaga
@ Ati Masrif: Kakak kalau pergi tempat macam ini biasa papa mereka yg main sama, kakak tukang perhati takut ada yg terpisah
@ pia: Anak memang suka pia. Kakak pun sama macam pia gayat
@ Kak Aya: Masa di sini kupon rumah ahntu paling mahal Aya. Tapi bunyi dia memang seram
@ lieynalinaz: Mereka amat seronok dapat apa yg dia kehendaki
@ eelobor: Happy tapi penat ee. Kakak lagi pening hihi...
@ cik aisha: Anak kakak nie boleh katakan tiap hujung tahun mesti masuk funfair. Lepas ini cuti tempat lainlah...
Tunggu cuti sekolah br boleh bwk budak2 jenjalan. Boleh berlama-lama sikit :)
Aslkm KZ
Wah meriahnya. Tentu semua seronok . Gambar KZ tak de langsung ke?
salam..
besttttnyaaa..main yg pusing2 tuu..hehe merry go round tuu
Seronok anak-anak ya...
MakcikLah nak ikut boleh?
nanti dapat jugak tu kamera dlsr tu :)
bestnya dapat jejalan 1 family kan..seronok...
masa IM kecil dulu, balik dari sekolah rajinla beli tikam. nasib baik tikan 10 sen dapat 20 sen!
saya tak penah jalan2 fun park cemni kak. just lalu2 tepi je. takut nak cuba permainan2 tu semua.
not fun la saya ni kan kak? :)
*saya tak jumpa akak kat gahering haritu!!!!
mykids kalau g sana alamak nyer bila nak balik kena tarik tangan lerr..
Happy family..suka tgk..macam sy juga rupanya..3 anak dara yg sedang meningkat remaja..:-))
teringat zaman kecik2 dulu
Assalamualaikum kakzakie,
Seronok yer dapat berjalan-jalan dengan anak2 dan melihat mereka gembira. Kegembiraan mereka tulah yang tak dapat dibeli dengan wang ringgit.
@ Empayar Utama: Betul kalau masih kecik sangat mesti bsiang jadinya
@ mama ju: Wa'alaikumsalam. Kakak jadi tukang ambil ambar aje mama.
@ Sekamar Rindu: Pusing yg tak laju kakak bagilah mereka main dik. Kalau yg laju takut
@ ckLah: Sementara cuti cikgu. Hari ini dah periksa semuanya
@ Mak Su: Entah bila maksu hihi...
@ Adylia Qarissa: Susah nak kumpul kalau tak masa cuti
@ insan_marhaen: Dulu kurang pendedahan IM. Sekarang anak-anak dah pandai
@ gadisBunga: Kakak tak pergilah sayang. Macam mana nak jumpa. Kakak duduk JB. Tapi best kakak dan nampak wajah manis GB
@ Be Simple Beb: Oh ye... BSB punya yg hero tu kakak rasa ligat kalau jumpa tempat macam ini
@ ariana: Mendidik anak dara sedang membesar kena main tarik tali ariana. Sekejap lepas, sekejap taik balik.
@ ORLANDO AHMAD: Sekarang pun boleh lagi dik...
@ Kunang-Kunang: Wa'alaikumsalam Kak Ani. Masa cuti inilah kita berpeluang bersama Kak. Kalau tidak bila dah balik asrama tak adalah lagi..
sy mmg jarangla pegi tempat2 mcm ni..xtaula kalo biler ank2 dh besar nt
mmmm....
bilaa laaa adik dgn family adik nak dtg jengka nih...heheheheh
akak, kl kat sini kan , waktu magrib pun di langgar aje kak...huhuhu
kalau bawak budak2 suka kita mak budak susah hati nak keluarkan duitkan.. kdg2 selalu cakap ngan anak2 betapa mereka beruntung kita sebagai mak bapak selalu bagi mereka merasa mcm2 perkara sebab ada kawan2 diaorang yang langsung tak berjalan hanya tau jalan keliling taman perumahantujerlah... harap2 anak2 kita menghargainyakna...
ni emsti kt danga bay ni kan kak..
wah, seronok gi fun fair...tp skrg tiketnya sgt mahalkan...
sronoknya bila dapat keluar ngan family ;)
Post a Comment